TIP 7
BAGAIMANA HENDAK JADI “SMART”
Kita sering kali mendengar istilah “SMART” yang digunakan dalam melaksanakan pelbagai urusan.Sekiranya istilah tersebut ditujukan kepada manusia maka ianya membawa pengertian bahawa seseorang itu perlu menggunakan daya intelektulnya serta digabung & diimbangkan dengan aspek fizikal dan segala pilihan & tugasan yang dibuat dapat menghasilkan sesuatu yang terbaik serta memberi faedah daripada sebarang pembaziran. Pada penulisan saya kali ini saya cuba menjadikan perkataan “SMART” sebagai satu perkataan akan membuat huraian bagaimana perkataan tersebut dapat menjadikan satu refleksi dalam urusan kehidupan kita.
Pada saya “SMART” membawa pengertian sentiasa Mahu Ambil Risiko & Tanggungjawab.Huraian seperti berikut:• S (Sentiasa) – Sentiasa membawa pengertian sesuatu yang dilakukan itu perlulah secara berterusan.Kejayaan tidak boleh dicapai hanya dengan semalaman tetapi melalui ketekunan yang pada setiap hari sedikit demi sedikit secara bereterusan.Pepatah melayu ada mengatakan “Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.” Usaha secara berterusan setiap hari dapat mengurangkan tekanan.
Tekanan akan terasa sekiranya tugasan itu dibuat hasil daripada tangguhan kerja dari masa yang lalu. • M (Mahu) – Kemahuan adalah punca segala kejayaan.Ianya lahir dari dunia yang suci.Kemahuan ada kaitannya dengan matlamat hidup.
Seseorang yang mempunyai matlamat sama ada matlamat jangka panjang @ matlamat jangka pendek akan sentiasa bermotivasi & keinginan untuk terus berusaha mencapai kejayaan berketepatanlah dengan pepatah melayu berbunyi “Di mana ada kemahuan,disitu ada jalan”. • A (Ambil) – Segala keinginan tidak akan tercapai sekiranya kita tidak melakukannya.
Dengan lain kata sekiranya kita tidak mengambil inisiatif untuk melaksanakan segala yang diidamkan, tanya hanya akan wujud dalam imaginasi & ilusi sahaja.Oleh itu tindakan harus diambil utuk mengejar matlamat yang menjadi hasrat dalam jiwa kita. “Bulat tidak akan datang bergolek & pipih tidak datng melayang” tanpa usaha yang gigih. • R (Risiko) – Risiko bermaksud cabaran.Kehidupan ini penuh dengan cabaran.Seseorang yang hendak mencapai kejayaan harus sanggup menghadapi cabaran.
Cabaran dapat menggerakkan kita kearah kehidupan yang lebih dinamik.Manusia ingin mendaki Gunung Everest kerana ianya penuh dengan cabaran.Oleh itu,ia mematangkan seseorang itu dalam meniti usianya. • T (Tanggungjawab) – Tanggungjawab adalah sifat yang amat diperlukan pada setiap individu.Sesetengah orang yang bertanggungjawaqb akan berusaha untuk melakukan sesuatru tindakan yang dapat memberi faedah pada dirinya,keluarga,masyarakat & negara.Seseorang yang bertanggungjawab juga akan cuba tidak membuat sebarang tindakan yang boleh mendatangkan kerugian serta keburukan.
Dari huraian yang ringkas `tadi kita dapati seseorang yang “SMART” adalah mereka yang setiasa mahu berjaya & bertanggungjawab. Sebagai pelajar,anda perlulah sentiasa mempunyai keinginan untuk menuntut ilmu pengetahuan tanpa jemu.Dalam proses menimba ilmu pengetahuan sudah tentulah anda akan menempuh pelbagai cabaran. Sebagai seorang insan anda harus cekal menhadapi cabaran.Cabaran adalah merupakan mainan dalam kehidupan.
Kesabaran adalah ubat yang paling utama dalam menghadapi cabaran & kesabaran adalah separuh iman. Sebagai seorang pelajar anda juga perlulah bertanggungjawab di atas segala tindakan.Anda perlulah yakin terhadap diri sendiri.Sekiranya anda yakin & bertanggungjawab di atas segala tindakan yang anda lakukan,maka InsyaAllah tindakan yang akan anda ambil itu adalah sesuatu yang diredhai Allah.
Oleh itu lakukan sesuatu tindakan itu dengan hati yang jujur & ikhlas,tanpa dipaksa & dengan tanggungjawab.Sebagai seorang guru pula sifat berani mengambil risiko & tanggungjawab adalah yang paling mulia.Sesungguhnya golongan guru sentiasa menanggung risiko & tanggungjawab dalam melaksanakan tugas mereka. Risiko & tanggungjawab ini dapat dilihat melalui pelbagai perancangan & aktiviti yang dijalankan di sekolah ke arah mewujudkan pelajar-pelajar yang cemerlang.Mereka lakukan ini tanpa mengira masa & tenaga.
Sesungguhnya seseorang yang takut pada risiko bukan sahaja membantutkan segala kreativiyi yang berfaedah kepada mereka malah ianya merupakan penghalang ke arah proses anjakan paradigma. Berdasarkan huraian di atas adakah anda seorang yang “SMART”?Buatlah satu refleksi diri sendiri berdasarkan ciri yang dihuraikan di atas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan