CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Sabtu, 6 Mac 2021

BAB 10 KECEMERLANGAN MALAYSIA DI PERSADA DUNIA

 

Bab 10 – Kecemerlangan Malaysia Di Persada Dunia

a.       Malaysia Dalam Isu Global Kontemporari

o   Penyalahgunaan dadah

§  Bekerjasama menangani masalah penyeludupan dadah

§  Bekerjasama dengan INTERPOL

§  Melaksanakan hukuman berat kepada pesalah dadah

o   Pertindihan sempadan

§  Isu tuntutan Batu Putih antara Malaysia dan Singapura

§  Tuntutan Pulau Sipadan dan Ligitan – Malaysia dan Indonesia

§  Kata putus oleh mahkamah antarabangsa

§  Isu kepulauan Spratly antara China/Vietnam/Brunei dan Filipina

o   Kempen antiminyak sawit

§  Minyak sawit mendapat saingan daripada minyak soya keluaran AS

§  Memburukkan minyak sawit ( pencemaran alam sekitar/ kemusnahan hutan dan habitat haiwan

§  Malaysia cuba meyakinkan negara luar tentang kualiti minyak sawit/ dan isu kesihatan/ kolesterol

o   Pemerdagangan orang

§  Perkembangan ekonomi Malaysia menarik kehadiran penduduk luar

§  Kebanjiran pendatang asing

§  Ada sendiket yang membawa masuk / menipu

o   Penyakit berjangkit

§  Kerjasama menangani AIDS

§  Pemeriksaan kesihatan berterusan/ kempen/ penerangan

§  Hari AIDS sedunia 1/12 setiap tahun

 

b.       Peranan Malaysia Dalam Hubungan Ekonomi Antarabangsa

o   Meluaskan pasaran ekonomi

§  Kerjasama dalam pemasaran barangan keluaran

§  Kerjasama ekonomi melalui AFTA ( mengurangkan tarif dan cukai barangan  )

o   Dominasi ekonomi negara maju

§  Malaysia berhadapan dengan pelbagai sekatan dan halangan dagangan melalui tarif dan cukai

§  Boleh menjejaskan dagangan/ eksport bahan/ barangan negara ini

§  Menyuarakan pandangan di sidang APEC kerjasama ekonomi  Asia Pasifik )

o   Kerjasama pembangunan ekonomi segi tiga

§  Memajukan wilayah Johor/ Singapura dan Riau

§  Dapat mengurangkan monopoli penguasaan pasaran barangan

§  Penubuhan koperasi ASEAN/ bank Asean

o   Menangani kemelesetan ekonomi

§  1997-1998 berlaku kemelesetan ekonomi dunia

§  Berlaku kejatuhan nilai ringgit/ akibat spekulasi mata wang

§  Pelabur luar kurang keyakinan melabur di negara ini

§  Terpaksa berhutang dengan Tabung kewangan antarabangsa IMF

§  Malaysia gunakan pendekatan menebat kadar tukaran ringgit kepada RM 1 = US 3.80

§  Langkah ini berjaya memulihkan ekonomi

o   Mengantarabangsakan sistem kewangan islam

§  Menjadikan sistem perbankan Islam sebagai sebahagian daripada sistem ekonomi

§  Menjadi pasaran sukuk

§  Menjadi tempat tumpuan dana dari negara Islam

§  Penubuhan INCEIF/ pusat antarabangsa pendidikan kewangan islam

c.       Pelibatan Rakyat Dalam Isu Kemanusiaan Dan Keamanan

o   Isu Palestin

§  Sejak 1948 Rejim Zionis Israel melakukan kezaliman/ pengusiran dan pembunuhan terhadap penduduk Palestin

§  Penubuhan NGO membangkitkan isu ini- Aman Palestin

§  Membantu rakyat – derma/ bantuan pakaian ubat

o   Isu Syria

§  Krisis politik berlaku pada 2011/ berlaku kesengsaraan pada rakyat / kekurangan makanan dan kemudahan perubatan

§  Menerima pelarian Syria

§  NGO – Global Peace Mission ,Cinta Syria Malaysia, MyCare

o   Tsunami Aceh dan Sri Lanka

§  Tsunami berlaku pada 2004- memusnahkan banyak kawasan

§  Bantuan perubatan/kemanusiaan/ makanan/keperluan harian

§  NGO – Mercy Malaysia/ ABIM, Yayasan Restu

d.       Usaha Mengekalkan Kelestarian Global

o   Mengsiytiharkan deklarasi Langkawi

§  Untuk mengekalkan/memulihara alam sekitar 1989

§  Menangani kesan rumah hijau, pemanasan global, pencemaran

§  Anugerah Langkawi / Dasar Alam Sekitar negara 2002

§  Isytiharkan Langkawi sebagai Geopark

§  Dasar Teknologi Hijau negara 2009

o   Menyertai sidang kemuncak bumi

§  Mengenai isu kemiskinan kebuluran dan kemerosotan ekosistem

§  Mengurangkan pembebasan gas rumah hijau

§  Menggalakkan penggunaan tenaga baharu – tenaga solar

o   Antartika sebagai warisan sejagat

§  Anggap penerokaan benua antartika dilakukan secara tidak adil

§  Mendesak PBB menjadikan Antartika sebagai warisan manusia sejagat

§  Cadangkan Semua hasil dikongsi bersama

§  Menghantar penyelidik ke sana – Dr hj Omar Abdul Rahman 1985

§  Melakukan kajian perubahan iklim dan gas rumah hijau

e.       Wawasan Malaysia Menuju Masa Hadapan

o   Komuniti ASEAN

§  Ditubuhkan pada 2015

§  Mencerminkan aspirasi negara anggotanya

§  Focus pada ekonomi, sosiobudaya dan keselamatan

o   Keselamatan makanan

§  Tujuan – makanan cukup/ tiada kebuluran/ kekurangan zat makanan

§  Isu yang perlu ditangani – kenaikan harga barangan, bekalan makanan yang terhad, isu bencana alam, pencemaran makanan

§  Melakukan simpanan beras kecemasan ASEAN ( stok )

o   Alam sekitar

§  Isu jerebu ( pencemaran udara yang berulang akibat pembakaran hutan untuk pertanian di Sumatera dan Borneo )

§  Menjejaskan kesihatan/ meningkatkan belanja / rawatan kesihatan

§  Perjanjian pencemaran jerebu merentas sempadan

§  Tangani masalah pembakaran tanah gambut

o   Zon bebas nuklear

§  Malaysia menolak penggunaan senjata nuklear dalam apa-apa situasi ( mengembang/mengeluar/memperoleh/memiliki/mengawal/ menggunakan )

§  Tidak mahu kawasan Asia Tenggara dipengaruhi oleh kuasa besar

§  Mencadangkan Selat Melaka/ Laut China Selatan bebas daripada kapal yang membawa senjata nuklear

o   Kerelevanan organisasi antarabangsa

§  PBB dan OIC tidak mampu melaksanakan tugas dengan baik

§  Membangkitkan isu penggunaan kuasa veto oleh kuasa besar

§  Persidangan negara Islam pada 2019 di KL bertujuan merapatkan jurang dan kedudukan masyarakat Islam di serata dunia

o   Hak asasi manusia/ pelarian dan pendatang tanpa izin / PATI

§  Isu yang melanda dunia – hak asasi manusia/ pendatang tanpa izin

§  Kehadiran PATI membawa kesan pada sosial,ekonomi,jenayah,politik dan hubungan diplomatik dan boleh menggugat keselamatan negara

§  Menubuhkan SUHAKAM pada 1999

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan