CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Ahad, 4 Julai 2010

PMR SPM STPM

ASALAMUALAIKUM

sekarang dah bulan Julai. bagi pelajar pmr ada masa lebih kurang 2 bulan untuk membuat persediaan dan persiapan sebelum datangnya peperiksaan. bagi pelajar lain persediaan lebih rapi perlu dibuat kerana mereka perlu memikirkan dengan lebih serius keputusan yang bakal dicapai akan mempengaruhi sejaum mana prestasi akademik dapat dipertingkat.
bagi pelajar stpm ingin saya nasihatkan agar mereka boleh melipatgandakan ulangkaji mereka ke tahap yang tertinggi mulai sekarang. jenguk-jenguklah soalan - soalan tahun lepas kerana ia dapat memandu anda sejauh mana soalan tersebut dapat anda jawap dan setakat manakah kefahaman anda pada tajuk-tajuk yang disoal. mulakanlah dengan memenuhi keperluan nota yang lebih lengkap kerana nota sangat membantu dari segi kefahaman dan daya ingatan kita. beralih kepada bentuk soalan yang selalu kita boleh jawab dan sejauh mana soalan yang kita tidak dapat jawab. pada masa ini banyakkan melihat apa kekurangan kita dalam setiap mata pelajaran. jumpalah guru untuk mendapatkan nasihat sejauhmana kita perlu berubah dan mendekati atau mejawab soalan.
cari masa untuk melihat soalan dari negeri lain. sepanjang pengetahuan saya walaupun jarang soalan ramalan keluar dalam peperiksaan tetapi ia boleh dijadikan kayu ukur ke arah kemantapan persiapan atau persediaan kita dalam menghadapi peperiksaan akan datang.

senjata ampuh bagi menduduki peperiksaan ialah dengan mengulangkaji pelajaran dengan kerap, mengingati apa yang dipelajari dengan lebih mendalam bukan sekadar cukup-cukup sahaja. oleh yang demikian masa untuk bermain dan bersuka -suka seharusnya telah berlalu. cuba kuatkan mana-mana mata pelajaran . semalam 4 Julai 2010 ialah hari pendaftaran pelajar baru ke univeriti awam di seluruh negara..... setahun dari sekarang adakah anda akan bersama dengan mereka ? .....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan