CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Ahad, 13 Disember 2009

latihan

Pilih satu daripada soalan-soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya melebihi 350 patah perkataan.

1 Pada 31 Ogos yang lalu, anda telah berpeluang menjadi salah seorang peserta yang turut menyertai perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan bersama rakan-rakan anda. Ceritakan pengalaman anda itu dari awal persiapannya sehingga perarakan tersebut berakhir.

2 Anda dilantik sebagai seorang panel dalam Pertandingan Forum Remaja di peringkat sekolah. Tajuk forum tersebut ialah ‘Menangani Masalah Disiplin Pelajar’. Nyatakan pendapat anda tentang punca-punca masalah disiplin pelajar yang masih berleluasa pada masa ini, dan langkah-langkah untuk menanganinya.
Tuliskan teks yang anda sampaikan sebagai ahli panel forum tersebut selengkapnya.

3 Pertanian berteknologi tinggi dapat mempertingkat hasil pertanian danmenjana kemajuan ekonomi negara. Selaku pegawai di Pusat Penyelidikan Pertanian, anda telah ditugaskan untuk menyampaikan sebuah ceramah yang bertajuk ‘Peranan Sains dan Teknologi Dalam Bidang Pertanian’ kepada sekumpulan belia di sebuah daerah. Sediakan teks ceramah tersebut.

4 Amalan rasuah semakin menular dalam sistem kehidupan masyarakat masa kini yang mementingkan kebendaan, pangkat dan kuasa. Bincangkan ancaman gejala rasuah terhadap masyarakat dan negara dan nyatakan langkah-langkah yang patut diambil untuk membanterasnya.

5 Langkah kerajaan mewajibkan komponen sastera dalam sistem pendidikan negara bertujuan untuk meningkatkan minat generasi muda terhadap bidang kesusasteraan. Ulaskan pernyataan tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan