CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Sabtu, 12 Disember 2009

puisi

Puisi Tradisional

1. Pantun Perpisahan

1. hari ini kita dapat berkumpul bersama-sama tetapi esok kita terpaksa berpisah
2. tidak dapat dipastikan bila kita akan berjumpa lagi
3. kehilangan seseorang yang tidak dapat dikesan jejaknya
4. walaupun sudah bertahun-tahun berpisah dengan kekasih tetapi lambat-laun akan kembali juga
5. mendoakan pemergian kekasih dan berharap agar dia dapat menjaga diri di tempat orang
6. terpaksa meninggalkan kampung halaman yang menjadi tempat bermain dan bermandi-manda
7. sekiranya dikurniai kesihatan yang baik dan dipanjang umur , kita dapat bertemu semula

2.Pantun Joget Pahang
1. kedatangan orang luar amat-amat dialu-alukan oleh penduduk setempat dan segala kekurangan janganlah dicela
2. harapan perantau agar Tuhan mengabulkan niatnya untuk berbuat jasa
3. perantau itu berharap agar kedatangannya diterima oleh penduduk setempat

3.Pantun Teka-teki
1. meminta kita memberikan jawapan apakah benda yang mengejar tetapi tidak berkaki dan yang dikejar pula tidak berekor
2. meminta kita menjawab apakah benda yang di dalam batangnya ada daun dan didalamnya pula ada isi
3. apakah benda yang apabila diikat benda itu akan berjalan tetapi apabila dibuka benda itu mati
4. apakah benda yang mempunyai satu ibu dan banyak anak serta mengeluarkan api apabila digeselkan
5. apakah benda yang naik sebaik-baik saja hujan turun


4.Syair Pesanan Ibu
1. ibu menasihati anaknya agar melengkapkan diri dengan ilmu untuk bekalan pada masa depan
2. ilmu dapat melindungi kita daripada ditimpa pelbagai masalah
3. kehidupan pada zaman remaja amat berharga dan hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya
4. sekiranya kita menghadapi masalah kita mesti menghadapinya dengan tabah dan tenang
5. jangan mudah percaya dengan godaan syaitan dan terlibat dalam penyalahgunaan dadah
6. jangan suka membuang masa kerana masa yang telah berlalu tidak akan berulang
7. kehidupan di dunia banyak halangan dan rintangan . oleh sebab itu orang yang tidak kuat semangat dan tidak tahan menghadapi cabaran pastinya akan mengalami kegagalan
8. kita tidak harus membiarkan tanah air kita jatuh ke tangan musuh

5.Syair Nur Alam Syah Lela Putera

Syair ini dikarang oleh penyair dengan ikhlas tanpa mengharapkan pujian. penyair memohon maaf sekiranya terdapat kesalahan kata-kata dalam syairnya. cerita bermula dengan sebuah negeri bernama Jenaka Asyik yang amat masyhur. Kota negerinya sangat kukuh dan dikawal oleh pengawal yang gagah serta banyak mempunyai kawasan jajahan.Banyak yang berdagang /berniaga di negeri ini. Negeri ini kaya sehinggakan istananya diperbuat daripada emas dan intan
Raja negei itu adil , berani dan disegani oleh raja-raja lain . Sultannya bernama Diladal Bahri yang cekap dan bijak memerintah negerinya . Baginda sangat disayangi oleh rakyat. Rakyat hidup senang kerana baginda selalu bersedekah. Baginda sudah beristeri tetapi belum dikurniakan anak. Baginda berdoa untuk mendapat anak lelaki. Rakyat mendoakannya. Permaisuri hamil. Permaisuri melahirkan anak lelaki. Suasana ketika itu mendung , bunyi guruh. Bayi itu kemudiannya di mandikan, dibedakkan dan diselimutkan dengan kain yang cantik. Sultan sungguh gembira. Anak itu dinamakan Nur Alam Syah Lela Putera

6. Syair Mungkir Janji
Penyair dan sahabatnya telah berjanji untuk menghadapi segala cabaran bersama-sama walaupun telah dinasihati agar membatalkan saja hasrat tersebut. Akhirnya perjanjian tersebut dimungkiri oleh sahabat-sahabat penyair. Sahabatnya tidak bertanggungjawab dan tidak dapat dipercayai. Penyair mengingatkan sahabatnya bahawa dia pernah berjanji untuk bersama walaupun dihina serta sanggup merantau ke tempat lain daripada mendapat malu/ kecewa.Rakan penyair melupakan janji walaupun menerima dugaan yang sedikit. Penyair memutuskan persahabatan kerana dia tidak mahu menanggung rasa sakit hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan