CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 13 April 2010

NOTA SEJ TING 2 : SISTEM PENDIDIKAN

Kepelbagaian Pendidikan Dalam Masyarakat Berbilang Kaum
- sistem pendidikan vernakular di negara kita wujud akibat daripada pembentukan masyarakat berbilang kaum dan dasar British yang kurang memberi perhatian kepada bidang pendidikan
- British membenarkan sekolah Melayu, Cina dan Tamil berkembang mengikut cara masing-masing
- sekolah Inggeris hanya tertumpu di kawasan bandar

a) Sekolah Vernakular Melayu
- didirikan untuk memberi pendidikan sekular kepada anak-anak petani dan nelayan
- anak-anak Melayu diajar menulis, membaca dan mengira serta sedikit ilmu geografi, seni pertukangan dan perkebunan
- pendidikan di peringkat rendah adalah sehingga darjah enam
- sekolah Melayu terawal dibuka di Negeri-Negeri Selat iaitu Sekolah Melayu Gelugor (1816) dan Sekolah Melayu Bayan Lepas di Pulau Pinang dan Sekolah Melayu di Langgar, Pekan, Pahang
- sekolah Melayu kemudiannya dibuka di Seberang Perai, Melaka dan negeri-negeri Melayu yang lain
- British tidak berhasrat memajukan pendidikan anak Melayu
- pendidikan sekadar menjadikan anak-anak Melayu sebagai petani dan nelayan yang lebih baik daripada ibu bapa mereka
- sekolah menengah tidak disediakan untuk anak-anak Melayu menyambung pelajaran
- lulusan sekolah Melayu hanya layak menjadi guru, polis dan menjawat jawatan rendah di jabatan ketajaan
- lulusan sekolah Melayu berpeluang melanjutkan pelajaran ke maktab-maktab perguruan yang ditubuhkan untuk melatih guru-guru sekolah Melayu
- antara maktab perguruan yang ditubuhkan sebelum Perang Dunia II ialah;
- 1900 Maktab Perguruan Melaka
- 1922 maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak - MPSI
(dinaiktaraf tahun 1997 kepada universiti – UPSI)
- 1935 Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka

b) Sekolah Vernakular Cina
- diusahakan sendiri oleh masyarakat Cina dan tertumpu di kawasan bandar
- peringkat awal sekolah Cina menggunakan pelbagai loghat bahasa Cina seperti Teochew, Hokkien, Kantonis dan Hakka
- pendidikan sekolah rendah untuk orang Cina diberikan selama enam tahun
- ada juga sekolah Cina menyediakan pendidikan sehingga ke peringkat menengah
- menggunakan buku-buku dan sukatan pelajaran dari negara China
- guru-guru juga dibawa dari China
- tahun 1920 British mula memberi perhatian kepada sekolah Cina
- 1938 Sekolah Foon Yew, Johor Bharu, Johor ditubuhkan
- Enakmen Pendaftaran Sekolah diperkenalkan oleh British untuk mengawal sekolah-sekolah Cina di Tanah Melayu
- menurut enakmen ini;
(i) semua sekolah yang didirikan mesti didaftarkan
(ii) Pengarah Pelajaran diberi kuasa untuk menutup sekolah yang tidak menurut syarat pengurusan, sukatan pelajaran dan peraturan kesihatan yang ditetapkan british

c) Sekolah Vernakular Tamil
- diusahakan oleh orang perseorangan dan pertubuhan masyarakat India
- kebanyakannya didirikan di kawasan ladang getah
- sukatan pelajaran, buku, guru-guru dibawa dari India
- ada kalanya penyelia ladang (Kangani) akan mengajar di sekolah tersebut
- memberikan pendidikan di peringkat rendah sahaja dan kebanyakannya hingga ke darjah empat
- tahun 1912 British memperkenalkan Undan-Undang Buruh yang mewajibkan pengusaha ladang menyediakan sekolah dan guru untuk anak-anak pekerjanya
- keadaan ini menyebabkan bilangan sekolah Tamil bertambah
- terdapat juga sekolah Tamil didirikan di bandar seperti Sekolah thamboosamy Pillai dan Sekolah Vivekananda di Kuala Lumpur
- masyarakat India yang kaya akan menghantar anak-anak mereka ke sekolah Inggeris yang lebih sempurna

d) Sekolah Vernakular Inggeris
- mula didirikan di Negeri-Negeri Selat seperti Penang Free School (1816) dan Malacca Free School (1826)
- sekolah Inggeris kemudiannya didirikan di Negeri-Negeri Melayu dan tertumpu di kawasan bandar
- pada peringkat awalnya didirikan oleh mubaligh-mubaligh kristian
- menyediakan pendidikan sehingga peringkat menengah dan terbuka kepada semua kaum
- sukatan pelajaran mengikut sistem pendidikan di England
- lulusan sekolah Inggeris berpeluang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang seperti perubatan, kejuruteraan, guaman dan pentadbiran
- lulusan juga diberi keutamaan menjawat jawatan yang baik dalam perkhidmatan kerajaan
- 1894 sekolah menengah Inggeris iaitu Victoria Institution ditubuhkan oleh mubaligh Kristian di Kuala Lumpur
- 1905 Kolej Melayu Kuala Kangsar ditubuhkan
- tujuan untuk memberi pendidikan Inggeris hingga ke peringkat menengah kepada anak-anak raja dan golongan bangsawan Melayu
- anak-anak golongan bangsawan Melayu dilatih untuk berkhidmat dengan kerajaan Inggeris
- kesannya – lahir kumpulan pemimpin Melayu yang berpendidikan Inggeris
- British tidak mahu memberi pendidikan Inggeris yang tinggi kepada orang Melayu
- 1930-an bilangan anak-anak Melayu masih kurang berbanding kaum-kaum lain iaitu Melayu (15%), Cina (50%), dan India (27%)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan