CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 13 April 2010

NOTA SEJ TING 2 - SHTI DI SINGAPURA

Perluasan Kuasa British di Singapura
(Teks m/s: 13-18)
Sebab-Sebab British Bertapak di Singapura:
i. SHTI gagal memajukan Pulau Pinang
• Pulau Pinang gagal mencapai kemajuan
• kedudukan Pulau Pinang jauh ke utara Selat Melaka menyebabkannya gagal bersaing sebagai pelabuhan di Kepulauan Melayu
• kebanyakan kapal dagang berdagang di Betawi, Riau dan Lingga

ii. Keinginan British mempunyai pelabuhan strategik
• perdagangan SHTI dengan China semakin penting
• barang dagangan China seperti teh, sutera, kapas dan bahan pencelup mendapat pasaran lumayan di Eropah
• SHTI memerlukan pelabuhan strategik di selatan Selat Melaka bertujuan untuk menguasai laluan perdagangan antara India dan China
• SHTI menguasai Melaka dan Betawi semasa Perang Napoleon (1793-1814)
• selepas Perang Napoleon tamat British terpaksa memulangkan Melaka dan Betawi kepada Belanda
• Belanda mengenakan cukai yang tinggi dan memberi layanan buruk kepada pedagang British di Betawi
• Stamford raffles ditugaskan mencari pelabuhan baru
• Raffles cuba membuka pelabuhan di Palembang, Acheh dan Riau tetapi gagal
• hasrat British untuk menyaingi pengaruh Belanda tidak berhasil

iii. Singapura sebagai pangkalan perdagangan yang strategik
• merupakan sebahagian wilayah Johor
• kedudukannya strategik di bahagian selatan semenanjung Tanah Melayu dapat mengawal laluan perdagangan di Selat Melaka dan Selat Sunda
• Singapura sesuaisebagai pelabuhan bebas dan pangkalan British untuk menyaingi Belanda di Betawi
• Raffles mencadangkan kepada SHTI supaya mendirikan pangkalan baru di Singapura
• Raffles yakin Singapura dapat menyekat kuasa monopoli Belanda di Kepulauan Melayu
• Raffles menghadapi masalah kerana Sultan Johor iaitu Sultan Abdul Rahman berada di bawah pengaruh Belanda

Cara-Cara Raffles (British) Menguasai Singapura:
• Raffles mendarat di Singapura pada 12 Januari 1819
• Pada 30 Januari 1819 Raffles memaksa Temenggung Abdul Rahman (Pemerintah Singapura dan Tanah Besar Johor) menandatangani perjanjian yang membenarkan British membina loji di Singapura
• Temenggung Abdul Rahman menandatanganinya kerana bimbang diserang oleh British

Syarat Perjanjian 30 Januari 1819
• SHTI boleh mendirikan loji di Singapura
• SHTI bersetuju melindungi Temenggung Abdul Rahman dari ancaman dalam dan luar negeri
• SHTI akan membayar sebanyak 3000 dolar Sepanyol setahun kepada Temenggung Abdul Rahman
• SHTI tidak membenarkan Temenggung Abdul Rahman membuat hubungan dengan kuasa Barat lain
• perjanjian antara Raffles dan Temenggung Abdul Rahman ini tidak sah kerana tidak dipersetujui Sultan Johor iaitu Sultan Abdul Rahman
• Raffles merancang untuk memperdayakan Sultan Abdul Rahman dan Belanda
• Raffles menggunakan helah dengan menghidupkan semula masalah pewarisan takhta yang berlaku tahun 1812
• Raffles memperalatkan Tengku Hussein yang kecewa kerana tidak ditabal sebagai Sultan Johor
• Raffles berjaya memujuk Temenggung Abdul Rahman supaya menjemput Tengku Hussein ke Singapura untuk ditabal sebagai Sultan Johor yang baru
• pada 6 Februari 1819 Sultan Hussein mengiktiraf perjanjian awal antara Temenggung Abdul Rahman dengan Raffles yang dibuat pada 30 Januari 1819
• SHTI mula bertapak secara rasmi di Singapura
• pertabalan Sultan Hussein menyebabkan Johor menpunyai dua prang sultan iaitu Sultan Hussein di Singapura (diperintah oleh Temenggung Abdul Rahman) dan Sultan Abdul Rahman di Lingga
• British melantik Residennya di Singapura iaitu William Farquhar (1819-1823) dan John Crawford (1823-1826)

Kuasa British di Singapura Secara Rasmi:
• tahun 1819 British belum lagi menguasai Singapura secara rasmi
• pada 7 Jun 1823 Raffles menandatangani perjanjian dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman yang membolehkan SHTI menguasai Singapura dan pulau-pulau disekitarnya
• pada 2 Ogos 1824 perjanjian ditandatangani antara Residen Singapura John Crawford dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman
• kesannya – Sultan Hussein terpaksa menyerahkan Singapura secara rasmi kepada SHTI

Syarat Perjanjian 7 Jun 1823
• Sultan Hussein terima bayaran 1500 dolar Sepanyol dan Temenggung Abdul Rahman sebanyak 800 dolar Sepanyol sebulan
• Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman tidak berhak menerima atau mengutip cukai dari tongkang Cina
• SHTI berkuasa di seluruh pulau Singapura dan pulau-pulau berdekatan kecuali kawasan atau pulau kediaman Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman
• undang-undang British dikuatkuasakan

Syarat Perjanjian 2 Ogos 1819
• Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman menyerahkan Singapura kepada SHTI buat selama-lamanya
• Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman hendaklah membenarkan pedagang-pedagang bebas berdagang di Johor dan wilayah takluknya
• Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman atau warisnya boleh menetap di tanah milik baginda di Singapura atau berpindah dari Singapura

• SHTI mengarahkan Temenggung Abdul Rahman memindahkan pusat pentadbiran dari Kuala Sungai Singapura ke Teluk Belanga
• alasan SHTI ialah untuk memajukan Singapura
• SHTI mengambil tanah-tanah di Kampung Gelam dan Teluk Belanga
• tahun 1866 pusat pemerintahan Johor di Teluk Belanga dipindahkan ke Johor Bharu

Pertikaian Inggeris-Belanda dan Perpecahan Kepulauan Melayu
(Teks m/s: 19-20)
• Belanda tidak puas hati dengan petempatan Raffles di Singapura
• alasan Belanda ialah Singapura berada di bawah lingkungan pengaruh Belanda dan Singapura akan menjejaskan perdagangan Belanda di Betawi
• kesan pertikaian ialah;
a) Hubungan Belanda-Inggeris tegang
b) British enggan menyerahkan Singapura kepada Belanda kerana potensi Singapura sebagai pelabuhan bebas dan pangkalan tentera British
c) Satu perjanjian ditandatangani iaitu Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 (Persetiaan London)

Syarat Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 (Persetiaan London)
• Belanda mengiktiraf petempatan British di Singapura
• Belanda berjanji tidak akan membuka petempatan baru di Tanah Melayu
• British menyerahkan Bangkahulu kepada Belanda dan Belanda menyerahkan Melaka kepada British
• British berjanji tidak akan membuka petempatan baru ke selatan Singapura

Kesan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824
• Kepulauan Melayu terbahagi dua;
a) British menguasai Tanah Melayu dan Singapura di Utara
b) Belanda menguasai Kepulauan Riau dan Lingga di Selatan
• British dapat meluaskan pengaruh di Tanah Melayu tanpa gangguan kuasa-kuasa Barat lain
• Melaka menjadi hak British dan membolehkan British menguasai laluan perdagangan di Selat Melaka
• Kerajaan Johor berpecah dua iaitu;
a) Johor dan Singapura menjadi hak British
b) Kepulauan Riau dan Lingga menjadi hak Belanda

4 ulasan: