Jawab semua soalan
1. Setiap pagi kami menunggang ___________ ke sekolah
A. kereta B. lori C. bas D. basikal
2. Luka pada lutut saya telah di jahit oleh ___________
A. Encik Sami B. Maharaja China C. Dr. Khairul D. Mejar Hassan
3. “___________ akan menghadap Sultan esok,” kata Temenggung kepada Bendahara
A. patik B. hamba C. beta D. tuanku
4. Zainal pergi ke perpustakaan untuk meminjam ___________
A. buku B. setem C. wang D. pen
5. Bandar ___________ di Jepun telah dibom oleh tentera Amerika Syarikat pada 1945.
A. Nagasaki B. Kuala Lumpur C. New York D. London
6. “ ___________ hendak ___________ siapkan kerja ini pada hari ini juga ,” kata Encik Salim kepada pekerjanya.
A. Aku ... engkau B. Dia ... anda C. Kami ... kamu D. Saya... awak
7. Farid menyimpan wangnya di ___________
A. Menara Berkembar Patronas
B. Bank Simpanan Nasional
C. Menara KualaLumpur
D. Syarikat Maju Sdn Bhd
8. ___________ banyak memberikan kemudahan kepada kita terutamanya dari segi perhubungan .
A. televisyen B. bas C. telefon D. radio
9. ___________ mesti b rajin berlatih untuk memenangi perlawanan itu nanti.
A. kita B. beliau C. baginda D. tuanku
10. Budak-budak itu kehujanan ketika ___________ berjalan pulang ke rumah.
A. dia B. beliau C. mereka D. ia
11. Baju ___________ialah pemberian ibu saya sempena hari lahir saya
A. Sini B.sana C.situ D.ini
12. ___________pun tidak dibenarkan memasuki kawasan larangan ini.
A. bila-bila B. mana-mana C.siapa-siapa D.apa-apa
13. Di ___________ awak letakkan kotak itu
A. apa B.mana C.siapa D.bila
14. “Di ___________lah saya menjumpai bayi itu,”kata Song kepada polis itu.
A. sini B.situ C.itu D.ini
15. Lelaki yang ditangkap oleh polis itu sebenarnya tidak tahu ___________ tentang rompakan itu.
A. siapa-siapa B. apa-apa C.mana-mana D.bila-bila
16. “___________kah yang akan menemani kamu ke Pulau Pinang esok ?” kata Ali kepada Abu.
A. siapa B.apa C.siapa-siapa D.mana
17. Banyak faedah yang kita peroleh jika kita ___________ diri dalam persatuan beruniform
A. meluaskan B. menghiaskan C. memasukkan D.melibatkan
18. Kami terasa sungguh sejuk kerana kabus tebal ___________ seluruh kawasan Tanah Tinggi Genting.
A. menyelubungi B. menutupi C.melingkari D.mengaburi
19. Tugas perajurit adalah ___________ negara daripada sebarang ancaman musuh.
A. memperteguh B. mempertahankan C.memperkuat D.mempertemukan
20. Hasil karya beliau akan ___________ dalam majalah itu pada bulan akan datang.
A. diterbitkan B.dimuatkan C.dikeluarkan D.dilampirkan
21. Majlis perasmian itu ___________ dengan persembahan pentas oleh para pelajar sekolah .
A. ditamatkan B. dilengkapi C. diselesaikan D. ditutupi
22. Sejak ______ini para pelajar agak kurang berminat mempelajari mata pelajaran Sejarah.
A. baru-baru B. awal-awal C. dulu-dulu D. akhir-akhir
23. Tanah-tanah _______ yang terdapat di kawasan luar bandar haruslah dimajukan untuk pembangunan negara
A. tersekat B. terabai C. terbiar D. tercemar )
24. _______ merupakan anak tunggal dalam keluarganya
A.dia B.mereka C.kita D.kami
25. Kursus itu terbuka kepada _______ sahaja yang berminat
A.bila-bila B.mana-mana C.siapa-siapa D. apa-apa
26. Para peserta mendaki gunung itu selama empat jam ___________ sampai ke puncaknya
A. setelah B. sebelum C. kemudian D.akhirnya
27. Ayah ___________ cincin berlian kepada ibu sempena hari ulang tahun perkahwinan mereka
A. hadiah B. menghadiahi C.menghadiahkan D.hadiahkan
28. Encik Amin _______ ke pejabat pos sewaktu kami tiba di rumahnya
A. mesti telah B. belum boleh C. sedang hendak D. mesti akan
29. Mariam sekeluarga memang ___________ melancong ke luar negara semasa cuti.
A. suka B. hobi C. hendak D. mesti
30. Bangunan yang didirikan di Bandar raya New York _______ belaka
A. jarang-jarang B. tinggi-tinggi C. kecil-kecil D. kurus-kurus
31. Encik Wong Lee cepat ke pejabat untuk menghadiri mesyuarat yang ___________
A. sama B. penting C. istimewa D. biasa
32. Pelajar yang _______ di pusat membeli belah itu telah ditangkap oleh polis
A. bertaburan B.berpeleseran C.berkunjung D.beramai-ramai
33. Polis itu sedang _______ satu kes kemalangan jalan raya
A. memeriksa B. menyiasat C. mengenali D. menyelidik
34. Para _______ menderma wang mereka kepada mangsa Tsunami
A. jutawan B. biduan C. dermawan D. jelitawan
35. ___________ lampu isyarat di simpang jalan itu telah menyebabkan kesesakan lalu lintas
A. kekeringan B. kesibukan C. kerosakan C. kelemahan
36. Pelajar itu mengaku ___________ bersalah kerana bukan dia yang mencuri duit saya
A. tidak B. bukan C. tidak-tidak D. boleh-boleh
37. Saya berehat di bawah pokok itu semasa berada di ___________ jalan untuk balik ke kampung dengan kereta.
A. setengah B. sesetangah C. tengah-tengah D. pertengahan
38. _______ pelajar 1 Tekun tidak pandai membaca dan mengira
A. segelintir B. setengah C. separuh D. seramai
39. _______ bomba telah berjaya memadamkan api yang sedang marak itu .
A.kumpulan B. pasukan C. golongan D. gerombolan
40. Ahmad dan Balu _______ selimut tebal untuk memanaskan badan .
A. memperoleh B. menerima C. menggunakan D. menyambar
41. Saiful _______ pelawaan Halim untuk bermalam di rumah barunya
A. mencegah B. menolak C. menentang D. menghalang
42. Sikap toleransi amat penting dalam ________ perpaduan kaum di negara kita ini
A.mewujudkan B. melancarkan C.menubuhkan D. mengadakan
43. Daun-daun kering daripada pokok durian iu _______ apabila ditiup angin
A. bertempiaran B. berterbangan C.berhamburan D.bergulingan
44. Perbuatan pegawai itu yang makan suap akhirnya _______ dirinya .
A. bersusah B. kesusahan C. menyusahkan D. disusahkan
45. Biskut yang dibuat oleh Vee Lee manis _______ kerana banyak menggunakan gula
A. sekali B.paling C.agak D.gula
46. Kita mesti kerap _______ dengan jurulatih jika ingin berjaya dalam bidang sukan
A.berlawan B. bersama C. berlatih D. berjuang
47. Berita perkahwinan penyanyi itu _______ dengan cepatnya .
A.bersebar B. bertebar C. tersebar D. menyebarkan
48. Kita membaca buku untuk _______ ilmu pengetahuan .
A. mendapat B menambah C. mencari D. membuka
49. Hutan di negara akan _______ jika kegiatan membalak dilakukan dengan banyaknya
A. hilang B. hapus C. musnah D. mati
50. Kraftangan buatan negara ini memang _______ bermutu tinggi .
A. diakui B.diperakui C.pengakuan D.akuan
51. Dia membeli sekilo gula , tepung dan telur _______ sebiji buah tembikai
A. dan B.lagi C.sama D.serta
52. Kesesakan lalu lintas di kawasan itu _______ oleh kereta yang diletakkan di tepi jalan
A. disebabkan B.sebab C.penyebab D.bersebab
53. Rumah Hanim terletak _______ kawasan lombong .
A. hampiri B. menghampiri C. hampir-hampir D. berhampiran
54. Kemalangan itu sering berlaku di selekoh _______ itu .
A. bengkuk B. tajam C. licin D. kecil
55. Aisyah terpaksa berhenti sekolah kerana _________ bapanya tidak cukup untuk membiayai persekolahannya .
A. pendapatan B. perusahaan C. perniagaan D. pemergian
56. Seluruh badan mangsa pembunuhan itu ______ darah .
A. berlapikkan B. beralaskan C. berlumuran D. bersalutkan
57. ______ daripada wang itu digunakan untuk membeli komputer .
A. sebahagian B. sesetengah C. semua D.segala
Tiada ulasan:
Catat Ulasan