SENARAI SEMAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN
MALAM SEBELUM PEPERIKSAAN
1. Semak jadual peperiksaan - untuk memastikan mata pelajaran pada hari esoknya. Kalau boleh tandakan dahulu dengan highlighter pada setiap mata pelajaran yang anda ambil. Ini memudahkan semakan dibuat untuk memastikan anda tidak terlepas atau tertinggal mata pelajaran yang anda ambil.
2. Keperluan peperiksaan berfungsi dengan baik seperti pen, pensil 2B, pemadam, pembaris, pengasah, protektor , kalkulator , dan sebagainya.
3. Pada tahun ini anda dilarang membawa sebarang bekas pensil . jadi anda diminta menggenggam sahaja bahan tersebut.
4. Membuat ulangkaji terakhir (nota – nota penting sahaja).
5. Menyimpan kad pengenalan dan slip kemasukan peperiksaan dengan baik.
6. Menyemak jam tangan berfungsi dengan baik dan tepat.
7. Menyediakan pakaian seragam sekolah yang sesuai untuk peperiksaan dan memastikan ianya selesa dan masih elok dipakai.
8. Minta ibu bapa/ keluarga kejutkan untuk bangun awal.
9. Tidur awal dalam keadaan tenang dan memasang jam loceng sebelum tidur.
PAGI HARI PEPERIKSAAN
1. Bangun awal dan melakukan aktiviti kerohanian (solat, berdoa dan sebagainya).
2. Ceria, tenang dan berfikiran positif tentang peperiksaan.
3. Memohon restu (doa) daripada ibu bapa.
4. Datang ke sekolah lebih awal. Kalau boleh atau masih boleh bacalah nota pendek yang anda sediakan selama ini untuk rujukan terakhir.
5. jangan membazirkan masa ini dengan berbual bersama rakan yang mengambil peperiksaan.
6. jangan beritahu kawan apa yang anda sudah baca / hafal . ini akan menyebabkan rakan anda akan kelihatan tidak bersedia kerana berasa belum membaca tajuk yang anda perkatakan itu.
7. Masuk ke dewan peperiksaan dengan tenang, yakin dan berdoa. Ikutlah peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
8. Duduk di dalam dewan peperiksaan di tempat yang dikhaskan kepada anda dengan tenang sambil menunggu arahan pengawas peperiksaan. Banyakkan berdoa, berzikir dan berselawat.
9. kadang-kadang tempat duduk akan berubah kerana jumlah calon yang mengambil satu-satu mata pelajaran tidak ramai. Jadi anda perlu bersedia dengan maklumat yang ditampal di pintu masuk dewan atau bilik peperiksaan.
10. Mulakan menjawab soalan dengan lafaz BismilLah dan doa.
MENJAWAB SOALAN OBJEKTIF
1. pastikan anda mendapat kertas jawapan objektif bermaklumat milik anda sahaja.
2. adalah penting bagi anda duduk di tempat yang disediakan untuk anda.
3. bagi calon persendirian anda hendaklah merujuk kepada plan kedudukan calon yang biasanya diletakkan pada pintu hadapan dewan mahupun bilik peperiksaan.
4. Mengambil tahu bilangan soalan yang ada dan jumlah masa yang peruntukkan.
5. Membaca soalan sekurang-kurangnya dua kali sebelum menjawab.
6. Tentukan ruang jawapan diisi dengan betul.
7. Tinggalkan, bulatkan soalan yang tidak yakin dan beredar ke soalan seterusnya. Anda tidak semestinya menjawab soalan nombor satu dahulu.
8. Semak jawapan sama ada sudah ditandakan dengan betul sama dengan pilihan jawapan di kertas soalan.
9. Bagi soalan yang tidak yakin, tinggalkan jawapan yang tidak munasabah, kemudian yang sederhana munasabah, maka tinggallah jawapan yang diyakini betul sahaja.
10. Padamkan dengan bersih sehingga tidak ada kesan yang tertinggal jika ingin membuat perubahan jawapan.
11. Tanda pada ruang jawapan dibuat dengan jelas dan nyata.
12. kira bilangan soalan yang perlu dijawab sebelum dikutip oleh pengawas peperiksaan.
MENJAWAB SOALAN SUBJEKTIF
1. Semak bilangan soalan yang perlu dijawab dan berapa markah yang diperuntukkan setiap soalan.
2. Membaca arahan soalan sebelum menjawab dan ingatkannya semasa menjawab.
3. Baca kesemua soalan sepintas lalu untuk mendapat gambaran keseluruhannya.
4. Tandakan semua soalan-soalan yang diyakini boleh dijawab.
5. Semak semua soalan yang ditandakan dan pilih jumlah soalan yang diyakini dapat dijawab dengan baik.
6. Membaca dan memahami kehendak soalan sebelum mula menjawab.
7. Pembahagian masa untuk setiap soalan hendaklah dilakukan dengan seberapa baik yang mungkin.
8. Menyediakan rangka jawapan sebelum menjawab soalan.
9. Tenangkan fikiran semasa menjawab.
10. Memastikan tulisan dapat dibaca oleh pemeriksa dengan senang.
11. Semak semula pengisian maklumat pada buku jawapan yang disediakan seperti no. kad pengenalan, angka giliran dan kira bilangan soalan yang perlu dijawab
Tiada ulasan:
Catat Ulasan