CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 13 April 2010

NOTA SEJ TING 2-RENTAP , SM, DML

7.3 Rentap Wira Sarawak: Agi Idup Agi Ngelaban

(i) Latar belakang
- Rentap ialah pahlawan Iban yang menentang British di sarawak
- dilahirkan tahun 1800
- nama asal Rentap ialah Libau yang bermaksud ‘penggoncang dunia’
- Rentap juga digelar ‘Raja Darat’
- merupakan pemimpin orang Iban di Sungai Skrang dan Sungai Saribas

(ii)Faktor Penentangan
- Rentap menentang pemerintahan keluarga Brooke kerana menganggap orang Iban di Sungai Skrang sebagai lanun
- James Brooke mendirikan kubu di Sungai Skrang untuk mengawasi pergerakan orang Iban
- tindakan James Brooke menghapuskan penempatan orang Iban di Sungai Skrang mencetuskan kebangkitan Rentap

(iii)Peristiwa Penentangan
- 1853 Rentap menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang
- pasukan Rentap berjaya dan seorang pegawai British iaitu Allan Lee terbunuh
- kejayaan ini mengharumkan nama Rentap di kalangan orang Iban
- 1854 James Brooke menawan kubu Rentap di Sungai Lang dan membakar perkampungan Rentap
- pengikut Rentap berundur ke Bukit Sadok dan membina kubu
- perjuangan Rentap mendapat sokongan padu penduduk Iban dan digelar ‘Raja Ulu’
- tahun 1857 James Brooke menghantar Tuan Muda Charles Brooke untuk menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok
- Charles Brooke berjaya mempengaruhi 3000 orang Iban dan 500 orang Melayu supaya menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok
- Charles Brooke gagal menewaskan Rentap kerana kubu pertahanan yang kukuh
- tahun berikutnya Charles Brooke sekali lagi cuba menyerang Bukit Sadok tetapi gagal
- kata-kata semangat Rentap dalam penentangan ini adalah ‘Bawalah semua meriam kamu dari Eropah, kami tidak takut kepada kamu orang Eropah’
- tahun 1863 James Brooke mengetuai sendiri pasukan menyerang Rentap di Bukit Sadok
- pertempuran berlaku selama sebulan dan Rentap tewas
- James Brooke membakar kubu dan rumah pengikut Rentap
- James Brooke menggunakan meriam ‘Bujang Sadok’ untuk menentang Rentap
- Rentap pula menggunakan sejenis meriam besi ‘Bujang Timbang’ untuk menentang pasukan Brooke
- Rentap berundur ke Entabai untuk menyusun strategi baru tetapi Rentap meninggal dunia

(iii)Kesan Penentangan
- kebangkitan Rentap dan pengikutnya untuk membuktikan bahawa mereka bukannya lanun tetapi pejuang bangsa
- semangat juang Rentap diabadikan di Batu Peringatan Rentap

7.4 Sharif Masahor Wira Sarawak
(Teks m/s: 172-173

(i) Latar belakang
- pembesar Sarikei di kawasan Sungai Rajang
- berasal dari Kampung Igan di muara Sungai Rajang
- dilantik oleh Sultan Abdul Mu’mein dari Brunei
- berpengaruh di kalangan orang Melanau di Sungai Rajang dan orang Iban di Sungai Skrang

(ii)Faktor Penentangan
- James Brooke mengambil wilayah Sungai Rajang daripada Sultan Brunei
- kewibawaan Sharif Masahor tergugat apabila Sarikei diletakkan di bawah pentadbiran Brooke
- pembinaan kubu di Kanowit dan pelantikan Henry Steele sebagai wakil British dianggap telah mengambil alih kuasa pentadbiran Sharif Masahor
- Sharif Masahor menentang tindakan James Brooke meluaskan kuasa ke wilayahnya

(iii)Peristiwa Penentangan
- tahun 1855 Sharif Masahor mengetuai 150 buah perahu menyerang Mukah dan mengusir Pangeran Matusin yang menyokong perluasan kuasa James Brooke
- James Brooke bertindak balas dengan melucutkan kuasa Sharif Masahor di Sarikei
- Sharif Masahor marah dengan tindakan James Brooke
- Sharif Masahor berpakat dengan Datu Patinggi Abdul Ghapur dari Kuching untuk mengusir keluar James Brooke dari Sarawak
- tahun 1859 pasukan Sharif Masahor menyerang Kanowit
- peristiwa ini membimbangkan orang Eropah di Sarawak
- tahun 1860 Sharif Masahor, Datu Patinggi Abdul Ghapur dan Temenggung Hashim dari Sadong membuat pakatan sulit untuk menyerang Kuching bagi menggulingkan Brooke
- Charles Brooke dengan bantuan Belanda menahan Datu Patinggi Abdul Ghapur dan dipenjarakan di Betawi
- pertempuran antara Sharif Masahor dengan Charles Brooke berlaku di Sungai Sadong
- kapal dan perahu pasukan Sharif Masahor ditenggelamkan dan seramai 64 orang pengikutnya terbunuh
- Sharif Masahor berundur ke Mukah
- tahun 1861 James Brooke memaksa Sultan Brunei menyerahkan Mukah dan menahan Sharif Masahor
- Sharif Masahor dibuang negeri ke Singapura

(iv)Kesan Penentangan
- walaupun perjuangan Sharif Masahor berjaya dipatahkan tetapi gerakan menentang Brooke tidak pernah berakhir
- pentadbiran Brooke kemudiannya menghadapi kebangkitan daripada pemimpin Banting pada tahun 1894 iaitu pemimpin orang Iban di hulu Sungai Batang Lupar
- tahun 1931 pula bangkit penentangan daripada Penghulu Asun iaitu pemimpin orang Iban di Sungai Kanowit





7.5 Dato’ Maharaja Lela Pejuang Kebanggaan Perak
(Teks m/s: 174-176)

(i) Latar belakang
- Dato’ Maharaja Lela ialah Orang Besar Berlapan Perak dan penghulu di Pasir Salak
- pada November 1874 Perak menerima Residen British iaitu J.W.W.Birch hasil daripada Perjanjian Pangkor
- pelantikan itu menimbulkan konflik antara Birch, sultan dan pembesar Perak yang mencetuskan kebangkitan di Pasir Salak

(ii)Faktor Penentangan

a) Mengambil Hak Mengutip Cukai
- 24 Julai 1875 Birch memaksa Sultan Abdullah menandatangani pengisytiharan yang membolehkan British mengambil hak mengutip cukai
- Sultan Abdullah diugut akan diturunkan takhta jika enggan menandatangani
- Birch membakar rumah Raja Ngah Orang Besar Perak kerana meneruskan kutipan cukai timah di Bidor

b) Mencabar Ketuanan Melayu
- kemarahan sultan dan pembesar Perak memuncak
- pada 2 Oktober 1875 Sultan Abdullah didesak menandatangani perisytiharan penyerahan kuasa kepada British
- kuasa mentadbir negeri diserah kepada Residen
- Residen berkuasa melantik hakim, mengurus kutipan cukai dan melantik penghulu

c) Memperkenalkan Cukai Baru
- Birch bertindak sesuka hati
- Birch memperkenalkan cukai baru seperti cukai padi, perahu atap, senjata dan bayaran permit untuk membalak
- Setiap isi rumah dikehendaki membayar 2 dolar sebagai cukai kelamin

d) Mencabuli Adat Resam
- Birch dibenci oleh sultan dan pembesar-pembesar Perak apabila beliau mengharamkan amalan perhambaan yang menjadi adat resam Melayu
- Birch sengaja menimbulkan permusuhan apabila menyimpan hamba-hamba perempuan dirumahnya

(iii)Peristiwa Penentangan
- Raja Abdullah, Raja Ismail dan Dato’ Maharaja Lela telah bermesyuarat di Durian Sebatang
- mereka mengambil keputusan untuk membunuh Birch
- Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya Dato’ Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum menawarkan diri untuk membunuhnya
- mereka berazam menghalau British keluar dari bumi Perak
- pada 2 November 1875 Birch dan rombongan tiba di Pasir Salak untuk menyebarkan surat pengisytiharan mengambil hak memungut cukai oleh British
- Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya mengambil kesempatan itu untuk membunuh Birch
- Pembunuhan Birch menyebabkan British menyerang Pasir Salak
- Dato’ Maharaja Lela dan Dato’ Sagor memimpin perjuangan mempertahankan Pasir Salak
- pasukan British dikalahkan dan Kapten Innes terkorban
- pertempuran ini dikenali sebagai ‘Perang Perak’ dan berlaku hampir setengah tahun
- pada 7 November 1875 pertempuran berlaku di Bandar Tua
- pejuang Perak akhirnya dikalahkan setelah British dibantu oleh tentera dari India dan Hong Kong

(iv)Kesan Penentangan
- tahun 1877 Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Indut dan Sepuntum dihukum gantung sampai mati di Matang, Perak
- Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles di Lautan Hindi
- Raja Ismail dibuang negeri ke Johor
- British tegas menghapuskan kebangkitan di Perak menunjukkan keangkuhannya sebagai kuasa penjajah
- Dato’ Maharaja Lela menjadi simbol kepahlawanan orang Melayu

7.6 Yamtuan Antah Mempertahankan Kedaulatan Seri Menanti
(Teks m/s: 177-178)

(i) Latar belakang
- nama sebenarnya Tunku Laksamana Antah Ibni Almarhum Raja Radin
- dilantik sebagai Yamtuan Seri Menanti pada tahun 1875
- wilayah jajahan Seri Menanti terdiri daripada Terachi, Ulu Muar, Gunung Pasir dan Jempol

(ii)Faktor Penentangan
- Yamtuan Antah tidak bersetuju dengan tindakan Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman di Sungai Ujong menandatangani perjanjian dengan British
- tindakan Dato’ Kelana mengeruhkan hubungan antara mereka berdua
- Yamtuan Antah juga tidak mengiktiraf Dato’ Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujong
- hubungan antara Yamtuan Antah dengan Dato’ Kelana bertambah runcing apabila Dato’ Kelana mengisytiharkan Terachi sebagai wilayahnya
- dibantah Yamtuan Antah kerana menganggap Terachi sebahagian jajahan Seri Menanti
- Residen British di Sungai Ujong iaitu P.J.Murray menghantar tentera dan juru ukur untuk membuat siasatan
- Yamtuan Antah menghantar 200 orang pengikutnya menuntut supaya British menghentikan tugas mengukur kawasan antara Terachi dengan Kuala Pilah
- berlaku pertikaian antara kedua-duanya yang mencetuskan pertempuran
- kebangkitan Yamtuan Antah disokong oleh Dato’ Siamang Gagap, Tengku Besar Tampin, penduduk Rembau, Jelebu dan Johol
- Disember 1875 pasukan Yamtuan Antah berjaya menawan Paroi dan membina kubu di situ
- British berjaya menawan semula Paroi apabila dibantu oleh tentera Negeri-Negeri Selat
- Yamtuan Antah berundur ke Bukit Putus dan seterusnya ke Johor

(iii)Kesan Penentangan
- Maharaja Abu Bakar dari Johor menasihati Yamtuan Antah berdamai dengan British
- Mei 1876 Yamtuan Antah berunding dengan Gabenor Negeri-Negeri Selat iaitu William Jervois
- Yamtuan Antah diiktiraf sebagai Yamtuan Besar di Seri Menanti
- tindakan berdamai ini tidak dipersetujui oleh Dato’ Siamang Gagap
- rundingan tersebut membuka peluang British meluaskan pengaruh ke seluruh Negeri Sembilan

9 ulasan: