CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Sabtu, 12 Disember 2009

latihan

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang punca-punca berlakunya keracunan makanan. Panjang ringkasan anda hendaklah
tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri
tanpa mengubah maksud asal petikan.
Kes keracunan makanan terutamanya di sekolah semakin kerap disiarkan oleh media massa sejak akhir-akhir ini. Isu ini bukan suatu perkra yang baharu tetapi telah menjadi isu yang telah lama dibincangkan oleh pihak-pihak yang terlibat. Keracunan makanan boleh berlaku di mana-mana sahaja telmasuk di rumah jika cara penyediaan makanan tidak dijaga dengan baik. Sekiranya tidak dirawat dengan serta-merta, seseorang yang mengalami keracunan makanan akan kehilangan air daripada badannya akibat muntah atau cirit-birit yang teruk. Jika terlalu serius, keadaan ini boleh melibatkan keracunan sistem saraf dan akhinya membawa maut.

Sekiranya kita mengunjungi restoran atau gerai menjual makanan, kita akan dapat
melihat pengendali makanan tidak mengambil berat tentang kebersihan ketika mengendalikan makanan untuk pelanggan mereka. Hal ini demikian kerana mereka menyediakan makanan dengan tangan yang kotor, kuku yang panjang, rambut yang tidak terurus dan tidak memakai pakaian yang sesuai. Yang lebih teruk lagi, apabila mereka menyentuh makanan yang telah siap dimasak secmoa langsung semasa menghidangkan makanano Sesetengah pengendali makanan merokok, batuk dan meludah ketika menyediakan makanan. Adajuga pemilik gerai yang menjual makanan, tidak menyediakan kemudahan mencuci tangan dan tandas yang sempuma sedangkan ramai pelanggan menggunakan tangan ketika makan di gerainya.

Persekitaran yang kotor menyebabkan berlakunya keracunan makanan. Sering kali kita dapat melihat longgokan sampah yang berbau busuk dan dihurungi oleh lalat di tepi gerai menjual makanan dan kawasan perumahan. Lalat-Ialat itu akan menghinggapi makanan yang terdedah di tempat-tempat tersebut. Se1ain itu, makanan yang berprotein tinggi seperti makanan laut boleh menyebabkan keracunan makanan jika tidak dimasak dengan sempurna.

Penggemar sayur-sayuran juga mestilah berhati-hati kerana ada sayur-sayuran yang mungkin disembur dengan bahan kimia dan bahan beracun untuk mencegah serangga perosak. Semburan dengan kadar yang tinggi boleh menyebabkan keracunan makanan. Oleh itu, isu keracunan makanan dapat diatasi jika semua pihak melaksanakan peranan yang sewajarnya.

Perkara yang paling penting, kita perlu mengutamakan kebersihan dalam apa-apa jua tindakan yang melibatkan makanan dan minuman. Tuntasnya, mencegah lebih baik daripada mengubati.
(Dipetik
dan diubahsuaikan daripada 'Keracunan Makanan'~
Dewan Siswa, Oktober 2007)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan