CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 15 Disember 2009

tip pelajar cemerlang 8

TIP 8

MENGAPA ANDA SELALU LUPA

Adakah masalah lupa merunsingkan anda?Itu sudah pasti,bukan?Sekiranya anda dapati anda sering kali lupa apa yang telah dibaca,maka tahniah!! Itu tandanya manusia normal.Hasil kajian menunjukkan 80% dari apa yang kita baca hari ini akan lupa dalam masa 24 jam. JANGAN CARI ALASAN. Ramai pelajar menjadikan lupa sebagai alasan untuk tidak belajar @ membuat ulangkaji terlalu awal.Buat apa baca sekarang esok lupa juga” .Inilah kata-kata yang sering diucapkan.

Tahukah anda,sebenarnya anda tidak lupa,Cuma anda belum melakukan cukup usaha supaya anda tidak lupa.Mudah bunyinya bukan?? Sebenarnya wujud perbezaan antara belajar awal dengan belajar waktu musim peperiksan.Anda perlu belajar awal untuk menyediakan nota-nota bermutu & untuk memahami setiap mata pelajaran dengan sebai-baiknya.Jangan risau kalau masih banyak yang perlu ingat,yang penting telah banyak tajuk-tajuk yang anda telah faham.

FAHAMI APA YANG DIBACA.

Memahami mata pelajaran adalah langkah pertama sebelum anda melakukan usaha untuk menghafalnya.Menhafal bahan yang tidak difahami adalah perbuatan yang sia-sia.Sekiranya anda belajar awal,anda pasti punya banyak masa & berpeluang untuk bertanya kepada guru-guru & rakan- rakan agar setiap kekeliruan dapat diatasi sebelum terlambat. Setelah anda benar-benar faham,sediakan nota ringkas yang bermutu untuk anda gunakan setiap kali datangnya nmusim peperiksaan.Sediakan juga nota-nota poket & peta minda bagi memudahkan anda merujuk semula kepada apa yang terlah dipelajari tanpa perlu membelek semula buku-buku asal.

HAFAL KATA KUNCI.

Ramai pelajar yang mempunyai tabiat menghafal yang buruk.Mereka cuba mengingati keseluruhan ayat yang mewakili fakta. Contoh fakta :Otak manusia terbahagi kepada dua hemisfera iaitu otak kanan & otak kiri. Pertama sekali pastikan anda faham apa mesej yang mahu disampaikan kepada anda dalam fakta tersebut.Keduanya barulah hafal fakta tersebut,tetapi bukan menghafal keseluruhan ayat.

Hafal hanya perkataan ‘dua hemisfera’ yang merupakan kata kunci kepada fakta.Sekiranya anda ingat kata kunci ini pasti anda mampu menerangkan kepada orang lain apa maksud disebaliknya.Sebab itulah anda perlu faham sebelum anda hafal!!!

PECAHKAN KEPADA BEBERAPA KUMPULAN KECIL.

Sekiranya anda terpaksa hafal terlalu banyak fakta,jamgan hafal kesemuanya serentak.Tidak perlu terburu-buru.Pecahkan fakta-fakta tersebut kepada beberapa kumpulan kecil & hafal setiap fakta dalam kumpulan itu. Misalnya,kalau anda ada 15 fakta yang perlu diingat,pecahkan fakta-fakta ini kepada 3 kumpulan kecil.Setiap kumpulan mempunyai 5 fakta.Baik,sekarang mana yang lebih mudah dihafal,kumpulan yang 15 fakta @ kumpulan yang mengandungi 5 fakta?Lihat!mudah-mudahkanlah pekerjaan anda.Sekali lagi jangan terburu-buru.Mempelajari bahan-bahan akademik memerlukan kesabaran & ketekunan yang tinggi.

SERING MEMBUAT IMBASAN.

Satu lagi faktor anda lupa ialah terlalu percaya bahawa anda telah menguasai tajuk tersebut hanya dengan melakukan sekali ulangkaji.Awal-awal lagi telah dibuktikan bahawa 80% apa yang dipelajari akan lupa dalam 24 jam.Sekiranya anda tidak menyemak semula tajuk tersebut dalam masa yang terdekat,maka jangan pelik kalau anda terpakasa mengulang baca keseluruhan tajuk sekali lagi dimusim peperiksaan.Untuk menjadi seorang pelajar yang efektif,anda perlu melihat seimbas apa yang telah anda baca dari semasa ke semasa secara sistematik.Petu di bawah boleh digunakan dan terbukti berkesan: Imbas 5 minit apa yang dibaca selepas 24 jam. Imbas 5 minit lagi selepas 1 minggu. Imbas 5 setiap 2 minggu. Imbas 5-10 minit dimusim peperiksaan.

GUNAKAN TEKNIK-TEKNIK INGATAN.

Untuk memudahkan lagi mengingati fakta,anda perlu ada kemahiran tertentu seperti teknik nemonik,teknik menggambar cara,teknik ceraian & pelbagai lagi.Pastikan anda kemali kesini setiap minggu sebab pelbagai topik berkaitan dengan ingatan akan dimasukkan dari semasa ke semasa.


ELAKKAN DARI TIDUR PETANG. Ini lagi satu penyakit.Tidur selepas waktu Asar akan melembabkan otak anda.Dalam Islam amalan tidur petang sebegini sangat tidak digalakkan.Oleh itu hentikan tabiat buruk anda ini.Kalau anda letih, tidur sahaja sebentar selepas solat Zuhur.Ini sunnah Rasulullah S.A.W. badan akan terasa lebih bertenaga untuk belajar diwaktu malamnya nanti.

AJARKANNYA KEPADA ORANG LAIN.

Cari peluang untuk mengajarkan apa yang anda ketahui kepada orang lain.Libatkan diri secara aktif dalam perbicangan kumpulan.Hanya dengan mengajarkannya sahaja anda dapat menguji penguasaan anda terhadap satu-satu tajuk.Raikan setiap soalan & hujah daripada rakan.Galakkan mereka bertanya kepada anda.Hanya dengan cara inilah otak anda mula bekerja lebih keras untuk mencari jawapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan