Sajak
Rumah Baru
Bahasa
Bila berjauhan
Wanita zaman ini
Ketika kami bercerita tentangnya
Usia
Rumah Baru
Sajak ini menceritakan sebuah negara baru yang disediakan untuk masyarakat negara ini hidup dalam keadaan aman damai sebagai persiapan menyambut tahun wawasan iaitu tahun 2020. Dengan negara berwajah baru ini , generasi sekarang dapat hidup dengan aman dan menjadi generasi yang bijaksana.
Penyajak turut menjelaskan bahawa negara baru diwujudkan hasil daripada permuafakatan / kerjasama masyarakat atau penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum. Sikap tolak ansur di kalangan masyarakat berbilang bahasa / bangsa ini telah melahirkan sebuah negara yang membangun.
Penyajak menjelaskan bahawa negara baru yang diwujudkan adalah beridentitikan kebangsaan . Penduduknya hidup mesra dan rajin serta pemurah. Penyajak membuat kesimpulan bahawa semua itu akan menjadi faktor menyebabkan kesejahteraan negara ini hingga selamanya.
Bahasa
Penyajak mengajak kita berbahasa dengan betul memandangkan bahasa merupakan cara menyampaikan sesuatu perkara . Bahasa juga boleh mengurangkan kekusutan fikiran. Bahasa juga boleh menghuraikan fakta yang kukuh. , mendapatkan ilmu pengetahuan dan percintaan. Pemimpin menggunakan bahasa mereka untuk mendapatkan sokongan dalam politik. Orang yang beriman menggunakan bahasa untuk mengamalkan ajaran agama dengan baik. Penyajak menggesa kita menggunakan bahasa yang betul. Dengan bahasa kita dapat menjalinkan kemesraan dan hubungan sesama manusia.
Bila berjauhan
Penyajak menceritakan kepentingan seluruh ahli keluarga dalam hidupnya. Bagi penyajak anak-anak dan isterinya perlu berada di sampingnya memandangkan apa yang dialami oleh penyajak mesti dirasai oleh mereka semua.
Apabila berjauhan dengan ahli keluarga terutama anak dan isterinya , penyajak berasa sepi / sunyi walaupun dia berada di sekeliling orang ramai mahupun di kalangan orang sekeliling yang tidak dikenalinya.
Pada masa inilah penyajak seakan-akan terdengan suara anak dan isterinya. Walaupun anaknya ada yang nakal , namun penyajak masih merindui anak-anaknya. Penyajak menganggap dirinya seorang ayah yang baik.
Penyajak menjelaskan kepada anak-anaknya bahawa ibu mereka sering berdoa akan kepulangan ayah mereka. Anak-anaknya juga mengharapkan kepulangan ayah mereka. Penyajak berharap dia boleh menjadi ayah yang baik dan bertanggung-jawab.
Wanita zaman ini
Sajak ini menjelaskan perihal wanita zaman moden. Wanita pada zaman ini berasakan mereka tidak perlu berkahwin memandangkan taraf hidup mereka sudah semakin tinggi. Dengan itu mereka boleh hidup sendiri tanpa mengharapkan bantuan daripada orang lain.Penyajak juga menjelaskan bahawa wanita zaman ini suka hidup bersendirian. Bagi mereka perkahwinan akan membataskan pergerakan mereka dalam beberapa aktiviti peribadi. Perkahwinan juga akan membataskan pergerakan hidup seharian mereka. Banyak daripada mereka berpendapat bahawa mereka tidak mahu meletakkan nasib mereka di bawah pengaruh/ kekuasaan lelaki
Persoalan
- kemampuan wanita zaman ini yang semakin baik
- wanita sudah boleh hidup berdikari
- wanita sudah ada kerjaya
- pergantungan terhadap lelaki semakin berkurangan
Ketika kami bercerita tentangnya
1. Penyajak dan adik-adiknya sedang bercerita tentang ayah mereka.Ketika itu ayah mereka sedang tidur.
2. Mereka memang mengetahui bahawa ayah mereka suka tidur beralaskan tikar mengkuang yang sudah lusuh.
Sebelum itu ayah mereka menemankan mereka berbual-bual ditemani dengan pelita minyak tanah. Pelita ini menggambarkan penderitaan hidup keluarga mereka .Penyajak serta adik-beradiknya amat memahami keadaan bapa mereka.
Penyajak dan adik-adiknya yang lain tidak pernah bertanya mengenai sejarah hidup bapa mereka yang penuh dengan penderitaan. Penyajak memahami takdir Tuhan ke atas mereka / keluarga .
Di rumah itu , asap pelita minyak tanah berkepul-kepul. Ketika penyajak dan adik-adiknya bercerita tentang bapa mereka, penyajak amat faham dengan doa yang selalu diucapkan oleh ayah mereka. Bapa sering berdoa agar kesusahan hidupnya tidak berterusan ( anak-anaknya tidak akan susah seperti mana dia sekarang)
Gaya bahasa
- metafora – laut sejarahnya
- metafora – hutan kehidupan
- inversi – tidak pernah kami menyoal
- perlambangan – ombak / gelombang ( kesusahan hidup )
Usia
Penyajak menjelaskan beberapa perkara berkaitan dengan umur. Penyajak telah menjalani hidup daripada kesil hinggalah dewasa.
Dia menjelaskan bahawa semasa usianya kecil dia berada dalam keadaan tenang dan keinginannya adalah sederhana sahaja. Penyajak menjelaskan bahawa usia remajanya berlalu dengan penuh makna dan bebas.Hidup penyajak tenang dan gembira dan dia amat senang dengan zaman tersebut.
Usia penyajak semakin dewasa dan pada ketika itu penyajak sudah mula merasai adanya cabaran dalam hidupnya. Penyajak juga merasai dirinya sudah mulai matang . Setelah meningkat dewasa , pelbagai cabaran terpaksa ditempuhinya dan penyajk perlu berhati-hati untuk meneruskan kehidupannya.
Dengan izin Tuhan penyajak berterima kasih kerana usianya dilanjutkan/ dipanjngkan. Ini memberikan dia peluang menikmati hidup di dunia ini. Penyajak juga sedar bahawa hayat seseorang boleh diambil pad bila-bila masa sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan