CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 23 Mac 2010

kesan kemajuan sains

Sungguhpun kemajuan sains dan teknologi memberi sumbangan yang besar kepada bidang perubatan namun wujud beberapa masalah daripada hasil kemajuan tersebut. Bincangkan.

Pengenalan:
Sains dan teknologi memberi sumbangan besar kepada bidang perubatan. Sumbangan itu dapat dilihat dalam pelbagai aspek seperti kaedah rawatan, ubat-ubatan, peralatan dan aspek-aspek lain. Namun di sebalik semua sumbangan itu terdapat juga beberapa masalah hasil kemajuan tersebut.

A. Sumbangan
1. Peralatan
Pelbagai peralatan perubatan dicipta. Peralatan ini digunakan untuk merawat dan mengesan penyakit. Alat-alat ini mampu mengesan sesuatu penyakit dengan tepat dan merawat dengan berkesan. Sebagai contoh: x-ray, ultrasound. Pelbagai peralatan dicipta untuk merawat. Sebagai contoh: peralatan pembedahan.

2. Ubat-ubatan
Kemajuan sains dalam bidang kimia dan biologi membantu bidang perubatan mencipta pelbagai ubat moden. Penemuan ubat-ubat untuk bius, penahan sakit, antibiotik; pelbagai vaksin untuk membina ketahanan badan; pelbagai vitamin untuk pertumbuhan dan kesihatan manusia.Penemuan-penemuan ini memberi sumbangan besar dalam bidang perubatan. Membantu menyembuhkan penyakit dengan lebih cepat, mengurangkan kesakitan kepada pesakit.

3. Penyelidikan dan Pembangunan
Kemajuan sains memberi sumbangan besar kepada bidang perubatan dalam R&D. Pelbagai perlatan sains digunakan secara meluas dalam R&D bidang perubatan. Banyak peralatan ICT digunakan secara meluas dalam R&D. Sebagai contoh penggunaan kamera. Kemajuan sains membolehkan R&D dalam bidang perubatan berkembang pesat. Pelbagai jenis penyakit dapat dikesan. Pelbagai kaedah dan ubat dicipta.

4. Kaedah rawatan
Pelbagai prosedur rawatan telah diperkenalkan dengan kemajuan sains dalam bidang perubatan. Pesakit dirawat dengan pelabagai kaedah mengikut kesesuaian. Rawatan dibuat melalui pengambilan ubat, pembedahan, pemindahan organ, penggunaan organ tiruan dll. Kaedah-kaedah ini ternyata kurang risiko, tidak menyakitkan, memeberi keselesaan kepada pesakit.

B. Masalah
5. Kesan sampingan
Pelbagai bentuk kesan sampingan dialami oleh pesakit. Ubat-ubatan yang berasaskan bahan kimia akan memberi kesan sampingan kepada seseorang jika digunakan dalam jangka masa yang lama. Seseorang akan terdedah kepada kerosakan organ-organ badan lain seperti hati dan buah pinggang. Alat-alat dan prosedur rawatan moden rawatan seperti x-ray dam kimoterapi turut memberi kesan sampingan.

6. Alahan
Ramai pesakit mempunyai ketahanan yang yang rendah terhadap tindak balas yang terhasil akibat penggunaan sesuatu ubat. Keadaan ini menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang lain seperti gatal-gatal.

Kesimpulan:
Walaupun terdapat pelbagai kesan sampingan terhadap kesihatan, namun itu adalah masalah yang kecil jika dibandingkan dengan sumbangan yang begitu besar kepada dunia perubatan.

skema : 2 sumbangan + 2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan