CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Khamis, 15 April 2010

PENILAIAN KURIKULUM 2 SEJ

SMK FELCRA BUKIT KEPONG MUAR
UJIAN PENGESANAN SEJARAH TINGKATAN 3
FOKUS TING 2 ( 35 SOALAN ) TING 3 ( 15 SOALAN BAB 2 DAN 3 )

Arahan : Tiap-tiap soalan di bawah diikuti dengan empat jawapan. Pilih jawapan yang tepat bagi setiap soalan.

1. Sejak kurun ke 18, Sultan Muhammad Jiwa telah menghadapi masalah dengan tiga kuasa luar yang mengancam keselamatan negeri Kedah. Ketiga-tiga kuasa luar ini adalah
A. Portugis, Siam dan Acheh B. Siam, Burma dan Bugis
C. Siam, Acheh dan Bugis D. Portugis, Siam dan Bugis

2. Di negeri Kedah telah mengalami masalah politik kerana ada golongan yang tidak puas hati dengan tindakan Sultan Muhammad Jiwa. Apakah faktor utama yang menyebabkan masalah politik ini wujud?
A. Sultan memberikan Pulau Pinang kepada British
B. Sultan melantik Tunku Abdullah sebagai pewarisnya
C. Sultan tidak mahu menghantar bunga emas kepada Siam
D. Sultan enggan menjelaskan hutang orang Bugis.

3. Edward Monckton adalah wakil pertama dari Syarikat Hindia Timur Inggeris yang dihantar untuk berjumpa dengan Sultan Kedah pada 1772 tetapi beliau gagal mencapai matlamatnya. Apakah tujuan utama Edward Monckton berjumpa dengan Sultan Kedah?
A. berunding supaya British dapat menduduki Pulau Pinang
B. membuka sebuah petempatan di Seberang Perai
C. berunding supaya British dapat berdagang dengan bebas di Kedah
D. mendapat peluang untuk membuka petempatan di negeri Kedah

4. Stamford Raffles mendapati Singapura adalah satu pelabuhan yang sesuai untuk dijadikan petempatan oleh British. Bagaimanakah Stamford Raffles berjaya membuka petempatan British di Singapura pada 1819?
A. membeli Singapura dari Sultan Johor
B. melantik Tengku Hussein sebagai Sultan Johor
C. membeli daripada Temenggong Abdul Rahman
D. membuka petempatan di Singapura selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824

5. Surat-surat Kew ditandatangani pada 1785 antara Raja Belanda dengan Raja England. Selepas perjanjian ini ditandatangani, British dapat menduduki dua kawasan utama Belanda di kawasan Timur iaitu
I. Riau II. Lingga III. Melaka IV. Jawa
A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. III dan IV

6. Soalan 6 berdasarkan kenyataan di bawah
 Perdagangan di Negeri-negeri Selat mula dijalankan dalam mata wang India iaitu rupee
 Banduan-banduan dari India dihantar ke Negeri-negeri Selat

Faktor-faktor di atas merupakan beberapa faktor yang menyebabkan pedagang di Negeri-negeri Selat tidak puas hati. Apakah perubahan yang berlaku pada 1867 di Negeri-negeri Selat?
A. Pentadbiran NNS dipindahkan dari India ke London
B. Singapura dijadikan pelabuhan entrepot
C. Pentadbiran NNS diletakkan dibawah kuasa Gabenor NNS
D. Perdagangan di NNS tidak lagi dijalankan dalam mata wang rupee.

7. Di Sungai Ujong, hubungan antara Dato' Kelana dengan Dato' Bandar menjadi tegang pada 1874. Apakah peristiwa yang menyebabkan hubungan mereka merosot ?
A. Dato' Bandar mengadakan hubungan persahabatan dengan British
B. Dato' Kelana mengadakan hubungan persahabatan dengan British
C. Kedua-dua tokoh merebut untuk menguasai daerah Sungai Ujong
D. Dato' Kelana mengadakan hubungan dengan kongsi gelap Hai San

8. Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah ditubuhkan pada 1896. Di manakah pusat pentadbiran bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu ?
A. Kuala Lumpur B. Singapura C. Perak D. Selangor

9. British telah menubuhkan Majlis Mesyuarat Persekutuan pada 1909. Mengapakah badan ini ditubuhkan?
A. mengembalikan kuasa Sultan-sultan Melayu B. mengurangkan kuasa Residen Jeneral
C. mengurangkan kuasa residen D. memberi peluang pembesar mentadbir

10.Lembah Sungai Sarawak telah menjadi satu kawasan yang terkenal di kalangan pedagang-pedagang dari timur dengan barat sejak kurun ke-13 lagi. Apakah yang menyebabkan pedagang-pedagang tertarik dengan Lembah Sungai Sarawak?
A. strategik dan sesuai dijadikan tempat persinggahan
B. pusat pengumpulan rempah-ratus dari Kepulauan Melayu
C. berhampiran dengan pelabuhan Kuching
D. Pelabuhannya terlindung daripada tiupan angin kencang

11. Sultan Brunei telah menghantar wakilnya iaitu Pangeran Mahkota ke Sarawak untuk mentadbir secara langsung. Mengapakah Sultan Brunei berbuat begitu?
A tidak percaya kepada pembesar-pembesar tempatan Sarawak
B ingin menguasai semua kekayaan yang terdapat di Sarawak
C. ingin mengukuhkan kekuasannnya di Sarawak
D. bercadang untuk memajukan ekonomi Sarawak

12. Keluarga Brooke telah meluaskan empayarnya di Sarawak. Bagaimanakah mereka berjaya menguasai daerah Lawas?
A. menguasai Lawas apabila timbul kekacauan di sana
B. membeli Lawas daripada Sultan Brunei
C. membeli Lawas daripada Syarikat Berpiagam Borneo Utara
D. Pembesar Lawas telah setuju menerima naungan daripada Keluarga Brooke

13. Soalan 13 berdasarkan kenyataan di bawah
 Residen di Negeri-negeri Melayu
 Residen di Sarawak

Jawatan residen wujud di negeri-negeri Melayu dan juga di Sarawak. Apakah persamaan di antara tugas antara kedua-dua pegawai British ini?
A. mewujudkan keamanan
B. memungut cukai daripada penduduk tempatan
C. mengetuai sistem pentadbiran di kawasan masing-masing
D. menyelesaikan semua masalah yang timbul di daerah masing-masing
14. Pada 1881, Alfred Dent berjaya mendapat piagam diraja untuk Persatuan Sementara Borneo Utara daripada kerajaan British di London. Mengapakah piagam diraja ini sangat penting bagi syarikat itu?
A. dibenarkan mengeksploit semua kekayaan di sabah
B. sah menjadi pemilik Sabah
C. menjadikan negeri Sabah naungan kerajaan British
D. Sabah akan dimajukan dari segi ekonomi dn sosial oleh kerajaan British

15. Soalan 15 berdasarkan maklumat di bawah

- Sultan Pahang, Sultan Wan Ahmad tidak mahu menerima seorang Residen British di Pahang tetapi pada 1888, baginda terpaksa menerima seorang Residen
Apakah peristiwa yang menyebabkan Sultan Ahmad terpaksa menerima seorang Residen British pada 1888 ?
A. Kematian Goh Hui di Pekan
B. Permusuhan baginda dengan Raja Mahadi
C. British menggugut akan menjatuhkan baginda daripada kedudukannya
D. Wujud masalah lanun yang tidak dapat dikawal

16. Syarikat Berpiagam Borneo Utara telah ditubuhkan pada 1881. Apakah kesan terpenting selepas syarikat ini ditubuhkan?
A. Syarikat ini meluaskan kuasanya sehingga ke Sarawak
B. Orang Cina berjaya memonopoli sistem ekonomi Sabah
C. Pengaruh British bertambah luas di Sabah
D. Sultan Sulu hilang sama sekali pengaruhnya di Sabah

17. Pada 1826, Perjanjian Burney ditandatangani di antara British dengan Siam. Apakah kesan daripada perjanjian ini?
A. British dapat berdagang dengan bebas di Bangkok
B. Siam berjanji tidak akan mengenakan sebarang sekatan terhadap perdagangan British di Pulau Pinang
C. Sultan Kedah berjaya mendapat takhta kerajaan baginda
D. British mengiktiraf Kedah sebagi milik kerajaan Siam

18. Terdapat dua perjanjian iaitu Perjanjian Sulit British-Siam 1897 dan Perjanjian Sempadan 1899 yang ditandatangani antara kerajaan British dengan Siam secara sulit. Mengapakah kedua-dua perjanjian ini ditandatangani secara sulit?
A. Siam tidak mahu membuka negerinya kepada kuasa barat yang lain
B. British ingin menyekat kuasa Siam di Negeri-negeri Melayu
C. Siam mahu menjalin hubungan persahabatan dengan British
D. British tidak mahu melanggar dasar tidak campur tangannya di Negeri-negeri Melayu

19. Sultan Abu Bakar adalah sultan Johor yang terkenal kerana baginda telah menjalankan banyak pembaharuan di negerinya. Pembaharuan-pembaharuan yang telah dilakukan oleh baginda adalah
I. Menubuhkan sekolah Inggeris untuk anak golongan bangsawan
II. Menubuhkan bandar Johor Bahru
III. Mewajibkan sistem pendidikan kepada semua rakyat Johor
IV. Menggubal Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor
A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. I dan IV

20. British berjaya menguasai Negeri-negeri Melayu Utara selepas Perjanjian Bangkok 1909 ditandatangani dan British telah melantik Penasihat-penasihat British di Negeri-negeri Melayu Utara . Bagaimanakah Penasihat-penasihat British ini diterima oleh pemerintah Negeri-Negeri Melayu Utara ?

A. Sultan-sultan Melayu tidak menerima Penasihat British
B. Sultan-sultan Melayu tidak mahu mengiktiraf Perjanjian Bangkok
C. Penasihat-penasihat British tidak menghadapi sebarang masalah
D. Pembesar-pembesar Melayu tidak mahu menerima Penasihat-penasihat British

21. Charles Brooke telah menubuhkan Majlis Negeri Sarawak dan persidangan pertamanya diadakan di Bintulu pada 1867. Tujuan utama majlis ini ditubuhkan adalah untuk
A. memberi peluang ketua kaum bumiputera menyuarakan pendapat
B. memberi peluang Charles Brooke berkenalan dengan penduduk tempatan
C. Mengurangkan kuasa pusat dan mengagihkannya kepada kerajaan negeri
D. Memberi peluang keada orang asing menjadi ahli dalam majlis ini

22. British telah berusaha untuk meluaskan kuasanya di Johor. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh British untuk meluaskan pengaruhnya di Johor ?
I. British mencadangkan pembinaan landasan kereta api dari Johor ke Singapura
II. British cuba menyekat Johor daripada menghubungi secara terus dengan kerajaan British di London
III. British memujuk Sultan Abu Bakar mengambil seorang Penasihat Am
IV. British membenarkan Johor berdagang dengan Singapura tanpa sebarang sekatan
A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. I dan IV

23. Rentap telah menyerang kubu James Brooke di Nangka Skrang apabila beliau dan orang Iban dituduh sebagai lanun. Apakah tindakan seterusnya yang diambil oleh Rentap?
A. Rentap telah membuat pakatan dengan Dato' Abdul Ghapur
B. Rentap telah meminta bantuan daripada Mat salleh
C. Rentap telah mendirikan kubunya di Bukit Sadok
D. Rentap telah mendirikan kubunya di Sungai Selangit

24. Penentangan terhadap British di Pahang telah dimulakan oleh Dato' Bahaman. Apakah sebab utama yang menyebabkan bermulanya Pemberontakan Pahang?
A. Tindakan British yang tidak membenarkan beliau memungut cukai
B. Tindakan British menangkap tiga orang pengikut Dato' Bahaman yang memungut hasil-hasil daripada hutan tanpa pas
C. Tindakan British mendirikan balai polis di Lubok Terua tanpa berbincang dengan Dato' Bahaman
D. Tindakan British mengeluarkan waran menangkap Dato' Bahaman yang dituduh tidak membayar cukai tanah

25. Di Sabah, Mat Salleh telah bangun menentang Syarikat Berpiagam Borneo Utara dari 1894 hingga 1900. Bagaimanakah penentangan Mat Salleh dapat ditamatkan oleh Syarikat?
A. Syarikat berjaya menangkap Mat Salleh dan beliau dibuang negeri ke Singapura
B. Syarikat telah menjatuhkan hukuman mati terhadap Mat Salleh
C. Mat Salleh terbunuh dalam usahanya menentang Syarikat
D. Mat Salleh melarikan diri ke Entabai dan tidak berjaya ditangkap oleh Syarikat

26. Lada hitam, buah pala dan kayu manis merupakan antara tanaman awal yang diusahakan oleh British di Tanah Melayu. Tanaman-tanaman ini telah ditanam secara besar-besaran di
A. Pulau Pinang B. Melaka C. Johor D. Singapura

27. Soalan 27 berdasarkan kenyataan di bawah

 Rancangan Sekatan Stevenson
 Rancangan Getah Antarabangsa


British telah memperkenalkan kedua-dua rancangan ini untuk mengawal harga getah di pasaran dunia. Mengapa Rancangan Getah Antarabangsa berjaya menaikkan harga getah di pasaran dunia ?
A. negara pengeluar getah tidak dibenarkan membuka kawasan baru untuk penanaman getah
B. negara pengeluar getah telah dikenakan kuota dalam mengeksport getah mereka
C. penubuhan Institut Penyelidikan Getah yang berjaya meningkatkan mutu getah asli
D. British tidak membenarkan getah tiruan dijual di pasaran dunia

28. British telah membenarkan penubuhan sekolah Melayu, Cina dan India di Tanah Melayu. Bagaimanakah Undang-undang Buruh dikaitkan dengan sistem pendidikan di Tanah Melayu ?
A. Majikan ladang diwajibkan membina sekolah untuk anak pekerja
B. Hanya buruh yang dapat membaca dan menulis dibenarkan bekerja di Tanah Melayu
C. Buruh yang dibawa dari China dan India harus menduduki satu peperiksaan am kerajaan
D. Majikan harus menyediakan tempat yang khas untuk membina sekolah Cina

29. Idea-idea Kaum Muda yang dianggap terlalu reformis tidak dapat diterima oleh Kaum Tua yang terdiri daripada ulama-ulama kampung. Apakah idea-idea Kaum Muda ?
A. mahu masyarakat menerima budaya-budaya daripada kaum lain
B. mendesak British untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu
C. menyeru masyarakat menerima pendidikan barat supaya dapat memperbaiki nasib
D. menyeru masyarakat meninggalkan amalan kolot yang menjadi penghalang kemajuan

30. Mengapakah Sultan Abu Bakar memperkenalkan Undang-undang Tubuh Negeri Johor pada 1885 ?
A. mengukuhkan kuasa baginda sebagai pemerintah Johor
B. memberi peluang kepada orang Johor membantu baginda dalam pemerintahan
C. memperkembangkan ekonomi negeri Johor
D. mengekalkan kemerdekaan Johor

31. Banyak sekolah Cina telah ditubuhkan di Tanah Melayu sejak awal kurun ke-20. Apakah matlamat utama penubuhan sekolah Cina di Tanah Melayu ?
A. memberi pendidikan yang baik kepada masyarakat Cina
B.menanamkan semangat setia kepada negara China
C. menyebarkan ideologi komunisme
D.membolehkan orang Cina bekerja di Tanah Melayu

32. Pelajar-pelajar dari Tanah Melayu yang belajar di Timur Tengah telah menerbitkan majalah Seruan Azhar dan Pilihan Timur. Tujuan penerbitan majalah ini ialah untuk
A. meningkatkan lagi pengetahuan mereka dalam agama Islam
B. menyebarkan idea penyatuan kaum
C. menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka
D. menitik-beratkan pendidikan Islam dalam masyarakat Melayu

33. Ibrahim Hj. Yaacob, Ahmad Boestaman dan Ishak Hj. Muhammad adalah di antara beberapa tokoh yang terlibat dalam penubuhan satu parti yang bersifat radikal di Tanah Melayu. Mereka terlibat dalam menubuhkan
A. Kesatuan Melayu Muda B. Kesatuan Melayu Singapura
C. Persatuan Melayu Singapura D. Pesaudaraan Sahabat Pena

34. Perang Klang meletus antara Raja Abdullah dengan Raja Mahadi pada 1867. Pilih kenyataan yang betul mengenai perang ini ?
I. Raja Mahadi yang memulakan penentangan terhadap Raja Abdullah
II. Raja Mahadi telah meminta bantuan daripada Sultan Pahang
III. Kongsi gelap Ghee Hin telah membantu Raja Mahadi
IV. Raja Abdullah telah meminta bantuan daripada Sultan Terengganu
A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV

35. Apakah masalah-masalah utama yang dihadapi oleh residen-residen semasa mereka bertugas di Negeri-negeri Melayu ?
I. Mereka tidak diberi sebarang garis panduan dalam menjalankan tugas mereka
II. Mereka tidak boleh memaksa sultan menerima nasihat mereka
III. Kuasa yang diberikan kepada mereka sangat terhad
IV. British tidak mengambil berat tentang kebajikan mereka
A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV

36.Pernyataan di bawah menerangkan suasana politik di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua
 Kekalahan Jepun menyebabkan kekosongan politik berlaku di Tanah Melayu
Apakah kuasa yang mengambil kesempatan mengisi kekosongan tersebut ?
A.Bintang Tiga B.Malayan Union
C.Pentadbiran Tentera British D.Parti Kebangsaan Melayu Malaya
37.Senarai di bawah merupakan pertubuhan yang menyokong Malayan Union.
• Angkatan Pemuda Insaf(API)
• Angkatan Wanita Sedar(AWAS)
• Barisan Tani Malaya(BATAS
Pertubuhan tersebut menyokong gagasan Malayan Union kerana ....
A mengekalkan pentadbiran British B.menyatukan sistem pentadbiran
C mengembalikan kuasa raja-raja Melayu D.mengetatkan syarat kewarganegaraan

38. Tokoh-tokoh di bawah terlibat dalam penubuhan Malayan Union
• Frank Swetteham
• George Maxwell
• Richard Winstedt
Apakah peranan tokoh-tokoh di atas terhadap penubuhan Malayan Union?
A. Membantah penubuhan Malayan Union
B. Memaksa sultan menandatangani perjanjian Malayan Union
C. Mendesak British menyatukan Singapura di bawah Malayan Union
D. Meninjau pendapat orang Melayu tentang penubuhan Malayan U

39.Rajah di bawah menujukkan peristiwa penting di Tanah Melayu.
 Tahun Tempat Peristiwa
 1946 Kelantan 10000 orang menunjuk perasaan
 1946 Alor Star 50000 orang berdemonstrasi

Peristiwa tersebut merujuk kepada
A keganasan Bintang Tiga
B kekalahan tentera Jepun
C penentangan terhadap penubuhan Malayan Union
D penentangan terhadap penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

40.Maklumat di bawah berkaitan dengan penentangan terhadap Malayan Union
 “ Orang Melayu dan Raja-raja Melayu telah bersatu
padu menentang gagasan Malayan Union”

Apakah tindakan berani yang diambil oleh mereka bagi menyuarakan penentangan tersebut?
A. Mengadakan rapat umum dan demonstrasi.
B. Menyeru orang Melayu supaya tidak bekerjasama dengan British
C. Melancarkan pemberontakan di seluruh Tanah Melayu.
D. Memulaukan upacara perlantikan Gabenor Malayan Union

41.Maklumat di bawah berkaitan perpaduan Melayu
 Perpaduan orang Melayu telah menggagalkan rancangan Inggeris untuk memperkenalkan Malayan Union.

Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah
A.seperti aur dengan tebing
B.air dicencang tidak akan putus
C.bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat
D. alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan

42. Maklumat di bawah berkaitan dengan akhbar.
Akhbar memainkan peranan penting dalam menyampaikan pandangan dan penentangan masyarakat dan individu terhadap gagasan Malayan Union
Antara yang berikut, yang manakah akhbar yang terlibat?
I Utusan Melayu II Warta Negara III Berita Harian IV The Time
A. I dan II B.I dan IV C.II dan III D.III dan IV

43. Senarai di bawah berkaitan dengan ciri-ciri utama Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
 • Konsep Raja Berpelembagaan diperkenalkan
 • Syarat kerakyatan diperketatkan
Apakah maksud syarat kerakyatan diperketatkan ?
I Pemohon berusia 21 tahun II Jus soli terbuka kepada Rakyat Raja
III Pemohon wajib fasih berbahasa Inggeris IV Anak angkat pemohon layak menjadi warganegara
A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

44. Maklumat di bawah berkaitan dengan cogan kata UMNO
 - hidup Melayu
 - merdeka

Siapakah yang bertanggungjawab mencadangkan perubahan cogan kata UMNO di atas ?
A Dato’ Nik Ahmed Kamil B Syeikh Gharieb Raub
C Zainal Abidin bin Ahmad D Dato’ Panglima Bukit Gantang

45. Mengikut Perlembagaan pentadbiran Malayan Union diketuai oleh….
A. Raja England B. Gabenor British
C. Parlimen British D. Pesuruhjaya Tinggi British


46. MPAJA menguasai Tanah Melayu dengan mudah kerana…
A. kekalahan Jepun B. kekosongan politik
C. masalah kewangan D. perebutan taktha di antara raja.

47. Antara yang berikut, manakah cara penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union?
I.Secara Individu II.Melalui akhbar III.secara kolektif IV.secara rusuhan
A.I, II dan III B.I, III dan IV C.I, II dan IV D.II, III dan IV

48. Apakah tindakan yang diambil oleh Sultan Johor untuk menentang Malayan Union?
A.Menghantar surat kepada Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan
B.Mengadakan rundingan dengan raja-raja Melayu yang lain
C.Meminta semua Raja-raja Melayu memulau majlis pelantikan gabenor Malayan Union
D.Mengarahkan orang Melayu mengadakan kongres kebangsaan

49. Kiai Salleh Karim merupakan seorang tokoh tempatan yang terkenal.
Apakah sumbangan utama beliau?
A.mengatur gerakan menentang Malayan Union
B.menyerang orang Cina di Bandar Batu Pahat.
C.mengetuai tunjuk perasaan semasa lawatan Harold MacMichael
D.mencadangkan penubuhan pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

50. Apakah perjuangan UMNO semasa penubuhannya pada tahun 1946?
A.Memperkasa kemajuan bangsa B. Mendapat kebebasan mentadbir
C. Menyokong kerakyatan terbuka D. Memperjuangkan kemerdekaan

51. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Febuari 1948 bertujuan

I. Mengelak desakan parti politik Melayu radikal
II. Mengelak penentangan orang Cina secara kekerasan
III. British tidak mahu PKM mempengaruhi orang Melayu
IV. British menjalankan dasar dekolonisasi yang disaran oleh PBB
A.I dan II B. I dan IV C.II dan III D. III dan IV

Tiada ulasan:

Catat Ulasan