CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Sabtu, 12 Disember 2009

DIAGNOSTIK 1

Tuliskan kata ganti nama diri pada petak kosong di bawah.






a. Setelah sultan itu mangkat ,putera _______________yang sulung menaiki tahta.
b. “_______________ tidak pernah berbohong “ kata Jamil kepada Ali
c. Walaupun keretanya rosak teruk dalam kemalangan itu tetapi_______________hanya cedera ringan.
d. Kedatangan pendatang asing ke negara _______________ berlaku kerana mereka ingin mencari pekerjaan.
e. _______________ mesti membantu ibu bapa _______________ membuat kerja di rumah.
f. Jika _______________ sudi datanglah ke rumah _______________
g. _______________ sangat dihormati kerana telah berjasa kepada kampung itu.
h.
i. Kesungguhannya dalam pekerjaan menyebabkan _______________ dinaikkan pangkat.
j. Peluang _______________untuk menjuarai pertanidngan bolasepak itu sangat cerah.
k. Menteri itu membuat lawatan rasmi ke pejabat kerajaan . _______________ diiringi oleh pegawai bawahannya.
l. Walaupun ketiga-tiga anak Pak Ali berjawatan tinggi namun _______________tidak sombong.
m. Boleh _______________bantu awak ?
n. Segala suruhan tuanku akan _______________laksanakan.
o. “_______________akan memerintah negara ini dengan adilnya “ titah raja itu.
p. _______________pergilah dahulu, _______________akan menyusul kemudian .
q. “ _______________ dari Kampung Semerah Padi ingin menumpang tidur di sini “ kata pemuda itu kepada Hang Nadim
r. _______________muncul sebagai johan dalam pertandingan itu.
s. “ Siapa antara _______________yang boleh menjawab soalan ini? ” tanya Cikgu Saleha
“ Mulai hari ini_______________akan belajar bersungguh-sungguh “ bisik Kamal dalam hati.


Kata Hubung

Pilih kata hubung yang sesuai di bawah bagi mengisi tempat kosong di bawah .
1. Zainab membeli buku _______________ pen
2. Ahmad kurus _______________adiknya gemuk.
3. Anuar _______________ Shahrul pergi ke kedai.
4. _______________ Jamilah , pelajar perempuan di kelas itu pandai menjahit.
5. Encik Tajul berdoa _______________ anaknya cepat sembuh daripada penyakit.
6. Encik Kassim pergi ke Ipoh _______________ dia ada urusan penting.
7. Saya akan ke Johor Bahru pada hari esok _______________ lusa.
8. Puan Hasmah pergi ke pasar untuk membeli ikan _______________ sayuran.
9. Ibrahim telah belajar bersungguh-sungguh _______________ masih gagal dalam peperiksaan.
10. Pegawai itu memberitahu penduduk kampung _______________ bekalan air akan tergendala pada hari esok _______________ lusa.
11. Rumah kos rendah dibuat _______________ golongan berpendapatan rendah.
12. Ibu bapa sentiasa mengharapkan _______________ anak mereka berjaya dalam pelajaran.
13. _______________ pergi sekolah saya akan bersarapan.
14. _______________ berumur tiga tahun lagi saya tinggal dengan datuk.
15. Setelah mendengar bunyi meminta tolong itu , _______________ saya terus pergi mendapatkannya.
16. Saya mengaku _______________ saya tidak mencuri wang itu .
17. _______________ Amin lahir dia tidak pernah mendapat kasih sayang ibu dan bapanya.
18. Perempuan itu ketawa _______________ menutup mulutnya.
19. Aminah menyusun meja _______________ kerusi .
20. Emak berpesan kepada saya _______________ saya makan makanan yang telah dihidangkannya di atas meja.
21. Kamu boleh membeli buku itu _______________buku ini.
22. Semua pelajar di kelas itu lulus dalam peperiksaan _______________ Karim.
23. Budak itu tersepak batu _______________terjatuh.
24. Daud berjalan _______________bersiul.
25. Yoke Ming tidak ke sekolah _______________ demam.
26. Perangai Zahid kasar _______________pemarah.
27. Dia bekerja keras _______________hidupnya senang nanti.
28. Zainal tidak akan ke bandar _______________hari hujan.
29. Hujan turun dengan lebat _______________ banjir berlaku
30. Adik dahaga _______________dia minum air.
31. Saya diberitahu _______________esok akan diadakan majlis suaikenal di sekolah.
32. Pemuda _______________ditangkap polis itu merupakan penagih dadah
33. Keluarga saya menetap di sini_______________20 tahun yang lalu.
34. Dia sampai ke sekolah _______________ pukul 7.10 pagi.
35. _______________gemuk budak itu berlari dengan kuat.
36. Lajim menyaipkan kerjanya _______________ habis.
37. Dia tidak akan pulang _______________ dia belum menghabiskan kerjanya di kebun itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan