CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 23 Mac 2010

soalan latihan

Soalan latihan

Isu : Pertanian

"Pertanian merupakan sektor ketiga terpenting negara dan menjadi agenda penting dalam RMK 9. Sektor pertanian membantu negara menambah dana atau pendapatan negara melalui eksport hasil pertanian ke luar negara. Produk pertanian yang dieksport termasuk bahan mentah dan produk siap proses. Produk pertanian sentiasa mendapat permintaan yang tinggi dari negara Asia Barat dan Timur selain Eropah dan negara-negara barat."
( Dipetik dan diubahsuai daripada Dewan Ekonomi, April 2004)

(i) Apakah sumbangan utama sektor pertanian kepada negara?
(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, huraikan langkah-langkah untuk memajukan bidang pertanian.


Jawapan:
Sumbangan utama sektor pertanian ialah menambah sumber pendapatan kepada negara

Jawapan:
Langkah-langkah memajukan bidang pertanian
1. rancangan pertanian baru dibuka
2. dibangunkan secara komersil dengan skala yang besar dengan menggunakan teknologi moden untuk meningkatkan hasil bagi tujuan eksport
3. tanaman buah-buahan diusahakan secara besar-besaran untuk menampung permintaan dalam dan luar negara yang semakin meningkat.
4. memodenkan sektor pertanian sejajar dengan kemajuan yang dicapai oleh negara
5. meningkat jumlah keluaran


Soalan 2

Isu : perkongsian pintar

"Perkongsian pintar (smart partnership) merupakan kerjasama tulen antara negara dengan negara lain tanpa mengekploitasi atau diekploitasi oleh mana-mana pihak. Malaysia yakin bahawa jika jiran kita makmur dan aman, negara kita juga mendapat nikmatnya kerana perkongsian pintar membawa kepada keadaan ' win - win situation.'
( Ucapan Perdana Menteri Malaysia di Langkawi International Dialog,2003)

(i) Apakah kebaikan amalan perkongsian pintar antara negara ?
(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan huraikan tindakan yang diambil oleh Malaysia untuk mencapai konsep perkongsian pintar ini.

Jawapan:
Amalan perkongsian pintar memberi kebaikan apabila kemakmuran dan keamanan dapat dikongsi bersama-sama antara negara

Jawapan:
1. Kerjasama ekonomi dalam projek pembangunan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk
2. Menghulurkan bantuan teknikal seperti teknologi moden untuk memajukan sektor pertanian.
3. Menjalankan kerjasama budaya dan sosial seperti membanteras dadah dan AIDS.韩冰


Soalan 3
Teknologi tinggi

"Pengawal Rangkaian Setempat (CAN) digunakan dalam industri permotoran terutama oleh jurutera pasukan F1 Sauber-Petronas. Jurutera boleh berinteraksi dengan pelumba semasa perlumbaan berlangsung untuk mengetahui sebarang masalah kereta yang dipandu. CAN akan menguruskan masalah yang berlaku di dalam kereta pelumba. Masalah cengkaman tayar dan bumper dapat dilihat melalui data CAN yang dihantar ke dalam sistem kawalan permulaan."
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada "Sistem Komunikasi
Pemanduan dan Jurutera", Dewan Kosmik, Ogos 2003)
(i) Apakah kegunaan alat Pengawal Rangkaian Setempat (CAN) ?
(ii) Dengan menggunakan tidak lebih 50 patah perkataan, jelaskan kelebihan industri permotoran kepada negara.


Jawapan:
Pengawal Rangkaian Setempat (CAN) digunakan sebagai alat perhubungan antara jurutera dengan pelumba kereta.

Jawapan:
1. Pemindahan teknologi dalam bidang permotoran dan pembikinan kenderaan
2. Meningkatkan industri sampingan seperti pengurusan, pemasaran produk
3. Meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) – melahirkan ramai jurutera



Soalan 4
Kaedah kawalan biologi

"Penggunaan kaedah kawalan biologi merupakan satu kaedah alternatif kepada kelemahan penggunaan bahan kimia untuk mengatasi serangga dan makhluk perosak dalam sektor pertanian. Kawalan biologi bukan sahaja penting kepada alam sekitar malah menjamin kesihatan para petani. Kaedah ini menggunakan serangga pemangsa untuk memusnahkan serangga perosak.."


(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Dewan Kosmik, Disember 2004)
(i) Apakah yang anda faham tentang kawalan biologi?
(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, kemukakan kelebihan kawalan biologi ini.

Jawapan:
Kaedah kawalan biologi merupakan kaedah alternatif yang menggunakan serangga pemangsa untuk memusnahkan serangga perosak.

Jawapan:
Kelebihan kawalan biologi:
1. Petani tidak perlu menggunakan racun serangga perosak.
2. Hasil pertanian bebas daripada pencemaran bahan kimia.
3. Kesihatan petani dan pengguna lebih terjamin
4. Keseimbangan alam tidak terjejas
5. Taburan dan bilangan seranggga saling mempengaruhi
6. Bilangan organisma perosak dapat dikawal dan bukan pupus selama - lamanya韩冰

Tiada ulasan:

Catat Ulasan