BAB 6 – BRITISH MENGEKSPLOITASI EKONOMI (TANAH MELAYU, SARAWAK DAN SABAH)
6.1 Kegiatan Pertanian Dagangan (Teks m/s: 126-128)
- peringkat awal diusahakan jenis tanaman tradisional seperti lada hitam, gambir, buah pala, cengkih, ubi kayu, tebu dan nanas
- diusahakan kerana mendapat pasaran yang baik
- British hanya menggalakkan peladang Eropah dan orang asing untuk mengusahakan pertanian dagangan
- penduduk tempatan tidak digalakkan terlibat
a) Lada hitam dan gambir
- untuk tujuan eksport
- diusahakan di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Sarawak
- kurun ke-19 lada hitam dan gambir diperkenalkan di Johor melalui Sistem Kangcu
- di Johor tanaman ini diusahakan oleh orang-orang Cina dari Singapura
- tanaman ini menjadi hasil eksport penting Johor sehingga awal kurun ke-20
- gambir biasanya digunakan sebagai bahan pewarna dan mencelup sutera
b) Buah pala dan cengkih
- banyak ditanam di Pulau Pinang
- tanaman buah pala diutamakan kerana harganya lebih tinggi
- dieksport ke Eropah dan China
- cengkih yang dikeringkan sesuai dijadikan ubat
- 1850-an tanaman ini merosot kerana harganya tidak stabil
c) Tebu
- ladang tebu banyak dibuka di Seberang Perai dan Perak
- permintaan terhadap gula meningkat di pasaran dunia
- 1830-an Seberang Perai merupakan pusat pengeluaran gula utama di negeri-Negeri Selat
- tahun 1900 Perak mencul sebagai pusat pengeluar gula terbesar di Tanah Melayu
- gula menjadi eksport penting Tanah Melayu selama hampir 50 tahun
d) Ubi kayu
- meruapakan tanaman eksport penting Tanah Melayu
- banyakditanam di Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor
e) Nanas
- industri mengetin nanas berpusat di Perak, Selangor dan Johor
- sebelum Perang Dunia II Tanah Melayu merupakan pengeksport nanas dalam tin kedua terbesar di dunia
6.2 Tanaman Baru Memantapkan Ekonomi
(teks m/s: 128-129)
- kurun ke-20 tanaman dagangan tradisional kurang penting kerana harganya tidak stabil di pasaran dunia
- British memperkenalkan tanaman baru seperti kopi, kelapa sawit, tembakau dan teh
a) Kopi
- diusahakan secara besar-besaran di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor
- harga kopi meningkat di pasaran dunia
b) Kelapa sawit
- berasal dari Afrika
- diperkenalkan di Kuala Selangor
- 1920-an minyak kelapa sawit mula dieksport
- ladang kelapa sawit dibuka di Perak dan Johor
- Johor menjadi pengeksport utama kelapa sawit
c) Tembakau
- ladang dibuka di Pulau Pinang dan Pahang
d) Teh
- diusahakan di Cameron Highlands, Pahang
- teh yang dihasilkan di Tanah Melayu bermutu tinggi dan dikenali sebagai ‘Teh Ceylon’
6.3 Perkembangan Perusahaan Getah (Teks m/s: 130-133)
- akhir kurun ke-19 harga kopi jatuh di pasaran dunia
- getah diperkenalkan sebagai tanaman pilihan untuk memulihkan ekonomi
- kurun ke-20 getah menjadi eksport penting Tanah Melayu
(i) Sejarah Asal-Usul Getah
- berasal dari Brazil
- getah di Tanah Melayu dari jenis Hevea Brasiliensis
- tahun 1876 sebanyak 70 000 biji getah dari Brazil dibawa ke England oleh Henry Wickham
- kemudian disemai di Kew Garden, England
- sebanyak 300 benih getah dihantar ke negara-negara naungan british terutamanya Sri Lanka
- 1877 sebanyak 22 batang anak getah dibawa ke Singapura dan ditanam di Botanical Garden
- dari Singapura beberapa batang anak getah dibawa ke Kuala Kangsar dan ditanam di halaman kediaman Residen Perak
- Pengarah Botanical Garden Singapura iaitu H.N.Ridley yang bertanggungjawab menggalakkan tanaman getah di Tanah Melayu
(ii)Perkembangan Getah
- awal kurun ke-20 harga getah melambung tinggi di pasaran dunia
- permintaan meningkat kerana perkembangan perusahaan membuat motokar di Eropah dan Amerika Syarikat
- ladang-ladang getah dibuka besar-besaran di Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Johor
- 1920-an Tanah Melayu menghasilkan 53% daripada jumlah pengeluaran getah dunia
- Tanah Melayu muncul pengeluar getah terbesar dunia
- Syarikat-syarikat Eropah menguasai perusahaan getah di Tanah Melayu seperti Sime Darby, Guthrie, Harrisons and Crosfield dan United Plantation
- Penduduk tempatan mengusahakan tanaman secara kebun kecil
Faktor-Faktor Perkembangan Perusahaan Getah
a) Permintaan Getah Meningkat
- diperlukan dalam perusahaan membuat motokar di Amerika Syarikat dan Eropah
- diperlukan untuk membuat kasut, pakaian, tayar kenderaan, alat perubatan dan penebat elektrik
b) Kejatuhan Harga Kopi
- harga kopi jatuh kerana pengeluaran berlebihan di Brazil dan serangan serangga perosak
- peladang terpaksa beralih kepada tanaman getah
c) Tenaga Buruh Mencukupi
- buruh dari India dibawa masuk secara besar-besaran untuk bekerja di ladang-ladang getah
d) Usaha H.N.Ridley
- memperkenalkan kaedah menoreh mengikut sistem ‘ibedem’ atau sistem tulang ikan herring
- kaedah torehan ini meningkatkan pengeluaran susu getah
e) Pelaburan Modal
- banyak syarikat besar Eropah melabur dalam perusahaan getah di Tanah Melayu seperti Sime Darby dan Guthrie
f) Cukai Rendah
- British mengenakan cukai tanah dan cukai eksport yang rendah
- Tujuannya untuk menggalakkan ladang-ladang baru dibuka
Sebab-Sebab Kejatuhan Perusahaan Getah
- tahun 1920-1930-an berlaku zaman kemelesetan ekonomi dunia
- harga getah jatuh dan memberi kesan kepada perusahaan getah
Langkah-Langkah Menstabilkan Harga Getah
- diperkenalkan Rancangan Stevenson dan Perjanjian Peraturan Getah Antarabangsa
a) Rancangan Sekatan Stevenson 1922
- tujuan untuk mengurangkan pengeluaran dan meningkatkan harga getah
- disertai negara naungan British seperti Tanah Melayu dan Sri Lanka
- Belanda dan Indonesia enggan menyertai rancangan ini sebaliknya terus meningkatkan pengeluaran getah
- tahun 1928 rancangan ini ditamatkan oleh British apabila gagal mencapai matlamat
b) Perjanjian Peraturan getah Antarabangsa 1934
- tujuan untuk mengurangkan pengeluaran getah dan menstabilkan harga
- disertai oleh Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Sri Lanka, India, Myanmar, Indonesia, IndoChina dan Thailand
- setiap negara dikehendaki mengurangkan pengeluaran mengikut kuota yang ditetapkan
- berjaya meningkatkan semula harga getah di pasaran dunia sebelum Perang Dunia II
Pengeluaran Getah Tiruan
- Amerika Syarikat memperkenalkan getah tiruan selepas Perang Dunia II
- menjadi pesaing kepada getah asli
- dihasilkan apabila bekalan getah asli dunia terputus akibat Perang Dunia II
- getah asli keluaran Tanah Melayu bermutu tinggi dan dapat menandingi getah tiruan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan