CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Sabtu, 12 Disember 2009

prosa tradisional

PROSA TRADISIONAL
Pak Belalang
Hang Tuah Mengalahkan Taming Sari
Raja Bersiung
Patung Kencana dari Kuripan


Pak Belalang
- Seorang juragan datang menghadap Raja Indera Maya . Juragan itu meminta r menjawab sama ada itik yang baru menetas sama ada jantan atau betina.Jika r berjaya menekanya dengan tapat dia akan mendapat hadiah tiga buah kapal beserta dengan segala isi di dalamnya. Jika r gagal meneka dengan tepat , sebagai hukumannya negeri milik r akan berpindah milik kepada juragan
- Apabila j pulkang ke kapalnya r menyuruh seorang biduanda memanggil ahli nujum Belalang. Setelah mendengar poenjelasan r a pun termenung dan menyerahkan diriya kepada Tuhan tetapi dia minta tempoh selama 3 hari dengan alasan tib nujumnya tertinggal di rumah.
- PB meninggalkan istana dengna perasaan sedih kerana takut kalau-kalau pembohongannya selama ini diketahui oleh raja. PB berserah kepada Tuhan apa yang akan berlaku seterusnya.
- Pada malam ke 3 PB mendapat akal lalau dia mengambil keputusan berkayuh ke tepi tiga buah kapal yang sedang berlabuh itu. Nasibnya baik kerana j sedang bercapak-cakap dengan isterinya. Dalam perbualan itu j telah memperkatakan tentang jawapan teka-tekinya kepada isterinya.PB balik ke rumah dengan senang hati.
- Apabila hari siang juragan membawa kesemua itik tersebut.r memanggil PB bagi menjawab soalan tersebut. PB meminta air dan melepaskan itik tersebut ke dalam air.PB menjelaskan bahawa itik yang menyelam dahulu ialah itik betina dan yang kemudiannya ialah itik jantan.
- Juragan mengakui jawapan PB adalah betul. Dia menyerahkan kapal tersebut kepada raja.

Watak
Pak Belalang
- seorang yang setia kepada raja
- seorang yang berserah kepada Tuhan
- rajin berusaha
- bijak

Hang Tuah Mengalahkan Taming Sari

Raja Melaka menghadap Seri Betara dengan diiringi oleh egala pegawai dan pembesar . SB menyambut baik kedatangan RM ke istananya dan diberi jamuan makan.
Tidak lama kemudian terjadi kegemparan di luar pintu peseban. TS iaitu pahlawan terkenal Majapahit mengamuk dengan membunuh ramai orang. Sesiapa yang menghalang tindakannya akan dibunuh. TS kemudian naik ke atas peseban. Tun Tuah dan rakannya melindungi RM. TS lalu mengamuk di peseban dan berjaya membunuh beberapa orang di situ. Raja Majapahit membawa RM masuk ke dalam istana. Tun Tuah menyebut nama panglima Patih Gajah Mada yg dikatakan berani tetapi sudah melarikan diri.
TT melompat naik ke atas peseban dan berdepan dengan TS. Berlaku pertikaman antara mereka. TT berasa hairan kerana tikamannya tidak lut ke atas TS. TT berpendapat keadaan ini boleh berlaku kerana TS memiliki sebilah keris sakti.
Kemudian TT membuat helah dengan memperdaya TS berbincang tentang bagaimana untuk menguasai Majapahit. Kemudian TT menyatakan bahawa keris milik TS tidak sebaik/ sekuat keris miliknya. TT akhirnya mendapay keris TS. TS berjaya dibunuh . Keris milik TS dipersembahkan kepada Seri Betara tetapi SB menyerahkan keris TS kepada TT. Ratu Majapahit menggelar TT sebagai laksamana dan memberi tanah bernama Jemaja kepada TT.

Watak
Tun Tuah
- berani
- mempunyai muslihat untuk mengalahkan musuh
- pahlawan yang cekap

Raja Bersiung


Raja Ong Maha Perita Deria berasa sakit pada giginya. Menterinya menyatakan bahawa telah tumbh siung pada gigi baginda. Seorang menteri lagi bertanyakan apakah makanan kegemaran baginda. Makanan kegemarannya ialah gulai lecek yang bertumis iaitu batang bayam berserta dengan daunnya. Menteri itu mencadangkan agar baginda meninggalkan tabiat itu. Baginda enggan. Sejak hari itu baginda digelar raja bersiung.
Pada suatu hari semasa tukang masak memotong sayuran dia telah terhiris jarinya. Darah telah menitis pada makanan RB.RB berasakan makanan tersebut telah bertambah lazatnya. RB bertanyakan sebabnya . tukang masak menceritakan keadaan sebenar.
Sejak hari itu RB menyuruh biduanda mengabil darah orang yang kena hukum bunuh dan dimasukkan ke dalam masakannya pada setiap hari. Setiap hari ada sahaja orang akan dibunuh untuk mendapatkan darahnya.
Sementara itu seorang pemuda yang sangat jahat bernama Kampar telah datang ke negeri itu. Dia sengaja membuat jahat agar ditangkap oleh pengawal negeri. RB ingin membunuh Kampar tetapi tidak boleh kerana Kampar telah bertukar menjadi babi tunggal kemudian menjadi ular tedung dan harimau. Kampar berjaya melarikan diri ke dalam hutan.
Setelah beberapa lama menteri kerajaan RB meminta RB membuang tabiatnya. RB enggan mendengar nasihat menterinya. Menteri tersebut membuat ketetapan untuk menentang RB. Mereka menghimpunkan rakyat dan tentera untuk menentang RB. Serangan dilakukan ke atas istana. RB melarikan diri ke dalam hutan. RB dikatakan lari hingga ke sempadan negeri Patani dalam keadaan lapar.

Tema
- kezaliman seorang raja

Patung Kencana Dari Kuripan

Ratu Kuripan mendapat berita kematian Permaisuri Daha kerana termakan racun. RD pula menyayangi Paduka Liku sehingga mengabaikan Galuh Cendera Kirana – iaitu anak RD dengan permaisuri. Ratu Kuripan berhasrat untuk mengirim patung kencana kepada GCK agar terubat hatinya yg sedih.
Raden Inu Kartapati ( anak Ratu Kuripan ) membuat dua buah patung kencana. Sebuah daripadanya dibuat daripada emas dan dibungkus dengan kain buruk . Manakala yang sebuah lagi dibuat daripada perak tetapi dibungkus denan kain sutera. RK menghantar utusannya ke Daha dengan menyerahkan kedua-dua patung kencana itu kepada GCK dan Gauh Adjeng ( anak Paduka Liku )
Di istana Daha , GA diberi peluang memilih dahulu anak patung yang disukainya . Dia memilih bungkusan yg cantik . GCK mendapat bungkusan yang buruk. Namun demikian GCK dinasihati oleh Mahadewi agar tidak bersedih. GCK amat gembira kerana dalam bungkusan yang buruk itu rupa-rupanya ada anak patung emas yg canik dan bermata berlian. Ratu Kuripan berasa gembira kerana berjaya menyampaikan patung kencana itu kepada GCK.

Tema
- balasan yang baik untuk orang yang baik

Pengajaran
- kita tidak boleh menilai sesuatu barangan berdasarkan balutannya sahaja kerana kita mungkin akan tertipu dengannya
- seorang suami jangalah pilih kasih terhadap mana-mana isteri-isterinya
- kita hendaklah mempunyai perasaan belas ksihan terhadap orang yg ditimpa kesusahan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan