CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 13 April 2010

NOTA SEJ TING 2 - KEDAH- PPINANG

BAB 1 – KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN BRITISH



Pengaruh British di Kedah
(Teks m/s: 4-6)
• sebelum tahun 1791 Pulau Pinang adalah sebahagian dari wilayah Kedah
• Kedah pula terletak di bawah naungan Siam
• terkenal sebagai sebuah kuasa maritim
• Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) tertarik dengan kegemilangan Kedah terutamanya di Pulau Pinang

Sebab-Sebab SHTI Tertarik dengan Kedah
a) Kedah Sebagai Pelabuhan Persinggahan
• kedudukan Kedah strategik di laluan antara timur dan barat
• banyak terdapat kemudahan seperti bekalan air, bekalan makanan dan tempat membaiki kapal
• pedagang singgah sebelum belayar ke Canton, China
• tempat berlindung sementara menunggu peralihan angin monsun

b) Kedah Sebagai Pusat Pengumpulan Barang Dagangan
• banyak barang dagangan terdapat di Kedah yang dibawa dari negara luar seperti China
• teh dari China diperlukan oleh SHTI
• China perlukan emas, perak, bijih timah dan lada hitam dari Kepulauan Melayu

c) Kedah Sebagai Pangkalan Tentera
• SHTI perlukan Pulau Pinang sebagai pangkalan tenteranya
• SHTI bersaing kuasa perdagangan dengan Perancis di India
• Pulau Pinang dijadikan pangkalan tentera untuk mempertahankan India dari serangan Perancis

Ancaman-Ancaman di Kedah
• Kuala Kedah berkembang sebagai pelabuhan entrepot di Kepulauan Melayu
• pemimpin mengamalkan dasar buka pintu dalam pentadbiran
• Kuala Kedah maju sebagai pusat perdagangan antarabangsa
• para pemimpin Kedah menghadapi tentangan dan ancaman dalam usaha mengekalkan kedaulatan Kedah dari Bugis, Siam dan Burma


i) Ancaman Bugis Dari Selangor
• akhir abad ke-18 keadaan politik Kedah tidak stabil kerana perebutan takhta antara pembesar-pembesar
• keadaan ini mengancam kedaulatan Kedah
• tahun 1770 Sultan Muhammad Jiwa melantik Tunku Abdullah sebagai Raja Muda Kedah
• kerabat diraja Kedah tidak bersetuju kerana Tunku Abdullah bukan anak gahara
• kerabat diraja Kedah berpakat dengan Bugis di Selangor untuk menentang Sultan Muhammad Jiwa
• tentera Bugis pimpinan Raja Haji menyerang dan menawan Kuala Kedah dan Alor Setar
• Sultan Kedah terpaksa berundur ke Kangar
• Sultan Muhammad Jiwa dapatkan bantuan tentera dari firma Jourdain Sullivan and de Souza
• tahun 1771 firma telah menghantar Francis Light ke Kedah untuk berunding
• perjanjian telah ditandatangani yang membenarkan firma berniaga di Kuala Kedah
• firma dikehendaki membantu Kedah dalam ketenteraan
• Sultan Kedah membatalkan perjanjian apabila firma tidak membantu Kedah menyerang Bugis di Selangor

(ii) Ancaman Siam
• Kedah menghentikan penghantaran bunga emas kepada Siam semasa Siam berperang dengan Burma (1753-1781)
• selepas perang tamat Siam menjadi kuasa yang kuat dan menuntut Kedah menghantar bunga emas, wang dan tenaga manusia
• Kedah berasa terancam
• Sultan Abdullah (1778-1797) mendapatkan bantuan tentera SHTI
• Sultan Kedah menawarkan Pulau Pinang sebagai hadiah sekiranya SHTI sanggup melindungi Kedah dari ancaman Siam
• Francis Light sedar tentang kepentingan Pulau Pinang sebagai pelabuhan dan pangkalan tentera
• SHTI bersetuju untuk membantu Kedah

Francis Light di Pulau Pinang
(Teks m/s: 7-9)
• SHTI bersaing dengan Belanda di semenanjung Tanah Melayu
• SHTI bimbang dasar monopoli Belanda menjejaskan perdagangan mereka
• SHTI anggap tawaran Sultan Abdullah yang membenarkan mereka menduduki Pulau Pinang sebagai ‘pucuk dicita ulam mendatang’
• Francis Light menandatangani perjanjian secara peribadi dengan Sultan Abdullah pada tahun 1786 iaitu Perjanjian Inggeris-Kedah
• Sultan Abdullah membenarkan Francis Light menduduki Pulau Pinang dengan syarat Francis Light memberi bantuan tentera apabila perlu
• Pada 11 Ogos 1786 upacara menaikkan bendera rasmi British iaitu Union Jack diadakan
• nama Pulau Pinang ditukar kepada Prince of Wales Island oleh Francis Light
• ibu negeri Pulau Pinang dinamakan Georgetown iaitu sempena nama Raja England – King George III
• tahun 1787 sebanyak 42 buah kapal berlabuh di Pulau Pinang
• tahun 1790 bilangan kapal bertambah kepada 104 buah
• bermulanya penjajahan British di Tanah Melayu

Syarat Perjanjian Inggeris-Kedah 1786
• SHTI bantu Kedah sekiranya Kedah diserang musuh
• SHTI tidak boleh melindungi musuh Kedah
• SHTI berjanji akan membayar sebanyak 30 000 dolar Sepanyol setahun kepada sultan sebagai pampasan

Pulau Pinang Diambil British Secara Rasmi
• tahun 1786 Siam menakluk Patani dan mengancam Kedah
• Sultan Abdullah menuntut SHTI memberi bantuan tentera (seperti dalam perjanjian 1786)
• SHTI enggan membantu dengan alasan SHTI tidak terlibat dengan perjanjian
• SHTI juga mahu menjaga kepentingan perdagangan dengan Siam
• Sultan Abdullah mendesak Francis Light meninggalkan Pulau Pinang kerana tidak menenpati janji
• Francis Light enggan dan menawarkan bayaran ganti rugi tetapi ditolah oleh Sultan Abdullah
• Sultan Abdullah berasa marah dan tertipu dengan tindakan Francis Light
• Tahun 1791 Sultan Abdullah menyediakan angkatan laut di Seberang Perai untuk menyerang dan mengambil semula Pulau Pinang
• Sultan Abdullah mendapat bantuan dari Riau, Siak dan Selangor
• Francis Light minta bantuan dari British menyerang kubu Sultan Abdullah di Seberang Perai
• Sultan Abdullah tewas
• Sultan Abdullah terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris-Kedah pada 1 Mei 1791
• kesan-kesan:
- SHTI menduduki Pulau Pinang secara rasmi
- sebagai ganjaran SHTi membayar 6000 dolar Sepanyol setiap tahun kepada Sultan Abdullah
- George Leith dilantik sebagai Gabenor Pulau Pinang yang pertama


SHTI Mengambil Seberang Perai
(Teks m/s: 10-12)
• 2 sebab SHTI memerlukan Seberang Perai;
i. Seberang Perai sebagai benteng mempertahankan serangan terhadap Pulau Pinang oleh pihak musuh
ii. Seberang Perai subur dan sesuai untuk pertanian bagi menampung makanan di Pulau Pinang
• SHTI mengambil kesempatan kerana Sultan Dziauddin memerlukan bantuan tentera bagi menghadapi ancaman Siam
• terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Perikatan dengan gabenor Leith pada Jun 1800
• kesan – SHTI menduduki Pulau Pinang dan menukar nama kepada Province Wellesley

Syarat Perjanjian Persahabatan dan Perikatan 1800
• Sultan Kedah menyerahkan Seberang Perai
• SHTI membayar 10 000 dolar Sepanyol setahun bagi Pulau Pinang dan Seberang Perai
• SHTI tidak membantu Kedah apabila Siam menyerang Kedah pada November 1821
• rakyat Kedah terpaksa berjuang sendiri
• Kedah tewas dan ditakluki Siam
• Jun 1826 Raja Siam Rama III menandatangani perjanjian dengan Henry Burney di Bangkok iaitu Perjanjian Burney 1826

Syarat Perjanjian Burney 1826
• British mengiktiraf ketuanan Siam terhadap Kedah
• Sultan Kedah iaitu Sultan Ahmad Tajuddin II tidak dibenarkan tinggal di Kedah, Pulau Pinang, Seberang Perai, Perak, Selangor dan Burma
• British tidak membantu sultan Kedah menyerang Siam dan jajahan takluknya
• British akan menghantar balik sultan Kedah yang berlindung di Pulau Pinang ke Kedah dan Kedah hendaklah membayar ufti bunga emas kepada Siam
• Siam mengiktiraf pendudukan British di Pulau Pinang dan Seberang Perai

5 ulasan: