CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 13 April 2021

latihan FN FA FK FS

 

Nyatakan pola ayat bagi setiap ayat di bawah sama ada FN+FN, FN+FK, FN+FA, atau FN+FS

 

1.      Bunga itu sungguh cantik dan berbau harum. 1. FN+FA

2.      Jam tangan itu untuk emak sempena hari lahirnya. 2. FN+FS

3.      Pelajar kelas 5 Budiman sedang mengulang kaji pelajaran. 3. FN+FK

4.      Kucing peliharaan Lee Min Ho  bernama Si Comel. 4. FN+FK

5.      Adik saya sangat comel dan manja. 5. FN+FA

6.      Kami sekeluarga akan ke Kuala Lumpur hujung minggu ini. 6. FN+FS

7.      Pemuda itu sedang menari.   7. FN+FK

8.      Encik Zahid seorang jurutera.          8. FN+FN

9.      Cikgu Farah Fauzana guru mata pelajaran Bahasa Melayu kami. 9. FN+FN

10.  Rumah saya di Taman Johor Jaya. 10. FN+FS

11.  Kakak Santhi sedang membaca buku.         11. FN+FK

12.  Kasut Meganathan sudah buruk. 12. FN+FA

13.  Penyanyi itu jiran saya.          13. FN+FN

14.  Nasi lemak Mak Faridah sangat sedap. 14. FN+FA

15.  Emak sedang menanak nasi di dapur.      15. FN+FK

16.  Pokok itu pokok rambutan. 16. FN+FN

17.  Dewan sekolah Rajinikanth sangat besar. 17. FN+FA

18.  Baju saya berwarna merah hati. 18. FN+FK

19.  Tulisan Bahum sangat kemas.           19. FN+FA

20.  Rumah Samantha Akkineni  rumah batu. 20. FN+FN

21.  Kampung datuk Salleh di Pasir Gudang. 21. FN+FS

22.  Bapa mertua Naim seorang guru. 22. FN+FN

23.  Wei Sing dan Sing Wei sedang berbual-bual.         23. FN+FK

24.  Shahril  sedang merengek-rengek.             24. FN+FK

25.  Pungut ialah anak angkat Mak Timah. 25. FN+FN

26.  Mak Timah sayang akan Pungut. 26. FN+FA

27.  Suhada  sudah berusia dua puluh empat tahun. 27. FN+FN

28.  Mak Zarina dan Naemah di rumah anak lelaki Mak Zarina. 28. FN+FS

29.  Israk yang baru pertama kali ke rumah mertuanya berasa tidak selesa. 29. FN+FA

30.  Nenek Hasbah menyayangi anak cucunya. 30. FN+FK

31.  Nek Wah sayang akan Firdaus   dan  Intan. 31. FN+FA

32.  Adam pulang ke Kampung Glugor. 32. FN+FK

33.  Rumah Wani Hasrita di tepi sungai. 33. FN+FS

34.  Wahid tidak suka budak-budak itu bertengkar di dalam rumahnya. 34. FN+FA

35.  Amin insaf setelah peristiwa lemas di sungai.   35. FN+FK

36.  Kita mesti ada jati diri dan pegangan agama yang teguh. 36. FN+FK

37.  Bijak dan berani Pak Husain. 37. FN+FA

38.  Gembira Khalid bertemu Pak Husain.           38. FN+FA

39.  Pak Husain ialah Pahlawan Buntung.        39. FN+FN

40.  Memperdayakan tentera Jepun Pak Ramli. 40.FN+FK

41.  Kami di Kampung Pulau Pak Amat ketika tentera Jepun menyerang. 41. FN+FS

42.  Partiban ke Kampung Dal untuk bersembunyi. 42. FN+FS

43.  Generasi sekarang belum menghayati erti kemerdekaan dengan sepenuhnya. 43. FN+FK

44.  Di tepi laut rumah Salmah. 44. FN+FS

45.  Tiang Cengal Dinding Sayong ialah tajuk drama. 45. FN+FN

46.  Salmah sedih kerana anak-anaknya mementingkan diri sendiri. 46. FN+FA

47.  Salamiah yang sedang berdukacita mendapat berita suaminya masih hidup. 47. FN+FK

48.  Tuk Wali yang sangat cinta akan ilmu persilatan ditikam oleh cucunyasendiri. 48.  FN+FK

49.  Nenek saya masih kuat. 49. FN+FA

50.  Cikgu Samsuddin amat garang. 50. FN+FA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan