CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Isnin, 5 Julai 2010

SET PERCUBAAN 2008

Bahagian B
[100 markah]
[Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit]
Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih
daripada 350 patah perkataan.

1. Persatuan Bahasa Melayu di sekolah anda telah mengadakan lawatan sambil belajar
ke beberapa tempat pelancongan di Malaysia. Sebagai setiausaha persatuan, anda
diminta menulis laporan tentang lawatan tersebut.
Tulis laporan itu selengkapnya.

2. Kini ibu bapa terlalu mementingkan pencapaian akademik anak-anak mereka. Oleh
hal yang demikian, mereka tidak memberikan galakan kepada anak-anak dalam
aktiviti kokurikulum terutamanya sukan.
Huraikan pendapat anda tentang peranan ibu bapa menggalakkan anak-anak
menceburi bidang sukan.

3. Isu kenaikan harga barang hangat diperkatakan oleh masyarakat pada hari ini.
Sebagai seorang pengguna yang prihatin, tulis sebuah rencana tentang kesan-kesan
daripada kenaikan tersebut kepada masyarakat dan negara, serta cadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya.
Tuliskan rencana tersebut selengkapnya.

4. Peranan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) adalah untuk memastikan
keamanan sejagat. Namun, banyak negara di dunia mengalami masalah peperangan,
kemiskinan dan kebuluran.
Bahaskan penyataan di atas.

5. Pada hari ini, banyak buku hasil karya penulis muda di Malaysia seperti Faisal
Tehrani dan Nisah Haron telah mendapat tempat dalam kalangan remaja. Karya
yang berkualiti ini telah berjaya menambah bahan bacaan di pasaran.
Huraikan ciri-ciri sebuah karya sastera yang menarik pada pandangan anda.

PERATURAN PEMARKAHAN

Soalan 1. Karangan Berformat (Laporan)
Markah dipotong jika tiada
Tajuk Laporan
Nama pelapor
(Maksimum dipotong 2 markah)
tugasan : menulis laporan tempat yang telah dilawati.
Cadangan isi
1. Faedah yang diperoleh daripada lawatan tersebut.

Soalan 2 : Karangan tidak berformat
Tugasan : menulis tentang peranan ibu bapa
menggalakkan anak-anak menceburi bidang sukan.
Cadangan isi
1. Memberi sokongan secara langsung dan tidak langsung.
2. Memberi penghargaan kepada anak-anak apabila mereka mencapai kejayaan.

Soalan 3 : Karangan berformat (Rencana)
Tugasan : menulis tentang kesan-kesan daripada kenaikan harga barang dan langkah-langkah mengatasinya.
Cadangan isi:
Kesan kenaikan harga barang
a. Kekurangan wang untuk membeli keperluan asas.
b. Tabungan masyarakat menurun
c. Rasa tidak puas hati terhadap pemimpin.
d. Perbalahan atau pertengkaran mudah tercetus.
e. Kegiatan jenayah meningkat.

Langkah
a. Merancang sebelum keluar membeli-belah.
b. Berbelanja secara berhemah (membeli barang yang perlu sahaja)
c. Mengurangkan makan di luar terutamanya makanan segera yang mahal.
d. Bercucuk tanam.
e. Membawa bekalan ke sekolah atau ke tempat kerja.
f. Menggunakan kenderaan awam.

Soalan 4 : Karangan tidak berformat
Tugasan : membincangkan peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sama ada berjaya atau gagal untuk mengatasi masalah kemiskinan dan kebuluran yang berlaku di seluruh dunia.

Cadangan isi:
Bersetuju
1. Negara di dunia masih menghormati peranan PBB.
2. PBB masih dapat mengawal dan mengekalkan kestabilan kebanyakan
negara di dunia.
Tidak Bersetuju
1. Kuasa veto menentukan arah tuju PBB.
2. PBB gagal membendung peperangan yang dicetuskan oleh negara-negara besar.
3. PBB gagal membantu negara-negara miskin dari segi bekalan makanan
perubatan dan keperluan sosial yang lain.

Soalan 5 : Karangan : Tidak Berformat
Tugasan : menulis ciri-ciri sebuah karya yang menarik.
Cadangan isi:
Jawapan merangkumi aspek kajian sastera seperti tema dan persoalan, watak
dan perwatakan, plot, nilai dan pengajaran, teknik penulisan dan gaya bahasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan