CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 15 Disember 2009

tip pelajar cemerlang 5

TIP 5

TIPS LANGKAH PERANCANGAN STRATEGIK UNTUK BELAJAR

Berikut adalah langkah-langkah yang strategik yang harus dibuat oleh seseorang pelajar dalam rancangan setiap hari.
• Menyediakan Jadual Perancangan Masa Strategik (JPMS)
• Jadual ini harus mempunyai ruang seperti MASA,PELAJARAN & TOPIK.
• Jadual ini perlu disediakan sebelum tiba waktu belajar iaitu contohnya sebelum 2.00ptg.bagi hari sekolah.@ sebelum 7.00 pg.pada hari cuti.
• JPMS adalah merupakan matlamat pelajar pada hari tersebut.
• Oleh itu masa yang ditentukan perlulah tepat.Contoh 2.30 ptg-3.30 ptg.
• Pada ruang pelajaran dicatatkan nama mata pelajaran yang ingin diulangkaji kemudian disusuli pula dengan tajuk @ topik & disertai dengan muka surat & nombor soalan yang ingin dibuat.Contoh:Matematik,(pelajaran),operasi tambah(topik0,ms.34 soalan 1-15.
• Segala kerja rumah yang diberikan oleh guru juga boleh dimasukkan dalam JPMS ini. 9. Menyediakan nota belajar dalam bentuk peta minda.
• Nota ringkas dalam bentuk peta minda adalah penting kerana ianya dapat memberi satu gambaran menyeluruh terhadap satu-satu topik.
• Ianya membantu pemahaman & dapat mengingati satu-satu topik dengan lebih cepat.
• Pelbagai cara dapat dibuat peta minda ini.Bagi pelajar-pelajar sekolah rendah,peta konsep pengurusan grafik adalah sesuai digunakan.Sila berhubung dengan cikgu untuk mendapat perangan cara membuat peta minda ini.Disini disediakan contoh membuat peta konsep • Peta minda yang telah siap harus disimpan dalam satu fail.
• Dalam peta minda juga boleh dimasukkan fakta,huraian ringkas & juga gambar.

• •

Kebiasaannya peta minda dilakar pada topik-topik yang susah diingati. Ianya juga boleh ditampal di dinding dalam bilik belajar agar ianya mudah dilihat dengan segera & dapat diingat dengan cepat. 3. Menyediakan Lembaran Analisis Keperluan Kendiri (LAKE) • Ianya merupakan satu analisis @ rumusan sepanjang minggu pelajaran yang dipelajari di sekolah. • Tujuannya adalah mencatat & mengenalpasti topik-topik & juga bahagianbahagian yang masih belum difahami yang telah diajar oleh guru sepanjang minggu.
• Setelah dikenalpasti maka tindakan seterusnya dibuat sama ada bertanya pada guru,membuat latihan lanjutan & sebagainya. • Dalam LAKE ini harus mempunyai ruangan seperti MATA PELAJARAN,TOPIK,ISI /HURAIAN TOPIK /BAHAGAN YANG TIDAK DIFAHAMI & TINDAKAN. Demikian tiga langkah perancangan kendiri yang harus dilakukan oleh setiap pelajar untuk menuju kearah kecemerlangan. Untuk maklumat ibu bapa,perancangan diatas adalah merupakan sebahagian daripada Kursus Pengurusan Pembelajaran Strategik (KPPS) yang dijalan kan di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan