CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Isnin, 3 Mei 2010

elemen 2 Tahun Baru Cina draf

1 Perayaan Tradisi:

1.1. Nama perayaan/Nama lain
Nama lain bagi Tahun Baru Cina ialah Chunjie ( musim bunga )

1.2. Pihak/Etnik/Kaum yang terlibat

Di Malaysia perayaan ini dirayakan oleh kaum Cina . Namun begitu apabila diadakan sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Kebangsaan semua kaum kaum turut terlibat.
Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan.

1.3. Tarikh/Tempoh masa dirayakan

Pada kebiasaanya ia disambut pada setiap satu haribulan setiap tahun mengikut kalender Cina.
Terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab

1.4. Tujuan perayaan
Perayaan tahun baru Cina melambangkan permulaan dalam nasib dan kehidupan.

2 Latar Belakang:

2.1. Sejarah/Asal usul perayaan

Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, di mana seekor makhluk ganas yang bernama ‘Nian’ membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan. Mereka mencari ikhtiar untuk menewaskan makhluk ini. Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam.

2.2. Upacara khusus dalam perayaan

Selepas makan malam , kira-kira pukul 12.00 malam semua ahli keluarga akan bersembahyang di tokong atau rumah masing-masing untuk ucapan selamat kepada Tuhan . Sembahyang juga dilakukan pada waktu pagi hari Tahun Baru Cina.

2.3. Individu yang mengetuai upacara khusus
Sembahyang ini diketuai oleh datuk dan nenek setiap keluarga. Semua ahli keluarga akan bersama-sama dalam upacara ini.

2.4. Tempat khusus sambutan dijalankan
Tempat paling penting upacara perayaan ini ialah di Tokong dan di rumah.

3 Persiapan Sambutan Perayaan:
3.1. Sebelum

3.1.1.Malam Tahun Baru Cina
Pada malam Tahun Baru , kaum keluarga sama ada dekat atau jauh akan berkumpul di rumah ibu bapa untuk upacara makan besar. Ini simbol eratnya ikatan kekeluargaan yang menjadi tunjang masyarakat harmoni.
Hidangan makan malam tahun baru ini biasanya adalah tradisi turun temurun seperti itik panggang, sup, taukua, ikan ,khinzir,yu shang, tiram berkicap, dan lapan jenis sayuran yang dimakan bersama arak.

Selesai makan, semua ahli keluarga akan berdoa dan menjalankan upacara ‘shou sui’ , yang dipercayai akan memanjangkan umur seseorang. Bagi yang tua, malam tahun baru akan dihabiskan dengan bermain ‘mah jong’ sebagai hiburan untuk merapatkan hubungan antara ahli keluarga. Tepat detik tengah malam, mercun dan bunga api akan dibakar, menandakan sambutan tahun baru bermula.

Pada hari-hari sebelum Tahun Baru, keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah mereka secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu keluar.
Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah mengucap kebahagiaan dan kemakmuran dalam bahasa Cina( chun lian ).
Ang pau bagi ahli terdekat dalam keluarga kadang-kadang diberi sewaktu jamuan pertemuan semula. Paket ini sering mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu yang mencerminkan tuah dan kehormatan.

MAKANAN

Limau mandarin- Limau ini merupakan buah-buahan paling kerap ditemui semasa perayaan tahun baru. Fungsi buah limau mandarin bagi masyarakat Cina ialah untuk dipuja di Tokong dan daunnya untuk buang sial, buah limau mandarin pula melambangkan kesejahteraan dan kemewahan.

Kuih bakul- Kuih ini paling laris didapati di China timur (Jiangsu, Zhejiang dan Shanghai) kerana namanya serupa sebutan dengan "kian tahun kian tinggi".[2]
Mi-mi dihidangkan tanpa dipotong, melambangkan panjang hayat, namun amalan ini tidak terhad kepada sambutan tahun baru.
Gula-gula- Gula-gula dan buah-buahan kering disimpan dalam kotak gula-gula Cina berwarna merah atau hitam.

Hiasan BUNGA

Berikut merupakan hiasan bunga yang paling biasa pada Tahun Baru dan sering dijual ketika pasaran tahun baru.
Setiap bunga memiliki maksud tertentu.
Bunga plum- melambangkan tuah
Kumkuat- melambangkan kemakmuran
Bunga kekwa- melambangkan panjang umur
Buluh- tumbuhan digunakan sepanjang tahun
Bunga matahari- bermaksud tahun yang elok

HIASAN

Selalunya masyarakat Cina meletakkan perhiasan berupa gambar ikan . Ikan melambangkan lebihan atau simpanan tambahan supaya ada lebih untuk hidup pada baki tahun.

Jongkong Yuanbao- melambangkan wang dan/atau kemewahan.
Tanglung- Tanglung ini berwarna merah dan selalunya berbentuk bujur. Tanglung-tanglung yang digunakan pada hari ke-15 Tahun Baru Cina untuk Pesta Tanglung, dinyala terang-terang, berwarna-warni, dan berbagai-bagai saiz dan bentuknya.
Poster kaligrafi Cina memaparkan peribahasa Cina.
Hiasan-hiasan lain termasuk gambar Tahun Baru, simbul Cina, keratan kertas dan gurindam.
Tarian singa - Tarian singa sering diadakan pada Tahun Baru Cina. Adalah dipercayai bahawa pukulan gendang yang kuat dan bunyi simbal yang memekakkan serta wajah singa yang menari dengan agresif sekali boleh mengusir puaka jahat. Tarian singa juga dipamerkan pada upacara pembukaan perniagaan orang Cina.

3.2. Semasa

PERAYAAN TAHUN BARU CINA HARI PERTAMA
Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi. Kebanyakan orang yang meraikannya, terutamanya penganut agama Buddha, menghindari diri daripada memakan daging pada hari ini kerana adalah dipercayai bahawa ini memastikan mereka akan lanjut usia.
Yang paling penting, hari pertama Tahun Baru Cina merupakan masa apabila keluarga Cina menziarahi orang tua mereka dan ahli keluarga paling senior dalam seluruh keluarga mereka, biasanya ibu bapa, datuk nenek atau moyang.
Terdapat juga keluarga yang mengundang tarian singa sebagai upacara simbolik untuk menyambut tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah.

ucapan ‘Kong Hee Fatt Choy’ akan diucapkan sesama penganut. Ia membawa maksud ‘ semoga tahun ini akan membawa kebaikan’.
Tetamu mula berkunjung membawa limau mandarin, yang bermaksud kekayaan manakala tradisi memberi ‘ang pow’ diteruskan kepada kanak-kanak dan orang yang belum berkahwin.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul.
.
3.2.4 PAKAIAN
Pemakaian yang melebihkan warna merah sering dipakai sepanjang Tahun Baru Cina kerana dipercayai warna merah akan menakutkan roh jahat dan nasib malang. Tambahan, orang yang memakai baju baru dari kepala hingga kaki pula melambangkan permulaan baru pada tahun baru.

3.3. Selepas

PERAYAAN TAHUN BARU CINA HARI KE-2
Hari kedua Tahun Baru Cina atau hari "membuka tahun kāi nián) menyaksikan anak perempuan yang telah kahwin untuk menziarahi ibu bapa kandung mereka. Menurut tradisi, anak perempuan yang telah kahwin mungkin tidak banyak berpeluang menziarahi keluarga kandung sendiri.
PERAYAAN TAHUN BARU CINA KE-3
Hari ketiga perayaan ini dipercayai ramai sebagai hari yang tidak sesuai untuk menziarahi saudara mara atas kepercayaan berikut:
Hari ini dikenali sebagai "mulut merah" chì kǒu), yang bermaksud bahawa adalah amat mudah untuk terlibat dalam pergaduhan, maka hari ini tidak sesuai untuk ziarah-menziarahi, sebaliknya berdiam di rumah sahaja. Keluarga yang mengalami kematian ahli terdekat dalam jangka masa tiga tahun lalu tidak akan menziarahi rumah sesiapa sebagai tanda penghormatan kepada si mati. Hari ketiga Tahun Baru wajar dijadikan hari menziarahi kubur.
PERAYAAN TAHUN BARU CINA HARI KE-5
Di bahagian utara China, ladu (Cina Ringkas: jiǎozi) dijadikan sarapan pada pagi "pecah lima" pò wǔ). Ini juga merupakan ulang tahun hari lahir Cai Shen, dewa kekayaan Cina. Di Taiwan, perniagaan biasanya dibuka semula pada hari tersebut dan diserikan oleh pemetik api.
PERAYAAN TAHUN BARU CINA HARI KE-7
Hari ketujuh dikenali sebagai hari jadi orang ramai rén rì, iaitu hari yang mana usia setiap orang ditambah lagi setahun menurut pengiraan kalendar qamari Cina.
Inilah harinya bila salad ikan mentah lambung, yee sang, dimakan. Kaum sekeluarga berkumpul untuk melambung salad berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi menambahkan kekayaan dan kemakmuran. ini merupakan adat resam yang terutamanya diamalkan oleh kaum Cina di rantau Asia Tenggara, seperti Malaysia dan Singapura, tetapi jarang diamalkan oleh kaum Cina di merata dunia selain rantau tersebut.
PERAYAAN TAHUN BARU CINA HARI KE-9
Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi kaum Cina untuk menyembah Maharaja Jed di Kayangan tiān gōng) di tokong agama Tao.
Tambahan pula, hari ini dianggap sebagai "tahun baru" suku kaum Hokkien. Apabila tibanya tengah malam pada hari kelapan tahun baru, suku Hokkien menyembahkan doa syukur kepada Maharaja tersebut. Penyembahan ini termasuk tebu kerana tebu pernah digunakan untuk melindungi suku Hokkien dari ancaman penghapusan beberapa generasi lalu.
Teh dituang sebagai adat bagi menghormati orang ternama.
PERAYAAN TAHUN BARU CINA HARI KE-15
Ini adalah hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina yang diraikan sebagai Yuánxiāo jié Chap Goh Mei.Tāngyuán ialah sejenis makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut. Tepung pulut ini dicampur dengan sedikit air untuk membentuk bebola, kemudian dimasak dan dihidangkan dalam air yang mendidih. Tangyuan bolehlah sama ada berisi atau tanpa isi. Bergantung kepada amalan setempat, hari yang sama ini juga dikenali sebagai Perayaan Tanglung.
Ia adalah hari terakhir bagi bulan penuh, menandakan penutup bagi perayaan ini.
Perayaan tersebut jatuh pada malam 15 hari bulan, bulan pertama Imlek China. Hari itu juga disebut "Pesta Lampu", kerana lampu-lampu dinyalakan pada sebelah malam sebagai aktiviti utama pada hari perayaan itu.
Menikmati onde-onde dan memasang lampu-lampu merupakan dua perkara utama perayaan ini. Mengapa memasang lampu-lampu pada Hari Capgome? Pada tahun 180 Sebelum Masihi, China diperintah oleh Dinasti Han. Maharaja pada ketika itu, maharaja Liu Heng berjaya mematahkan gerakan penderhakaan. Hari itu kebetulan 15 hari bulan bulan pertama Imlek Cina. Untuk merayakan kejayaan tersebut, Liu Heng memerintahkan lampu-lampu dipasang di seluruh negara. Beraneka bentuk lampu dipasang di tepi-tepi jalan pada hari itu. Adat istiadat tersebut diamalkan sehingga kini.
Lampu-lampu tersebut biasanya diperbuat dengan kertas yang berwarna-warni, berbentuk seperti gunung, bangunan, orang, bunya, burung dan binatang. Sekarang teknologi moden yang canggih ianya diperbut dari gentian optik, laser, kawalan bunyi dan cahaya juga telah digunakan dalam pembuatan lampu-lampu warna-warni.
3.4. Peraturan/Pantang-larang/Amalan sampingan

TUAH BAIK
• Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun baru.
• Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puaka pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun.
• Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang tahun bagi pemakannya.
• Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari tahun baru agar mudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang.
• Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama mencerminkan peristiwa yang akan berlangsung sepanjang tahun. Maka, orang Asia mengambil kesempatan untuk berjudi pada hari pertama ini bagi menaruh harapan untuk menambah kekayaan.
• Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud memijak orang yang bergosip tentang pemakainya.
NASIB MALANG (‘TUAH BURUK’)
• Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina kerana perkataan bahasa Kantonis bagi "kasut" sama bunyinya dengan perkataan "kasar" atau "sukar".
• Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataan Kantonis bagi "seluar" sama bunyinya dengan "pahit". (Namun ada yang menganggapnya sebagai positif, kerana perkataan bagi "seluar" dalam dialek itu juga sama bunyinya dengan "kaya".)
• Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama bunyinya dengan hasil. Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai "memotong hasil dalam bahasa Kantonis".
• Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun perihal kebersihan sering telah mengatasi tradisi ini.)
• Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah bagi tahun baru.
• Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal Tahun Baru Cina kerana ini turut dianggap tidak bagus.
• Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek Cina bagi "buku" sebunyi dengan perkataan bagi "kalah
4 Kesan Perayaan:

1. kekeluargaan - ikatan kekeluargaan bertambah baik / amalan berziarah / bermaaf-maafan / dah lama tidak berjumpa / melepas rindu

2. perpaduan
- perayaan disambut bersama - tidak kira bangsa dan agama
- kunjung mengunjung - sesama jiran / rumah kakitangan
- sambutan peringkat kebangsaan - meriah .. semua rakyat malaysia terlibat

3. pelancongan
- pelancong ingin melihat keunikan yang terdapat di negara ini
- cara perayaan disambut/ dilaksanakan
- juadah hari raya - keistimewaan tersendiri

4. peluang perniagaan
- buka bazar ramadhan - peluang berniaga terbuka luas di seluruh negara -rezeki bulan puasa melimpah ruah
- kunjungan bertali arus - menjual pelbagai juadah berbuka
- jualan sempena hari raya oleh pasar raya - lipat ganda keuntungan
- pendapatan sampingan - berniaga songkok , baju , tempahan menjahit baju dan langsir

4.4.Peluang perniagaan

Bazar Ramadan Salah satu fenomena yang dapat dilihat di negara dengan penduduk majoriti Islam pada bulan Ramadan pada umumnya adalah Bazar Ramadan. Menjelang waktu maghrib, dapat dilihat di tapak-tapak pasar malam atau kawasan lapang, gerai-gerai yang menjual juadah berbuka puasa. Bazar seperti ini biasanya diselenggara kerajaan setempat (majlis perbandaran atau pejabat daerah), namun ada juga bazar khas yang dianjurkan kerajaan negeri atau syarikat tertentu. Selain itu, pada siang hari bulan ini juga dapat dilihat para pedagang bermusim yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan yang menjaja pelbagai barangan dari makanan hinggalah pakaian, di tempat-tempat awam terutamanya di tepi-tepi jalan. Kesemua ini dapat menjana ekonomi kawasan terbabit



RUMUSAN Unsur patriotisme yang diperoleh daripada kajian ini.
Iktibar kepada diri calon, bangsa dan negara.























LAMPIRAN
Gambar TBC , Kad raya , ang pow , kalender raya
dokumen dan bahan-bahan lain yang
berkaitan.( mesti selaras dengan kaedah kajian yang kita dah buat )
Tulis kapsyen di bawah setiap bahan /lampiran yang
disertakan.( no pun boleh )contohnya gambar tengah buat apa ..

7 ulasan:

  1. thanks for sharing,
    Tomorrow I must submit folio
    Your information helped me a lot

    BalasPadam
  2. terima kasih di atas nota yang sangat berguna :)

    BalasPadam
  3. ia sangat bagus ia membantu saya terima kasih dari pelajar kolej tun datu tuanku haji bujang

    BalasPadam
  4. Salam..

    Informasi yang sangat membantu..

    Mohon dikongsi..Thanks cikgu Razak..B-)

    BalasPadam
  5. Trm kasih byk2 ats maklumat yang dikongsi bersama...moga mendapat keberkatan dariNya...

    BalasPadam