CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Jumaat, 9 April 2010

KST Gawai

Hari Gawai
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Perayaan Gawai secara umumnya merujuk kepada beberapa perayaan masyarakat Sarawak, tetapi pada kebiasaannya merujuk kepada pesta menuai Gawai Dayak yang disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak untuk meraikan tamatnya musim menuai padi. Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai pada kebiasaannya disambut pada akhir bulan May atau awal bulan Jun setiap tahun.

Jenis-jenis Hari Gawai yang lain termasuk Gawai Burung, Gawai Batu, Gawai Kenyalang, Gawai Mangkung Tiang, Gawai Manang dan Gawai Antu.

Gawai Batu (permulaan musim menanam padi), Gawai Burung (perayaan berkaitan dengan sesuatu tanda atau mimpi yang tidak baik), Gawai Bersimpan (kesyukuran setelah selesai menuai) dan Gawai Antu (perayaan untuk roh orang-orang yang sudah meninggal dunia). Antara yang paling penting ialah Gawai Kenyalang dan Gawai Antu. [1] [2]

Pesta Gawai di Sarawak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di desa dengan persembahan tarian, minuman tuak 'arak beras', dan bersuka-ria. Pesta Gawai di Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964

Gawai Dayak
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Gawai Dayak merupakan perayaan yang disambut di Sarawak oleh kaum bumiputera Sarawak, terutamanya Iban dan Dayak. Gawai Dayak merupakan hari menuai dan mula disambut secara besar-besaran semenjak 25 September 1964, apabila Gawai Dayak diisytiharkan sebagai hari perayaan rasmi. Sambutan Gawai Dayak pada peringkat negeri adalah pada 1 Jun 1965.

Gawai Dayak mempunyai beberapa upacara yang dijalankan di bandar dan rumah panjang. Persembahan pelbagai makanan dan tuan di persembahkan kepada dewa padi untuk hasil yang baik. Penyair akan membaca mentera yang khusus untuk upacara ini dan melumur darah ayam jantan pada bahan persembahan.

Selepas upacara ini, perayaan Gawai Dayak akan bermula secara rasmi. Sebatang pokok yang dikenali sebagai 'ranyai' akan didirikan di tengah ruang dan dihiasi dengan makanan dan minuman. Mereka juga akan melawat kaum keluarga dan sahabat handai yang dikenali sebagai 'ngabang'. Pakaian tradisi akan dikenakan, dan perhiasan manik orang ulu akan dikeluarkan untuk dipakai pada hari itu. Perawan Iban pula akan mengenakan perhiasan perak tradisi. Pesta Gawai Dayak ditutup berakhir dengan penurunan pokok ranyai tersebutGawai Kenyalang
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Gawai Burung)
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Gawai Burung merupakan salah satu perayaaan yang disambut oleh masyarakat Sarawak, terutama masyarakat Iban dan Bidayuh.

Jenis-jenis Hari Gawai yang lain termasuk Gawai Kenyalang, Gawai Batu (permulaan musim menanam padi), Gawai Burung (perayaan berkaitan dengan sesuatu tanda atau mimpi yang tidak baik), Gawai Bersimpan (kesyukuran setelah selesai menuai) dan Gawai Antu (perayaan untuk roh orang-orang yang sudah meninggal dunia). Antara yang paling penting ialah Gawai Kenyalang dan Gawai Antu.

Pesta Gawai Dayak yang disambut sebagai menyambut musim menuai di Sarawak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di desa dengan persembahan tarian, minuman tuak 'arak beras', dan bersuka-ria. Pesta Gawai di Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964.

Gawai Burong disambut secara besar-besaran dalam sembilan peringkat yang dipecahkan seperti berikut:

) Gawai Kalingkang
) Gawai Sandong
) Gawai Sawi
) Gawai Salangking
) Gawai Mulong Merangau or Lemba Bumbun
) Gawai Gajah Meram
) Gawai Meligai
) Gawai Ranyai or Mudur Ruruh
) Gawai Gerasi Papa
Bagi setiap peringkat gawai burong, tiang yang dikenali sebagai “tiang chandi” dibina, dengan patung burung Kenyalang diletakkan di puncaknya semasa kenduri.

Bahan yang digunakan bagi membina Tiang Chandi adalah seperti berikut:

Bagi Gawai Kalingkang, tiang suci dibina dengan buluh payan, setinggi sembilan kaki tinggi, dengan balang diletakkan pada pertengahan tiang, sebagai bungkong/simpulannya;

Bagi Gawai Sandong, tiang suci dibina dengan pokok Selangking;

Bagi Gawai Selangking atau Lamba Bumbun, tiang suci dibina dengan teras (kah) pokok selangking;

Bagi Gawai Mulong Merangau, tiang suci dibina dengan dahan pokok Durian dan dibengkokkan seperti pokok Sagu tua yang buahnya telah gugur ke bumi;

Bagi Gawai Gajah Meram, tiang suci dibina dengan dahan kukuh dengan dahannya dihiasi dengan tengkorak dan daun kelapa isang;

Bagi Gawai Ranyai atau Mudur Ruruh, tiang suci dibina dengan seberkas lembing pahlawan yang telah digunakan bagi bertempur dengan musuh semasa bertempur;

Dan bagi Gawai Gerasi Papa, tiang suci dibina dengan bentuk mambang pemburu atau antu gerasi papa melengkung di puncaknya.

Sama juga mentera yang dibaca oleh lemambang berbeza pada setiap tahap, tetapi upacara ini secara keseluruhan, mengekalkan asas lakaran kecuali setiap satunya diakhiri dengan ayat berlainan.


Gawai Batu
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Gawai Batu merupakan salah satu perayaaan yang disambut oleh masyarakat Sarawak, terutama masyarakat Iban dan Bidayuh. Ia disambut sebagai perayaan untuk menanda sebagai permulaan musim menanam padi.

Jenis-jenis Hari Gawai yang lain termasuk Gawai Kenyalang, Gawai Batu (permulaan musim menanam padi), Gawai Burung (perayaan berkaitan dengan sesuatu tanda atau mimpi yang tidak baik), Gawai Bersimpan (kesyukuran setelah selesai menuai) dan Gawai Antu (perayaan untuk roh orang-orang yang sudah meninggal dunia). Antara yang paling penting ialah Gawai Kenyalang dan Gawai Antu.

Yang paling meriah adalah pesta Gawai Dayak yang disambut sebagai menyambut musim menuai di Sarawak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di desa dengan persembahan tarian, minuman tuak 'arak beras', dan bersuka-ria. Pesta Gawai di Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964.
Gawai Antu
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Gawai Antu merupakan salah satu perayaaan yang disambut oleh masyarakat Sarawak, terutama masyarakat Iban dan Bidayuh. Ia disambut sebagai perayaan untuk roh orang-orang yang sudah meninggal dunia.

Gawai Antu merupakan perayaan menraikan mereka yang telah meninggal dikalangan Saribas, Iban Krian. Upacaranya termasuk upacara beburong bagi merasmikan , sebelum diikuti dengan pengorbanan ayam atau ginselan (babi). Ia juga dimeriahkan lagi dengan permainan sabong ayam, persembahan piring dan membaca mentera pengap.

Tujuan upacara ini adalah bagi mendapatkan bantuan pahlawan nenek moyang yang terkenal tanpa mengira bilakah dia mati.[1]

Jenis-jenis Hari Gawai yang lain termasuk Gawai Kenyalang, Gawai Batu (permulaan musim menanam padi), Gawai Burung (perayaan berkaitan dengan sesuatu tanda atau mimpi yang tidak baik), Gawai Bersimpan (kesyukuran setelah selesai menuai) dan Gawai Antu (perayaan untuk roh orang-orang yang sudah meninggal dunia). Antara yang paling penting ialah Gawai Kenyalang dan Gawai Antu. [2]

Pesta Gawai Dayak yang disambut sebagai menyambut musim menuai di Sarawak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di desa dengan persembahan tarian, minuman tuak 'arak beras', dan bersuka-ria. Pesta Gawai di Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964. [3]

Gawai Bersimpan
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Gawai Bersimpan merupakan salah satu perayaaan yang disambut oleh masyarakat Sarawak, terutama masyarakat Iban dan Bidayuh. Ia disambut sebagai kesyukuran setelah selesai menuai.

Jenis-jenis Hari Gawai yang lain termasuk Gawai Kenyalang, Gawai Batu (permulaan musim menanam padi), Gawai Burung (perayaan berkaitan dengan sesuatu tanda atau mimpi yang tidak baik), Gawai Bersimpan (kesyukuran setelah selesai menuai) dan Gawai Antu (perayaan untuk roh orang-orang yang sudah meninggal dunia). Antara yang paling penting ialah Gawai Kenyalang dan Gawai Antu.

Pesta Gawai Dayak yang disambut sebagai menyambut musim menuai di Sarawak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di desa dengan persembahan tarian, minuman tuak 'arak beras', dan bersuka-ria. Pesta Gawai di Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964.
Tuak
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Tuak merujuk kepada sejenis minuman beralkohol tradisi yang popular dikalangan masyarakat asli atau bumiputera. Tuak pada asasnya merupakan sejenis minuman yang terhasil dari pemeraman bahan tertentu, jenis bahan tersebut bergantung kepada suku kaum yang menghasilkannya.

Bagi masyarakat Kelantan pula, perkataan tuak merujuk kepada nira iaitu minuman yang dihasilkan dari mayang kelapa yang kandungan gulanya belum bertukar kepada alkohol.

Di Malaysia terdapat dua jenis tuak yang diketahui, iaitu tuak beras, tuak kelapa dan tuak nipah.

Tuak beras
Tuak (beras) ialah sejenis minuman masyarakat kaum Iban pada masa dahulu. Biasanya Tuak diperbuat daripada sejenis beras dipanggil "Beras Pulut". Beras tersebut akan di rendam bersama air di dalam tempayan atau dikenali sebagai "Tajau". Proses tersebut akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu sebelum ia boleh diminum dan beras tersebut juga akan menjadi sejenis makanan dipanggil "Nasi Tapai". Namun pada masa kini proses pembuatan tuak berlainan sedikit iaitu selain dibuat menggunakan beras pulut, ia juga dicampur dengan gula pasir supaya rasanya manis. Biasanya Tuak akan dihidangkan pada perayaan tertentu seperti perayaan gawai dayak, gawai hantu,gawai burung dan sebagainya. Selain daripada masyarakat Iban, terdapat juga masyarakat lain seperti Bidayuh, Orang Ulu juga membuat tuak dengan cara mereka sendiri. Tuak juga boleh membawa kesan yang mudarat seperti mabuk, khayal,muntah sekiranya diminum berlebihan.

Tuak nipah/kelapa
Tuak (nipah/kelapa) merupakan sejenis minuman kaum asli. Biasanya tuak ini dihasilkan dari menyadap mayang kelapa/nipah. Mayang kelapa atau nipah akan sekiranya dibiarkan akan menjadi buah, akan dipotong dan air manis yang menitik dari tandan yang dipotong itu akan dikumpulkan dalam bekas, biasanya bekas buluh. Air ini dikenali sebagai air nira yang boleh diminum tanpa kandungan alkohol. Selepas itu air ini akan diperam sehingga kandungan gula di dalamnya bertukar menjadi alkohol melalui proses penapaian selama beberapa hari. Tuak kelapa/nipah ini akan diminum selepas beberapa hari.

Biasanya Tuak akan dihidangkan pada perayaan tertentu seperti majlis perkahwinan dan sebagainya. Sekiranya tuak kelapa/nipah ini dibiarkan terlalu lama, ia akan menjadi masam dan lama-kelamaan bertukar menjadi cuka secara semulajadi tanpa perlu mencampurkan bahan asing.

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Tuak"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan