CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Isnin, 21 Disember 2020

contoh ulasan guru

 

CONTOH ULASAN GURU DALAM KEPUTUSAN PENILAIAN/ PEPERIKSAAN

 

KEPUTUSAN BAIK

 Tahniah atas kejayaan anda yang cemerlang.

·         Teruskan berusaha untuk kejayaan lebih cemerlang untuk masa depan yang gemilang

·         Sekalung tahniah atas kejayaan anda. Teruskan  Usaha dengan lebih gigih untuk kejayaan lebih baik.

·         Prestasi anda memberangsangkan. Usaha lagi untuk kejayaan yang lebih cemerlang

·         Anda mesti mempunyai motivasi yang tinggi dan minat terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Anda mampu mencapai lebih kecemerlangan dengan bersikap proaktif di dalam kelas.

 

KEPUTUSAN SEDERHANA

·         Keputusan semasa menunjukkan anda masih belum menemui cara belajar yang betul bagi mendapatkan keputusan yang lebih baik

·         Keputusan masih ditahap sederhana. Ia memerlukan komitmen daripada anda untuk memperbaiki pencapaian

·         Anda harus berusaha dengan lebih gigih bagi mendapatkan keputusan yang sebaiknya. Jangan berlengah lagi

·         Beberapa mata pelajaran masih belum mencapai tahap yang sepatutnya. Usaha dengan lebih kuat bagi memperbaiki prestasi

·         Berikan lebih tumpuan kepada matapelajaran tertentu.

·         Kejayaan tertakluk kepada daya usaha anda. Oleh itu tingkatkan usaha anda untuk kejayaan yang lebih baik daripada hari ini.

·         Usaha anda telah menunjukkan hasil yang agak baik. Gandakan usaha anda untuk mencapai kejayaan yang lebih baik.

·         Seorang yang tekun dan berkeupayaan menyiapkan tugasan yang diberi dengan baik, mampu menguasai dan memahami apa yang diajar oleh guru dengan baik dan berfokus, berpotensi tinggi untuk lebih cemerlang. Tingkatkan usaha.

 

KEPUTUSAN LEMAH

·         Usaha dengan lebih kuat lagi. Pastikan keputusan kali ini dapat diubah melalui kerja keras selepas ini

·         Usaha berterusan menjamin keputusan yang lebih baik pada masa akan datang

·         Tingkatkan usaha anda. Anda pasti akan berjaya dengan lebih baik daripada hari ini.

·         Hargai masa dan tingkatkan usaha anda.

·         Pencapaian masih lemah. Tingkatkan usaha dan ubah sikap demi masa depan anda.

·         Hargailah masa dan buangkan sikap kerap ponteng kelas. Pencapaian memuaskan. Teruskan usaha anda. Anda pasti berjaya.

·         Berusaha dengan lebih gigih untuk berjaya.

·         Pencapaian agak lemah. Perlu lebih banyak mengulangkaji pelajaran.

·         Jangan jadikan kekurangan sebagai beban, itu hanya akan membuatmu sulit untuk berlari mengejar impianmu.

·         Anda seorang yang berpotensi untuk berjaya. Tingkatkan keyakinan anda dan berikan sepenuhnya tumpuan ketika belajar.

·         Hidup adalah satu kesilapan yang berterusan di mana kita belajar untuk menjadi sempurna.

·         Tanamkan minat sentiasa mahu belajar dan teruskan usaha.

·         Kebolehan anda boleh digilap lagi, teruskan usaha anda untuk lebih berjaya.

·         Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba lagi untuk berjaya.

·         Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.

Khamis, 17 Disember 2020

LATIHAN SEJ

 

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

SEJARAH TINGKATAN 1

TAHUN 2020

JAWAB SEMUA SOALAN


1.      Antara berikut yang manakah bukan ciri tamadun awal

A.      Kesenian dan kesusasteraan

B.      Tulisan dan penyimpanan rekod

C.      Teknologi

D.     Kebudayaan

2.      Apakah ciri-ciri tamadun awal dunia?

I.          Perindustrian

II.         Pembentukan suku

III.        Sistem pemerintahan

IV.        Tulisan dan penyimpanan rekod

 

A   I dan II                               C  II dan III

B   I dan IV                              D  III dan IV

3.      Kerajaan telah dibentuk untuk menguruskan pemerintahan kota yang berkembang pesat. Pemerintah awal adalah terdiri daripada

A.      Pendeta

B.      Golongan bangsawan

C.      Firaun

D.     Raja

4.      Mengapakah golongan agama sangat dihormati dalam organisasi sosial ?

 A  Memiliki kuasa luar biasa           

 B  Menguasai upacara keagamaan

 C  Menjadi pemerintah berkuasa mutlak

 D  Menganggap diri mereka sebagai Tuhan

5.      Masyarakat Tamadun Mesopotamia membina Zigurat di setiap pusat bandar. Apakah peranan ziggurat kepada masyarakat Mesopotamia

A.      pelabuhan

B.      pusat pentadbiran

C.      bandar terancang

D.     tempat beribadat

6.      Antara berikut teknologi manakah yang bukan dihasilkan dalam tamadun awal

A.      Kereta kuda/ kereta lembu

B.      Pembinaan piramid dan sfinks

C.      Bajak

D.     Kincir angin

7.      Mengapakah kewujudan bandar dikatakan asas kepada kelahiran tamadun awal dunia

A.      Bermulanya sistem tulisan

B.      Pusat pembentukan keagamaan

C.      Tempat pembangunan sosioekonomi

D.     Kewujudan masyarakat bertatasusila

8.      Antara berikut yang manakah tidak benar tentang tamadun Mesopotamia

A.      Negara kota diperintah oleh raja

B.      Terdapat beberapa kerajaan awal iaitu Sumeria, Babylond, Akkad

C.      Dibina hasil penghijrahan orang Sumeria

D.     Mengutamakan peperangan untuk meluaskan kuasa

9.      Antara berikut yang manakah bukan merujuk kepada tamadun Indus

A.      Kota dibina menggunakan sistem grid yang tepat

B.      Hujan dan kemarau menyebabkan tanaman musnah

C.      Hasil tanaman mereka ialah kapas, barli dan gandum

D.     Tamadun ini lenyap disebabkan peperangan

10.  Antara berikut yang manakah tidak benar mengenai Tamadun Huang He

A.      Mereka mencipta peralatan pertanian

B.      Aktiviti utama tamadun ini ialah membuat tembikar dan varnish

C.      Sistem politik berasaskan Negara kota

D.     Penciptaan peralatan daripada tembaga

11.  Hasil kesenian dan kesusasteraan manakah yang tidak benar

A.      Tamadun Mesopotamia – puisi

B.      Tamadun Mesir Purba –lukisan dinding

C.      Tamadun Indus –nyanyian merdu rakyat

D.     Tamadun Huang He –puisi tradisi mayarakat

12.  Pencapaian teknologi  manakah yang tidak benar

A.      Tamadun Mesopotamia – penciptaan tulisan, roda , tali air

B.      Tamadun Mesir Purba –seni bina dan matematik, geometri

C.      Tamadun Indus –mencipta bandar terancang

D.     Tamadun Huang He – mencipta perhiasan  berasaskan emas

13.  Apakah kepentingan sungai Nil kepada tamadun awal mesir Purba

I . pelancongan     II .pengangkutan        III. sumber makanan IV . sumber galian

A. I  dan II                         B. II dan   III                C. III dan   IV              D. I dan    IV

14.  Apakah sumbangan Tamadun Mesir Purba kepada ketamadunan manusia

A. falsafah perang

B. sistem kalendar

C. tulisan kuneiform

D. bandar terancang

15.  Sistem pemerintahan Aristokrasi bermaksud ?

A.      Pemerintahan yang dipilih rakyat melalui pilihanraya

B.      Pemerintahan yang dikuasai oleh golongan zalim

C.      Sistem Beraja yang berasaskan keturunan

D.     Pemerintahan yang dikuasai oleh golongan bangsawan

16.  Sistem pemerintahan Demokrasi bermaksud ?

A.      Pemerintahan yang dipilih rakyat melalui pilihanraya

B.      Pemerintahan yang dikuasai oleh golongan bangsawan

C.      Sistem Beraja yang berasaskan keturunan

D.     Pemerintahan yang dikuasai oleh golongan zalim

 

17.  Antara berikut yang manakah tidak benar berkaitan Tamadun Yunani  ?

A.      Menjadi pencetus kepada perkembangan tamadun Eropah

B.      Banyak kejayaan dan pembaharuan dibuat dalam bidang pentadbiran

C.      Cuaca tidak memainkan peranan dalam aktiviti masyarakat

D.     Antara Polis yang terkenal ialah Athens , Sparta dan Corrinth

18.  Aristokrasi ialah pemerintahan yang dikuasai oleh golongan ____

A.      Pegawai tinggi

B.      bangsawan

C.      raja

D.     pentadbir

 

19.   Antara Fungsi Dewan Perhimpunan di Athens

A.      Melantik Hakim Negara dan Membatalkan undang-undang

B.      Melantik Ahli Majlis & Menggubal undang-undang

C.      Mengisytiharkan perang

D.     Memberi tauliah kepada duta negara

 

20.   Apakah yang dimaksudkan dengan Juri ?

A.      Badan yang mengawal ekonomi di Athens

B.      Badan yang bertanggungjawab dalam hal yang berkaitan dengan keadilan.

C.      Badan yang melaksanakan segala dasar yang telah ditetapkan.

D.     Badan pentadbiran kerajaan

 

21.   Manakah yang benar berkaitan dengan  Majistret ?

A.      Seperti badan pentadbiran pada masa sekarang

B.      Dianggotai oleh tentera berpangkat rendah

C.      Semua ahli adalah hakim di mahkamah

D.     Mempunyai sistem juri terdiri daripada rakyat biasa

 

22.   Sistem pemerintahan dan pentadbiran di Athens melibatkan ............

A.      Dewan Perhimpunan , Majlis , Majistret dan Juri

B.      Dewan Budiman , Majlis Diraja dan Kehakiman

C.      Dewan Perhimpunan , Majlis , Majistret dan Juri

D.     Juri , Majistret dan Dewan Rakyat

 

23.  Sistem pemerintahan Monarki bermaksud

A.      Sistem Beraja yang berasaskan keturunan

B.      Pemerintahan yang dikuasai oleh golongan zalim

C.      Pemerintahan yang dikuasai oleh golongan bangsawan

D.     Pemerintahan yang dipilih rakyat melalui pilihanraya

 

24.   Polis sangat terkenal pada zaman tamadun Rom. Ianya  merupakan  ?

A.      Bandar Terancang

B.      Bandar yang sistematik

C.      Kampung dan perumahan rakyat

D.     Negara Kota

25. 2 orang raja menjadi pemerintah di Sparta. Keadaan ini berlaku kerana

A.      Raja tidak kuat

B.      Mengelakkan kezaliman

C.      Berkuasa di wilayah yang berbeza

D.     Mengelakkan perebutan kuasa

 

26. Antara berikut manakah BUKAN matlamat pendidikan China?

  1. memupuk nilai moral dan etika
  2. memilih pegawai kerjaan
  3. membezakan golongan elit dan golongan rakyat
  4. melahirkan tentera yang berani

27. Apakah tumpuan yang diberikan pada tahap pendidikan rendah?

  1. menghafal tulisan dan buku suci
  2. menterjemah dan mengintepretasikan buku suci
  3. menulis karangan dan sajak
  4. menyanyi dan menari

28. Apakah yang ditekankan pada tahap pendidikan menengah?

  1. Menulis karagan dan sajak
  2. menghafal tulisan dan buku suci
  3. menterjemah dan mengintepretasikan buku suci
  4. menguasai ajaran agama

29. Apakah yang ditekankan oleh pendidikan tinggi?

  1. menulis karangan dan sajak
  2. menterjemah dan mengintepretasikan buku suci
  3. menghafal tulisan dan buku suci
  4. menguasai ajaran agama

30. Mengapakah peperiksaan merupakan komponen paling penting dalam sistem pendidikan dan kehidupan masyarakat di China?

  1. membolehkan seseorang menerima penghormatan dan meningkatkan taraf sosial
  2. membolehkan seseorang terlibat aktif dalam politik
  3. membolehkan seseorang menjadi pegawai tertinggi tentera
  4. menuruti perintah kerajaan

 

31. Kemahiran dalam bidang perubatan dicapai oleh tamadun

..................................

A.      Tamadun Mesopotamia

B.      Tamadun Mesir Purba

C.      Tamadun Indus

D.     Tamadun Huang He

 

32. Zigurat

Taman Tergantung Babylon

Yang berikut merupakan binaan bangunan untuk tamadun ..................

A.      Tamadun Indus

B.      Tamadun Huang He

C.      Tamadun Mesir Purba

D.     Tamadun Mesopotamia

 

33. Apakah fungsi binaan Pantheon pada tamadun Rom?

A.      Tempat penyembahan

B.      Tempat mengadakan persembahan

C.      Tempat mengadakan gladiator

D.     Tempat membekalkan air

 

34. Tamadun India mempunyai kerajaan-kerajaan kecil yang dikenali sebagai:

A.      Kalinga

B.      Mahajanapada

C.      Janapada

D.     Pataliputra

 

 35. Selepas peperangan Kalinga, siapakah pemerintah yang berhenti perluasan secara fizikal, sebaliknya berubah kepada pengembangan agama Buddha?

A.      Asoka

B.      Raja Samudragupta

C.      Raja Nanda

D.     Rada Chandragupta

 

36. Yang berikut merupakan faktor-faktor penyebaran Islam, kecuali:

A.      Hubungan diplomatik

B.      Prinsip Keterbukaan

C.      Prinsip Keharmonian

D.     Dakwah

 

37. mengapakah dalam Tamadun Yunani berlaku perubahan pentadbiran daripada monarki , oligarki, aristokrasi , tirani dan demokrasi

A.      Memenuhi tuntutan rakyat

B.      Memansuhkan sistem pemerintahan tradisional

C.      Mengukuhkan sistem pemerinthaan

D.     Mempelbagaikan kaedah pemerintahan

 

38. antara berikut yang manakah merupakan ciri-ciri dewan perhimpunan di Athens

I dianggotai oleh kaum lelaki

II terdiri daripada 10 orang jeneral tentera

III terdapat juri sebagai pemutus sesuatu kes

IV bersidang sekurang-kurangnya tiga kali sebulan

A. I  dan II                         B. II dan   III                C. III dan   IV              D. I dan    IV

39. apakah bukti masyarakat Sparta mementingkan latihan ketenteraan

A.      Semua rakyat mesti berjiwa patriotic

B.      Pemerintahannya diketuai dua orang raja

C.      Kaum wanita tidak terlibat dalam ketenteraan

D.     Anak lelaki dilatih dari awal untuk menjadi tentera yang baik

 

40. Masyarakat Rom Berjaya mengembangkan seni bina dalam pelbagai rupa disebabkan oleh pelbagai faktor

I  kebolehan membina bangunan yang tahan dan kuat

II  kepakaran membangunkan seni bina

III kekuatan pasukan tentera

IV kemajuan dalam bidang kebudyaan

A. I  dan II                         B. II dan   III                C. III dan   IV              D. I dan    IV

41. dalam Tamadun Rom akueduk berperanan sebagai tempat

A. pertandingan pahlawan

B. persembahan

C. pertahanan

D. pengairan

42. Berikut merupakan ciri-ciri Zaman Jahilliah, kecuali

A.         mementingkan riba dan penipuan

B.         bersikap angkuh

C.         memandang rendah kepada wanita

D.         menyukai wanita

 

 

43. apakah kesan amalan sistem kabilah dalam masyarakat Arab Jahiliah

A.      Mewujukdan kestabilan politik

B.      Menimbulkan semangat assabiah

C.      Mengembangkan semangat penyatuan ekonomi

D.     Mengeratkan perpaduan dalam masyarakat

 

44. apakah kepentingan Piagam Madinah yang digubal oleh Nabi Muhammad SAW

A.      Mewujudkan kestabilan politik

B.      Mewujudkan perbezaan antara kaum pendatang dan asal

C.      Memastikan hanya umat Islam dibela

D.     Memastikan hanya hak  bukan Islam dipelihara

 

45. apakah  prinsip utama dalam penekanan Piagam Madinah

I. keselesaan    II keadilan       III kebebasan  IV kesederhanaan

A. I dan II        B. I dan IV       C. II dan III     D. III dan IV

46.Ketokohan Nabi Muhammad teserlah melalui pembangunan ekonomi dapat dilihat kecuali

A. menggalakkan hubungan perdagangan

B. menggalakkan masyarakat bekerja keras dan aktif dalam perniagaan

C. membangunkan pasar

D. menukar tanaman makanan

 

47. Dalam Islam peperangan tidak diizinkan melainkan atas faktor tertentu kecuali

A. keselamatan mereka terancam

B. untuk mempertahankan agama

C. mencari keuntungan hasil peperangan

D. menawan Negara yang kaya

48. antara berikut yang manakah bukan sumber untuk Baitulmal

A. zakat           B. harta tanpa pewaris          C. sedekah       D. dendaan

49. antara berikut yang manakah bukan fungsi wanita hasil kedatangan Islam

A. peluang mendapat pendidikan

B. menjadi periwayat hadis

C. berperang bersama lelaki

D. merawat tentera yang cedera

50. antara berikut padanan manakah yang salah

A. Jabir bin Hayyan –menghasilkan 80 karya perubatan dan kimia

B. Ibnu Sina- tokoh perubatan dan kimia

C. Al Kindi –tokoh ilmuan logik, muzik, perubatan

D. Al Battani – memperkenalkan ilmu geografi dan pelayaran

 

TANDAKAN BETUL/ SALAH

1.      Masyarakat tamadun awal hanya mempercayai satu tuhan sahaja

2.      Terdapat institusi agama yang menguruskan upacara keagamaan pada zaman tamadun awal

3.      Kuil atau rumah ibadat yang besar dibina untuk menunjukkan kuasa pemerintahan yang hebat

4.      Penduduk mesir percaya kepada kehidupan selepas mati

5.      Kemunculan institusi dan golongan pekerja telah mewujudkan kelas sosial dalam masyarakat Mesir Purba

6.      Pemerintahan firaun , golongan agama dan bangsawan berada pada kedudukan pertengahan  dalam susunan masyarakat Mesir Purba

7.      Golongan saudagar dan artisan berada laman kelas kedua masyarakat Mesir purba

8.      Dalam Tamadun Rom terdapat kolam mandi besar, sistem paip dan pembentungan yang terkenal

9.      Majistret merupakan badan yang melaksanakan sistem undang-undang di Athens

10.  Kaum wanita tidak terlibat dalam urusan pentadbiran atau politik di Athens dan Sparta

11.  Sistem demokrasi yang diamalkan oleh Athens menekankan kuasa kepada pemerintah

12.  Tulisan pada zaman Tamadun Mesir diletakkan pada batu untuk merakamkan peristiwa yang berlaku pada masa itu

13.  Golongan  petani dan pekerja berada pada kedudukan paling rendah dalam susunan masyarakat mesir Purba

14.  Tanaman utama Tamadun Indus ialah gandum dan sekoi

15.  Asoka mengubah dasar perluasan kuasa daripada perluasan kuasa fizikal kepada perluasan kuasa keagamaan selepas peristiwa Perang Kalinga

16.  Tamadun Huang He ada menghasilkan wang syiling

17.  Sungai Huang He menyimpan banyak lumpur kekuningan yang subur

18.  Kemajuan bidang pertanian di Huang He membawa kepada penghasilan ciptaan daripada kayu dan logam

19.  Di Polis terdapat rumah ibadat, bangunan kerajaan, istana dan rumah kediaman

20.  Khalifah Abu Bakar al Siddiq telah mengetuai peperangan menentang mereka yang enggan membayar zakat