CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 13 April 2010

NOTA SEJ TING 2 - NEGERI-NEGERI SELAT

Penubuhan Negeri-Negeri Selat – NNS (Teks m/s: 21-13
• tahun 1824 SHTI menguasai Pulau Pinang, Melaka dan Singapura
• Pulau Pinang ditadbir oleh Leftenan Gabenor
• Singapura dan Melaka ditadbir oleh Residen
• tahun 1826 ketiga-tiganya disatukan di bawah satu pentadbiran iaitu NNS
• tujuan adalah untuk menyeragamkan pentadbiran dan menjimatkan perbelanjaan
• ibu negeri NNS pertama ialah Pulau Pinang
• tahun 1832 ibu negeri NNS dipindahkan dari Pulau Pinang ke Singapura
• alasannya kerana kedudukan Singapura lebih strategik dan menguntungkan

Pentadbiran di Negeri-Negeri Selat
• pentadbiran NNS diketuai oleh Gabenor
• Gabenor menerima arahan daripada Gabenor Jeneral British di India
• Gabenor NNS dibantu oleh Residen Konsuler bagi setiap negeri di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka
• semua dasar dan undang-undang NNS digubal oleh Gabenor Jeneral British di India
• kesan-kesannya;
a) Penduduk dan pedagang tempatan tidak puas hati kerana NNS ditadbir seperti Tanah Jajahan India
b) Saudagar-saudagar British di NNS merayu dan mendesak supaya dipindahkan pentadbiran ke London
c) Pada 1 April 1867 NNS diisytiharkan sebagai Tanah jajahan British dan diletakkan di bawah Pejabat Tanah Jajahan di London
d) Majlis Perundangan ditubuhkan bagi membolehkan NNS meluluskan undang-undang sendiri

Sebab-Sebab Perpindahan Pentadbiran NNS Dari India Ke London (1867)
• SHTI di India tidak mengambil berat tentang kebajikan NNS
• NNS membantah cadangan menghapuskan taraf pelabuhan bebas di Singapura
• Kedatangan imigran Cina ke NNS tidak terkawal kerana kebanyakan mereka menubuhkan kongsi gelap dan melakukan kekacauan
• Pengenalan Akta Mata Wang 1855 menyebabkan mata wang Sepanyol diganti dengan mata wang rupee India – ini merugikan pedagang-pedagang kerana nilai rupee rendah
• Penduduk tempatan membantah kerana NNS dijadikan tempat buangan banduan

Kesan Perpindahan Pentadbiran NNS Ke London
• Tahun 1871 mata wang NNS pertama telah dikeluarkan

8 ulasan: