CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Sabtu, 12 Disember 2009

sajak

Analisis sajak

1.Mata Ayah
1. mengisahkan anak pulang ke kampung . kepulangannya disambut mesra oleh bapanya .
2. renungan mata ayahnya jelas menggambarkan penderitaan yang dialaminya
3. ayahnya masih mampu menyembunyikan keperitan hidupnya. Keadaan itu sama seperti kata-katanya dalam surat yang meminta penyajak pulang unutk menikmati beras baru
4. penyajak dapat merasakan kepedihan yang ditanggung oleh ayahnya walaupun ayahnya cuba menyembunyikan penderitaan yang sudah sebati dalam hidupnya.

Tema
- keperitan / kesusahan hidup seorang ayah yang cuba menyembunyikan daripada pengetahuan anaknya

Nilai – kasih sayang , hormat-menghormati , prihatin dan mengenang budi

Pengajaran
1. kita hendaklah menziarahi orang tua kita yang tinggal di tempat lain
2. kasih sayang antara ayah dengan anak dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan
3. anak-anak haruslah mengambil berat terhadap orang tua

2.Seuntai kata untuk dirasa
1. jangan asyik bercakap sahaja tanpa berusaha . Jika kita mepunyai cita-cita maka berusahalah bersungguh-sunguh
2. kita tidak perlu menghebahkan sesuatu hasil yang sedikit. Sepatutnya kita berusaha secara senyap tetapi usaha itu boleh menjadi hasil yang banyak
3. sudah tiba masanya untuk kita berusaha dan kurangkan bercakap

Tema- melahirkan falsafah / pendirian / pendapat ntuk mencapai cita-cita
Nilai – rajin berusaha , kegigihan dan kerjasama

Pengajaran
1. kita haruslah mempunyai azam yang kuat dalam mengejar cita-cita
2. kurangkan bercakap dan bekerja bersunguh-sungguh
3. kita hendaklah berusaha bersama-sama untuk mencapai hasrat yang diingini .


3.Bicara buat guru
1. penyajak ingin bersama-sama dengan gurunya yang telah banyak berjasa dan mencurahkan kasih sayang kepada anak muridnya.
2. penyajak ingin bersama-sama dengan gurunya yang memberikan harapan kepada anak-anak muridnya
3. penyajak ingin mencontohi azam dan semangat gurunya untuk memerdekakan jiwa anak bangsa
4. penyajak ingin bersama-sama dengan gurunya untuk mengajar anak-anak bangsa dan mempertahankan martabat perguruan serta menghilangkan kebimbangan di jiwa anak-anak didiknya
5. penyajak ingn berkongsi kerinduan gurunya terhadap anak-anak didiknya. Penyajak berasa bangga apabila bekas anak-anak murid yang telah berjaya masih menegur mesra gurunya ketika terjumpa di tengah jalan.

Tema – penghargaan anak murid terhadap jasa guru kepadanya
Nilai – mengenang jasa , keikhlasan , pengorbanan
Pengajaran
– kita mestilah menghargai jasa-jasa guru
– sumbangan guru harus disanjung tinggi kerana bidang perguruan merupakan suatu profesion yang mulia
– setiap orang perlu menghormati guru yang telah banyak berkorban untuk mendidik anak-anak bangsa

4.Pesan tangan kepada jari
1. penyajak meminta rakyat memilih ketua supaya dapat bersatu padu . penyajak berharap agar rakyat memilih jalan yang mengarah kepada kebaikan demi kemakmuran bersama
2. pemimpin menasihati rakyat agar berdiri di landasan yang betul , sentiasa berbudi bahasa dan melakukan kebaikan . Hal ini demikian kerana setiap langkah yang diambil akan menentukan kehidupan masa depan mereka .

Tema – ciri-ciri kepimpinan penting supaya dapat mewujudkan perpaduan
Nilai – perpaduan , keimanan , kemesraan
Pengajaran
1. kita haruslah memilih pemimpin yang boleh menyatupadukan masyarakatnya
2. pilihlah pemimpin yang banyak mempunyai kebaikan dalam dirinya
3. kita mestilah bekerjasama setiap masa

5.Cinta
1. penyajak melahirkan perasaan cinta terhadap laut yang telah menjadikannya pemuda yang tabah dalam menghadapi cabaran
2. cinta penyajak terhadap langit kerana ia menjelajah ke seluruh dunia
3. cinta penyajak terhadap gunung kerana mengajarnya supaya tidak mudah menyerah kalah .
tema – cinta terhadap alam semula jadi
Nilai – cinta alam sekitar , kegigihan , ketabahan
Pengajaran
– kita haruslah cinta akan alam sekitar
– kita mestilah bijak menggunakan unsur-unsur alam yang dicipta oleh Tuhan
– Setiap orang harus gigih dan tidak mudah berputus asa untuk mencapai matlamat

5.Ruang
1. tuhan menganugerahkan kita ruang dan udara supaya kita dapat meneruskan kehidupan sama ada dalam kepanasan atau kesejukan
2. tuhan menganugerahi kita ruang dan udara supaya kita dapat meneruskan kehidupan dengan takdirnya . penyajak bersyukur kepada tuhan atas segala nikmat yang diberikan kepadanya .
tema – kebijaksanaan manusia menggunakan anugerah Tuhan
Nilai – kesyukuran , berterima kasih , kerajinan
Pengajaran
- kita haruslah bersyukur dan berterima kasih akan nikmat tuhan
- setiap orang harus berusaha untuk mencari kesenangan

2 ulasan: