CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Jumaat, 5 Februari 2010

NOTA SEJ TING 2 BAB 4

Bab 4 Kekayaan Ekonomi Sarawak Mendorong Penjajahan Keluarga Brooke
Pengenalan
1. Kekayaan sumber alam Sarawak menyebabkan James Brooke berusaha menguasai Sarawak.
2. Hasrat James Brooke menguasai Sarawak tercapai apabila beliau berjaya mengatasi pemberontakan penduduk tempatan terhadap wakil Kesultanan Brunei.
3. Sarawak diperintah oleh James Brooke dari tahun 1841 hingga 1941. Tiga pemerintah Sarawak ialah James Brooke, Charles Brooke dan Charles Vyner Brooke.

4.1 Perpecahan Membuka Ruang Penjajahan
1. Sarawak adalah di bawah penguasaan Sultan Brunei.
2. Sultan Brunei melantik pembesar tempatan untuk mentadbir Sarawak.
3. Setiap daerah ditadbir oleh Ketua Tempatan Melayu dan Bajau yang bertanggungjawab :
a) Melaksanakan arahan
b) Memungut cukai
4. Ketua Tempatan digelar Menteri Darat, Temenggung atau orang kaya.
5. Datu’ Patinggi Ali ialah pemerintah Sarawak pada tahun 1820-an
6. Sarawak kaya dengan hasil antimoni dan hasil emas. Ini menyebabkan Sultan Brunei
mengukuhkan kuasanya dengan melantik Pangeran Indera Mahkota untuk mengambil alih kuasa
di Sarawak.
7. Orang Bidayuh dan Orang Melayu menentang Pangeran kerana perubahan yang dilakukannya.
a) Mengenakan cukai yang tinggi terhadap hasil penduduk tempatan
b) Mengambil alih kuasa pentadbiran, perdagangan antimoni dan emas daripada pembesar
Melayu
c) Orang Bidayuh dikerah bekerja di lombong dan tidak dibayar upah
8. Kebangkitan 1837 di Sarawak diketuai oleh Datu’ Patinggi Ali.
9. Penentangan bertujuan membebaskan Sarawak daripada pemerintahan Brunei.
10. Pangeran Indera Mahkota gagal mengatasi kebangkitan penduduk tempatan, lalu Kerajaan
Brunei telah menghantar Pangeran Raja Muda Hashim untuk menghapuskan pemberontakan
tersebut, namun usaha beliau juga menemui kegagalan.
11. Pangeran Raja Muda Hashim gagal lalu meminta bantuan James Brooke dan berjanji akan
melantiknya sebagai Gabenor Sarawak sekiranya Pangeran Muda Hashim berjaya menamatkan
pemberontakan tersebut.
12. Pada tahun 1840, James Brooke berjaya menamatkan pemberontakan. Namun, Pengeran Muda
Hashim gagal mengotakan perjanjiannya kerana tidak mendapat persetujuan dari Sultan Brunei.
13. James Brooke bertindak mengebom Bandar Kuching dan akhirnya pada 1841, James Brooke
dilantik menjadi Gabenor Sarawak yang pertama.

Antara syarat Perjanjian Pangeran Raja Muda Hashim dengan James Brooke tahun 1841
• James Brooke akan memerintah Sarawak dan menguasai segala hasilnya
• James Brooke akan menghormati dan memelihara undang-undang dan adat istiadat masyarakat tempatan.


Penyerahan Sarawak
1. James Brooke kemudiannya telah berjumpa dengan Sultan Brunei pada tahun 1842 bagi mengesahkan kedudukannya sebagai Gabenor Sarawak.
2. Kedatangan James Brooke bersama angkatan tenteranya menyebabkan Sultan Brunei terpaksa mengiktiraf perjanjian yang telah ditandatangani oleh James Brooke dan Pangeran Raja Muda Hashim.
3. Terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi dalam penyerahan Sarawak kepada James Brooke pada tahun 1842, iaitu
a) Sultan Omar Ali Saifuddin akan menerima pampasan sebanyak bayaran $2500 setiap tahun daripada James Brooke
b) Sultan Brunei menyerahkan kawasan dari Tanjung Datu ke Sungai Samarahan dan hasil cukainya kepada James Brooke dan pewarisnya
c) James Brooke perlu menjaga dan menghormati agama dan adat istiadat masyarakat tempatan
d) James Brooke diisytihar sebagai Raja Putih Sarawak.
4. Pada tahun 1846, Sultan Omar Ali Saifuddin cuba menentang James Brooke dan pembesar-pembesar menyokongnya.
5. Ancaman Sultan Brunei telah berjaya dipatahkan oleh James Brooke dengan bantuan tentera laut British.
6. Kekalahan tersebut menyebabkan Sultan Brunei terpaksa menandatangani perjanjian baru dengan James Brooke.
7. Perjanjian tahun 1846 telah menyebabkan perubahan-perubahan berikut:
a) James Brooke diiktiraf sebagai Raja Sarawak yang merdeka.
b) James Brooke mempunyai kedaulatan penuh ke atas Sarawak.

4.2 Keluarga Brooke Meluaskan Kuasa
1. Mulai tahun 1853 hingga 1905, James Brooke dan Charles Brooke telah berjaya meluaskan
wilayah jajahan mereka di Sarawak.


Strategi James Brooke dan Charles Brooke meluaskan kuasa di Sarawak
• Mendapat bantuan pasukan tentera laut British
• Menghapuskan penentangan penduduk tempatan dengan kekerasan
• Memaksa Pangeran Indera Mahkota keluar dari Sarawak
• Menghantar Pangeran Muda Hashim ke Brunei
• Menjadikan Sarawak negeri naungan british melalui perjanjian dengan pihak British pada tahun 1888
2. Menjelang tahun 1905, wilayah Sarawak diperluaskan dari Kuching hingga ke sempadan Brunei.
3. Sempadan yang dibentuk kekal sehingga hari ini.








4. Kawasan perluasan kuasa keluarga Brooke di Sarawak antara tahun 1853 hingga 1905
Tahun Kawasan Kaedah yang diperoleh
1853 Tanah antara Sungai Rajang dengan Sungai Samarahan • Penentangan di Saribas dan Batang Lupar
• Sultan Mu’mein tidak dapat mengawal kebangkitan
• Sultan Abdul Mu’mein menyerahkan kawasan antara Sungai Rajang dan Sungai Samarahan dengan bayaran $1500 setahun.
1861 Sungai Rajang • Brooke berjaya menyelesaikan kekacauan di sepanjang Sungai Rajang.
• Sultan Mu’mein menyerahkan Sungai Rajang dan dibayar $4500 setahun
1883 Sungai Trusan • Charles Brooke berjaya menyelesaikan pembunuhan beberapa orang peniaga Sarawak oleh orang Murut di lembangan Sungai Trusan.
• Sultan Brunei menyerahkan kawasan di lembangan Sungai Trusan dan menerima bayaran sebanyak $4500
1905 Lawas • Charles Brooke telah membeli kawasan ini daripada Sultan Hashim Jalal.

4.3 Keluarga Brooke Memantapkan Pentadbiran
1. James Brooke telah mengasaskan sistem pemerintahan beraja di Sarawak. Pentadbiran dan pembesar tempatan dikekalkan bertujuan untuk mendapat sokongan daripada penduduk tempatan.
2. Pembesar Melayu seperti Datu’ Patinggi, Datu’ Bandar dan Datu’ Temenggung berfungsi menasihati keluarga Brooke dalam aspek perundangan dan adat istiadat masyarakat tempatan.
3. Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri diwujudkan bertujuan melicinkan pentadbiran. Majlis Tertinggi berfungsi meluluskan undang-undang yang melibatkan pentadbiran negeri.
4. Untuk melicinkan pentadbiran, seluruh wilayah Sarawak dibahagikan kepada lima bahagian. Setiap bahagian ditadbir oleh Majlis Bahagian.
5. Keanggotaan dan fungsi Majlis Pentadbiran di Sarawak di bawah pemerintahan Keluarga Brooke
Nama Majlis Keanggotaan Fungsi
Majlis Tertinggi • Residen Bahagian Pertama
• Empat orang Datu’ Melayu • Menasihati James Brooke dalam aspek pentadbiran
• Meluluskan undang-undang dan peraturan Sarawak.
• Menggubal semua dasar kerajaan
Majlis Negeri • Ketua Kaum Bumiputera • Bersidang tiga tahun sekali untuk menyuarakan pandangan kepada kerajaan Brooke
• Mengambil bahagian dalam pentadbiran Sarawak.
Majlis Bahagian • Residen
• Penolong Residen
• Penolong Pegawai Daerah
• Pegawai Anak Daerah
• Ketua Kampung • Menasihati Residen
• Mengetuai operasi ketenteraan
• Menjaga keamanan setiap bahagian
• Memungut cukai
6. Keluarga Brooke mewujudkan beberapa jabatan baru di Sarawak, iaitu Jabatan Kehakiman, Jabatan Polis, Jabatan Kastam dan Cukai dan Jabatan Pos.
7. Mahkamah Keadilan diwujudkan oleh James Brooke bertujuan mewujudkan keamanan.
8. Sarawak menjadi negeri naungan British selepas Charles Brooke menandatangani perjanjian dengan pihak British.
Antara syarat Perjanjian British – Charles Brooke tahun 1888
• British akan melindungi Sarawak daripada ancaman musuh.
• Keluarga Brooke akan memerintah secara bebas di Sarawak.
• British bertangungjawab terhadap hal ehwal luar negeri Sarawak.
9. Bagi kes jenayah dan kes yang melibatkan lebih daripada satu suku kaum akan dihakimi oleh Raja Sarawak, Residen atau Timbalan Residen.
10. Ketua-ketua tempatan akan menyelesaikan kes-kes sivil mengikut kaum mereka seperti Melayu Dayak dan Cina.

Perlembagaan 1941
1. Pada 24 September 1941, Charles Vyner Brooke telah mengisytiharkan Perlembagaan Sarawak yang juga dikenali sebagai Perlembagaan 1941.
2. Perlembagaan 1941 diisytiharkan sempena sambutan 100 tahunpentadbiran keluarga Brooke di Sarawak. Perlembagaan ini merupakan perlembagaan pertama di Sarawak.
3. Walau bagaimanapun, perlembagaan ini tidak dapat dilaksanakan kerana tercetusnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1942.
4. Selepas Perang Dunia Kedua, Charles Vyner Brooke telah menyerahkan pentadbiran Sarawak kepada pihak British.
Antara isi kandungan Perlembagaan 1941
• Charles Vyner Brooke menyerahkan kuasa mutlaknya kepada Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri.
• Raja Sarawak memerintah dengan nasihat majlis Tertinggi
• Majlis Negeri berkuasa meluluskan undang-undang dan meguruskan kewangan.
• Raja mempunyai kuasa untuk membatalkan undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Negeri.
• Raja Brooke melantik kebanyakan ahli Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri.

4.4 Perubahan Ekonomi di Bawah Pentadbiran Keluarga Brooke
1. Pemerintahan keluarga Brooke tidak menggalakkan kemasukan pelabur luar secara besar-besaran ke Sarawak.
2. Tindakan tersebut bertujuan menjaga kepentingan ekonomi keluarga Brooke di Sarawak.
3. Orang Cina turut terlibat sebagai pedagang dan pelombong antimoni dan emas.
4. Keluarga Brooke turut memperkenalkan beberapa tanaman baru, antaranya ialah tanaman getah dan tembakau.
5. Beberapa jenis tanaman tradisional telah dimajukan untuk dieksport. Antaranya ialah padi, kelapa, gambir, lada hitam dan sagu.
6. Pembangunan ekonomi dan sosial di Sarawak tidak seimbang kerana hanya tertumpu di Bahagian Pertama dan Bahagian Kedua Sarawak sahaja.

Hasil hutan mengukuhkan Keuntungan
1. Pentadbiran keluarga Brooke turut memajukan kegiatan mengumpul hasil hutan untuk meningkatkan pendapatan kerajaan.
2. Hasil hutan yang dikumpul untuk tujuan eksport ialah sarang burung, kapur barus, rotan, damar, getah jelutung, engkabang dan kegiatan pembalakan.
3. Engkabang ialah sejenis buah kekeras yang diperoleh daripada sejenis tumbuhan liar yang diproses untuk membuat minyak masak.

Kemajuan Pertanian Menguntungkan Keluarga Brooke
1. Pentadbiran Brooke telah memajukan kegiatan tradisional dan baru untuk meningkatkan sumber pendapatan kerajaan.
2. Sagu merupakan tanaman tradisional telah diusahakan oleh orang-orang Melanau di sekitar tebing Sg. Oya, Igan, Mukah dan Bintulu.
3. Syarikat Borneo telah member perhatian terhadap tanaman sagu dan mengusahakannya untuk tujuan eksport pada kurun ke-19.
4. Sarawak muncul sebagai pengeluar sagu utama dunia dengan membekalkan separuh daripada pengeluaran sagu dunia.
5. Sagu diproses menjadi tepung sebelum dieksport ke amerika Syarikat dan Eropah.
6. Perkembangan industri tekstil di Amerika Syarikat dan Eropah menyebabkan permintaan terhadap tepung sagu meningkat dengan mendadak.
7. Kebanyakkan kilang memproses tepung sagu diusahakan oleh orang Cina di sekitar Bandar Kuching.
8. Tanaman tradisional lain seperti lada hitam dan gambir telah diusahakan oleh orang Cina di sekitar Bahagian Pertama dan Bahagian Ketiga di Sarawak.
9. Pada tahun 1885, Sarawak telah mengeksport gambir sebanyak 1370 tan.
10. Kelapa turut diusahakan oleh orang Melayu secara tradisional di sekitar Bahagian Pertama dan Bahagian Kedua.
11. Dua tanaman baru, iaitu tembakau dan getah telah diperkenalkan oleh pemerintahan keluarga Brooke di Sarawak untuk tujuan eksport kerana harganya yang menguntungkan.
12. Tembakau ditanam di sekitar Lundu untuk dieksport ke London. Pada akhir kurun ke -19, tanaman getah mula diperkenalkan di Sarawak secara berkebun kecil.
13. Orang Cina dan Jawa telah dibawa masuk oleh Keluarga Brooke untuk mengusaha dan memajukan tanaman getah.
14. Pada kurun ke-20, getah merupakan eksport kedua terbesar Sarawak selepas petroleum.
Perlombongan Memantapkan kekayaan Keluarga Brooke
1. Pada zaman pemerintahan Brooke, perlombongan emas, antimoni, arang batu dan petroleum diberi tumpuan.
2. Perlombongan emas telah diusahakan pada peringkat awalnya oleh orang Cina di sekitar Bau. Pada tahun 1857, pelombong-pelombong Cina telah memberontak di sekitar Bandar Kuching kerana marah dengan tindakan kerajaan Brooke menaikkan cukai ke atas mereka.
3. Pemberontakkan tersebut berjaya dipatahkan dan orang Cina telah melarikan diri ke Sambas.
4. Syarikat Borneo telah mula mengambil alih kegiatan perlombongan emas dan menjadi antara bahan eksport Sarawak yang penting menjelang kurun ke-20.
5. Antimoni merupakan galian yang berharga yang dilombong di Baud an Kuching.antimoni dari Sarawak dieksport ke Eropah melalui pelabuhan Singapura.
6. Sarawak turut mengeksport arang batu dan raksa sekitar tahun 1868 hingga 1889. Kegiatan carigali petroleum mula diberi tumpuan.
Pengukuhan Minda
Kegiatan perlombongan di Sarawak
Galian Ciri penting
Emas • Dilombong di Bau
• Orang Cina sebagai pengusaha terawal
• Syarikat Borneo mengambil alih selepas tahun 1857.
Antimoni • Logam paling berharga di Sarawak.
• Dilombong di Baud an Kuching.
• Pengusaha utama ialah Syarikat Borneo.
Raksa dan arang batu • Antara galian yang dilombong oleh Syarikat Borneo.
• Raksa ialah sejenis bahan yang digunakan dalam thermometer.
Petroleum • Usaha carigali dilakukan oleh The Anglo – Saxon Oil Company.
• Telaga minyak yang pertama ditemui di Miri pada tahun 1882.
• Petroleum diproses di Lutong pada tahun 1917.


4.5 Perubahan Sosial di Bawah Pentadbiran Keluaarga Brooke
1. Pertumbuhan Bandar
a) Kuching, Miri, Bintulu dan Sibu
b) Kuching – Ibu negeri dan pusat pentadbiran
c) Miri – Perlombongan Petroleum
2. Perkembangan sistem pengangkutan
a) Jalan raya – dibina dari Bahagian Pertama
b) Jalan air – Jalan perhubungan utama. Syarikat perkapalan Singapore and Sarawak Steamship ditubuhkan.
c) Jalan udara – menghubungkan Kuching dan Singapura
d) Landasan kereta api – dibina untuk menghubungkan Kuching ke Bau. Ditutup kerana kemelesetan ekonomi.
3. Sistem perhubungan – perkhidmatan pos, telefon dan telegraf terhad di Kuching.

4. Kemudahan kesihatan seperti pembinaan hospital di Kuching, Miri dan Sibu.
5. Perkembangan pendidikan
a) Sekolah Melayu
- Setakat sekolah rendah dan ketinggalan jauh
- Buku dari Tanah Melayu
- Lepasan sekolah hanya menjadi guru dan kakitangan rendah kerajaan
b) Sekolah Inggeris
- Saint Thomas di Kuching. Sekolah pertama yang diusahakan olehMubaligh Kristian.
c) Sekolah Cina
- Buku, sukatan pelajaran dan guru dari China
d) Jabatan Pendidikan ditubuhkan pada 1924 untuk mengawal perkembangan pendidikan
e) Guru mendapat latihan di MPSI
f) Pasukan Sarawak Rangers dibentuk untuk menjamin keselamatan.
6. Seni Bina Barat seperti yang terdapat pada Bangunan Astana, Fort Magherita, Muzium Sarawak, Pejabat Pos dan Mahkamah.
7. Dasar pecah dan perintah.
a) Orang Melayu – pentadbiran
b) Orang Iban – ketenteraan
c) Orang Cina – sektor perdagangan, perlombongan dan pertanian
d) Orang India – perniagaan kain
e) Orang Sikh – polis
f) Dasar ini menghalang perpaduan kaum untuk mengukuhkan kekuasaan.

Kesimpulan
1. Penjajahan Keluarga Brooke ke atas Sarawak berpunca daripada kelemahan pentadbiran pembesar yang dilantik oleh Sultan Brunei.
2. Pentadbiran Brooke telah berjaya mengeksploit kekayaan hasil bumi Sarawak melalui kegiatan perlombongan dan pertanian dagangan.
3. Pelbagai perubahan telah diperkenalkan oleh pentadbiran Brooke telah sepanjang 105 tahun mereka menjajah Sarawak.
4. Segala perubahn yang diperkenalkan tidakdinikmati oleh penduduk peribumi Sarawak kerana tertumpu di kawasan bandar utama.
5. Jaminan pemerintahan sendiri kepada rakyat Sarawak melalui perisytiharan Perlembagaan 1941 oleh Charles Brooke gagal dilaksanakan kerana tercetusnya Perang Dunia Kedua.

12 ulasan:

  1. nota ini banyak membantu..malah mudah untuk difahami..terima kasih

    BalasPadam
  2. terima kasih cikgu razak.. sgt membantu..

    BalasPadam
  3. Thanks Cikgu Razak.. ia amat membantu saya

    BalasPadam
  4. Saya menyalin semula untuk kegunaan dlm kelas. terima kasih

    BalasPadam
  5. Terima kasih cikgu Razak.....

    BalasPadam
  6. Terima kasih cikgu Razak.....

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  8. salam cikgu apakah kesan penjajahan james brooke di sarawak?
    mengapa rakyat menentang james brooke?

    BalasPadam
  9. apakah iktibar peristiwa ini ? apakh kesan kepada diri masyarakat dan negara?

    BalasPadam
  10. apakah rumusan bagi penjajahan james brooke di sarawa
    -bersama ikhtibar(5), pengetahuan(5), pengajaran(5)

    BalasPadam