CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Khamis, 17 Disember 2020

latihan sejarah

 

1. Dimanakah lokasi tamadun India?

  1. Lembah Ganges
  2. Lembah Huang He
  3. Lembah Tigris
  4. Lembah Gangga

2. Perkembangan yang berlaku di sekitar Lembah Ganges membawa kepada kemunculan kerajaan-kerajaan kecil yang dikenali sebagai?

  1. Magadha
  2. Mahajanapada
  3. Janapada
  4. Nanda

3. Kerajaan-kerajaan kecil tersebut kemudian membentuk kerajaan yang lebih besar yang dikenali sebagai?

  1. Nanda
  2. Mahajanapada
  3. Janapada
  4. Mahanapada

4.Berikut merupakan faktor  perluasan kuasa Tamadun India, kecuali

  1. kekuatan ketenteraan
  2. kewangan
  3. sumber manusia
  4. bentuk muka bumi

5. Nyatakan  cara perluasan kuasa?

  1. Secara paksaan
  2. secara perbincagan
  3. secara fizikal
  4. secara psikologi

 SHOW ANSWER

6. Melalui perluasan kuasa secara fizikal, aspek apakah yang paling dititikberatkan?

  1. kekuatan ketenteraan dan dasar seseorang raja
  2. diplomasi
  3. keluasan wilayah
  4. penerimaan rakyat tanah jajahan

7. Semasa pemerintahan Asoka, aspek apakah yang ditekankan ?

  1. Keagamaan
  2. Ketenteraan
  3. Keharmonian kaum
  4. Ekonomi rakyat

8. Semasa pemerintahan Asoka, perkembangan agama apakah yang diberikan perhatian?

  1. Islam
  2. Hindu
  3. Buddha
  4. Animism

9. Semasa zaman Asoka peraturan dan undang-undang yang ditetapkan, diukir pada tiang batu diletakkan di kawasan strategik dikenali sebagai...

  1. Chandi
  2. Taman bergantung
  3. Tembok Besar
  4. Tiang Asoka

10. Semasa pemerintahan Gupta penekanan diberikan terhadap agama...

  1. Islam
  2. Hindu
  3. Buddha
  4. Kristian

11. Raja Samudragupta diberikan gelaran________ kerana meminati puisi-puisi berbentuk keagamaan.

  1. Devaraja
  2. Kaviraja
  3. Hambaraja
  4. Deviraja

12. Apakah gelaran yang digunakan oleh Raja Zheng?

  1. Maharaja Han Wu Di
  2. Maharaja Gaozu
  3. Maharaja Shi Huangdi
  4. Maharaja Chou

13. Siapakah yang bertanggungjawab menyatukan China?

  1. Maharaja Shi Huangdi
  2. Maharaja Han Wu Di
  3. Maharaja Gaozu
  4. Maharaja Qin

14. Maharaja Shi Huangdi adalah pemerintah pada zaman....

  1. Dinasti Qin
  2. Dinasti Han
  3. Dinasti Chou
  4. Dinasti Zhou

 SHOW ANSWER

15. Semasa pemerintahan maharaja manakah berlaku peningkatan dalam bidang perdagangan?

  1. Shi Huangdi
  2. Han Wu DI
  3. Maharaja Gaozo
  4. Maharaja Qin

16. Laluan Sutera merupakan laluan perdagangan daratan terpanjang di dunia melibatkan China hingga ke....

  1. Parsi
  2. Yunani
  3. Damsyik
  4. Konstantinople

17. Apakah faedah menyeragamkan sistem tulisan..

  1. Menyatukan negara
  2. Menjamin Keselamatan
  3. Menyelesaikan Masalah ekonomi
  4. Menekankan aspek moral

18. Semasa pemerintahan Dinasti Qin pendidikan menekankan aspek?

  1. Perdagangan
  2. Pertanian
  3. Perundangan
  4. Teknologi

19. Semasa Dinasti Qin, apakah tujuan ketegasan undang-undang diberikan keutamaan?

  1. Menunjukkan taat setia kepada negara
  2. Mengawal tingkah laku manusia
  3. Mematuhi adat resam
  4. Meningkatkan budaya masyarakat

20. Apakah fungsi  sistem pendidikan di China?

  1. Memilih pegawai berbakat
  2. Menyelesaikan masalah birokrasi
  3. Meningkatkan tadbir urus
  4. Mengekalkan penguasaan ekonomi

21. Apakah sumbangan Chai Lun?

  1. Memperkenalkan teknologi pembuatan kertas
  2. Memperkenakan ajaran Konfusianisme
  3. Memperkenalkan laluan sutera

22. Antara berikut manakah BUKAN matlamat pendidikan China?

  1. memupuk nilai moral dan etika
  2. memilih pegawai kerjaan
  3. membezakan golongan elit dan golongan rakyat
  4. melahirkan tentera yang berani

23. Apakah tumpuan yang diberikan pada tahap pendidikan rendah?

  1. menghafal tulisan dan buku suci
  2. menterjemah dan mengintepretasikan buku suci
  3. menulis karangan dan sajak
  4. menyanyi dan menari

24. Apakah yang ditekankan pada tahap pendidikan menengah?

  1. Menulis karagan dan sajak
  2. menghafal tulisan dan buku suci
  3. menterjemah dan mengintepretasikan buku suci
  4. menguasai ajaran agama

25. Apakah yang ditekankan oleh pendidikan tinggi?

  1. menulis karangan dan sajak
  2. menterjemah dan mengintepretasikan buku suci
  3. menghafal tulisan dan buku suci
  4. menguasai ajaran agama

26. Mengapakah peperiksaan merupakan komponen paling penting dalam sistem pendidikan dan kehidupan masyarakat di China?

  1. membolehkan seseorang menerima penghormatan dan meningkatkan taraf sosial
  2. membolehkan seseorang terlibat aktif dalam politik
  3. membolehkan seseorang menjadi pegawai tertinggi tentera
  4. menuruti perintah kerajaan

 

27. Semasa pemerintahan Dinasti Qin pendidikan menekankan aspek?

A.   Pertanian

B.    Teknologi

C.   Perundangan

D.   Perdagangan

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan