CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 13 April 2010

NOTA SEJ TING 2 : PERKEMBANGAN BANDAR

Perkembangan Jalan raya
- peringkat awal jalan raya dibina untuk menghubungkan kawasan lombong bijih timah dan pertanian dengan stesen kereta api
- jalan raya telah dibina menghubungkan Kuala Lumpur dengan Ipoh dan Seremban
- awal kurun ke-20 rangkaian jalan raya meningkat akibat meningkatnya penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta, lori dan bas
- jalan-jalan yang sedia ada diturap untuk disesuaikan dengan kenderaan bermotor
- banyak jalan raya dibina untuk menghubungkan kawasan kegiatan ekonomi dengan pelabuhan dan untuk menghubungkan bandar-bandar besar dengan bandar-bandar kecil
- tahun 1939 terdapat satu jaringan jalan raya yang menghubungkan seluruh Tanah Melayu
- tumpuan jalan raya adalah di kawasan yang mempunyai kepentingan ekonomi dan memudahkan pentadbiran British


Kemajuan Pengangkutan Laut dan Udara
- kemajuan ekonomi membawa kepada pengenalan perkhidmatan kapal wap dan kapal terbang

Kapal Wap
- tahun 1890 Syarikat Straits Steamship ditubuhkan di Singapura
- tujuan untuk memberi perkhidmatan kapal wap kepada pelabuhan di Negeri-Negeri Melayu
- kapal susur pantai ini membawa bekalan makanan, jentera dan buruh untuk perusahaan perlombongan bijih timah
- contoh: kapal wap The SS Perak memberikan perkhidmatan dari Singapura ke Pelabuhan Klang

Kapal Terbang
- tahun 1937 perkhidmatan penerbangan awam diperkenalkan oleh Syarikat Wearne Air Service iaitu hak milik Wearne bersaudara
- syarikat ini beribu pejabat di Singapura
- memulakan penerbangan dalam negeri antara Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang
- kapal terbang pertama yang digunakan oleh Syarikat Wearne adalah dari jenis kipas dua iaitu D.H.Rapides

Kemajuan Sistem Perhubungan
- antara yang ditekankan ialah sistem pos dan telegraf, telefon dan radio
- tujuan supaya perhubungan antara negeri di Tanah Melayu dengan negeri-negeri lain dapat dibuat dengan pantas
- mula diperkenalkan di kawasan kegiatan ekonomi, pusat pentadbiran, pelabuhan seterusnya berkembang ke kawasan petempatan
- tahun 1870-an pejabat pos dan telegraf dibina di Taiping, Perak
- kurun ke-20 setiap daerah di Perak boleh menghubungi Taiping melalui Telegraf
- tahun 1910 pejabat pos dan telegraf dibina di Pulau Pinang

Kemajuan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemudahan Asas Lain

a) Perkhidmatan Kesihatan
- masalah kesihatan wujud akibat daripada pertambahan penduduk yang pesat, pembukaan kawasan hutan untuk kegiatan ekonomi dan petempatan baru
- persekitaran tempat kerja dan kediaman yang kotor menyebabkan penyakit seperti taun, beri-beri dan malaria mudah merebak
- penyakit malaria dan beri-beri dianggap penghalang pada perkembangan ekonomi British kerana menyebabkan banyak kematian di kalangan buruh Cina dan India
- British mengambil langkah mendirikan hospital, pusat perubatan dan Institut Penyelidikan Perubatan untuk mengatasi masalah kesihatan
- tahun 1889 hospital kerajaan terawal didirikan di jalan Tanglin (Kuala Lumpur) di Taiping dan Pulau Pinang
- pusat-pusat kesihatan kecil juga didirikan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang untuk memudahkan penduduk di luar bandar
- 1890 Lembaga Kesihatan ditubuhkan untuk memastikan kebersihan bandar
- 1901 Institut Penyelidikan Perubatan ditubuhkan di Kuala Lumpur
- tujuannya untuk membuat penyelidikan bagi mencari punca, rawatan dan langkah mencegah penyakit berbahaya seperti malaria dan beri-beri

b) Sistem Pengairan Untuk Penanaman Padi
- pada peringkat awal lagi di Kedah terdapat sistem pengairan sempurna untuk tanaman padi iaitu terusan
- terusan ini mula dibina tahun 1885 dan siap pada tahun 1895 yang diberi nama Terusan Wan Mat Saman
- ia dibina oleh wan Mat Saman bin Wan Ismail (Perdana Menteri Kedah yang pertama)
- terusan ini sepanjang 35 kilometer dari Alor Setar ke Gurun, Kedah
- ia dibina menggunakan tenaga manusia dan peralatan tradisional seperti cangkul
- untuk membina terusan ini unggun api dinyalakan pada jarak tertentu sebagai penanda untuk memastikan terusan digali dengan lurus
- berdasrkan terusan inilah kerajaan British memodenkan sistem pengairan di Tanah Melayu
- tahun 1931 Jabatan Parit dan tali Air ditubuhkan untuk memajukan tanaman padi
- banyak bekalan makanan diperlukan akibat pertambahan penduduk
- kawasan sawah padi yang luas telah dibuka di Sungai Manik, Perak dan Tanjung Karang, Selangor

c) Bekalan Tenaga Elektrik
- tenaga elektrik diperkenalkan akibat daripada kemajuan ekonomi
- awal kurun ke-20 tenaga elektrik mula disalurkan ke Pulau Pinang dan Kuala Lumpur
- 1930 Empangan Hidroelektrik Chenderoh dibuka untuk menampung keperluan tenaga elektrik
- empangan ini dikendalikan oleh The Perak River Hydro-Electric Power Company Limited
- tujuan asal pembinaan adalah untuk mendapatkan kuasa elektrik bagi kegunaan perusahaan melombong bijih timah di Lembah Kinta

Kemunculan dan Perkembangan Bandar Baru
- pertengahan kurun ke-19 banyak petempatan baru dibuka di kawasan kegiatan ekonomi terutama di kawasan lombong bijih timah
- petempatan kemudiannya berkembang menjadi pusat pentadbiran dan perniagaan
- perkembangan lombong bijih timah adalah faktor utama munculnya bandar-bandar baru di Tanah Melayu seperti Taiping, Ipoh, Kuala Lumpur dan Seremban

a) Ipoh
- terletak di Lembah Kinta
- dibuka sejak kurun ke-16 dan didiami oleh orang Melayu
- nama bandar Ipoh berasal dari nama pokok Ipuh iaitu sejenis pokok yang getahnya digunakan sebagai racun pada sumpitan dan anak panah untuk berburu
- tahun 1880-an Lembah Kinta menjadi tumpuan pelombong Cina apabila pengeluaran bijih timah di daerah Larut merosot
- Ipoh berkembang menjadi bandar yang sibuk
- tahun 1935 Ipoh dijadikan ibu negeri Perak bagi menggantikan Taiping

b) Taiping
- terletak di daerah Larut
- nama asalnya Kelian Pauh
- tahun 1840-an ramai orang Cina dibawa masuk ke Larut untuk memajukan lombong bijih timah
- selepas Perang Larut tamat British menyusun semula pentadbiran di Larut
- nama ‘Taiping’ bermaksud ‘kedamaian yang abadi’
- berkembang menjadi sebuah bandar moden dan dijadikan ibu negeri Perak

c) Kuala Lumpur
- pertengahan kurun ke-19 Raja Abdullah (pembesar daerah Klang) meneroka kawasan berhampiran pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Klang untuk membuka lombong bijih timah
- ia kemudian dikenali sebagai Kuala Lumpur kerana kawasan itu berlumpur
- tahun 1860-an ramai orang Cina dibawa masuk untuk menjalankan kegiatan melombong bijih timah di sekitar Kuala Lumpur
- Kuala Lumpur terus berkembang daripada sebuah perkampungan lombong bijih timah menjadi pusat perdagangan yang maju
- Yap Ah Loy antara orang yang bertanggungjawab membangunkan Kuala Lumpur
- 1880 Kuala Lumpur dijadikan ibu negeri Selangor menggantikan Klang
- British menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat bandar yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan pentadbiran dan perniagaan
- 1896 Kuala Lumpur dijadikan pusat pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
- 1897 Bangunan Sultan Abdul Samad telah dibina dan menjadi pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan
- kini bangunan ini menempatkan Mahkamah Persekutuan Malaysia, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
- pada hari ini Kuala Lumpur adalah ibu negara Malaysia yang pesat membangun

1 ulasan:

  1. apakah tindakan mempergunakan sesuatu untuk kepentingsn sendiri dlam kesan eksploitasi di atas?

    BalasPadam