Kegiatan Dwiekonomi
- diperkenalkan oleh British terhadap penduduk di Tanah Melayu
- ia melibatkan kegiatan ekonomi dagangan dan ekonomi tradisional
a) Ekonomi Dagangan
- British lebih mengutamakan ekonomi dagangan seperti kegiatan perlombongan, perladangan dan perdagangan
- dimajukan terutama di kawasan pantai barat Tanah Melayu
- dijalankan secara besar-besaran menggunakan teknologi moden dan disokong kemudahan asas yang baik seperti sistem perhubungan dan pengangkutan yang teratur
- lebih berorientasikan eksport
- dikuasai syarikat asing khususnya syarikat Eropah
- tertumpu pada perlombongan bijih timah dan perusahaan getah
- melibatkan tenaga buruh yang ramai
- melibatkan pelaburan modal yang besar
- teknologi moden seperti mesin hidraulik banyak digunakan dalam kegiatan perlombongan bijih timah
b) Ekonomi Tradisional
- kegiatan ekonomi tradisional ini diabaikan oleh british
- diusahakan oleh orang Melayu di luar bandar
- bercorak sara diri
- tertumpu pada kegiatan menanam padi dan menangkap ikan
- menggunakan peralatan tradisional seperti kerbau untuk membajak sawah padi
- melibatkan modal kecil
Kesan Kegiatan Dwiekonomi
- berlaku perkembangan tidak seimbang
- mewujudkan jurang ekonomi antara masyarakat bandar dengan masyarakat luar bandar
6.6 Perkembangan Ekonomi Membawa Perubahan
(Teks m/s: 142-158)
- kemajuan pesat ekonomi terutama perlombongan bijih timah dan perusahaan getah membawa pelbagai perubahan
- perubahan dialami antaranya penggunaan buruh-buruh luar, kemajuan pengangkutan dan perhubungan, kemudahan sosial, pendidikan vernakular dan kemunculan bandar-bandar baru
i) Penggunaan Buruh Luar
- British menggalakkan kemasukan imigran Cina dan India
- tujuan sebagai tenaga buruh di lombong bijih timah dan ladang getah
- British memastikan ia mencukupi demi kepentingan British untuk membolot kekayaan Tanah Melayu
a) Orang Cina
- dibawa masuk bekerja di lombong bijih timah di Perak, Selangor dan negeri Sembilan
- berasal dari China Selatan
- kebanyakan dibawa masuk melalui Sistem Kontrak
- ada juga yang datang ke Tanah Melayu secara persendirian dan bekerja di sektor pertanian dan menjadi pekerja mahir di bandar
Sistem Kontrak
- orang Cina dibawa masuk ke Tanah Melayu melalui majikan
- tambang perjalanan dibayar oleh majikan
- majikan juga menyediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal
- mereka dikehendaki bekerja dengan majikan sehingga hutang tambang selesai
- selepas tamat kontrak mereka bebas bekerja dengan majikan lain
b) Orang India
- dibawa masuk bekerja di ladang-ladang getah
- berasal dari selatan India
- dibawa masuk melalui Sistem Kangani
- ada juga orang India bekerja membina jalan kereta api, jalan raya dan menjadi buruh di bandar dan pelabuhan
Sistem Kangani
- kangani bermaksud penyelia atau ketua pekerja di ladang getah
- kangani ini dihantar oleh pemilik ladang ke India untuk mencari tenaga buruh
- kangani menguruskan tambang dan perjalanan buruh-buruh sehingga selamat tiba di ladang majikan
- kangani dibayar komisen berdasarkan jumlah buruh yang dapat dibawa masuk
- buruh-buruh dibayar gaji tetap dan diletakkan di bawah jagaan kangani
- buruh dikehendaki bekerja dengan pemilik ladang sehingga segala hutang tambang selesai
Kesan Kemasukan Buruh
- mewujudkan pengenalan kaum mengikut kegiatan ekonomi seperti
- orang Cina - tinggal di kawasan lombong dan di bandar
• bekerja sebagai pelombong dan peniaga
- orang India – tinggal dan bekerja di ladang getah
- orang Melayu – tinggal di kawasan luar bandar (desa)
- menjalankan kegiatan pertanian bercorak tradisional dan nelayan
- masyarakat peribumi terus terpinggir dan terpisah daripada arus perkembangan ekonomi
- dasar British mewujudkan jurang ekonomi antara kaum
- mewujudkan masyarakat berbilang kaum yang terdiri daripada pelbagai keturunan yang mengamalkan cara hidup, bahasa dan agama yang berbeza
Perkembangan Sistem Pengangkutan dan Perhubungan
- British memerlukan sistem pengangkutan dan perhubungan yang cekap dan pantas
- tujuan untuk membawa hasil ekonomi terutama bijih timah dan getah ke pelabuhan untuk dieksport
- pengangkutan seperti landasan kereta api dan jalan raya
- perhubungan seperti perkhidmatan pos, telegraf dan telefon
a) Perkembangan Landasan Kereta api
- perkhidmatan kereta api diperkenalkan di Tanah Melayu akhir kurun ke-19
- terdapat tiga fasa perkembangan;
Fasa Pertama (1885-1896)
- dibina untuk keperluan perlombongan bijih timah
- landasan kereta api yang pendek dibina menghubungkan kawasan lombong dengan pelabuhan
- tujuan memudahkan bijih timah dieksport
- antara landasan kereta api yang dibina ialah dari
- Taiping ke Port Weld (Kuala Sepetang
- Kuala Lumpur ke Port Swettenham (Pelabuhan Klang)
- Seremban ke Port Dickson
- Ipoh dan batu Gajah ke Teluk Anson (Teluk Intan)
- tahun 1886 landasan kereta api dari Kuala Lumpur ke Klang telah dirasmikan yang dihadiri oleh Sultan Abdul Samad dan Frederick Weld, Gabenor Negeri-Negeri Selat
Fasa Kedua (1897-1909)
- tiga tujuan pembinaan landasan kereta api pada peringkat ini iaitu;
- untuk menghubungkan kawasan utara dengan selatan apabila Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan
- untuk memenuhi keperluan ekonomi seperti bijih timah dan getah yang semakin berkembang pesat
- untuk memudahkan pentadbiran British
- tahun 1903 kereta api Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan
- ditukar nama kepada Kereta Api Tanah Melayu – KTM tahun 1948
- hari ini dikenali sebagai Kereta Api Tanah Melayu Berhad – KTMB
Fasa Ketiga (1910-1931)
- landasan kereta api dibina selepas British berjaya memperluaskan pengaruhnya di negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu
- tujuannya adalah untuk;
- menghubungkan seluruh Tanah Melayu (hanya Terengganu yang tiada landasan kereta api)
- sebagai pengangkutan awam bagi penduduk Tanah Melayu
- memenuhi keperluan ekonomi dan pentadbiran British
TERIMA KASIH..NOTA INI MEMUDAHKAN SAYA MENYIAPKAN LATIHAN SYA..ALHAMDULILLAH..THANKS...
BalasPadam