CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 13 April 2010

NOTA SEJ TING 2 : PENENTANGAN DOL SAID

BAB 7 – PERJUANGAN RAKYAT TEMPATAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN BANGSA

- British campur tangan di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah telah menggugat sistem politik, ekonomi dan sosial penduduk tempatan
- perubahan dalam sistem pentadbiran menyebabkan sultan kehilangan kedaulatan dan pembesar hilang kuasa
- British memperkenalkan pelbagai cukai yang membebankan dan menindas rakyat
- keadaan ini mencetuskan kebangkitan rakyat untuk menentang British
- ramai pejuang tanah air muncul seperti Sultan Ahmad Tajuddin, Dol Said, Rentap, Sharif Masahor, Dato’ Maharaja Lela, Yamtuan Antah, Dato’ Bahaman, Mat Salleh, Antanom, Tok Janggut dan Haji Abdul Rahman Limbong
- mereka memimpin rakyat berjuang dengan gigih demi mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan tanah air



7.1 Perjuangan Mengembalikan Kedaulatan Kedah
(Teks m/s: 164-165)

(i) Latar belakang
- tahun 1821 seramai 7000 orang tentera Siam mengepung Kuala Kedah
- askar Siam memusnahkan rumah, merampas barang, menenggelamkan perahu dan menangkap tawanan untuk dibawa balik ke Siam sebagai hamba

(ii)Faktor Penentangan
- penjajahan Siam yang kejam menyebabkan rakyat Kedah bangkit dan bersatu dengan Sultan untuk mengembalikan kedaulatan Kedah
- tentangan hebat rakyat Kedah ini dipimpin oleh Sultan Ahmad Tajuddin
- dibantu pula oleh Tunku Abdullah, Tunku Kudin (Syed Zainal Abidin), Tunku Long dan Tunku Muhammad Saad
- perjuangan ini disokong oleh pemimpin rakyat seperti Tok Mo Ris dan pemimpin agama seperti Syeikh Abdul Kadir
- perjuangan orang Melayu Kedah menentang Siam telah dikhianati oleh British
- British telah bersubahat dengan Siam untuk melumpuhkan perjuangan rakyat Kedah
- contoh: British telah menghantar kapal perang untuk membantu Siam mengepung Kedah

(iii)Peristiwa Penentangan
- 1823 Tunku Abdullah memimpin 3000 orang tentera untuk membebaskan Kedah daripada Siam melalui Seberang Perai tetapi gagal kerana British membantu Siam
- 1831 Tunku Kudin berjaya menawan semula Kuala Kedah dari Melaka
- British menghantar 5 buah kapal perang untuk mengepung perairan Kedah
- tindakan British itu menyebabkan Kedah terputus bekalan makanan dan bantuan tentera dari luar
- Tunku Kudin telah terkorban
- tahun 1836 Sultan Ahmad Tajuddin menrancang menyerang Siam melalui Bruas di Perak
- British berjaya mengesan gerakan ini dan Sultan Ahmad Tajuddin ditangkap
- 1838 kebangkitan menentang Siam di Kedah telah dipimpin oleh Tunku Muhammad Saad
- tentera Kedah berjaya menawan semula selatan Kedah, Kota Kuala Kedah dan mara ke Songkla
- Siam berjaya menguasai semula Kedah dengan bantuan British

(iv)Kesan Penentangan
- semangat juang rakyat Kedah menyebabkan Siam berdamai dengan Kedah
- sultan Kedah menghantar puteranya, Tunku Daei ke Bangkok untuk berunding
- tahun 1842 Siam mengembalikan takhta Kedah kepada Sultan Ahmad Tajuddin
- wilayah Perlis, Setul dan Kubang Pasu diasingkan dari Kedah

7.2 Dol Said Pahlawan Naning
(Teks m/s: 166-168)

(i) Latar belakang
- daerah Naning terletak antara Rembau dengan Melaka
- Penghulu naning ialah Dato’ Naning Abdul Said yang dikenalisebagai Dol Said
- pusat pentadbiran terletak di Taboh
- Naning mempunyai hasil keluaran seperti padi, buah-buahan, sirih dan bijih timah
- 1831 Dol Said telah bangkit menentang British

(ii)Faktor Penentangan

a) Mempertahankan Kemerdekaan Naning
- 1824 British dan Belanda menandatangani Perjanjian Inggeris-Belanda
- dalam perjanjian itu Melaka diserahkan kepada British
- British mendakwa Naning sebahagian daripada Melaka
- British mengarahkan Naning mematuhi peraturan yang ditetapkan Melaka
- dakwaan British tidak dapat diterima oleh Penghulu Dol Said dan rakyat Naning

b) Menentang Pelaksanaan Undang-Undang British
- British memperkenalkan Peraturan Penghulu yang menggugat pengaruh dan kuasa Dol Said
- peraturan ini melarang penghulu membicarakan kes-kes jenayah
- tahun 1828 Dol Said diberi amaran oleh British kerana menyelesaikan kes jenayah di naning
- Dol Said diugut akan dilucutkan jawatan sekiranya tidak mematuhi arahan British

c) Menentang Bayaran Cukai
- melalui Undang-Undang 1830 British memaksa Naning membayar cukai 1/10 daripada hasil keluaran pertanian
- arahan dibuat selepas British mendapati hasil daerah Naning berjumlah 4500 dolar sebulan

(iii)Peristiwa Penentangan
- 15 Julai 1831 British mengisytiharkan Dol Said sebagai penderhaka
- British menghantar seramai 150 orang Sepoi yang diketuai Kapten Wyllie untuk menyerangnya
- British berjaya ditewaskan
- Dol Said berjaya kerana menggunakan taktik perang gerila dan mendapat bantuan daripada Seri Menanti, Sungai Ujong, Johol dan Muar
- turut membantu ialah Yamtuan Muda Raja Ali dari Rembau yang menghantar pasukan bantuan diketuai menantunya Syed Sha’aban
- British sedar Naning sukar dikalahkan
- British meminta bantuan Yamtuan Muda Raja Ali dari Rembau dan beliau bersetuju menghantar 600 orang hulubalang untuk menyerang Naning
- Mac 1832 Kolonel Herbert mengetuai pasukan tentera menyerang Naning
- British berkubu di Alor Gajah untuk melancarkan serangan kedua ke atas Naning
- pakatan British dan Rembau berjaya mengalahkan Naning
- pusat pentadbiran Naning iaitu Taboh ditawan dan rumah penduduk Naning dibakar
- Dol Said berundur ke Seri Menanti dan akhirnya menyerah diri kepada British

(iv)Kesan Penentangan
- British berjaya menyatukan Naning dengan Melaka
- Dol Said diberi pencen dan rumah di Melaka
- British kerugian sebanyak 100 000 paun sterling
- walaupun orang Naning dgagal dalam perang tetapi berjaya menghidupkan semangat juang di kalangan bangsa Melayu

14 ulasan:

  1. boleh tanya ? apakah kesimpulan perjuangan dol said ni ya ?

    BalasPadam
  2. Haah mana kesimpulannya? Cepatlah 31 Ogos ni saya kene hantar....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  3. cikgu boleh saya tanya??
    apakah perkembangan kebangkitan semangat nasionallisme dahulu dan hubung kait dengan sekarang tentang penentangan dol said??

    BalasPadam
  4. Cikgu apakah perjanjian dol said cikgu

    BalasPadam
  5. Mcm mne nak buat ulasan semangat pejuangan penentang Dol said nj

    BalasPadam

  6. Cikgu RAZAK kasi info je, cuba search blog lain utk contoh.

    BalasPadam