CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Rabu, 31 Mac 2010

karangan lari dari rumah

Masalah remaja lari dari rumah mendapat liputan meluas media massa.Huraikan punca-punca remaja lari dari rumah.

Kemelut remaja lari dari rumah telah menjadi satu isu yang sering diperkatakan. Keadaan inii jelas terpapar menerusi siaran media massa yang menjadi isu ini berita utama mereka. Pelbagai pihak memberikan teori atau pandangan mereka mengenai kemunculan kemelut ini dalam masyarakat kita.

Punca yang paling ketara ialah tekanan ibu bapa. Remaja yang lari dari rumah sering menggunakan alasan tekanan ibu bapa sebagai penyebab utama mereka melakukan perbuatan terkutuk ini. Tekanan ib bapa ini dikaitkan dengan kegagalan ibu bapa untuk memahami keperluan peribadi remaja yang begitu mendesak kini. Ibu bapa sering menyalahkan anak atau tidak memberikan kasih sayang yang sewajarnya kepada remaja. Jadi, kegagalan ibu bapa memainkan peranan mereka menjadi pendorong utama remaja melarikan diri.

Selain itu, remaja lari dari rumah dikatakan berkait rapat dengan pengaruh rakan sebaya. Nasihat yang diberikan oeh rakan sebaya tidak matang dan rasional apabila remaja meluahkan masalah mereka. Keadaan ini berlaku kerana rakan sebaya itu sendiri belum cukup matang dan berpengalaman dalam menangani arus kehidupan yang penuh cabaran ini. Sesungguhnya, rakan sebaya yang memberikan nasihat yang tidak baik akan membawa remaja itu mengambil tindakan untuk melarikan diri.

Remaja lari dari rumah juga dianggap akibat unsur barat yang dipaparkan menerusi media massa terutama media elektronik. Remaja yang suka meniru akan melakukan perkara yang mereka tonton di televisyen tanpa sebarang keraguan lagi. Remaja tidak mampu membezakan lakonan dan realiti kehidupan yang jauh berbeza. Oleh itu, media massa menjadi faktor yang berupaya menimbulkan keinginan remaja untuk lari dari rumah mereka.

Kemelut ini turut dikaitkan dengan sahsiah remaja itu sendiri. Ramai remaja yang tidak mempunyai sikap yang tabah dan positif apabila menghadapi sesuatu kemelut yang melanda diri mereka. Remaja begitu mudah terasa atau berasa sensitif apabila ditegur oleh ibu bapa sehingga sanggup melarikan diri. Jelaslah, keadaan ini membuktikan bahawa masalah ini turut ditentukan oleh sikap remaja zaman ini yang harus lebih kukuh dan tabah.

Kesimpulannya, gejala remaja lari dari rumah ini memang harus ditangani dengan segera demi masa depan remaja kita yang semakin malap ditelan arus kemodenan dunia. Semua pihak terutama masyarakat harus memainan peranan tersendiri dalam menangani kemelut ini. Mungkin kita semua harus menyalahkan diri masing-masing sebelum kita menyalahkan remaja dalam hal ini.

karangan bencana alam

Bencana alam turut berlaku di negara ini. Banjir, ribut, kemarau dan kebakaran hutan merupakan antara bencana alam tersebut.Nyatakan punca-punca dan usaha-usaha menangani masalah ini.


Bencana alam merujuk kejadian alam yang mampu memusnahkan negara dan penduduknya. Negara kita memang sering dilanda banjir, ribut, kemarau dan kebakaran hutan kerana pelbagai faktor yang mendorong keadaan ini mudah berlaku terutama ketiak bumi dikatakan sedang mengalami perubahan cuaca yang drastik dalam tempoh yang terdekat ini. Sesungguhnya, ada banyak faktor yang mendorong keadaan ini dan ada banyak langkah yang boleh diambil untuk membendungnya daripada terus berlaku.


Kejadian bencana alam sering dikaitkan dengan kemusnahan alam sekitar terutama kemusnahan hutan belantara negara. Keadaan ini wujud kerana hutan dianggap menjadi pelindung atau penahan berlakunya kejadian banjir dan kemarau kerana keupayaannya untuk menakung air dan menyalirkan air dengan baik. Kemusnahan hutan menyebabkan muka bumi menjadi kosong dan mendorong mudahnya berlaku semua bencana alam ini. Oleh itu, kemusnahan hutan perlulah dipantau dengan lebih teliti oleh pihak kerajaan.


Malahan, keghairahan negara untuk membangun dengan pesat turut mendorong berlakunya bencana alam ini. Pembukaan kawasan bandar baru, industri dan kawasan perumahan telah menyebabkan sistem ekologi yang asal tidak mampu untuk menghalang sebarang kejadian bencana alam daripada tidak berlaku. Manusia menganggap kemodenan mampu menghalang bencana alam berlaku lantas terus menerus menjalankan projek pembangunan tanpa mempunyai rasa takut atau bimbang berlakunya bencana alam di kawasan projek mereka. Justeru, pembangunan yang pesat memang penting tetapi perlulah dikawal atau dilakukan dengan berhati-hati supaya tidak menjejaskan sistem ekologi secara drastik.


Tambahan pula, sikap kita dalam menguruskan sumber asli terutama penyelenggaran sungai dan pembalakan hutan yang tidak praktikal. Naluri manusia yang sering mengutamakan keuntungan kewangan daripada berfikir secara rasional perkara yang bakal berlaku pada masa depan telah mengundang padah. Semua sumber alam negara akan terus dieksploitasi kerana manusia memang menganggap diri mereka lebih baik dan bijak daripada alam. Jadi, bencana alam akan terus berlaku kerana kegagalan manusia untuk menguruskan sumber alamnya dengan baik.

Sudah pasti langkah yang paling penting dilakukan ialah kerajaan mengetatkan peraturan berkaitan dengan alam sekitar dengan lebih baik. Hukuman yang berat harus dikenakan kepada pesalah-pesalah alam sekitar supaya perkara ini menjadi pengajaran kepada orang lain. Kerajaan harus menjalankan satu usaha pemeriksaan yang holistik tanpa mengecualikan sesiapa jua dalam pemeriksaan ini. Jika kerajaan tegas dalam hal ini, sudah pasti masalah ini mampu diselesaikan dengan mudah.

Malahan, kempen kesedaran terutama kepada generasi muda harus dilaksanakan. Kempen yang dijalankan itu haruslah sesuai dengan minat dan diri remaja kerana merekalah yang bakal menghuni negara ini serta mampu menyelesaikan masalah ini. Kempen yang dijalankan secara terancang mampu menghasilkan satu generasi masyarakat yang menghargai alamnya lebih baik daripada generasi terdahulu. Jelaslah, kempen yang berkesan mampu menangani isu ini dengan lebih baik.


Kesimpulannya, bencana alam akan terus berlaku di negara kita. Sikap masyarakat yang sambil lewa kerana menganggap alam bukan tanggungjawab mereka telah menyebabkan masalah ini menjadi semakin rumit untuk diselesaikan. Mungkin kita semua lupa bahawa setiap kali bencana alam melanda negara ini setiap kali itulah ada nyawa manusia yang melayang. Agaknya kita menilai nyawa manusia sama seperti alam?

industri pelancongan dan kestabilan politik

Industri pelancongan akan terjejas akibat daripada ketidakstabilan politik yang berlaku dalam kalangan negara di dunia. Bincangkan penyataan di atas.

Industri pelancongan memang menjadi satu sektor ekonomi yang sering menerima perhatian pelbagai pihak. keadaan ini timbul kerana sektor ini dikatakan mudah mendatangkan keuntungan ekonomi kepada sesebuah negara itu. banyak negara telah memberikan perhatian kepada sektor ini tetapi keadaan ketidakstabilan politik telah menyebabkan sektor ini tidak berkembang. Jadi, memang ada impak yang timbul jika negara itu tidak memilliki kestabilan politik.

Impak yang ketara ialah industri pelancongan itu akan terjejas. Jumlah ppeancong yang melawat ke negara it akan berkurang setahun demi setahun sepanjang ketidakstabilan poltik itu berlaku. Kekurangan jumlah pelancong ini berkait dengan keselamatan pelancong yang tidak boleh dijamin. keeselamatannya. Pendapatan negara daripada sumber pelancongan turut merosot. Jadi, ketidakstabilan politik memang membawa impak buruk terhadap sektor pelancongan negara.

Selain itu, pelaburan dalam sektor pelancongan berkurangan. keadaan politik yang tidak stabil menyebabkan pelabur takut untuk melabur d negara itu. Pelaburan di negara-negara yang berisiko tinggi ni dianggap tidak membawa kentungan. situasi ini turut menyyebabkan pelabur tempatan kekurangan modal untuk melaksanakan sesuatu projek pelancongan pula. Lantaran itu, pelabur asing in akan memilih negara lain yang lebih stabil politiknya.

Keadaan politik yang tidak stabil turut menyebabkan pembangunan negara menjadi perlahan. Pembinaan prasarana untuk pelancong semakin berkurangan. Keadaan prasarana yang sedia ada pula semakin dibiarkan begitu sahaja. Keadaan ini menyebabkan semua aktiviiti pembangunan yang dirancang akan terganggu. Oleh itu, kestabilan politik memang penting untuk memastikan pembangunan berjalan lancar.

Malah, imej negara turut terjejas kerana ketidakstabilanpolitik ini. Ramai pelancong tidak lagi suka datang ke sini atau memberitahu kawan-kawan mereka tentang keindahan negara kerana imej yang sudah terjejas itu. Lama-kelamaan, imej yang tidak dijaga ini akan membawa lebih banyak kemusnahan imej. Jelaslah, politik yang tidak stabil akan membawa banyak kesan buruk pada sektor pelancongan.

Konklusinya, sektor pelancongan dan politik berkait rapat. Semua pihak perlu melakuan sesuatu supaya keadaan ini tidak berlarutan terutama ketika negara sedang dlanda kemeseletan ekonomi. Mungkin semua pihak harus merenung dan melihat tindakan yang boleh mereka lakukan demi memastikan sektor pelancongan negara terus berkembang.

karangan : aktiviti kokurikulum

Aktiviti kokurikulum berperanan untuk melahirkan remaja yang berwawasan dan berdisiplin.Berikan pendapat anda tentang perkara tersebut


Aktiviti kokurikulum merujuk aktiviti yang luar darjah yang melibatkan aktviti yang berpersatuan, lasak dan mungkin kemahiran tertentu. Kegiatan luar darjah ini berupaya untuk memberikan satu pperspektif baru kepada pelajar dalam menjalani kehidupan mereka di sekolah dan luar sekolah. Kelebihan kegiatan ini turut dipaparkan di dalam pelbagai media massa di negara ini yang membuktikan manfaat menyertainya. Jadi, pembabitan pelajar dalam kegiatan ini memang membawa pelbagai impak positif dalam kehidupan mereka.


Sebenarnya, aktiviti kokurikulum memberikan pelajar satu keyakinan diri yang hakiki menerusi pembabitan mereka dalam setiap aktiviti kokurikulum yang dijalankan itu. Keyakinan diri ini timbul kerana setiap kali berjaya melaksanakan sesuatu tugasan itu mereka akan menimba pengalaman yang memberi mereka satu jangkaan awal apabila melakukan aktiviti lain pula. Sudah pasti perasaan ini memudahkan mereka untuk menjalani kehidupan selepas sekolah yang lebih mencabar suasananya. Maka, penglibatan kokurikulum memang memberi manfaat kepada seseorang pelajar itu.
Selain itu, pelajar yang melibatkan diri dalam kokurikulum turut memiliki tahap disiplin diri yang tinggi dalam diri mereka. Pemilikan disiplin yang tinggi ini terhasil kerana semua aktiviti kokurikulum memerlukan seseorang pelajar itu mematuhi beberapa peraturan tertentu yang meliputii pakaian seragam, aktiviti, masa berlatih dan tempoh akhir untuk menyiapkan sesuatu projek itu. Semua aktiviti ini hanya boleh dilakukan jika seseorang pelajar itu mempunyai disiplin yang tinggi kerana masa untuk belajar dan beraktivti hanya boleh diseimbangkan menerusi satu disiplin yang tinggi. Oleh itu, pelajar yang melibatkan diri mereka secara aktif dalam aktiviti ini akan mempunyai satu sikap mementingkan disiplin yang tinggi.

Malah, pembabitan pelajar dalam kokurikulum menghasilkan pelajar yang berhati mulia dan baik. Rasa hormat kepada ibu bapa, guru dan rakan sebaya terhasil kerana setiap aktiviti kokurikulum menekankan aspek menghormati orang lain. Kekerapan melakukan aktivit ini secara tidak langsung akan menerapkan nilai-nilai kesopanan yang jitu dalam diri mereka. Jelaslah, kokurikulum mampu membentuk pelajar menjadi pelajar yang memiliki ciri-ciri sopan yang tinggi.

Mungkin satu impak positif kegiatan kokurikulum yang baik ialah aktiviti ini memberikan pelajar satu sikap bersaing yang tinggi. Sikap persaingan positif ini menyebabkan pelajar tidak gentar untuk menghadapi setiap cabaran yang mendatang. Mereka seolah-olah sudah lali untuk mengharungi kehidupan yang penuh dengan dugaan dalam aspek alam persekolahan atau kehidupan biasa mereka.

Justeru, Konklusinya, pelajar yang melibatkan diri mereka dalam aktiviti kokurikulum akan berjaya memiliki satu personaliti yang berkualiti tinggi. Semua ciri yang diutarakan di dalam hujah ini akan membantu mereka untuk mengharungi kehidupan yang penuh dengan dugaan yang besar ini. Cuma pelajar yang sebegini lebih mudah untuk menyelesaikan masalah mereka itu. Slogan 'pemuda tiang negara, pemudi harapan bangsa” sesuai menjadi pedoman kita dalam aspek ini.

karangan : rempit

Penglibatan remaja dalam perlumbaan motosikal secara haram membimbangkan banyak pihak. anda berhasrat untuk menulis satu artikel tentang cara-cara mengatasi gejala tersebut untuk tersiar dalam sebuah akhbar tempatan.
Tulis rencana itu selengkapnya.

Remaja dan lumba motosikal: Satu Penyelesaian Mutlak?

oleh: Azman bin Noor

Perlumbaan motosikal memang sering dikaitkan dengan remaja kerana aktiviti ini dikatakan mampu memberi semangat kepada remaja yang sedang mengalami satu proses kedewasaan yang kritikal. Remaja melihat lumba motosikal ini satu jalan mudah untuk menyelesaikan masalah kerana terutama masalah keluarga dan sekolah serta masa depan mereka. Kejadian demi kejadian lumba motosikal ini turut disiarkan oleh media massa menerusi pelbagai program mereka. Sememangnya, ada pelbagai tindakan yang boleh diambil oleh semua pihak dalam menangani isu yang semakin menular ini.

Sebenarnya tindakan yang paling penting dalam menyelesaikan kemelut sosial ini ialah ibu bapa memainkan peranan mereka dengan lebih efektif. Dalam mendidik anak, ibu bapa harus bijak dan berupaya untuk mengawasi tingkah laku anak mereka dengan berkesan terutama anak yang sudah mencapai umur remaja. Ibu bapa perlu mengenakan satu tahap disiplin dan dalam masa yang sama menyayangi anak mereka dengan sepenuh hatinya untuk memberi satu perasaan disayangi dalam diri anak mereka. Justeru, ibu bapa menjadi benteng pertama dalam usaha untuk menyelesaikan masalah yang melanda remaja kita ini.

Langkah susulan ialah pihak kerajaan membuat lebih banyak sekatan jalan raya di kawasan-kawasan berisiko tinggi untu berlakunya perlumbaan motosikal ini. Tindakan pihak polis yang lebih proaktif menyebabkan remaja berfikir dua kali sebelum terlibat dalam tindakan negatif ini kerana menyedari tindakan mereka sudah dihidu oleh pihak berkuasa awal-awal lagi. Pihak polis juga perlu membuat pengumuman awal tentang hasrat mereka mengadakan sekatan jalan raya untuk memberi amaran awal kepada remaja supaya tidak melakukan tindakan bodoh dengan membuat perlumbaan motosikal di situ. Maka, tindakan pantas dan bijak pihak kerajaan terutama pihak polis menyebabkan remaja tidak berani melakukan aktiviti sumbang ini.

Selain itu, tindakan menaikkan had umur untuk memiliki lesen motosikal boleh menghalang kejadian lumba motosikal ini dengan lebih berkesan. Had umur yang lebih tinggi ini menyebabkan semua remaja yang menunggang motosikal tidak perlu diperiksa kerana sudah pasti mereka tidak memiliki lesen motosikal. Keadaan ini menyebabkan pihak polis mudah untuk memantau isu perlumbaan motosikal ini dengan lebih menyeluruh. Jelaslah, kemelut yang melanda negara ini mampu diatasi dengan berkesan jika umur yang dibenarkan untuk menunggang motosikal ini ditingkatkan.

Kempen kesedaran turut perlu dilaksanakan dalam menangani kemelut yang melanda kalangan remaja kita ini. Penjelasan mengenai impak buruk lumba haram diperincikan dalam kempen itu untuk memberi kesedaran yang jitu kepada remaja. Dalam masa yang sama kempen ini turut menjelaskan tindakan undang-undang yang boleh dihadapi oleh remaja yang didapati bersalah terbabit dalam kegiatan lumba haram. Jelaslah, kempen yang begitu mudah tetapi efektif berupaya menghalang gejala sosial ini daripada menular dalam jiwa remaja kita jika dilaksanakan dengan baik.

Kesimpulannya, semua langkah di atas harus dijalankan secara bersistematik jika mahu melihat kejayaan membasmi gejala luma haram ini. Tindakan tegas pihak berkuasa terutama polis dalam penguatkuasaan undang-undang dilihat sebagai jalan yang paling penting. Kegagalan menangani isu ini boleh menyebabkan remaja kita terjebak dalam pelbagai masalah sosial yang lain terutamana penyalahgunaan dadah dan hubungan sosial yang bebas. Tindakan kita hendaklah berterusan dan bersungguh-sungguh seperti peribahasa “menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan” jika masalah ini hendak diatasi.

karangan : membaca

Masyarakat kita masih lagi enggan membaca. Dikatakan rakyat negara ini hanya membaca sebuah buku setahun sahaja berbanding dengan negara lain yang ada mencecah 8 buah buku setahun.

Usaha memupuk
1. Menubuhkan lebih banyak perpustakaan terutama yang bergerak di kawasan pedalaman
2. Mengadakan pertandingan yang memerlukan banyak pembacaan di peringkat sekolah untuk menarik minat pelajar
3. Mengurangkan harga buku terutama buku ilmiah untuk meningkatkan kadar pembacaan
4. Memberi galakan kepada syarikat/penerbit buku agar mereka dapat menerbitkan lebih banyak buku seperti cukai keuntungan yang ebih rendah atau subsidi
Faedah membaca
1. Kita dapat mengetahui banyak perkara baru
2. Menajamkan lagi kemahiran berfikir secara kritis dan menghafal seseorang
3. Memudahkan pelajar untuk menghadapi peperiksaan

isu : iklan , sukan , pembalakan , pelancongan

Isu-isu pengiklanan

1. Mempergunakan wanita seksi, wajah yang cantik dan tampan sahaja timbulkan persoalan diskriminasi
2. Memperdayakan pengguna membeli barangan yang tidak diperlukan atau membazir sahaja kerana iklan memang menarik
3. Meninggikan harga barangan kerana kos iklan telah dimasukan ke dalam harga produk itu
4. Pengaruh iklan

Positif

Memberi peluang kepada pengguna membuat pilihan barangan yang terbaik kerana mengetahui kewujudan jenama itu
Menjadikan persaingan lebih sihat antara pengeluar barangan kerana masing-masing cuba menonjolkan kelebihan produk mereka

Negatif
Pengguna membeli semua barangan yang difikirkan menarik tanpa memikirkan kualiti yang sebenar
Harga barangan terlalu mahal kerana kos iklan telah ditambahkan
Mewujudkan pengguna yang mementingkan jenama barangan sahaja kerana membeli sebab jenama sahaja


KARANGAN SKOP SUKAN

Faedah-faedah bersukan
1. Menyihatkan badan dan mengurangkan risiko penyakit berbahaya seperti jantung
2. Meningkatkan lagi keyakinan diri dan keupayaan melakukan sesuatu kerana berjaya dalam sesuatu bidang sukan itu
3. Mengelakkan pembabitan dalam aktiviti yang kurang sihat seperti dadah dan lepak
4. Dapat bertemu dan berinteraksi dengan pelbagai lapisan manusia

Usaha-usaha meningkatkan mutu sukan negara
1. Melantik jurulatih asing untuk meningkatkan kemampuan ahli sukan negara dengan memberi idea baru untuk menjalani latihan
2. Mendirikan pelbagai kemudahan sukan bertaraf antarabangsa terutama stadium bertaraf dunia
3. Menawarkan diri menjadi tuan rumah kejohanan sukan bertaraf dunia seperti kejohanan badminton dunia atau mungkin juga olimpik
4. Memberi pelbagai insentif kepada ahli sukan yang berjaya
5. Mengadakan pelbagai program sukan di peringkat bawah (muda) untuk cungkil bakal baru

kesan Pembalakan

1. Hutan negara semakin pupus terutama jenis yang berharga seperti kayu jati, merbau dan cengal.
2. Pencemaran alam semakin meluas terutama di kawasan pedalaman
3. Kejadian tanah runtuh, banjir kilat dan hakisan sering berlaku
4. Kehidupan haiwan liar seperti harimau pupus dan orang Asli terjejas

Usaha-usaha mengekalkan hutan
1. Mewartakan kawasan hutan sebagai Taman Negara terutama yang hampir pupus
2. Menggalakkan penanaman semula hutan yang telah ditebang dengan satu pokok ditebang diganti dengan lima batang yang baru
3. Kempen kesedaran terutama dalam kalangan pelajar
4. Penggubalan undang-undang yang ketat terutama kepada pembalak haram


INDUSTRI PELANCONGAN

Usaha dan Cara memajukan Industri Pelancongan
1. Memberi diskaun, insentif kepada industri pelancongan negara
2. Mengadakan hari melancong atau tahun melancong
3. Memperbanyakkan kawasan /destinasi pelancong negara
4. Meningkatkan industri kraftangan negara
5. Meningkatkan kadar kebersihan dan kecekapan sistem pangngkutan negara

Kesan industri pelancongan

Positif
Menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara
Memberi peluang pekerjaan kepada rakyat
Memperkenalkan nama dan budaya negara kepada orang luar
Negatif
Menularnya budaya tidak sihat daripada negara luar
Peningkatan harga barangan terutama di destinasi pelancongan yang boleh menjejaskan orang tempatan

karangan : perindustrian

Negara kita telah mengutamakan perindustrian untuk mencapai era negara moden. Kerajaan telah menjalankan pelbagai dasar untuk meningkatkan tahap industri negara. Terangkan kebaikan-kebaikan yang terjelma melalui langkah kerajaan ini.

Sememangnya negara kita telah memberi penekanan yang ketara terhadap aspek perindustrian terutama sejak awal tahun 80-an yakni era pentadbiran bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohammed. Penekanan ini sejajar dengan dasar kerajaan kita untuk mencapai tahap negara maju menjelang tahun 2020. Namun, perindustrian memang membawa pelbagai kebaikan kepada negara dan rakyat tanpa sebarang pertikaian lagi.
Kebaikan yang dibawa oleh perindustrian terhadap negara ialah dasar ini menyebabkan negara kita mampu mengurangkan import terutama barangan tertentu. Pengurangan import ini berupaya dilakukan kerana sektor industri negara telah berjaya menghasilkan produk tersebut pada harga yang lebih murah. Situasi ini turut memberi kesan terhadap sumber kewangan negara kerana kurang wang diperlukan untuk membayar harga barangan yang diimport. Lantas, wang tersebut mampu digunakan untuk pembangunan sektor lain.

Jadi, sumber kewangan negara yang berlebihan itu digunakan untuk meninggikan taraf hidup rakyat. Peningkatan taraf hidup ini dikaitkan dengan terhasilnya kemudahan-kemudahan seperti pendidikan, kesihatan, dan pengangkutan yang bertaraf tinggi kepada rakyat. Semua kemudahan ini dinikmati oleh rakyat negara kita tanpa perlu membayar kos yang lebih mahal. Kemudahan ini turut memudahkan rakyat untuk menjalani kehidupan seharian mereka.


Selain itu, penubuhan kilang menjadi antara intipati perindustrian. Kilang terpaksa dibina untuk menghasilkan pelbagai produk mengikut permintaan masyarakat antarabangsa. Justeru, permintaan terhadap bahan mentah negara akan meningkat. Hasil bahan mentah negara seperti bijih timah, getah, dan kayu akan meningkat selaras dengan perkembangan industri produk tersebut. Harga komoditi negara itu sudah pasti akan turut meningkat dengan mendadak yang menguntungkan rakyat negara ini.
Malah, penubuhan kilang ini sudah pasti memerlukan bilangan sumber manusia yang banyak. Rakyat negara ini akan mempunyai pekerjaan yang banyak atau boleh membuat pilihan. Kewujudan peluang pekerjaan ini sudah pasti menyaksikan negara ini mempunyai satu dimensi rakyat yang tidak bimbang tentang masa depan mereka kerana yakin kemampuan sektor perindustrian untuk terus berkembang dalam tempoh yang panjang.

Lantaran itu, semua perkara yang dinyatakan di atas telah menyebabkan imej negara turut meningkat. Masyarakat antarabangsa melihat negara kita sebagai sebuah negara yang mempunyai aktiviti ekonomi yang kukuh dan stabil. Pada mata mereka, negara kita telah berjaya menghasilkan satu bentuk kehidupan yang lebih baik daripada negara-negara jiran atau negara di benua lain yang masih berada di tahap yang menyedihkan. Imej yang baik di persada dunia ini sudah pasti memberi kesan psikologi terhadap rakyat negara kita yang berasa bangga tinggal di Malaysia.

Kesimpulannya, sektor perindustrian mampu membawa pelbagai impak positif kepada rakyat negara ini. Cuma dalam keghairahan kita menempa kejayaan dalam bidang ini, semua pihak harus menyedari impak negatif yang turut mampu terhasil akibat sektor ini. Mungkin kita harus merenung secara mendalam penekanan kita dalam bidang ini sebelum impak yang buruk menjadi ketara menjelang alaf mendatang.

karangan : kraftangan

Penduduk desa telah dinasihatkan supaya membuat barangan kraf tangan untuk dijual kepada masyarakat. Namun, masih ada pihak yang mempertikaikan usaha mereka ini. Jelaskan sebab-sebab mereka berpendapat usaha penduduk desa ini sia-sia.


Penduduk desa sudah mula memberikan perhatian terhadap penghasilan kraf tangan terutama untuk dijual. Sikap positif mereka ini telah didorong oleh tindakan kerajaan yang giat memberi galakan supaya mereka menjalankan aktiviti kraf tangan ini untuk menambah pendapatan mereka. Cuma yang menyedihkan ialah masih ada suara-suara sumbang yang menganggap tindakan penduduk desa ini tidak akan berjaya. Jadi, apakah pencetus yang menyebabkan ada segelintir pihak yang memandang rendah usaha penduduk desa ini?

Anggapan yang paling mudah ialah golongan ini memandang rendah mutu kerja penduduk desa. Pada firasat mereka, kualiti yang diperlihatkan selama ini masih di takuk lama yakni tiada perubahan drastik seperti reka bentuk dan penggunaan warna produk. Mereka menganggap aktiviti sampingan penduduk desa ini memang tidak mengutamakan kualiti. Pada mata golongan ini, kualiti barangan luar negara sahaja yang lebih baik walaupun anggapan mereka itu jauh daripada kebenarannya seperti peribahasa “jauh panggang daripada api”.

Faktor yang kedua sudah pasti aspek pemasaran kraf tangan penduduk desa itu sendiri. Pihak yang memandang rendah aktiviti ini mengutarakan ketiadaan usaha-usaha konkrit untuk memasarkan hasil kraf tangan ini terutama di pasaran antarabangsa. Ketiadaan usaha ini atau lebih tepat lagi agensi khas untuk memasarkan kraf tangan telah membantutkan pasaran kraf tangan negara. Mereka mahu kerajaan menubuhkan sebuah agensi khas untuk tujuan pemasaran barangan kraf ini sahaja.

Selain itu, kekurangan pelancong asing di negara ini turut menjadi alasan golongan yang menentang usaha membuat kraf tangan ini. Jumlah pelancong asing yang kecil dan kekurangan minat dalam kalangan pelancong tempatan untuk membeli hasil kraf tangan pada mereka telah menyebabkan usaha ini tidak perlu diteruskan atau diberi galakan. Mereka berpendapat jumlah pelancong asing yang lebih ramai harus disediakan sebelum usaha kraf tangan ini diberi galakan yang menyeluruh.

Alasan yang agak mengelirukan ialah ketiadaan sokongan kerajaan dalam usaha meningkatkan industri kraf tangan negara. Golongan ini berpendapat kerajaan tidak memberi galakan yang secukupnya seperti ketiadaan pelepasan cukai keuntungan atau memberi bantuan teknikal dalam usaha menembusi pasaran luar negara. Mungkin golongan ini terlalu bergantung kepada kerajaan tanpa berusaha sendiri untuk mencari jalan atau rakan niaga di luar negara dalam usaha mengembangkan pasaran kraf tangan negara.

Kesimpulannya, agensi-agensi kerajaan yang terlibat seperti KEMAS, Kementerian Kebudayaan, Kesenian, dan Pelancongan harus memandang serius tanggapan negatif segelintir masyarakat kita ini. Agensi kerajaan itu haruslah proaktif dalam membuat perancangan untuk menangani pandangan negatif mereka ini. Mungkin agensi kerajaan ini harus menggunakan pendekatan yang baru atau unik dalam usaha untuk meyakinkan masyarakat bahawa kraf tangan negara memang berpotensi untuk dikembangkan secara komersial.

karangan : hutan

Hutan negara kita semakin pupus lantaran sikap sesetengah masyarakat yang menjalankan aktiviti pembalakan terutama secara haram. Pelbagai usaha telah dilakukan tetapi masih gagal.Jelaskan langkah-langkah yang mampu diambil oleh kerajaan dalam menangani kemelut ini.


Sememangnya hutan negara sedang mengalami proses kemusnahan yang mahu hebat. Setiap hari akhbar akan menyiarkan kemusnahan hutan, hidupannya dan impak sampingannya seperti kejadian banjir serta tanah runtuh. Cuma, masyarakat masih belum menyedari dan mengambil pengajaran daripada berita-berita yang menyedihkan ini. Kerajaan pula memang mempunyai tanggung jawab besar untuk memastikan hutan negara terus wujud dalam tempoh 100 tahun akan datang dengan melakukan pelbagai langkah drastik.
Sebenarnya, tindakan yang paling mudah ialah kerajaan mewartakan semua kawasan hutan sebagai Taman Negara dan Hutan Simpan Kekal. Tindakan secara undang-undang ini memastikan kawasan hutan itu akan terus terpelihara tanpa ada usaha untuk menebangnya demi mengaut keuntungan jangka pendek. Peruntukan undang-undang turut memberi satu peringatan yang jelas bahawa kerajaan memang serius dalam usahanya untuk mengawal kemusnahan hutan yang merupakan khazanah tidak ternilai negara itu.
Tindakan ini dipanjangkan terhadap hukuman kepada pesalah yang memusnahkan hutan negara. Hukuman yang dikenakan haruslah lebih berat yang melibatkan hukuman penjara dan denda. Pesalah turut dimaklumkan kesalahannya di dalam media massa untuk memberi peringatan kepada masyarakat. Sikap tegas dan telus kerajaan dalam melaksanakan undang-undang memberi impak yang ketara dalam usaha menangani kemusnahan hutan.

Malah, kerajaan boleh mewajibkan semua pokok yang ditebang atas sebarang aktiviti ekonomi seperti projek perumahan, pembalakan, dan pembinaan empangan diganti secepat mungkin dalam kuantiti yang tertentu. Kerajaan boleh mengenakan syarat bahawa setiap pokok yang ditebang harus diganti dengan dua atau tiga batang pokok. Langkah ini akan menyebabkan semua ahli perniagaan berfikir dua kali sebelum bersetuju untuk menjalankan sebarang projek atau berhati-hati dalam tindakan mereka menebang pokok yang berada di dalam kawasan projek mereka.

Langkah ini boleh dilanjutkan dengan menjalankan kempen kesedaran terutama dalam kalangan remaja. Pihak kerajaan seharusnya menjalakan kempen di sekolah-sekolah dengan menerangkan peri pentingnya hutan dalam ekosistem kita terutama ketika dunia sedang mengalami perubahan cuaca global ini. Remaja yang sudah memahaminya akan lebih bijak bertindak apabila mereka menjadi dewasa atau terlibat dalam projek pembangunan yang memerlukan satu kawasan hutan dimusnahkan. Lagipun, remajalah yang akan menjadi warisan hutan negara kita.

Selain itu, pasukan penguatkuasa terutama renjer hutan harus ditambah jumlahnya. Kawasan hutan yang terlalu luas agak sukar untuk dipantau oleh kaki tangan yang kecil bilangannya. Penggunaan teknologi seperti kapal terbang, satelit dan helikopter untuk tujuan pengawasan turut memudahkan kerja kerana kawasan hutan negara memang luas. Pengawasan yang cekap mampu memastikan kawasan hutan belantara kita tidak dicerobohi begitu mudah.

Kesimpulannya, masalah hutan negara memang serius dan semua pihak harus bertanggungjawab. Usah kita semua menuding jari tanpa mahu menerima atau mengakui kesilapan yang telah berlaku. Semua pihak harus duduk semeja dan mencari jalan untuk menyelesaikan kemelut yang memang sukar diatasi ini. Tanpa kerjasama semua terutama masyarakat, hutan kita pasti akan lenyap.

karangan : taman permainan kanak-kanak

Kesan-kesan Positif Kawasan Permainan Kanak-kanak

Kerajaan telah mewajibkan pemaju perumahan untuk mewujudkan kawasan rekreaksi di kawasan perumahan. Tindakan ini telah menerima sambutan baik masyarakat.Huraikan kesan-kesan positif yang timbul daripada pengenalan peraturan ini.
Taman rekreasi merupakan satu kawasan lapang yang penting terutama di kawasan perumahan. Usaha kerajaan mewajibkan setiap projek perumahan mempunyai taman rekreasi merupakan satu langkah bijak kerajaan. Tindakan ini sepatutnya dilakukan sejak dahulu kerana kewujudan taman rekreasi memastikan pelbagai impak positif muncul.

Sudah pasti kebaikan yang ketara ialah taman ini menjadi tempat permainan kanak-kanak. Kita semua sedia maklum bahawa dalam dunia yang penuh cabaran ini, ibu bapa sibuk bekerja sehingga menyebabkan anak-anak bersendirian di rumah. Jadi, kewujudan taman rekreasi di kawasan perumahan menjadi satu medan untuk golongan kecil ini bergembira dan melepaskan perasaan mereka sebagai kanak-kanak. Hidup kanak-kanak terkongkong di rumah tetapi bebas di taman rekreasi.

Malah, kewujudan taman rekreasi ini menjadi tempat berkumpul dan mengeratkan hubungan antara jiran tetangga. Kebiasaannya ibu bapa akan menghantar anak-anak mereka bermain di taman ini dan sementara menunggu anak-anak bermain, ibu bapa akan berbual dengan jiran-jiran yang turut menunggu anak-anak mereka. Interaksi ini memastikan hubungan antara masyarakat lebih mesra dan terjalin rapat.

Malahan, taman rekreasi boleh dijadikan tempat untuk menjalankan sesuatu majlis yang bercorak kejiranan. Majlis seperti majlis perkahwinan, pesta kejiranan, dan rumah terbuka boleh dijalankan di kawasan taman rekreasi itu. Kawasannya yang luas dan selalunya di tengah-tengah kawasan perumahan memudahkan untuk semua pihak datang dan terlibat dalam majlis itu. Dalam masa yang sama kos majlis mampu dikurangkan berbanding majlis yang diadakan di dewan serba guna atau dewan hotel.

Mungkin satu lagi kebaikan taman rekreasi ialah kawasan ini boleh menjadi tempat menghilangkan penat setelah bekerja. Suasananya yang tenang dengan kehijauan dan mungkin ada tasik di sekitarnya memberi satu perasaan hening yang diperlukan oleh manusia setelah penat bekerja di pejabat. Keadaan ini dapat mengurangkan tekanan di pejabat dan memastikan seseorang itu memperoleh tenaga untuk meneruskan kehidupannya.
Akhir sekali, kawasan rekreasi ini memastikan wujudnya kawasan hijau di sesebuah kawasan perumahan itu. Kawasan hijau ini turut membuktikan kesegaran dan suasana nyaman masih wujud di kawasan perumahan tersebut. Tambahan pula, kawasan perumahan akan lebih menarik kalau mempunyai taman rekreasi. Habitat serangga yang kecil turut terhasil dengan kewujudan taman ini.

Kesimpulannya, kawasan rekreasi bukanlah satu pilihan tetapi wajib dibina oleh pemaju perumahan. Kerajaan harus memantau perkara ini supaya pemaju perumahan tidak berdolak-dalih dalam pembinaannya. Kerajaan perlu bertegas dalam isu ini kerana sudah agak lama isu ini dibiarkan tanpa diberi perhatian oleh kerajaan. Malah, pemaju perumahan seharusnya menggunakan taman rekreasi sebagai unsur penting dalam mengiklankan projek perumahan mereka.

karangan : dasar penswastaan

Negara kita telah memperkenalkan Dasar Penswastaan. Ada pelbagai impak dasar ini kepada negara walaupun mendapat bantahan pada peringkat awal pelaksanaannya.Terangkan kebaikan-kebaikan dasar ini.
Dasar penswastaan telah dimulakan dalam era pemerintahan bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohammed pada pertengahan 80-an. Dalam dasar ini agensi kerajaan telah dijual kepada syarikat untuk diuruskan sebagai sebuah syarikat. Dasar ini walaupun telah menerima pelbagai kritikan pada peringkat awalnya telah menarik perhatian masyarakat antarabangsa kerana kejayaannya dalam beberapa aspek terutama kewangan.
Kebaikan dasar ini yang ketara ialah kerajaan mampu mengurangkan perbelanjaannya dalam menguruskan negara. Peruntukan yang sepatutunya diberikan kepada agensi kerajaan yang sudah diswastakan itu boleh disalurkan untuk kegunaan projek pembangunan lain yang lebih penting. Keadaan ini memastikan bebanan kewangan negara tidak menjadi satu alasan untuk tidak menjalankan sesuatu projek pembangunan. Dasar ini turut memastikan semua projek pembangunan berjalan lancar.
Malah, tahap perkhidmatan agensi kerajaan yang sudah diswastakan itu akan meningkat dengan drastik. Peningkatan ini berkaitan dengan konsep keuntungan yang dipentingkan dalam pengurusan sesebuah syarikat. Agensi yang telah diswastakan itu akan memperoleh keuntungan jika prestasi pekerja dan perkhidmatan mereka ditingkatkan pada satu tahap yang jauh berbeza sebelum daripada dasar penswastaan dilaksanakan. Justeru itu, mutu perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat akan meningkat dan menguntungkan mereka.
Peningkatan tahap perkhidmatan ini secara tidak langsung telah menyebabkan wujudnya satu persaingan sihat antara pekerja dalam agensi yang baru diswastakan atau di dalam negara secara amnya. Persaingan ini akan menghasilkan satu budaya kerja yang luar biasa sehingga menyebabkan produktiviti sesebuah agensi yang sudah diswastakan itu bertambah dengan baik dalam masa yang singkat. Sememangnya, pekerja akan bersaing untuk memastikan mereka terus relevan di dalam agensi yang diswastakan tersebut.
Tambahan pula, persaingan yang sengit ini sudah pasti menyebabkan peluang pekerjaan bertambah kerana sudah pasti lebih banyak peluang ekonomi terbuka dalam dunia yang penuh persaingan. Pelbagai idea baru turut terhasil melalui persaingan ini yang memerlukan satu tahap kemahiran kerja yang tinggi. Aspek ini mendorong pelbagai jenis pekerjaan baru terhasil di negara ini.
Selain itu, dasar ini memberi satu suntikan baru kepada imej negara. Masyarakat luar akan melihat Malaysia sebuah negara yang cekap dan efektif terutama dalam menguruskan negara. Kemampuan negara terjelma melalui sistem pentadbiran yang sistematik, pengangkutan awam yang menyeluruh, kemudahan bertaraf antarabangsa, dan sumber tenaga manusia yang berpengetahuan tinggi. Negara akan dianggap sebagai negara contoh dalam perbandingan pembangunannya.
Secara amnya, memang dasar ini membawa kebaikan yang tidak terhingga. Syarikat seperti TELEKOM, TNB, dan POS MALAYSIA merupakan agensi kerajaan yang telah diswastakan dan telah menunjukkan peningkatan dalam perkhidmatan mereka. Perubahan ini dijangka akan terus berlaku dalam tahun-tahun mendatang kerana sudah pasti mereka akan bersaing dengan syarikat-syarikat lain yang turut mahu mengaut keuntungan seperti mereka.

karangan : pencemaran

Pencemaran alam telah menjadi satu isu global yang diputuskan oleh Perhimpunan Bangsa-bangsa Bersatu. Impak ini memberi kesan yang ketara kepada manusia terutama di Malaysia.Nyatakan kesan-kesan negatif yang timbul daripada kemelut ini dan langkah mengatasinya.
Pencemaran alam memang telah menjadi satu ancaman utama dalam pembangunan manusia sejagat. Tindakan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang mengakui berlakunya perubahan cuaca dunia akibat pencemaran yang dilakukan oleh manusia telah membuktikan masalah ini semakin kronik. Pencemaran alam memang disebabkan oleh sikap manusia itu sendiri sehingga menyebabkan banyak impak negatif yang timbul. Agaknya manusia tidak serik melihat kemusnahan yang mereka lakukan selama ini?
Bencana alam semakin menjadi-jadi terutama di Kuala Lumpur. Kawasan tanah runtuh di Ampang dan Puchong suatu ketika dahulu begitu menakutkan masyarakat di sini. Banjir kilat yang pasti berlaku sebaik sahaja hujan turun menyebabkan masyarakat berjaga-jaga setiap kali musim hujan menjelang. Keadaan ini menyebabkan kehidupan masyarakat dalam risiko dan menimbulkan rasa takut dalam perasaan mereka. Sekali hujan, sekali banjir, sekali Kuala Lumpur berubah.
Tambahan pula, kejadian tanah runtuh dan banjir serta jerebu membawa keadaan kesihatan masyarakat yang kurang baik.Kejadian demam, batuk dan wabak penyakit yang merebak menyebabkan kos rawatan perubatan masyarakat kita terus meningkat. Keadaan ini sudah pasti membebankan terutama kepada golongan berpendapatan rendah yang terpaksa memikirkan keseinambungan hidup selain mendapatkan rawatan penyakit mereka. Jadi,pencemaran alam memang memberi impak yang ketara dalam kehidupan kita.
Lantaran itu, masyarakat kita terutama generasi muda yang dilahirkan ialah generasi yang sudah terdedah dengan pencemaran alam. Generasi muda kita ialah generasi yang sudah ‘sakit’. Jadi, tidaklah kita terkejut apabila kita sering mendapat khabar tentang golongan belia yang tidak mampu untuk mengharungi cabaran alam yang memerlukan ketahanan fizikal yang tinggi. Generasi muda mudah berasa penat dan tidak mampu menyelesaikan masalah fizikal yang mereka tempuhi. Mungkin juga generasi muda kita kekurangan kemahiran mendengar atau mempunyai penyakit lelah sejak kecil.
Imej negara sudah pasti akan terjejas terutama pada mata masyarakat antarabangsa. Pada mereka sikap masyarakat negara ini yang tidak peka yang menyebabkan alam kita tercemar begitu teruk. Kita dipandang sebagai masyarakat materialistik kerana terlalu ghairah memusnahkan alam semata-mata untuk mengaut keuntungan kebendaan. Kehadiran pelancong turut berkurangan bukan sahaja imej negara tetapi kurangnya kawasan untuk dilawati akibat pencemaran alam ini.
Mungkin langkah yang terpenting dalam menangani isu ini ialah kerajaan menguatkuasakan akta yang lebih tegas dan berat hukumannya. Kerajaan hendaklah berani mengambil tindakan bersama-sama menghukum pesalah pencemaran alam ini tanpa rasa segan silu. Kerajaan perlulah mempamerkan sikap yang telus dalam memastikan alam kita terus terbela. Kerajaan merupakan benteng pertama negara dalam menentang pencemaran alam.
Kesimpulannya, semua pihak harus menjadikan alam sebagai fokus perjuangan mereka. Alam bukanlah hak kita tetapi alam warisan yang kita tinggalkan untuk generasi akan datang. Jadi, alam bukan satu anugerah tetapi satu tanggung jawab yang memerlukan pengorbanan masyarakat untuk memastikan alam terus menerus diwarisi oleh manusia sejagat. Mungkin kali ini kita akan berjaya menangani kemelut yang semakin mencengkam ini.

rangka karangan jenis laporan

Rangka Karangan Jenis Laporan
Pengenalan
Negara kita banyak tempat yang bersejarah. Melalui peninggalan sejarah, kita dapat mengetahui keagungan dan kedaulatan sesuatu bangsa dan negara.
Isi-isi
o Mengekalkan nilai-nilai tradisi dan keagungan tamadun yang lampau
o membolehkan generasi muda mengenal, melihat dan menghayati keagungan sesuatu tamadun yang lampau
o Kepentingan dari segi pelancongan.
 menjadi salah satu destinasi pelancongan.
o Kepentingan dari segi pendidikan.
o memupuk minat pelajar untuk mempelajari sejarah
o menjadi salah satu tempat kajian tempatan sejarah
o Kepentingan dari segi arkeologi dan seni bina.
 membolehkan ahli arkeologi mengkaji warisan seni bina sesuatu bangsa
Penutup
Bangunan bersejarah patutlah dipelihara dan dipulih agar warisan bangsa tidak lenyap begitu sahaja.


Soalan – langkah mengurangkan kes kemalangan jalan raya
Isi-isi

Memperketatkan undang-undang lalu lintas
o mengenakan kompaun maksimum RM300
o Membaiki jalan raya yang rosak
o meluruskan jalan yang bengkang-bengkok
o menurap jalan yang berlubang
Memasang papan tanda dan tanda-tanda amaran kawasan had laju
kawasan yang kerap berlaku kemalangan
Memperbanyak kempen keselamatan jalan raya menerusi media massa
mengadakan ceramah dan pameran
mengedarkan risalah
Penutup
Berharap agar segala cadangan tersebut dapat mengurangkan kemalangan jalan raya

teknik penulisan karangan

Teknik Penulisan Karangan
Perenggan Pendahuluan
Pelajar-pelajar digalakkan untuk menulis dua ayat sahaja dalam perenggan ini dan setiap ayat itu terdiri daripada lima belas patah perkataan. Ayat yang perlu ditulis ialah:
A1 = Pernyataan tentang tema karangan ( idea utama atau isu secara am sahaja )
A2 = Isu semasa tentang tema karangan
Contoh:
(A1) Kemalangan jalan raya di negara ini bukan sahaja menyebabkan kematian dan kecederaan, tetapi menyebabkan kerugian harta benda. Statistik menunjukkan jumlah kemalangan menunjukkan peningkatan ketara sejak akhir-akhir ini. (A2) Walaupun pelbagai kempen dan operasi dijalankan, tetapi kadar kemalangan jalan raya semakin meningkat, terutamanya pada musim perayaan.
(43 patah perkataan)
Contoh saya
Pemandu mabuk
Kemalangan banyak berlaku disebabkan oleh sikap pemandu yang mabuk . Situasi ini sering berlaku apabila ada pemandu yang minum minuman keras lalu memandu di jalan raya . Kesan tindakan mereka menyebabkan mereka mudah hilang kawalan semasa memandu. Lebih-lebih lagi pengaruh alkohol sangat memberi kesan kepada kewarasan akal fikiran untuk bertindak balas.

Keadaan jalan raya.
Jalan raya yang sempit , licin , berlubang memudahkan kemalangan jalan raya.


Perenggan Isi
Untuk memudahkan pelajar-pelajar menulis perenggan isi, maka dicadangkan supaya perenggan tersebut ditulis dengan menggunakan tiga ayat sahaja, iaitu:

A1 = Isi utama: menjawab soalan apa? (ialah / adalah / merupakan)
A2 = Huraian tentang isi utama: menjawab soalan mengapa? (kerana / sebab)
A3 = Huraian tentang isi utama: menjawab soalan bagaimana? (dengan itu / dengan cara)

Contoh:
(A1) Salah satu punca kemalangan jalan raya berlaku di negara ini ialah sikap pengguna jalan raya yang memandu kenderaan atau menunggang motosikal melebihi had laju yang ditetapkan. (A2) Biasanya, mereka berbuat demikian kerana hendak mengejar masa dan mahu tiba ke destinasi mereka dalam masa yang singkat dan mereka menganggap “Masa Itu Emas”. (A3) Dengan itu, mereka memecut sesuka hati dan memotong kenderaan lain walaupun di tempat yang tidak selamat sehingga menyebabkan kemalangan berlaku.
(65 patah perkataan)




Perenggan Kesimpulan
Pelajar-pelajar dikehendaki menulis perenggan ini dengan dua ayat sahaja.
A1 = Kesimpulan atau rumusan tentang isi karangan.
A2 = Saranan atau Cadangan dan harapan penulis tentang isu yang dibincangkan.
Contoh
(A1) Memang “malang tidak berbau”, tetapi kemalangan jalan raya dapat dikurangkan jika semua orang berhati-hati ketika di jalan raya. (A2) Semua pihak perlu mengambil langkah (saranan @ cadangan) untuk mengelakkan diri daripada terlibat dalam kemalangan jalan raya (harapan).

(28 patah perkataan)

panduan umum karangan bm pmr

Panduan Umum Karangan BM PMR (Kertas 1 – Bahagian C – Respons Terbuka)


Pendahuluan
-keterangan ringkas perkara yang akan diberitahu dalam karangan.
-gambaran menyeluruh tentang perbincangan bahagian isi.
-perkara penting dalam pendahuluan- perlu ada ayat-ayat berikut:
A1. Kehendak soalan dikemukakan
A2. Isu yang berkaitan dengan soalan
A3. Keterangan isu yang berkaitan dengan kehendak soalan
A4. Hala tuju soalan-sebab/ faktor/ langkah/kesan
Contoh:
(A1)Sejak kebelakangan ini isu pencemaran alam sekitar sering diperkatakan oleh masyarakat
(A2) Pencemaran sumber air, tanah, dan udara oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab menyebabkan dunia ini seolah-olah semakin tidak selamat untuk didiami.
(A3) Walaupun pelbagai langkah telah diambil, namun isu ini seolah-olah tidak pernah menemui noktah penyelesaiannya.
(A4) Justeru, pelbagai langkah konkrit dan tidak bersifat hangat-hangat tahi ayam perlu digembleng untuk menangani isu lapuk ini daripada terus menghantui hidup rakyat Malaysia.

Jenis-jenis Pendahuluan
1. Pendapat tokoh-perlu releven dan bersandar dengan fakta yang kukuh.
Contoh: Bidang aeroangkasa di Malaysia mempunyai masa depan yang cerah sejajar dengan langkah kerajaan menghantar rakyat negara ini ke angkasa lepas. Menurut Menteri Sains,
Teknologi, dan Inovasi, Dato’ Dr. Jamaluddin Jarjis...
2. Persoalan
Contoh: Isu Mat Rempit semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Mengapakah isu ini terjadi? Apakah pihak berkuasa, khususnya polis tidak berjaya dalam melaksanakan tanggungjawab mereka?
3. Definisi
-berikan takrif yang tepat/jelas terhadap pokok persoalan
Contoh: “Jenayah remaja” ditakrifkan sebagai perbuatan jenayah yang dilakukan oleh remaja yang di bawah usia lapan belas tahun.

4. Suasana
Contoh: Sebelum menghampiri simpang bertingkat itu, kami mendapati kesesakan lalu lintas yang agak teruk.
5. Peribahasa
Contoh: Masyarakat Melayu terkenal dengan kepelbagaian peribahasanya. Peribahasa seperti “sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula”, “ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras”...
6. Sejarah
Contoh: Kemerdekaan Malaysia mencatatkan kisah perjuangan rakyatnya yang panjang. Bermula dengan perjuangan yang dipelopori oleh Haji Abdul Rahman Limbong, Tuk Janggut sehinggalah diteruskan oleh Ustaz Abu Bakar Bakir dari Gunung Semanggol...
7. Isu Semasa
-perlu dikaitkan dengan isu semasa yang sedang berlaku (berkait dengan peristiwa)
Contoh: Peningkatan kadar tol lebuh raya baru-baru ini telah mencetuskan polemik dalam kalangan rakyat di negara ini.
8.Gabungan – menggabungkan semua jenis pendahuluan di atas.

Pengembangan Isi
-komponen penting- mesti diolah dengan baik/ berkesan
-berdasarkan panduan:
1.Isi+Huraian+Contoh
(I+H+C)
2. 5W, 1H (What, When, Where, Why, Who, How/ Apa, Mengapa, Bagaimana, Bila, Siapa, Di mana)
3. IMPAK ( I – Isi/ Langkah, M – Mengapa/ Sebab, P – Proses/ Cara/ Bagaimana, A – Alibi/ Contoh, K – Kesan / Akibat)
4. PUNCA (P - Punca/ Isi, U – Ulasan/ Huraian, N – Narrate/ Bagaimana, C – Contoh/ Bukti, A – Akibat/ Kesan)

Teknik Pengembangan Isi
- A1. Isi pokok diuatarakan
-A2. Mengapa berlaku/ perkara yang mahu disampaikan.
-A3. Bagaimana perkara itu boleh berlaku
-A4. Huraian urutan peristiwa itu berlaku.
-A5. peleraian isu/ beralih kepada idea/ isi baru (melalui penanda wacana – sungguhpun, walaupun, namun begitu, di samping itu...)

Contoh Pengembangan Isi
1. Deduktif (I+H+C)
- Sebagai pengguna, kita mestilah membuat perancangan sebelum... Contohnya, apabila menjelang musim perayaan, masyarakat sering berbelanja...
2. Induktif (H+C+I)
- Wang yang banyak tidak bererti kaya dan wang yang sedikit tidak bererti miskin. Yang penting bukan jumlah wang... Jadi, jelaslah bahawa pengguna memainkan peranan yang penting untukmembantu negara mengatasi masalah inflasi
3.Deduktif-Induktif (I+H+C+I)
- Untuk mengatasi masalah inflasi...Contohnya, kerajaan perlu menghidupkan...Oleh itu, sekali lagi perlu ditegaskan bahawa kempen...

Penutup
-bahagian yang sering diabaikan.
-frasa/ ayat yang digunakan: kesimpulannya, sebagai kesimpulan, berdasarkan keterangan-keterangan tersebut, jelaslah bahawa, natijahnya, sekian terima kasih, kalau ada sumur di ladang...
-perkara penting dalam penutup:
-A1. Kesimpulan menyeluruh perbincangan
-A2. Cadangan/ saranan
-A3. Harapan tentang isu yang dibincangkan
-A4. Menyatakan pendirian tentang persoalan.
Contoh:
(A1) Pendek kata, sikap tidak peduli umat Islam terhadap isu-isu yang berlaku di sekitar mereka menyumbang terhadap peningkatan sumbang mahram dalam kalangan masyarakat hari ini.
(A2) Justeru, usaha-usaha pencegahan sama ada berbentuk pendidikan mahupun penguatkuasaan undang-undang Islam perlu dilaksanakan secara menyeluruh. (A3) Sekiranya ia dapat dilaksanakan, bukanlah sesuatu yang mustahil isu ini dapat ditangani sepenuhnya. (A4) Sudah terang lagi bersuluh, pendidikan yang diringi penguatkuasaan undang-undang menyeluruh, mampu membentuk individu Muslim yang berjaya di dunia dan akhirat.

* gunakan ungkapan menarik, kata-kata hikmat, peribahasa, bidalan, perumpamaan, kias ibarat, pantun, simpulan bahasa, terjemahan hadis/ al qur’an yang bersesuaian, pandangan/ kata-kata tokoh dan sebagainya yang bersesuaian pada setiap perenggan – sekurang-kurangnya SATU pada setiap perenggan.


siri 1/ 2007
disediakan oleh: mohd shahir mohd shah

Taklimat kerja kursus sejarah PMR 2010

ARAHAN KEPADA CALON

1. Calon wajib melaksanakan Kerja Kursus Sejarah.

2. Calon dikehendaki merancang dan melaksanakan Kerja Kursus Sejarah dari bulan
Februari hingga bulan Julai 2010 berpandukan senarai semak.

3. Calon hendaklah mendapatkan bimbingan guru dalam pemilihan tajuk kajian. Tajuk
kajian mestilah berkaitan dengan negara kita Malaysia.

4. Calon mesti melaksanakan ketiga-tiga elemen untuk mendapat tahap pencapaian
Kod 1, Kod 2 atau Kod 3. Sekiranya calon hanya melaksanakan satu atau dua elemen
sahaja, calon hanya layak mendapat Kod 4.

5. Calon digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk
mencari dan mengumpul fakta sejarah.

6. Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi hasil kerja mestilah
secara individu.

7. Fakta sejarah yang dikumpul untuk Elemen 1 hendaklah didokumentasikan bersamasama
hasil Elemen 2 dan Elemen 3.

8. Hasil kerja kursus calon mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru
daripada mana-mana pihak.

9. Elemen 2 hendaklah dihasilkan dalam bentuk esei tidak kurang daripada 15 halaman
mengikut format yang ditetapkan.

10. Hasil kerja kursus calon hendaklah ditulis tangan, ditaip atau menggunakan komputer.Penulisan menggunakan komputer hendaklah dengan fon Times New Roman,
saiz 12 dengan langkau 2.0.

11. Hasil kerja kursus calon hendaklah menggunakan kertas saiz A4 sahaja.

12. Maklumat peribadi calon hendaklah ditulis di halaman hadapan laporan.

13. Penilaian proses kerja calon akan dilakukan sepanjang masa kerja kursus
dilaksanakan.

14. Penilaian dan pemberian markah dilakukan selepas pelaksanaan setiap elemen.

15. Penskoran hasil kerja calon dilakukan pada bulan Julai 2010.


TUGASAN 1
Anda ditugaskan membuat kajian tentang satu perayaan tradisi kaum di Malaysia.
(a) Dokumentasikan fakta sejarah yang diperoleh daripada pelbagai sumber.
(b) Tulis hasil kajian anda berdasarkan aspek di bawah:

Aspek dan perinciannya

Tajuk Kajian
Perayaan tradisi kaum di Malaysia.( muka depan sekali )

Senarai Kandungan
Senarai aspek kajian serta dicatatkan nombor halaman
secara tertib.( biasanya kita buat kemudian sekali untuk mengelakkan salah isi muka surat dan kandungannya )

Penghargaan
Penghargaan kepada pihak yang telah membantu dalam
pelaksanaan kerja kursus.( biasanya pengetua , ibu bapa , guru , orang sumber )

Objektif Kajian
Objektif kajian yang mencakupi tajuk tugasan/iktibar/
pengalaman kajian.( ada dalam nota )

Kaedah Kajian
Menyatakan dan menghuraikan kaedah kajian dari segi dapatan atau proses kerja.(
kumpul maklumat berkaitan perayaan tradisi
- buku ( nama pengarang , tajuk , muka surat ,tempat terbit , penerbit , photostat ms )
- VCD – berkaitan hari raya / ada isi/ kalau masukkan dalam komputer masa cikgu semak mesti boleh tengok / tak boleh photostat contoh
Isi lagu raya / drama raya
- sumber internet ( perayaan – no http / masukkan dalam lampiran / print isi )
- surat khabar – nama akhbar / tarikh / halaman / ambil yang ada kaitan dengan tajuk / gambar
- orang sumber / temu ramah dengan pak imam / ustaz dll ( nama / umur / alamat ) – ada dialog
- jurnal – nama pengarang / tajuk/ bilangan / tahun
- majalah – nama majalah / tarikh / halaman- mesti yang sesuai

- buat 4 sekurang-kurangnya untuk dapat 4 markah penuh / buat 3 - 3 markah , buat 2 - 2 markah , buat 1 - 1 markah )
- kena lengkap tak boleh tak lengkap

Hasil Kajian ( dihuraikan tidak kurang 15 muka surat / dalam bentuk esei )

1 Perayaan Tradisi:
1.1. Nama perayaan/Nama lain
1.2. Pihak/Etnik/Kaum yang terlibat
1.3. Tarikh/Tempoh masa dirayakan
1.4. Tujuan perayaan

2 Latar Belakang:
2.1. Sejarah/Asal usul perayaan
2.2. Upacara khusus dalam perayaan
2.3. Individu yang mengetuai upacara khusus
2.4. Tempat khusus sambutan dijalankan

3 Persiapan Sambutan Perayaan:
3.1. Sebelum
3.2. Semasa
3.3. Selepas
3.4. Peraturan/Pantang-larang/Amalan sampingan

4 Kesan Perayaan:
4.1. Kekeluargaan
4.2. Perpaduan
4.3. Pelancongan
4.4. Kebudayaan
- Peluang perniagaan
- Keagamaan/Kepercayaan
- Pengekalan tradisi
- Pendidikan/Pengetahuan
(Pilih mana-mana empat)

RUMUSAN Unsur patriotisme yang diperoleh daripada kajian ini.
Iktibar kepada diri calon, bangsa dan negara.

LAMPIRAN Gambar, peta, dokumen dan bahan-bahan lain yang
berkaitan.( mesti selaras dengan kaedah kajian yang kita dah buat )

Tulis kapsyen di bawah setiap bahan /lampiran yang
disertakan.( no pun boleh )contohnya gambar tengah buat apa ..

RUJUKAN Rujukan hendaklah ditulis dengan format yang betul.


ELEMEN DAN ASPEK YANG DINILAI

Kerja Kursus Sejarah mengandungi tiga elemen iaitu:
Elemen 1 Mengumpul fakta sejarah
1.1 Mencari dan mengumpul fakta sejarah daripada sumber yang sahih.

Elemen 2 Merekod fakta sejarah
2.1 Mengelas, menganalisis, mentafsir, mensintesis, merumus dan
merekod fakta sejarah mengikut format yang ditetapkan.

Elemen 3 Penerapan unsur patriotisme
3.1 Berbangga sebagai rakyat Malaysia
3.2 Bersemangat setia negara
3.3 Bersemangat kekitaan
3.4 Berdisiplin
3.5 Berusaha dan produktif



Fokus utama kurikulum Sejarah bertujuan menanam semangat patriotik yang memupuk
nilai-nilai murni dalam kalangan murid bagi melahirkan warganegara yang:
catatan
- masa buat esei bahagian 2 tu masukkan nilai di bawah / paling kurang buat 4 nilai saja dan diselitkan dalam huraian soalan esei untuk dapat markah penuh ( mesti ada perkataan di bawah ini )

1 Berbangga Sebagai Rakyat Malaysia
- menghormati raja dan pemimpin negara
- menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara
- menghormati lambang-lambang negara (seperti bendera, lagu kebangsaan, dan
jata negara)
- menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara
- menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa
- berbangga dengan sejarah negara

2 Bersemangat Setia Negara
- cinta akan bangsa dan negara
- taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara
- sedia berkorban untuk bangsa dan negara
- bertanggungjawab kepada bangsa dan negara
- berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara
- peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara
- bersyukur sebagai warganegara Malaysia

3 Bersemangat Kekitaan
- bersatu padu dan berharmoni
- bertolak ansur dan bertoleransi
- bekerjasama dan tolong-menolong
- hormat-menghormati
- bersefahaman dan bermuafakat
- muhibah atau semangat bermasyarakat

4 Berdisiplin
- berakhlak dan berbudi pekerti mulia
- mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan Negara
- mematuhi peraturan dan undang-undang
- berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi
- bertindak wajar
- bersifat amanah dan jujur
- berlaku adil dan bertimbang rasa

5 Berusaha dan Produktif
- rajin dan gigih
- berdikari
- tabah menghadapi cabaran
- menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan
- berganding bahu membangunkan negara
- berilmu dan berketrampilan

Selasa, 23 Mac 2010

makanan seimbang

Keracunan Makanan

- Keracunan makanan mambawa maksud mkn yg telah tercemar o bhn kimia spt raksa dan plumbum, mikroorganisma @ toksin, ataupun racun. Keracunan mkn mengakibatkan cirit-birit yg tidaj sihat @ tidak bersih juga blh menyebabkan keracunan mkn.


Punca keracunan Makanan

1. Kdg racun ladang yg berlebihan
-petani menyembur racun serangga, rumput, dan haiwan perosak yg lain bertujuan utk memaksimumkan pengeluaran hasil lading spt sayur-sayuran dan buah-buahan. Penggunaan racun yg melebihi had yg dibernarkan akan membahayakan pengguna krn terdedah kpd risiko keracunan. Racun Paraquat, DDT, dan racun kulat serta sisa racun spt Chiordane dan Hephachir yg berlebihan akan menyebabkan pengguna muntah-muntah dan kadangkala membawa maut.


2. Penyediaan mkn yg kurang bersih
- sayur-sayuran @ peralatan yg tidak bersih menyumbang kpd keracunan. Hal ini krn peralatan @ tempat memasak yg tidak bersih menjadi tempat pembiakan pelbagai bacteria. Mkn mungkin tercemar semasa proses pemprosesan, penyediaan @ penyimpanan

3. mkn terdedah kpd pencemaran
- mkn yg dijual di tepi2 jalan @ warung sentiasa terdedah kpd habuk & kotoran yg menyebabkan keracunan mkn. Mkn yg tidak ditutup @ dibungkus dgn baik juga mudah dihinggapi lalat pembawa kuman


4. mkn yg tlh melebihi tamat tempoh
- mkn dlm tin @ mkn proses mengandungi bhn pengawet yg tinggi & sekiranya dimakan setelah tamat tempoh akan ditumbuhi kulat yg beracun

5. mkn yg tlh terlalu tinggi kdg bhn kimia
- kdg asid benzoic & monosodium glutamate yg tinggi juga dpt mengakitbatkan keracunan. Asid boric dan sodium nitrit yg tinggi dlm kebanyakkan mkn utk mengekalkan kesegaran.

6. mkn laut
- mkn laut spt kerang, kupang, dan ikan mungkin mengakibatkan keracunan disebabkan o air laut @ sg yg tercemar


LAngkah utk Memastikan Kebersihan Tempat Menjual Makanan


1. Penguatkuasaan undang2 yg ketat terhdp penjual mkn yg mengabaikan kebersihan- denda yg tinggi harus dikenakan t’hdp mereka yg bersalah
2. menempatkan para penjual makanan di suatu kws yg khusus utk menjual mkn – jauh dr jalan raya @ kws yg kotor

3. menjalankan kempen kebersihan dr masa ke masa- dpt menyedarkan penjual mkn ttg pentingnya kebersihan

4. menganjurkan pertandingan gerai @ restoran terbersih

5. pengguna harus memulaukan penjualan makanan di gerai @ di restoran yg kotor


Risiko Pengambilan Makanan yg TIdak Sihat

1. Obesiti @ kegemukan
Kegemukan berpuca drpd pengambilan kalori yg berlebihan selain pengambilan lebihan tng yg terhasil drpd lemak, gula, karbohidrat, dan protein. Obesiti terjadi apb tenaga yg diambil lebih banyak drpd tng yg disimpan. Bdn akan menyimpan kalori yg berlebihan dlm btk tisu adipos & lemak berbanding dgn menukarkannya dlm btk tenaga

2. Penyakit
- Diabetes @ kencing manis akan menyerang seseorang yg terlalu byk makan makanan bergula. Kerosakan pd pembuluh-pembuluh darah dan ginjal akan menyebabkan penghidapnya menghadapi masalah kekurangan isulin did lm bdn. Tubuh bdn yg gagal mengawal penggunaan gula akan menyebabkan lemak sukar dihancurkan sewaktu metabolisme. Kanser usus juga dikiatkan dgn corak pemakanan. Bhn-bhn makanan yg berlebihan akan tersimpan di usu besar dan m‘hasilkan toksin. Penyakit jantung juga akan menyerang seseorang yg tidak mengamalkan corak pemekanan yg sihat. Anoreksia nervosa juga akan timbul apb seseorang itu kehilangan nafsu makan

3. Keracunan makanan
- makanan yg tidak sihat perlu dijauhi. Penyediaan makanan juga diambil kira dlm mengenal pasti bhw makanan yg diambil bersih & segar. Pengambilan makanan yg tlh tercemar akan mengakibatkan cirit-birit, sakit perut, muntah dan deman

4. Malnutrisi
- pengambilan gizi makanan yg tidak seimbangan akan menyebabkan penyakit beri-beri, kwasyiorkor, & riket. Ibu-ibu yg mengandung dimestikan utk mengambil makanan yg seimbangagar bayi yg dikandung membesar dgn normal

5. kekurangan nutrisi
- kanak-kanak yg kurus selalunya disebabkan tidak mengambil makanan yg cukup utk menampung keperluan tubuh bdn dlm menjalani kehidupan harian. Kanak-kanak akan kelihatan tidak sihat, kurus, dan mudah jangkitan penyakit

6. Osteoporosis
- Gaya hidup dgn mengambil mkn yg tidak seimbang, terutamanya kekurangan kalsium, merokok, dan mengambil alcohol akan mendedahkan diri kpd keadaan tulang yg rapuh, mudah patah, & tulang lemah. Osteomalasia, iaitu penyakit tulang menjadi lembut terjadi di klg ibu-ibu hamil yg kekurangan kalsium, fosforus, dan vitamin



Kepentingan Makanan Seimbang

1. Memastikan kadar metabolisme yg seimbang
- kanak-kanak terutamanya amat memerlukan mkn yg seimbang bg memastikan mereka cukup zat & mineral utk metabolisme yg seimbang. Kanak2 wajar diberikan hidangan yg menepati 7 kelas mkn agar mereka tidak mengalami kekurangan nutrsi. Makanan seimbang dpt menjamin pertumbuhan kanak2 yg sihat. Mereka tidak akan terlalu gemuk@kurus


2. Mengekalkan kesihatan bdn agar sentiasa cergas & bertenaga
- mkn seimbang akan dpt memberikan tng dan haba yg cukup kpd bdn seseorang. Seseorang itu akan kelihatan ceria & cergas utk menjalani tugasan harian. Pengaliran darah yg lancer akan memastikan oksigen dpt dialirkan ke seluruh tuuh dgn baik. Tng yg cukp perlu utk kehidupan yg aktif


3. mengelakkan jankitan penyakit
- pengambilan mkn yg seimbang juga mampu membina kekuatan terhdp jangkitan & serangan penyakit. Antibodi yg dihasilkan mampu melawan penyakit. Keadaan bdn yg cukup vitamn, garam mineral, kalsium, dan sbgnya akan melindungi drpd penyakit spt skurvi, selesema, dan rabun malam


4. memblhkan pembinaan tisu-tisu baru
- mkn seimbang yg digambarkan oleh pyramid mkn memblhkan pembinaan tisu2 baru bg menggantikan tisu2 bdn yg lama @ rosak. Hal ini memungkinkan luka akan cepat sembuh dan pembinaan tisu baru yg normal


5. melambatkan proses penuaan
- glg dewasa wajar mengambil mkn seimbang bg memastikan tubuh bdn sentiasa m’dpt vitamin yg cukup & mengekalkan btk bdn yg cantik & kulit yg sihat


6. menjamin minda & otak yg cerdas
- mkn seimbang mampu merangsang otak agar sentiasa cerdas. Pertumbuhan otak kanak2 dan bayi amat penting utk melahirkan individu yg pintar dan bijak. Pembinaan molekul genetic @ DNA yg sihat akan menjamin pertumbuhan saraf2 otak yg baik

makanan suplemen

Makanan Tambahan @ Suplemen


Definisi: produk yg dimkn & mengandungi mkn tambahan spt vitamin, garam galian, asid amino, dan herba serta tumbuhan. Produk2 makanan tambahan ini biasanya dihasilkan dgn ekstrak @ pekatan drpd perahan yg byk didapati dlm btk tablet, pil, cecair, @ serbuk. Pengambilan mkn tambahan perlu apb seseorang itu sakit @ tlh didiagnosis menghidap penyakit tertentu oleh doctor


Kepentingan Suplemen

1. memulih & memelihara kesihatan
- gaya hidup rakyat yg kurang bergerak & pemakanan yg tidak seimbang menyebabkan mereka mengalami penyakit yg menjejaskan kehidupan. Mkn tambahan juga dikenali sbg “mkn berfungsi” yg mengandungi mkn lengkap pd asasnya spt protein, enzim, organic, glukos, dan hormone. Unsur2 ini dpt memulihkan kesihatan & mengembalikn kecergasan


2. menyingkirkan toksik dlm bdn
- kerosakan tisu2 bdn dpt dikurangkan dgn pengambilan suplemen yg mampu menyahtoksik. Toksik dlm bdn amt berbahaya kerana mampu menjejaskan daya penyerapan dalam sel bdn

3. menguruskan bdn dan memperoleh tubuh yg cantik
- Pengambilan chitosan dpt membantu mereka yg menglami masalah berat badan & mengurangkan lemak dalam badan

4. meningkatkan tenaga
- pengambilan cendawan(gano) mampu meningkatkan tenaga

5. meningkatkan kemampuan kadar pemyembuhan penyakit
- Ganoderma dikenali sebagai raja herba ajaib yang berupaya utk mencuci darah, melindungi hati, menguatkan jantung, dan meningkatkan keupayaa buah pinggang


Masalah Pengambilan Suplemen

1. Harga yg mahal
- pengguna suplemen terpaksa membelanjakan atr RM100-RM400 sebln utk membeli pelbagai jenis suplemen yg sesuai


2. Tidak dpt menggantikan zat2 yg terdpt dlm hidangan
- mkn tambahan hanya mengandungi vitamin & mineral tertentu berbanding dgn mkn asli yg mengandungi fiber, zat2 mineral, dan komponen2 lain yg tidak diketahui fungsinya


3. tidak dpt mengelak drpd penyakit tertentu
- walaupun pengambilan suplemen itu baik, namun individu tersebut tidak dpt mengelak srpd menghidapi penyakit diabetes, jantung, & sbgnya

4. wajar diambil oleh org tertentu shj
- pengambilan suplemen wajar diambil oleh org tua yg tidak ada selera makan, wanita hamil yg kerap muntah, dan kanak2 yg tidak sihat. Tempoh masa pengambilan suplemen juga utk jangka masa pendek shj

5. keracunan
- pengambilan terlalu byk vitamin A akan menyebabkan maut utk jangka masa panjang. Vitamin C merupakan antioksida yg kuat & mampu membawa kpd kekurangan vitamin E yg diperlukan bdn. Hati juga akan terjejas fungsinya krn Vitamin E turut terkumpul di dlm hati

6. Pembaziran
- Vitamin D & C yg berlebihan akan dibuang melalui proses pembuangan air. Sebenarnya pembaziran berlaku kerana air kencing menjadi mahal


7. kesan sampingan
- vitamin A yg terlalu byk @ kalsium yg berlebihan akan menyebabkan pembentukan batu karang rena. Suplemen harbal utk melangsingkan bdn @ yg mampu menurunkan kadar kolestrol dlm bdn tanpa dos yg sesuai akan merosakkan hati dan organ dalaman lain

8. Ketagihan
- sesetengah seuplemen dicampurkan dng bhn2 terlarang spr stimulen & bhn penahan sakit yg dpt menyebabkan ketagihan @ pergantungan psikologi

9. Membawa maut
- terdpt juga suplemen yg mempunyai kdg hasil drpd kejuruteraan genetic. Mkn suplemen yg tlh diubah paten genetic blh membawa maut. Di AS, kematian & kecacatan byk berlaku akibat mengambil suplemen tersebut.


Golongan yang mermerlukan Mkn Suplemen

- mkn suplemen ialah mkn yg diberikan kpd seseprang dlm keadaan tertentu yg diperlukan utk menampung keperluan bdn, meningkatkan kekuatan, dan daya tahan. Mkn ini biasanya diperoleh dlm btk kapsul, pil, serbuk, @ sirap. Glg yg memerlukan suplemen adalah spt yg berikut

1. wanita hamil
- bayi dlm kdg amat memerlukan nutrient spt kalsium, zat besi, dan protein tambahan utk perkembangan yg sihat. Wanita hamil digalakkan utk mengambil asid folik sby 400 mcg sehari utk menjamin tumbesaran fetus yg seimbang. Ibu mengandung memerlukan ferum utk membantu pembentukan system saraf pusat fetus. Alahan yg sering dialami oleh ibu2 mengandung menyebabkan muntah2 dan selera makan yg berkurangan. Pengambilan suplemen dpt meminimukan risiko kekurangan nutrien


2. ahli sukan/ atlet
- atlet seting kehilang glukosa. Oleh itu, suplemen diperlukan utk menampung glukosa yg tlh hilang. Suplemen juga memulihkan tng dgn cepat ken atlet perlu cepat pulih drpd keletihan semasa menyertai sesuatu pertandingan. Supplement juga mampu utk mengekalkan kekuatan atlet pd tahap maksimum

3. Glg pesakit/ kanak2 yg tidak sihat
- kanak2 memerlukan suplemen utk membantu tumbesaran yg sihat & dpt merangsang perkembangan otak yg cerdas. Pengambilan minyak ikan, garam mineral, vitamin C, dan kalsium adalah penting. Terdpt pesakit yg terpaksa bergantung pd suplemen tertentu utk terus sihat @ bertahan drpd komplikasi penyakit tertentu

4. Glg tua
- warga tua sering mengalami masalah osteoporosis, iaitu penyakit tulang rapuh. Suplemen spt kalsium diperlukan utk mengatasi masalah ini. Wanita yg mengalami menopause perlu mengambil hormone progesterone utk mengimbangi ketidakstabilan hormone dlm bdn. Glg tua yg mengalami kekurangan zat, garam mineral, kalsium, dan sbgnya juga digalakkan utk mengambil suplemen

teknologi angkasa lepas

teknologi angkasa lepas

Malaysia telah mula menceburkan diri dalam bidang aeroangkasa dengan pelancaran MEASAT 1 pada tahun 1995. Kesungguhan kerajaan ini dapat dibuktikan dengan penghantaran dua orang bakal angkasawan negara untuk menjalani latihan di Rusia. Kemajuan teknologi angkasa lepas membawa banyak kebaikan kepada negara.

1. Mengembangkan R & D

- kemajuan teknologi aeroangkasa

- Malaysia dapat menyumbang kepada penciptaan baru

- membuat kajian tentang biologi, astronomi dan fizik
- penyelidikan tentang kehidupan baru di alam semester, berkenaan galaksi aktif dan black hole

2. Mengembangkan teknologi satelit
- bidang telekomunikasi dan bidang penyiaran
- cth: Astro, perkembangan penggunaan telefon bimbit

3. Ramalan cuaca
- dapat memantau sebarang perubahan atau pergerakan awan, angin, arus / ombak
- Jabatan Meteorologi dapat meramal kejadian bencana alam spt ribut, tsunami, kemarau, gempa bumi.

4. Melahirkan golongan teknokrat
- melahirkan lebih ramai tenaga mahir dalam bidang aeroangkasa, astronomi, fizik yang akan menjadi pelapis angkasawan pada masa akan datang
- berkeupayaan dalam mereka bentuk kapal angkasa dan satelit oleh pakar tempatan.

5. Membantu bidang pelayaran
- memberi arah tuju yang jelas terutama semasa cuaca buruk
- penggunaan radar bagi melihat lokasi, kedudukan batu karang, bongkah ais
- agar tidak berlaku perlanggaran / kemalangan terutama pada waktu malam, berkabus.

6. Mengesan sumber bahan mentah
melalui teknologi satelit dapat mengesan kedudukan sumber alam semula jadi yang boleh diterokai untuk memajukan ekonomi negara
- cth: lokasi dan liputan minyak dan ikan di lautan, uranium di darat.

7. Memajukan bidang perubatan
- dapat melaksanakan dan memajukan teleperubatan
- cth: pembedahan jarak jauh
- penghasilan enzim / vaksin yang dijalankan di angkasa lepas yang bebas daripada tarikan graviti.

8. Keselamatan / pertahanan
- memajukan sistem pertahanan negara
- dapat mengesan kekuatan tentera / senjata dan memintas serangan musuh
- dapat mengesan lokasi kubu pihak musuh, kapal selam, tempat simpanan senjata, membanteras kegiatan lanun.

SKEMA : 4 + 0

pertanian / ozon

Penggunaan bahan kimia


Kebaikan
1.Pertanian
baja - contoh - baja nitrogen dan baja ammonia (melalui proses Haber) - tanaman menjadi lebih subur
racun - mengelakkan serangan serangga dan rumput ,mengelakkan jangkitan penyakit
bahan pengawet - sayur-sayuran dan buah-buahan lebih tahan lama

2. Perindustrian
industri makanan - bahan tambah makanan -mengelakkan makanan dari rosak oleh mikroorganisma - memperbaiki rupa makanan - contoh - Garam dan Gula (Menyebabkan makanan tahan lama), pandan (hijau), karamel (Coklat)(menyebabkan makanan kelihatan lebih menarik)
penciptaan alat senjata - bom nuklear
industri pembuatan tayar, plastik, nilon - meningkatkan mutu

3. Perubatan
- penghasilan hormon buatan - contoh - hormon insulin
- penciptaan kulit sintetik
- penghasilan ubat-ubatan - contoh - ubat bagi penyakit gastrik
- pembasmian kuman - mencuci alatan perubatan - untuk mengelakkan penyebaran virus dan bakteria

4. Kajian dan penyelidikan
- uji kaji bahan genetik (DNA)
- mengesan cap jari, rambut, kuku dalam penyiasatan kes jenayah
- atasi pencemaran - air, udara dan sungai

Keburukan
1. mengancam ekosistem
- penipisan lapisan ozon - penggunaan CFC
- pencemaran darat dan sungai - penggunaan bahan pencuci, racun serangga, baja yang tidak mudah terurai
- pencemaran udara - asap yang terhasil daripada pembakaran bahan bakar

2. Kesan kesihatan
- menyebabkan kanser dan kecacatan - bahan kimia nuklear - contoh - uranium
- menyebabkan alahan - contoh - bahan kimia seperti cat, racun serangga
- ketagihan - dadah - rokok - gam – ubat

PERANAN SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM PERTANIAN

Pada masa ini, produktiviti pengeluaran makanan di Malaysia (termasuk sayur-sayuran, buah-buahan) masih tidak dapat menandingi pesaing di luar negara. Hanya dengan peningkatan produktiviti dan inovasi keluaran yang agresif melalui teknologi sahaja yang boleh melonjakkan sektor pengeluaran negara menyaingi pengeluar yang cekap dan murah seperti Thailand, Indonesia, China, Vietnam dan negara lain.


Ini kerana berbanding dengan negara-negara itu, kos buruh di Malaysia adalah lebih tinggi dan tanah yang sesuai pula terbatas. Maka intensiti penggunaan tanah, modal dan input yang lain perlu dipertingkatkan melalui teknologi; iaitu bioteknologi dan mekanisasi.

Kerajaan menyedari hakikat ini telah menggariskan satu pakej yang komprehensif untuk membangunkan sektor makanan seperti yang terkandung dalam lima teras RMK-9.

Sebagi contoh, untuk meningkatkan pendapatan daripada komoditi pertanian, strategi menokok ‘nilai tambah' telah digariskan.

Nilai tambah komoditi dicapai melalui pemprosesan atau inovasi. Hal ini sekali lagi bermakna kepentingan teknologi untuk mengubah dan seterusnya menambah ‘nilai' ke atas sesuatu keluaran.

Malaysia kaya dengan pelbagai keluaran, tetapi miskin dari segi nilai tambah ke atas keluaran tersebut kerana tahap teknologi yang rendah, lantas melembapkan kreativiti untuk melahirkan keluaran baru.

Inovasi dan pembangunan keluaran baru di Malaysia adalah lembap dibandingkan dengan kategori keluaran yang sama di luar negara.

Menyedari hakikat ini RMK-9 menggariskan beberapa strategi untuk mencapainya. Ini termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D), penggalakan amalan pertanian yang baik, piawaian keluaran dan meningkatkan tahap profesionalisme peserta pasaran dan usahawan.

Nyata bahawa peningkatan pengeluaran makanan merupakan agenda utama pertanian di bawah RMK-9.


MAKLUMAT TENTANG OZON
Di lapisan stratosfera yang terletak di antara 15 hingga 60 km daripada permukaan bumi terdapat molekul ozon dengan kepekatan yang tinggi.
Lapisan ozon ini melindungi manusia, haiwan, tumbuhan dan bumi daripada terdedah kepada sinaran ultra-ungu daripada matahari.


Kebocoran lapisan ozon?

Kebocoran lapisan ozon boleh berlaku dan menyebabkan sinaran ultra-ungu yang sampai ke permukaan bumi akan meningkat. Kesan daripada kebocoran lapisan ozon menyebabkan kehidupan di bumi terdedah secara langsung kepada sinaran ultra-ungu :
a. peningkatan kejadian kanser kulit.
b. peningkatan kejadian katarak mata.
c. menyebabkan penuaan kulit.
d. melemahkan sistem daya tahan (imun).
e. pengurangan hasil tanaman.
f. menyebabkan gangguan rantai makanan.
g.Mengwujudkan kesan rumah hijau.


Kesan Rumah Hijau

Kesan rumah hijau merupakan suatu fenomena pemanasan bumi. Sinar ultraungu yang dipancarkan oleh matahari ke bumi, sebahagiannya akan dipantul semula ke angkasa lepas oleh atmosfera,sebahagian lagi pula akan sampai ke bumi untuk memanaskan bumi. Haba yang sampai ke bumi akan dipantul semula oleh permukaan bumi ke angkasa lepas sebagai sinar inframerah. Tidak semua tenaga haba ini akan menembusi atmosfera. Kebanyakan tenaga haba ini akan diserap oleh gas-as di atmosfera contohnya gas karbon dioksida, karbon monoksida, klorofluorokarbon dan metana. Haba yang terperangkap ini akan meningkatkan suhu bumi dan memastikan bahawa bumi sentiasa panas. Pertambahan gas-gas yang mencemar seperti oksida nitrogen dan sulfur dioksida juga telah memerangkap haba dan menaikkan suhu. Pertambahan karbon dioksida disebabkan oleh pembakaran bahan-bahan api fosil seperti arang batu, petrol dan gas asli.

Pertambahan yang berterusan ini, jikalau tidak dikawal dijangka akan meningkat 15 bahagian per juta setiap 10 tahun. Graf Kesan rumah hijau ini akan mendatangkan pelbagai masalah kepada manusia. Air di lauran dan sungai akan menjadi panas dan lebih mudah tersejat. Tanah-tanah terutamanya di hemisfera utara dan latitud tengah akan menjadi lebih kering. Atmosfera akan menjadi lebih panas. Arah angin pula akan berubah dan menyebabkan kejadian ribut kerap berlaku. TAburan hujan yang tidak seragam juga akan berlaku sehingga mengakibatkan kemarau, akibat pemanasan bumi yang tidak sekata. Aras laut akan naik dan banjir sedunia akan berlaku kerana bongkah-bongkah ais di kutub Utara dan kutub Selatan akan cair. Kejadian-kejadian yang akan berlaku mengancam kehidupan manusia serta hidupan-hidupan lain. Kejadian-kejadian itu akan mengganggu aktiviti-aktiviti seperti pertanian, perikanan dan bekalan air. Pertambahan penduduk dunia juga akan meningkatkan penggunaan tenaga. Permintaan terhadap bahan api fosil dan bekalan tenaga elektrik akan bertamnah, lebih banyak akan ditebang dan dibuka dan kawasan perindustrian semakin banyak. Kesemua aktibiti ini akan mengakibatkan penambahan kuantiti gas rumah hijau di atmosfera dan seterusnya meningkatkan suhu bumi.
Penipisan lapisan ozon Atmosfera boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian. Ozon ialah sejenis gas yang terdiri daripada tiga atom oksigen yang terletak di lapisan Stratosfera bumi. Lapisan ozon merupkan satu perisai semula jadi bumi dengan menyerap sinar ultraungu yang berbahaya. Lapisan ozon adalah sangat penting untuk keseimbangan cuaca dunia. Ozon dibentuk apabila molekul oksigen terurai kepada atom oksigen dengan kehadiran sinar ultraungu, atom oksigen bebas ini akan bertindak balas dengan molekul oksigen dan membentuk molekul ozon dengan kehadiran gas nitrogen. Formula Walaupun begitu, ozon boleh terurai kepada molekul oksigen oleh oksida nitrogen yang dibebaskan oleh kapal terbang supersonik atau atom klorin dari sebatian CFC (kluorofluorokarbon). Kluorofluorokarbon atau juga dikenali sebagai freon ini merupakan satu sebatian yang digunakan oleh pendingin hawa dan peti sejuk. Tindak balas antara atom klorin dengan ozon akan mengembalikan oksida nitrogen dan atom klorin ke atmosfera setelah memusnahkan molekul ozon. Jadi, lapisan ozon semakin nipis.
Kebocoran pada lapisan ozon telah dikesan di kawasan Antartika pada tahun 1985, di Artik pada tahun 1987 dan sekarang di Australia pula. CFC bukan sahaja memusnahkan lapisan ozon, molekul CFC berupaya menyerap haba 20000 kali ganda lebih baik daripada satu molekul karbon dioksida. Urbanisasi Urbanisasi merupakan proses pembandaran sesebuah kawasan dengan menjadikan kawasan itu kawasan perbandaran. Urbanisasi akan membawa kepada pertambahan penduduk akibat imigrasi penduduk luar bandar ke bandar. Apabila terdapat banyak penduduk, kegiatan-kegiatan ekonomi berkembang, banyak tanah baru akan dibuka untuk menempatkan rumah, bangunan dan kilang. Pembinaan-pembinaan yang berleluasa akan menyebabkan pencemaran air, udara dan bunyo. Penduduk lebihan yang kian bertambah pula akan mewujudkan kesesakan dan kawasan setinggan. Keseimbangan ekologi semula jadi akan terganggu apabila jalanraya dan bangunan dibina di kawasan hutan yang dibuka.

*Akibat pencemaran yang teruk, pelbagai isu berkaitan dengan alam sekitar timbul. antaranya ialah :-

a. Pemanasan Global (Global Warming) - dimana suhu bumi kita meningkat akibat daripada peningkatan gas karbon dioksida diatmosfera. Gas ini memerangkap haba dan menyebabkan suhu di bumi meningkat. Fenomena ini juga dikenali sebagai "Kesan Rumah Hijau" (Green House Effect).
b.Penipisan Lapisan Ozon (Depletion of Ozone Layer) - Gas Klorofluorokarbon (CFC) yang digunakan dalam peti sejuk dan aerosol bertindak balas dengan lapisan ozon dan seterusnya menipiskannya. Penipisan ini menyebabkan sinaran U/V matahari menembusi atmosfera dan menyebabkan penyakit kulit.
*Kita hendaklah melindungi alam sekitar kita. banyak perkara yang boleh kita lakukan untuk tujuan ini.
-Mencari sumber tenaga alternatif seperti tenaga solar.
-Mengurangkan pembakaran.
-Menukar CFC kepada HCFC yang lebih selamat.
-Menanam pokok
-Perhutanan semula(reforestation)

pengklonan

Pengklonan

Pengdahuluan:
Teknik pengklonan dalam tumbuhan melibatkan penggunaan keratan batang suatu tumbuhan dalam pembiakan aseks, misalnya pokok bunga raya, tumbuhan baru atau klon yang seiras dengan tumbuhan induk dihasilkan melalui pambahagian sel secara mitosis.
Teknik pengklonan dalam haiwan dapat menghasilkan selumpulam klon yang menyerupai induknya dalam semua aspek; klon yang dihasilkan akan mempunyai kandungan genetik dan bilangan kromosom yang sama antara satu sama lain dan juga dengan induk.


Definisi Pengklonan:
1. Daripada kamus biologi, Pengklonan dianggapkan sebagai satu teknik manipulasi genetik daripada sesuatu organisma untuk menghasilkan zuriat yang seiras dengan induk dan ia merupakan pembiakan asek kerana tiada bahan genetik atau agen pembiakan terlibat. Sumber bahan genetik diperoleh daripada sel soma.Sebagai contoh pengklonan, kita meminda nukleus daripada sel soma sesuatu individu kepada ovam sesuatu individu, dan membesarkannya
2. Daripada daripada internet, pengklonan merupakan proses menghasilkan anak (bayi) melalui percambahan mana-mana sel soma sesuatu induk dan bukannya melalui percampuran antara jantan dan betina(persenyawaan ovum dan sperm). Klon ialah replika atau pendua (fotostat) daripada satu organisma. Klon yang dihasilkan adalah menyamai (atau hampir menyamai) organisma asal (penderma). Paling tidak, klon yang terhasil akan mewarisi 90% ciri organisma asal dan turut membawa ciri-ciri DNA ibu tumpang. Teknologi klon bukanlah sesuatu yang asing. Ianya telah dilakukan secara meluas dalam bidang pertanian melalui pengkulturan tisu, contohnya getah klon, durian klon, dan kelapa sawit klon


Kaedah pengklonan:
1. Memisahkan set daripada embrio
Telur yang disenyawakan oleh sperma akan membahagi kepada lapan bahagian dan ia akan dipisahkan. Set tersebut akan diimplan kepada lapan ibu yang kemudian menghasilkan lapan individu klon.

2. Teknik Roslin
Iaitu teknik yang sama yang digunakan untuk menghasilkan Dolly oleh Dr. Ian Wilmut dari Roslin Institute di Scotland. Teknik ini telah digunakan oleh Hans Spemann pada tahun 1920 yang melakukan penyelidikan genetik. Ia merupakan detik penting dalam sejarah pengkIonan yang membuktikan ia boleh dilakukan ke atas haiwan dewasa.

3. Teknik Honolulu
Dicipta oleh dua pelajar dari Universiti Hawaii, Teruhiko Wakayama dan Ryuzo Yanagimachi pada Julai 1998. Mereka mengkIon tikus ( haiwan yang paling sukar diklon) dengan kadar kejayaan yang lebih tinggi iaitu 3: 100 berbanding Ian Wilmut .


Kebaikan pengklonan:
a) ciri-ciri yang baik pada induk dapat dipilih dan diwariskan.
b) bilangan klon yang banyak dapat dihasilkan dalam mas ayang singkat untuk meningkatkan pengeluaran hasil tanaman.
c) klon tumbuhan berbunga dan berbuah dengan lebih cepat. (Tumbuhan yang ditanam daripada biji bernih mengambil masa yang panjang unutk tumbuh dan menghasilkan buah) Tempoh matang klon lebih awal daripada induk dan dengan ini mengurangkan masa serta menjimatkan tenaga unutk penjagaan rapi pada peringkat muda.
d) menjamin keseragaman baka yang baik; spesies daripada baka yang baik dan bermutu tinggi dapat digunakan untuk meningkatkan mutu hasil tanaman.
e) pengklonan dalam tumbuhan melibatkan pembiakan vegetatif dan oleh itu, tidak memerlukan agen pendebungaan serta boleh dilakukan pada bila-bila masa.
f) memberi harapan kepada pasangan yang bermasalah untuk mendapatkan anak.
g) Pengklonan boleh digunakan untuk mengubati penyakit atau menggantikan organ yang telah rosak (seperti jantung, hati atau ginjal).


Keburukan pengklonan:
a) klon-klon mempunyai rintangan yang sama terhadap penyakit dan perosak. Sekiranya sstu klon diserang penyakit atau perosak, semua klon yang tidak mempunyai daya rintangan terhadap serangan penyakit atau perosak tersebut, juga akan mati dan menyebabkan kepupusan spesies itu.
b) pengklonan dijalankan dalam keadaan persekitaran yang terkawal, maka, jika persekitaran luar berubah menjadi tidak sesuai, keseluruhan klon mungkin musnah.
c) bagi teknik kultur tisu, bukan semua sel atau tisu boleh diklonkan.
d) klon tidak menujukkan variasi dari segi genetik.
Pengkolnan manusia adalah diharam kerana:
e) meruntuhkan institusi kekeluargaan kerana seorang lelaki ataupun wanita tidak memerlukan pasangan untuk mendapatkan anak.
f) jangka hayat manusia klon adalah singkat kerana bayi klon akan mempunyai kromosom yang sama dengan usia penderma.
g) kadar keguguran dan kematian adalah tinggi.
h) membolehkan manusia hidup selama-lamanya (bertentangan dengan hukum alam)


Contoh dan peristiwa kejayaan pengklonan:
1. Dolly dan Polly
Sebenarnya penyelidikan mengenai klon telah dijalankan sejak tahun 70-an. Namun begitu hanya pada 1997, kaedah pengklonan akhirnya, dibuktikan. Dr. Ian Wilmut dari Scotland, berjaya melahirkan Dolly ( sempena nama penyanyi country, Dolly Parton dan sel yang digunakan berasal daripada sel pada kelenjar buah dada seekor kambing biri-biri betina yang lain ).
Kelahiran Dolly diberi liputan yang meluas kerana ia amat dinanti-nantikan. Bayangkan sahaja, Dolly menjelma daripada teknik pengklonan reproduktif adalah merupakan satu-satunya hasil daripada 277 percubaan dengan 29 bejaya tiba ke peringkat pembahagian sel diikuti dengan 13 biri-biri yang bunting dan akhimya seekor sahaja yang selamat melahirkan anak iaitu Dolly. Manakala yang lain gugur atau mati sebaik saja dilahirkan.
Selepas Dolly, muncul pula Polly yang mempunyai gen manusia, Faktor IX - sejenis protein yang diperlukan untuk membekukan darah. Teknik pengklonan akan 'melahirkan' lebih banyak Polly yang boleh mengeluarkan protein manusia dalam susu mereka untuk digunakan bagi mengubati pesakit hemofilia.
Hemofilia adalah penyakit keturunan di mana darah tidak boleh membeku dan sehingga kini penawarnya tidak ditemui. Selain itu, haiwan lain yang bedaya diklonkan lilah monyet, tikus, lembu, khinzir, ayam dan yang terbaru ialah kucing.

2. Kucing Klon
Setelah khinzir, kambing, lembu, ayam dan tikus, tibalah giliran untuk kucing diklonkan. CC atau Copy Cat, kucing klon pertama di dunia im yang kini berusia dua bulan. Dengan bulu pendek berwarna hitram dan putih berlainan deripada induk genetiknya, dia kelihatan cukup sihat, comel dan amat aktif bermain.
Menurut saintis warna bulu bukan sahaja dipengaruhi oleh faktor genetik tetapi juga keadaan kandungannya. Para penyelidik tersebut memperoleh sebanyak 87 embrio tetapi dua ekor kucing yang mengandung dan hanya CC yang selamat dilahirkan.Ekspenimen yang dijalankan oleh Taxes A&M University itu bertujuan menggalakkan orang ramai mengklonkan binatang kesayangan mereka.

3. Khinzir Sebagai Penderma
Sekumpulan saintis dari Universiti Missouri di Columbia kini sedang berusaha mengklon khinzir yang telah diubah suai genetik atas tujuan penghasilan organ. Memandangkan krisis kekurangan organ manusia agak parah maka organ daripada khinzir dilihat sebagai pilihan yang mat sesuai. Ini adalah kerana saiznya yang hampir menyamai manusia yang secara tidak langsung memudahkan proses pernyarnbunagan salur darah.
Selain itu, kadar pembiakan khinzir yang cepat membenikan prospek bekalan organ yang banyak. Tetapi masalah tetap wujud disebabkan oleh kehadiran molekul gula yang meyelaputi organ khinzir. Akibatnya terjadilah penotakan sistem imum tubuh manusia terhadap organ yang dipindahkan.

4. Kambing dan Labah-labah
NEXIS Technologies dari Montreal, Kanada telah mengklon kambing yang dinamakan Webster dan Peter. Kedua-duanya membawa gen labah-labah yang boleh mengeluarkan bahan protein sutera penjerat labah-labah. Mereka kemudiannya mencadangkan untuk mengahwinkan kambing-kambing tersebut bagi menghasilkan anak-anak betina yang mengeluarkan susu yang mengandungi protein sutera labah-labah. Bahan susu dan sutera yang biodegredasi itu akan digunakan di hospital untuk jahitan luka pesakit dalam pembedahan.

5. Klon Monyet Tunggal
Saintis di Health Services University di Oregan telah mengklon monyet yang dinamakan sebagai Netti dan Ditto. la merupakan kejayaan tunggal kerana cubaan untuk mengklon golira dan campanzi tidak berjaya dilakukan.

6. Telur Ayam Terapeutik
Memandangkan telur dan daging ayam adalah sumber makanan utama penduduk dunia maka saintis cuba mencari teknik mengklon ayam. Kejayaan pertama membabitkan telur ayam oleh Syarikat AviGenetics di Athens, Georgia. Mereka berhasrat untuk mengeluarkan telur yang dilengkapi protein terapeutik yang baik untuk kesihatan manusia.

7. Susu Lembu Klon
Pada 1998, Advanced Cell Technologies, Massachusettes, telah mengklon dua ekor lembu yang dinamakan George dan Charlie. Lembu-lembu klon ini dipercayai mampu menghasilkan susu yang lebih banyak berbanding lembu susu biasa. Sejak itu, lebih 300 ekor lembu telah diklonkan dan telah menghasilkan lebih 900 liter susu setahun.

Kesimpulan
Teknologi pengklonan perlu diakui sebagai teknologi dan alat yang hebat di abad ini.
Kaedah pengklonan dapat memberi revolusi kepada manusia serta menjaga alam dan sumber persekitaran jika kita melakukan dengan kaedah dan cara yang betul. Akan tetapi kita adalah diharam mengklonkan manusia dan menghasilkan individu yang seiras dengan induk manusia, kerana ia bukan sahaja menentang hukum alam semula jadi juga dengan agama.