Elemen 3
Soalan
Bagaimanakah sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Murut dan sebagainya. Masyarakat majmuk di Malaysia kaya dengan adat istiadat , budaya dan perayaan kaum masing-masing. Sejak zaman sebelum merdeka lagi, agenda perpaduan kaum merupakan elemen penting perjuangan para pemimpin negara kita. Kita seharusnya menghargai jasa dan perjuanagn tokoh-tokoh negara seperti Bapa Kemerdekaan , Tunku Abdul Rahman , Tun Abdul Razak , Tun Hussein Onn , Tan Cheng Lock , Tun Sambanthan dan lain-lain lagi . Sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum yang dirayakan bersama setiap tahun pasti akan dapat memperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Semua kaum di negara ini sangat berbangga sebagai rakyat Malaysia yang sentiasa menghormati raja dan pemimpin negara . Slogan 1 Malaysia yang diterapkan oleh Perdana Menteri jelas merupakan jalan ke arah pembentukan sebuah masyarakat yang bersatu dan membangun bersama dalam sebuah negara yang aman dan harmoni ini. Perdana Menteri kita dan pucuk pimpinan negara , sentiasa menerapkan usaha ke arah menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa. Setiap lapisan masyarakat sentiasa diterapkan semangat menjaga dan mempertahan maruah bangsa dan negara dalam kehidupan seharian. Sambutan perayaan setiap kaum dirayakan secara bersama setiap tahun pada peringkat kebangsaan dan diangkat menjadi sebuah acara rasmi bagi negara ini. Maka tidak hairanlah kita menyambut Aidilfitri, Tahun Baru Cina , Deepavali , Krismas dan Hari Gawai pada peringkat kebangsaan saban tahun. Ianya adalah bukti pihak kerajaan bertanggungjawab kepada bangsa dan negara untuk merealisasikan agenda perpaduan nasional.
Kita perlu bersyukur sebagai warganegara Malaysia kerana dengan kebijaksanaan para pemimpin yang menerajui negara kita, kita dapat hidup bersatu padu dan harmoni antara kaum .Sikap bertolak ansur dan bertoleransi serta hormat-menghormati menjadi teras kehidupan bermasyarakat. Sikap curiga dan memandang serong kepada kaum lain perlu dikikis dan kita perlu peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara. Sambutan perayaan secara bersama ini dianggap unik dan tidak terdapat di negara luar yang lain. Agenda perpaduan sentiasa dipalu untuk merealisasikan impian murni membentuk sebuah negara yang aman , makmur dan mencapai kemajuan. Kesepakatan antara kaum khasnya dalam kalangan pemimpin negara menjadi ramuan penting untuk memperkukuh dan mengekankan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Amalan ziarah atau kunjungan ke rumah-rumah semasa perayaan merupakan budaya yang sangat mulia dan menjadi teras kekuatan untuk memperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Ianya dapat melahirkan suatu bentuk masyarakat yang berakhlak dan berbudi pekerti mulia. Ia mampu membentuk suatu golongan muda yang berkelakuan sopan , bertatasusila dan berhemah tinggi. Kemeriahan dan kegembiraan dikongsi secara bersama dan situasi seperti ini seharusnya dipertahan dalam sambutan perayaan yang diadakan. Kita seharusnya mengelakkan sikap ” seperti enau dalam belukar , melepaskan pucuk masing-masing” atau menjadi kera sumbang dalam kehidupan bermasyarakat.
Sambutan perayaan yang dirayakan saban tahun juga dapat melahirkan insan atau individu untuk masyarakat berusaha dan produktif. Ketika perayaan , ibu bapa khasnya merupkan insan yang paling sibuk untuk menyediakan kelengkapan perayaan seperti pakaian , juadah hari raya , kelengkapan rumah , duit raya dan sebagainya. Majlis sambutan ini memerlukan usaha rajin dan gigih , berdikari dan tabah menghadapi cabaran. Rakyat yang berlainan agama dan bangsa , ketika menyambut perayaan akan bekerjasama dan hormat menghormati, contohnya jelas memperlihatkan sikap kerjasama , bersefahaman dan bermuafakat akan menjayakan agenda yang murni ini. Tanpa nilai permuafakayam ini, sambutan yang dirancang tidak akan berjaya mencapai matlamatnya.
Pengisian sambutan perayaan juga memperliatkan elemen memperkuku dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Pengsian sambutan Tahun Baru Cina dan Deepavaali contohnya , bukan sahaja dijayakan oleh orang Cina dan India sahaja , tetapi semua kaum terlibat seperti Melayu akan bertindak wajar seiring dalam menjayakan sambutan perayaan tersebut. Pelbagai budaya dan adat istiadat setiap kaum dapat dilihat dengan persembahan Tarian Zapin , Tarian Singa , pakaian sari , songket , ceongsam , dothi dan sebagainya dalam majlis seperti ini. Begitu juga dengan juada wajib iaitu ketupat , rendang , kuih bulan , maruku dan sebagainya dihidangkan bersama.Pada masa ini ia telah diiktiraf sebagai makanan untuk semua . Semua kaum mematuhi peraturan dan undang-undang dalam menjayakan agenda perpaduan nasional ini. Begitulah uniknya sambutan perayaan yang disambut di Malaysia , yang pasti dapat memperkukuh dan mengekalkan perpaduan yang kita perlu pertahan selama ini.
Sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum di Malaysia menjadi acara sambutan tahunan yang menjadi kebanggaan kita bersama . Justeru , kemakmuran dan keamanan negara terletak dibahu kita, sama ada kita mahu memperkukuh atau merobohkannya. Bersatu kita teguh , bercerai kita roboh dan janganlah kita menjadi pemusnah kepada nikmat kemakmuran dan keharmonian yang dinikmati selama ini.
Penulis : Cikgu Zulhelmi Md Noh ( SMK Lenga Muar Johor )
tq cikgu
BalasPadamsama-sama......
BalasPadamcikgu,boleh ajarkan saya soalan yang bertajuk "bagaimankah sambutan hari kemerdekaan dapat memperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat malaysia ?"
BalasPadamcikgu , boleh ke kalau saya copy ni , tapi tajuknye bukn ke 'produk tempatan di malaysia' ?
BalasPadam