CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 13 April 2010

NOTA SEJ TING 2: ING EKSPLOITASI EKONOMI 2

6.4 Perkembangan Perusahaan Perlombongan
(Teks m/s: 134-138)

- British memajukan kegiatan perlombongan
- Hasil galian adalah seperti bijih timah, emas, arang batu, bauksit, bijih besi dan ilmanit
a) Emas
- 1890-an dilombong secara komersial di raub, Pahang
- Raub merupakan kawasan lombong emas terbesar Tanah Melayu
- diusahakan oleh syarikat dari Australia

b) Arang batu
- dilombong di Batu Arang, Selangor
- digunakan sebagai bahan api

c) Bauksit
- sejenis logam yang digunakan untuk membuat aluminium
- dilombong di Bukit Pasir dan Teluk Ramunia di Johor, Teluk Emas di Melaka

d) Bijih besi
- dilombong di Bukit Besi, Terengganu dan Rompin, Pahang
- lombong bijih besi juga dibuka di Kedah, Perak dan Johor

e) Ilmanit
- galian yang dikeluarkan sebagai hasil sampingan perlombongan bijih timah
- dihasilkan di batang Padanf, Perak

Perkembangan Perlombongan Bijih Timah
- bijih timah merupakan galian terpenting di Tanah Melayu
- British menguasai Tanah Melayu adalah juga kerana bijih timah
- Sebelum dieksport bijih timah diproses menjadi jongkong timah
- Perkembangannya dapat dilihat dalam dua peringkat iaitu peringkat sebelum dan selepas campur tangan British

a) Peringkat Sebelum Campur Tangan British di Tanah Melayu
- kegiatan melombong adalah bercorak tradisional
- diusahakan oleh orang Melayu
- menggunakan cara mendulang dan melampan
- tahun 1820-an orang Cina dibawa masuk bekerja di lombong bijih timah kepunyaan pembesar melayu di daerah Lukut, Sungai Ujong, Larut dan Klang
- orang Cina dan Eropah dibenarkan membuka lombong bijih timah dengan memajak tanah daripada pembesar-pembesar Melayu

b) Peringkat Selepas Campur Tangan British di Tanah Melayu
- perlombongan bijih timah semakin berkembang dengan penglibatan orang Cina
- banyak lombong baru dibuka di Ampang, Kuala Lumpur dan di Lembah Kinta, Perak
- orang Cina memperkenalkan sistem lombong dedah, pam kelikir dan palung
- akhir kurun ke-19 orang Cina menguasai kegiatan melombong bijih timah

Faktor-Faktor Perkembangan Bijih Timah
- akhir kurun ke-19 Tanah Melayu merupakan penyumbang utama bijih timah dunia iaitu sebanyak 55%
- perkembangannya adalah kerana faktor seperti Revolusi Perindustrian dan kaedah melombong yang lebih moden

a) Revolusi Perindustrian di Eropah
- permintaan bijih timah semakin meningkat
- bijih timah digunakan dalam perusahaan mengetin makanan

b) Kaedah Melombong Bijih Timah Lebih Moden
- diperkenalkan oleh syarikah-syarikat Eropah awal kurun ke-20
- menggunakan kapal korek untuk menghasilkan lebih banyak bijih timah
- tahun 1912 kapal korek pertama kali digunakan oleh Syarikat Malayan Tin Dredging di Batu Gajah, Perak
- pada tahun 1929 terdapat 107 buah kapal korek di Tanah Melayu
- 1930-an orang Eropah menguasai perusahaan bijih timah sebanyak 68%

Kejatuhan Harga Bijih Timah dan Langkah Mengatasi
- 1930-an harga bijih timah jatuh akibat kemelesetan ekonomi dunia
- 1931 ditandatangani Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa sebagai langkah memulihkan semula harga bijih timah
- negara-negara terlibat ialah Tanah Melayu, Bolivia, Nigeria dan Indonesia
- semua negara bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran bijih timah
- hasilnya pada tahun 1934 Majlis Bijih Timah Antarabangsa ditubuhkan
- tujuan untuk menyelaraskan pengeluaran bijih timah
- kesannya dapat menstabilkan semula harga bijh timah

6.5 Pengeluaran Hasil Hutan
(Teks m/s: 139-141)

- Tanah Melayu kaya dengan hasil hutan seperti kayu-kayan, rotan, damar, madu lebah, kapur barus, getah perca dan getah jelutung
- diusahakan secara tradisional melalui kegiatan meramu
- semasa pentadbiran British hasil-hasil ini menjadi kegiatan ekonomi bercorak komersial
- british menggalakkan pengeluaran hasil hutan untuk dieksport ke China, Amerika Syarikat dan Eropah
- tahun 1901 Brritish menubuhkan Jabatan Perhutanan
- tujuan untuk menguruskan pengeluaran hasil hutan dengan lebih sistematik

a) Damar
- diperoleh daripada getah pelbagai jenis pokok di hutan
- damar digunakan untuk menutup renggangan pada papan perahu
- dieksport untuk dijadikan varnis iaitu bahan untuk menggilap permukaan papan atau rotan

b) Getah perca
- diperoleh daripada pokok getah perca yang tumbuh dalam hutan
- digunakan untuk membuat peralatan bedah, bola golf dan bahan penebat kabel telegraf dasar laut
- untuk mendapatkan getah perca batang pokok ditetak bagi mengeluarkan susunya
- kemudian susu dikumpul dalam bekas dan dibentuk menjadi bebola atau jongkong

c) Getah jelutung
- kegunaannya untuk dijadikan ramuan getah pengunyah dan sebagai pelekat dalam industri gigi palsu
- tahun 1920-an getah jelutung dikumpul menggunakan tabung buluh
- ia biasanya dieksport

d) Rotan
- dihasilkan untuk kegunaan dalam negeri dan juga banyak dieksport ke China
- kegunaan rotan untuk dijadikan bakul, tikar ,tongkat, tangkai payung dan perabot

e) Pembalakan
- banyak dieksport ke China dan Britain
- antara kayu balak yang diusahakan ialah cengal, meranti dan keruing
- digunakan sebagai bahan binaan, membuat perabot dan perahu
- 1928 British memperkenalkan lesen kilang papan untuk mengawal kegiatan pembalakan dan industri berasaskan kayu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan