CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 13 April 2010

NOTA SEJ TING 2 - ING DI NG MYU

BAB 2
KEKAYAAN HASIL BUMI MENDORONG CAMPUR TANGAN BRITISH


2.1 Dasar Campur Tangan British di Negeri-Negeri Melayu – NNM
(Teks m/s: 29-32)

Sebab-Sebab Dasar Campur Tangan British di NNM
i. Kekayaan bumi NNM
• hasil bumi seperti bijih timah, emas, bijih besi dan arang batu
• kawasan utama bijih timah di Larut dan Kinta (Perak), di Sungai Pahang dan Sungai Lembing (Pahang), di Lukut, Kuala Lumpur , Ampang dan Petaling (Selangor) dan di Sungai Ujong, Negeri Sembilan
• kawasan utama emas ialah di Ulu Tembeling, Pahang

ii. Revolusi Perindustrian
• British memerlukan bijih timah untuk perusahaan mengetin makanan
• NNM perlu dikuasai untuk bekalan bijih timah berterusan
• NNM sebagai pasaran hasil keluaran kilang

iii. Pembukaan Terusan Suez dan Penciptaan Kapal Wap
• Terusan Suez dibuka tahun 1869
• terusan ini menghubungkan Laut Merah dengan Laut Mediterranean
• ia memendekkan perjalanan dari England (Eropah) ke India, Asia Tenggara dan China
• penciptaan kapal wap mempercepatkan perjalanan dan dapat membawa muatan lebih banyak

iv. Persaingan Kuasa Eropah Lain
• abad ke-19 berlaku persaingan kuasa
• British di India bimbang dengan kuasa Eropah lain di Asia Tenggara
• British tidak akan membiarkan kepentingannya di NNM diancam oleh kuasa Barat lain seperti Belanda di Hindia Timur (Indonesia), Perancis di IndoChina dan Sepanyol di Filipina

v. Perubahan Dasar British di London
• tahun 1873 Parti Konservatif menguasai kerajaan British di London
• Parti Liberal kalah
• pertukaran kerajaan menyebabkan dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan di NNM

vi. Desakan Pedagang di NNM
• keadaan huru-hara berlaku di NNM
• antara sebab-sebabnya ialah pertelingkahan antara pembesar dan pergaduhan kongsi gelap Cina
• keadaan ini memberi kesan kepada pedagang-pedagang di NNS kerana mereka mengalami kerugian
• akibatnya pedagang mendesak British campur tangan dan melindungi kepentingan pelaburan mereka di NNM
• tahun 1873 seramai 243 pedagang NNS menulis surat kepada Lord Kimberly iaitu Setiausaha Tanah Jajahan British mendesak British campur tangan

Hubungan Antara NNS Dengan NNM
• NNS sebagai pelabuhan entrepot
• NNS mengendalikan perdagangan bagi NNM
• Pedagang-pedagang NNS melabur modal dalam perlombongan bijih timah di Larut, Sungai Ujong, Lukut dan Klang

2.2 Keadan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang Memberi Peluang Campur Tangan British (Teks m/s: 33)
• kurun ke-19 keadaan di NNM pantai barat huru-hara dan tidak stabil
• antaranya Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang

i. Keadaan di Perak
• politik tidak stabil
• sebab-sebab;

a) Pergaduhan antara kongsi gelap Cina Ghee Hin dan Hai San
• buruh Cina dibawa masuk secara beramai-ramai pada tahun 1848 oleh Long Jaafar ke daerah Larut (Kelian Pauh dan Kelian Bharu)
• tujuan untuk memajukan lombong bijih timah di Larut
• berlaku pergaduhan di Larut yang mencetuskan Perang Larut
• keadaan menjejaskan perusahaan bijih timah
• Ngah Ibrahim iaitu Menteri Larut melantik Kapten Speedy (Timbalan Pesuruhjaya Polis NNS) membantu menamatkan kekacauan di Larut

b) Perebutan takhta di kalangan kerabat diraja
• berlaku akibat sistem pewarisan takhta tidak dipatuhi sepenuhnya
• mengikut sistem, seseorang anak raja perlu memegang tiga jawatan iaitu Raja Di Hilir, Raja Bendahara dan Raja Muda sebelum berhak ditabal menjadi sultan
• tahun 1871 Sultan Ali mangkat dan pembesar-pembesar Perak melantik Raja Ismail (Raja Bendahara ketika itu) sebagai sultan Perak yang baru
• pelantikan itu ditentang oleh Raja Abdullah (Raja Muda ketika itu) dan Raja Yusuf (Raja Di Hilir ketika itu)
• Raja Abdullah sepatutnya mewarisi takhta
• pada upacara pemakaman Sultan Ali di Sayong Raja Abdullah tidak hadir walaupun dijemput
• Raja Yusuf diketepikan kerana tidak disukai oleh pembesar-pembesar Perak
• tentangan kuat Raja Abdullag disokong penuh pembesar-pembesar di hilir Perak seperti Dato’ Maharaja Lela dan Dato’ Sagor
• kuasa Sultan Ismail hanya terbatas di hulu Perak sahaja
• Raja Abdullah terus berkuasa di hilir Perak
• keadaan ini menyebabkan perpecahan dan menggugat keamanan di Perak
• Raja Abdullah meminta bantuan British untuk mengiktiraf beliau sebagai sultan
• permintaan Raja Abdullah diterima penuh minat oleh Andrew Clarke (Gabenor NNS) yang membuka peluang British untuk menguasai Perak

Langkah-langkah Menamatkan Kekacauan:
• Andrew Clarke memanggil pembesar-pembesar Melayu dan pemimpin kongsi gelap Cina berunding di Pulau Pangkor
• antara pembesar yang hadir ialah Raja Abdullah, Ngah Ibrahim dan Dato’ Sagor
• Sultan Ismail tidak hadir kerana lewat menerima surat jemputan
• antara pemimpin kongsi gelap yang hadir ialah Kapitan Ah Kwee (Ketua Kumpulan Hai San)
• hasil rundingan membawa kepada termeterainya Perjanjian Pangkor pada 30 Januari 1874
• perjanjian ditandatangani atas kapal british iaitu H.M.S. Pluto

Syarat-Syarat Perjanjian Pangkor 1874:
• Raja Abdullah diiktiraf sebagau sultan Perak
• Raja Ismail diakui sebagai Raja Muda
• sultan menerima seorang Residen British sebagai penasihat dalam semua perkara kecuali hal-hal agama Islam dan adapt istiadat Melayu
• Residen berkuasa penuh ke atas pungutan cukai di Perak
• Residen, Penolong Residen, Sultan dan pembesar dibayar gaji daripada pungutan hasil mahsul Perak
• Ngah Ibrahim kekal sebagai Menteri Larut dan menerima seorang Penolong Residen
• Menteri Larut bertanggungjawab membiayai segala usaha mengembalikan keamanan di Perak

Kesan Perjanjian Pangkor Ke Atas Perak:
• tanda bermulanya kuasa British secara langsung dalam pentadbiran dan ekonomi Perak

ii. Keadaan di Selangor
• tahun 1857 Sultan Abdul Samad yang berkuasa di daerah Langat ditabal menjadi sultan Selangor
• daerah Klang dikuasai Raja Sulaiman
• apabila Raja Sulaiman mangkat, Klang dikuasai pula oleh Raja Abdullah
• timbul rasa tidak puas hati oleh Raja Mahadi (putera Raja Sulaiman)
• Raja Abdullah berjaya memajukan perlombongan bijih timah di daerah Klang
• buruh-buruh Cina dibawa masuk bekerja di lombong-lombong
• lombong-lombong bijih timah dibuka di Kuala Lumpur dan Ampang
• tahun 1860 daerah Klang berkembang maju sebagai pusat bijih timah
• Klang dijadikan ibu negeri Selangor sebelum dipindahkan ke Kuala Lumpur pada tahun 1880
• kekayaan Klang menjadi rebutan dan perbalahan antaranya oleh Raja Mahadi
• perbalahan antara mereka mencetuskan perang saudara – Perang Klang
• perang audara merebak ke daerah-daerah lain di Selangor
• keadaan bertambah buruk apabila pelombong-pelombong Cina terlibat sama
• tahun 1866 Raja Mahadi menyerang Raja Abdullah di Klang
• kegiatan perdagangan Selangor terjejas

Langkah-Langkah Ke Arah Menamatkan Perang Klang:
• Sultan Abdul Samad (1857-1898) melantik Tengku Kudin untuk menamatkan Perang Klang
• Tengku Kudin (nama sebenar Tengku Dhiauddin) ialah putera diraja Kedah, menantu Sultan Abdul Samad dan wakil sultan untuk mentadbir dan memajukan Selangor (1868)
• Tengku Kudin tidak diterima pembesar-pembesar Selangor termasuk Raja Mahadi kerana beliau bukan anak negeri Selangor
• Tengku Kudin meminta bantuan British
• British mendesak Sultan Abdul Samad menerima Residen British tetapi gagal
• British terus berusaha mencari alasan untuk menempatkan residennya di Selangor
• tahun 1873 sebuah kapal dagang British dirompak di Langat
• 1874 rumah api British di Tanjung Rachado (sekarang Tanjung Tuan, Negeri Sembilan) telah diserang
• kapal perang British iaitu H.M.S. Rinaldo membedil Kuala Selangor
• British membantu Tengku Kudin menewaskan Raja Mahadi dan menamatkan Perang Klang
• British mendesak Sultan Abdul Samad meletakkan Selangor di bawah naungannya
• tahun 1874 J.G. Davidson dilantik sebagai Residen Selangor yang pertama
• Penolong Residennya ialah Frank Swettenham

iii. Keadaan di Sungai Ujong
• Sungai Ujong kaya dengan bijih timah
• tahun 1872, Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman menjadi pemerintah Sungai Ujong
• seorang lagi pembesar yang berpengaruh di Sungai Ujong ialah Dato’ Bandar Kulop Tunggal
• kedua-duanya saling bersengketa
• sebab-sebab mereka bersengketa ialah;
i. Kedua-duanya berebutkan Sungai Linggi yang merupakan jalan perhubungan utama ke pelabuhan Melaka
ii. Pungutan cukai ke atas pedagang yang melalui sungai ini sangat lumayan

• Dato’ Kelana berasa kedudukannya tidak terjamin kerana Dato’ Bandar disokong kuat penduduk tempatan dan pelombong-pelombong Cina daerah Sungai Ujong
• Dato’ Kelana meminta bantuan British
• tahun 1874 Dato’ Kelana menandatangani perjanjian menerima perlindungan British
• syarat-syarat perjanjian ialah;
i. Dato’ Kelana diiktiraf pemerintah daerah Sungai Ujong
ii. British berkuasa penuh mengutip cukai di Sungai Linggi
iii. Residen British pertama yang ditempatkan di Sungai Ujong ialah P.J.Murray
Dato’ Bandar tidak mengiktiraf perjanjian dan menentang tindakan British mengutip cukai di Linggi
British memberi bantuan tentera kepada Dato’ Kelana untuk menewaskan Dato’ Bandar
• Dato’ Bandar dibuang negeri ke Singapura
• British menguasai daerah-daerah lain seperti Rembau, Jelebu dan Sri Menenati
• British menempatkan pegawai Majistret dan Pemungut Hasil di setiap daerah, antaranya tahun 1883 di Rembau, 1886 di Jelebu dan 1889 di Sri Menanti
• tahun 1895 semua daerah disatukan dan membentuk persekutuan yang dipanggil Negeri Sembilan
• Tunku Muhammad Ibni Yamtuan Antah (Yamtuan Sri Menanti) ditabal sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama
• Tahun 1895 Residen British ditempatkan di Negeri Sembilan iaitu Martin Lister
• Negeri Sembilan secara sah menjadi negeri naungan British

iv. Keadaan di Pahang
• Pahang tidak sekaya seperti Negeri-Negeri Melayu yang lain
• British mahu menguasai Pahang bagi menghalang kuasa Eropah lain bertapak di Negeri-Negeri Melayu
• kurun ke-19 Asia Tenggara menjadi tempat kuasa Perancis, Rusia dan Jerman mencari tanah jajahan
• Sultan Ahmad berusaha mengekalkan kedaulatan Pahang dari dijajah British seperti yang berlaku di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan
• Sultan Ahmad mencontohi tindakan Sultan Abu baker dari Johor untuk membangunkan Pahang bagi menyekat pengaruh British
• Sultan Ahmad membawa masuk pelabur-pelabur Eropah untuk memajukan Pahang
• syarikat-syarikat Eropah mengusahakan lombong emas dan bijih timah di Pahang
• contoh;
i. Pahang Corporation Ltd (Sungai Lembing)
ii. Malay Peninsular (Pahang)
iii. Prospecting Co. (Selising)
iv. Penjom & Sg. Dua Semantan Co. (Penjom)
tindakan Sultan Ahmad tidak disenangi British kerana menjejaskan kepentingan mereka di Negeri-Negeri Melayu

Perluasan Kuasa British di Pahang
• tahun 1886, Frank Swettenham dan Frederick Weld Gabenor Negeri-Negeri Selat memujuk Sultan Ahmad menerima Residen british tetapi gagal
• tahun 1887 British mendapatkan bantuan Sultan Abu Bakar di Johor untuk memujuk Sultan Ahmad menerima pengaruh British
• Hugh Clifford dilantik sebagai wakil British di Pahang
• British masih tidak puas hati kerana wakil British berkuasa terhad
• tahun 1888 seoreang warganegara British berbangsa Cina iaitu Go Hui ditemui mati berhampiran istana Sultan Ahmad
• British menggunakan peluang ini mendesak Sultan Ahmad menerima Residen British atas alasan Sultan Ahmad tidak mampu mewujudkan keamanan di Pahang
• akhirnya Sultan Ahmad terpaksa menerima J.P.Rodger sebagai Residen British
• penerimaan ini sebagai tanda berakhirnya kedaulatan Pahang
• British mula campur tangan secara langsung dalam pentadbiran Pahang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan