CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 15 Disember 2009

tip pelajar cemerlang 4

TIP 4

BELAJAR SECARA BERKESAN

Mengulangkaji • • • • •

Merujuk

Membuat latihan 1. Latih tubi 2. Kuiz 3. Soal jawab 4. Analisis soalan /rangka jawapan

Menyemak • Memahami • Menghafal • Menganalisis kelemahan Mencatat

Berbincang Bertanya Mengakses maklumat dari pelbagai sumber

Setiap pelajar inginkan apa yang dipelajari itu mendatangkan kesan.Belajar secara berkesan bukanlah dikira jumlah jam belajar @ berapa banyak perkara yang dapat.Belajar secara berkesan perlulah mempunyai 3 konponen tindakan yang terdapat di rajah berikut(ada rajah motivasi). 2. Mengulangkaji:Kebiasaannya apabila menyebut perkataan ulangkaji ramai pelajar menganggapkan tindakan yang perlu dilakukan hanyalah terhad kepada pembacaan sahaja.Tindakan mengulangkaji sebenarnya dapat dilakukan dengan beberapa cara termasuk menyemak semula apa yang telah dipelajari,memahami konsep,menghafal formula yang penting,menganalisis isi-isi penting @ mengenalpasti kelemahan yang dihadapi serta mencatat semula isi-isi tersebut dalam bentuk nota ringkas peta minda konsep @ pengurusan grafik. 3. Merujuk:Merujuk bahan tambahan,bertanya dengan guru @ berbincang dengan rakan amatlah penting dalam proses mengulangkaji.Rujukan boleh dilakukan melalui seperti buku rujukan,akhbar & majalah.Pendidikan Utusan merupakan satu bahan yang baik untuk pelajar membuat rujukan.Rujukan juga bolah dijalankan melalui laman web seperti Portal Pendidikan Utusan( www.tutor.com.my) yang secara langsung memberi maklumat tentang mata pelajaran utama peperiksaan umum.Rujukan juga boleh dibuat melalui laman web yang mengandungi maklumat yang boleh dicari melalui ejen pencari maklumat seperti(www.yahoo.com). 4. Membuat latihan:Latihan boleh dilakukan dalam bentuk latih tubi,kuiz,soal jawab,menganalisis soalan tahun-tahun lalu serta merangka jawapannya. Ketiga-tiga komponen diatas perlulah di integrasikan agar proses belajar dapat dialami dengan lebih berkesan tanpa berasa bosan,mengantuk @ tertekan.

TIP MENGULANGKAJI MENJELANG PEPERIKSAAN
(Sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum peperiksaan) LANGKAH A-ANALISIS TOPIK 5. Senaraikan semua topik yang telah dipelajari. 6. Senaraikan semua topik seperti ysng terdapat dalam sukatan pelajaran(anda bolah dapat dari buku teks @ sukatan pelajaran yang boleh didapati dari guru @ membelinya di kedai buku . 7. Buatkan perbandingan & kenalpasti mana-mana topik yang belum dipelajari @ belu difahami. LANGKAH B-MENCARI MAKLUMAT • Topik-topik yang belum difahami sila cari mklumat sama ada dari guru atau membuat nota @ berbincang dengan rakan-rakan. • Pastikan setiap topik yang terdapat dalam sukatan pelajaran itu difahami walaupun ianya dianggap tidak penting. • Nota-nota boleh dibuat dalam bentuk peta minda @ lain-lain cara yang mudah diingati.Rujukan @ membuat nota harus dibuat berdasarkan buku teks yang disahkan oleh Kementerian Pendidikan bagi memastikan isi-isinya tepat.Untuk maklumat pelajar isi-isi pada soalan-soalan disediakan oleh Lembaga Peperiksaan adalah dirujuk pada buku teks yang rasmi yang diluluskan Kementerian Pendidikan. LANGKAH C-MENGULANGKAJI • Setiap hari buat latihan sama ada menggunakan buku teks @ buku kerja terutama bagi mata pelajaran maths & sains. • Bagi pelajaran yang berbentuk esei sama ada karangan @ lain-lain mata pelajaran,pilih soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas @ soalan-soalan dari buku teks & buku kerja ,kemudian catatkan isi-isinya dalam kertas latihan. • Pelajar harus menyediakan satu fail untuk mengumpul segala latihan yang dibuat.Latihan-latihan ini adalah merupakan nota bagi anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan