LATIHAN
SEJARAH 4
1. Istilah sejarah berasal dari perkataan Arab iaitu "syajaratun". Apakah maksud perkataan tersebut?
A.
Syarat B. Kawan C. Pokok D. Bangunan
2. Antara yang berikut yang manakah merupakan karya
yang ditulis oleh E.H Carr?
A. History B.
The History C. What is History D. The Real History
3. Apakah yang menjadi asas pengkajian masa silam
dalam pengajian sejarah?
A. Pengajaran B. Kronologi C. Sumber D.
Nilai
4. Antara berikut, yang manakah kategori yang
sesuai bagi sumber sejarah seperti akhbar dan ensiklopedia?
A. primer B.
artifak C. sekunder D. bukan artifak
5. Apakah fungsi daun lontar kepada masyarakat
feudal di Asia Tenggara?
A. Bahan
penulisan B. Bahan kraftangan C. Rempah ratus D.Ubat-ubatan
6. Antara bahan berikut yang mana merupakan sumber
primer?
A. Risalah B.
Majalah C. Ensiklopedia D. Dokumen rasmi
7. Apakah yang dapat dibuktikan melalui penemuan
candi di Lembah Bujang?
A. Kegiatan perdagangan B.
Pengaruh Hindu dan Buddha
C. Sistem pentadbiran awal D. Struktur sosial masyarakat
8. Apakah maksud epigrafi?
A. Ilmu mentafsir maklumat B. Ilmu mengkaji dan menganalisis
C. Ilmu mengarang secara sistematik D. Ilmu mempelajari tulisan pada tugu dan bangunan
9. Apakah yang dapat dibuktikan dengan penemuan
Batu Bersurat Terangganu?
A. Islam datang dari Arab B. Islam sebagai agama rasmi
C. Islam
bertapak di negara kita D.
Penggunaan tulisan jawi
10.Apakah tujuan penandaan grid dilakukan?
A. Mengelakkan pencerobohan B. Mendapatkan maklumat
C. Menanda
kawasan D.
Mengumpul artifak
11. Apakah maksud geologi?
A. Ilmu mengkaji hidupan lampau B. Ilmu mengkaji budaya silam
C. Ilmu mengkaji alam sekeliling D. Ilmu mengkaji pembentukan bumi
12. Apakah yang mempengaruhi perubahan bentuk
fizikal bumi menjadi daratan dan lautan?
A. Iklim B. Manusia C. Haiwan D. Bencana
13.Bilakah Zaman Miosen dipercayai telah berlaku?
A. 25 hingga 23 juta tahun dahulu B. 23 hingga 5 juta tahun dahulu
C. 2.5 juta hingga 10,000 tahun dahulu D. 10,000 tahun dahulu
14.Pada zaman bilakah manusia mengetahui cara mendapatkan makanan
melalui aktiviti pertanian?
A. Pleistosen B.
Pliosen C. Holosen D.
Mieosen
15. Apakah maksud penglasieran?
A. Pembentukan air batu B. Pemecahan air batu
C. Kecairan air
batu D.
Perlusan litupan air batu
16. Pada zaman bilakah berlaku
kepupusan binatang seperti mamot dan harimau bertaring?
A. Miosen B.
Holosen C. Pliosen D. Pleistosen
17. Bilakah bumi mula mengalami cuaca panas?
A. 8,000 tahun dahulu B. 8,500
tahun dahulu
C. 8,800 tahun dahul D. 8,900 tahun dahulu
18. Di manakah binatang seperti mamot berbulu dan
kuda tinggal semasa zaman air batu berakhir?
A. Gua B.
Gunung
C. Tanam pamah
yang sejuk D.
Kawasan litupan ais
19. Apakah yang menjadi tunjang kebenuaan di Asia
Tenggara?
A. Laut China Selatan B. Laut Pasifik
C. Selat Melaka D. Pentas Sunda
20. Apakah kesan kecairan air batu yang berlaku
pada peringkat akhir zaman Holosen terhadap Asia Tenggara?
A. Terjadi
sungai dan tasik B.
Terbentuk tanah pamah yang luas
C. Terbentuk kawasan tanah tinggi D. Terjadi teluk yang panjang
21. Apakah maksud zaman prasejarah?
A. hidup berpindah randah B. belum tahu bertani
C. belum
mengenal tulisan D.
belum tahu membina rumah
22. Pada zaman bilakah manusia mula menangkap ikan sebagai sumber
makanan?
A. Paleolitik B. Mesolitik C. Neolitik D. Logam
23. Apakah asas teknologi pada zaman logam?
A. Batu B.
Tulang binatang C. Besi dan gangsa D. Besi dan tembaga
24. Apakah tujuan binaan Stonehenge di Britain?
A. Mengkaji
bintang B.
Tembok pertahanan
C. Kawasan petempatan D. Kawasan pembuatan barangan
25. Di manakah lokasi tapak Zaman Besi paling
menonjol di Asia Tenggara?
A. Sa Hyun,
Vietnam B.
Lenggong, Malaysia
C. Gua Liang, Indonesia D. Ban Ching, Thailand
26. Mengapakah pada zaman Neolitik aktiviti
pengumpulan makanan semakin berkurangan?
A. Manusia mula berdagang B. Berlaku ancaman bintang buas
C. Sumber makanan berkurangan D. Manusia menjalankan pertanian
27. Apakah maksud nomad?
A. Manusia menghasilkan makanan B. Manusia mencipta peralatan
C. Manusia
berpindah randah D.
Manusia mula menetap
28. Mengapakah manusia pada Zaman Neolitik
menguruskan mayat dengan teliti dan dikebumikan dengan sempurna?
A. Menghormati si mati B. Percaya kehidupan selepas mati
C. Menjalankan tanggungjawab D. Mengelakkan sumpahan
29. Apakah istilah yang dikaitkan dengan
kepercayaan terhadap alam semula jadi?
A. Ritual B.
Realisme C. Animisme D. Simbolisme
30. Apakah kepentingan penemuan peralatan logam di
Klang Selangor?
A. Membuktikan
kewujudan Zaman Logam di negara kita
B. Menonjolkan kebolehan dan kemahiran manusia
C. Menunjukkan wujud kasawan petempatan awal
D.
Membuktikan kewujudan kegiatan perdagangan
31. Perkataan "Civitas" berasal dari
Yunani. Apakah maksud perkataan tersebut?
A. Daerah B.
Kampung C. Bandar D. Negara
32. Apakah pengertian tamadun dalam Bahasa Melayu
A. Pemodenan B.
Peradaban C. Pencapaian D. Perjuangan
33. Apakah maksud tamadun mengikut pandangan Islam?
A. Pembangunan lahiriah B. Pembangunan rohaniah
C. Pembangunan insaniah D
Pembangunan lahiriah dan rohaniah
34. " Tamadun sebagai suatu sistem masyarakat
yang memperkasa sistem politik, ekonomi dan sosial serta kesenian dan
kebudayaan" . Siapakah tokoh yang menjelaskan konsep di atas?
A. Ibn Khaldun B. Arnold J. Toynbee
C. Muhammad Yusof Ibrahim D. Syed Muhammad Naquib Al-Attas
35. Perkembangan pesat bandar telah meningkatkan
jumlah penduduk di suatu kawasan. Apakah kesan daripada situasi tersebut?
A. Pengkhususan
pekerjaan B.
Penciptaan tulisan
C. Peningkatan teknologi D. Perkembangan perdagangan
36. Apakah tulisan yang digunakan semasa tamadun
Mesopotamia?
A. Ideogram B.
Hieroglif C. Kuneiform D. Piktograf
37.Apakah tujuan masyarakat tamadun awal membina
tempat ibadat?
A. Arahan pemerintah B. Lambang kesenian
C. Tempat beribadat D. Meghormati tuhan
38. Apakah bandar pertama yang dibina di Lembah
Sungai Nil?
A. Kish B.
Lagash C. Thinis D. Memphis
39. Bagaimanakah kelas sosial masyarakat tamadun
awal ditentukan?
A. Pengaruh B. Kediaman C.
Kemahiran D. Kecantikan
40. Siapa yang berada pada kedudukan paling rendah
dalam struktur sosial Mesir Purba?
A. Artisan B.
Karyawan C. Petani D. Hamba
41. Sungai Tigris dan Sungai Euphrates dikaitkan
dengan tamadun...
A. Mesir B.
Indus C. Huang He D. Mesopotamia
42. Apakah maksud Mesopotamia?
A. Tanah yang subur B. Tanah di antara dua sungai
C. Tanah di kawsan sempadan D. Tanah yang mendap
43. Apakah fungsi binaan Zigurat dalam tamadun
Mesopotamia?
A. Kota pertahanan B.
Pusat pemerintahan
C. Tempat
beribadat D.
Pusat ekonomi
44. Mengapakah Herodotus mengatakan bahawa 'Mesir
Hadiah Singai Nil'?
A. Membekalkan sumber air B. Membekalkan makanan
C. Membawa
lumpur subur D.
Memudahkan perhubungan
45. Siapakah raja yang terkenal semasa Zaman
Kerajaan Baru Mesir?
A. Menes B. Ramses C. Imhotep D. Tutankhamun
46. Apakah tanaman yang diusahakan oleh penduduk di
Lembah Sungai Indus?
A. Gandum
dan barli B. Kapas dan
oat
C. Barli dan padi D.
Kapas dan padi
47. Apakah faktor yang mempercepatkan kejatuhan
Tamadun Indus?
A. Pergerakan plat bumi B. Gempa bumi dan banjir
C. Kelemahan pemerintah D.
Serangan orang Aryan
48. Mengapakah masyarakat tamadun Huang He tidak
menjalankan perdagangan dengan orang luar?
A. Mengamalkan dasar tertutup B. Kedudukan yang terpencil
C. Kelemahan sistem pengagkutan D. Kekurangan barang dagangan
49. Apakah kesan kemajuan sistem pertanian dalam
tamadun Huang He?
A,. Perkembangan perdagangan B. Ciptaan kayu dan logam
C. Pertambahan jumlah penduduk D. Perkembangan sistem pengairan
50. Tamadun yang menghasilkan kertas dan
menggunakan dakwat hitam ialah...
A. Mesir B. Indus C. Huang He D.
Mesopotamia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan