CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Rabu, 20 Mei 2020

LATIHAN TB BM SPM


SET 3

Soalan 3: Pengetahuan dan Kefahaman tetang Tatabahasa Bahasa Melayu [30 markah] Jawab semua soalan.

(a) Tulis dua ayat bagi tiap-tiap pasangan perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.

(i) sabut – serabut   
 (ii) tunjuk – telunjuk    
(iii)guruh - gemuruh

(c) Cerakinkan ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal.

(i) Adakah Encik Amran hendak ke Muzium Negara atau Putrajaya?
(ii)Pendebat itu petah berhujah dan bijak mematahkan hujah lawan.
(iii)Siswazah yang berpandangan jauh tidak mengharapkan kerja makan gaji sahaja.

(d) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat dua penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Wakil Rakyat di kawasan pedalaman itu telah mensyorkan pembinaan sebuah stesen janakuasa kecil di situ.
(ii) Penggunaan e-mail memberikan kemudahan untuk seseorang menyampaikan mesej  dalam beberapa saat sahaja.
(iii) Kempen anti-dadah peringkat kebangsaan yang dilancar oleh kerajaan mendapat  sambutan menggalakkan daripada masyarakat.


(d)Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat dua kesalahan penggunaaan kata atau istilah dan kesalahan b ahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Siswazah yang memiliki kemahiran tertentu selain daripada kelulusan akademik mempunyai peluang yang lebih baik dalam perlawanan untuk mendapatkan pekerjaan.
(ii) Stesen minyak-stesen minyak dibandar-bandar utama Negara kita mengamalkan konsep layan sendiri.
(iii) Pembabitan golongan wanita di dalam pelbagai bidang kerjaya telah menambahkan martabat mereka.


(e) Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian senaraikan peribahasa atau kata-kata hikmat yang sesuai untuk diisikan pada tempat kosong.

Amir: Ramai pengguna bahasa Melayu suka menggunakan bahasa rojak semasa berkomunikasi.
Sofea: Yalah. Bukan itu sahaja! Media massa pun sering menggabaikan penggunaan bahasa yang betul.
Amir: Jika kita sayang akan bahasa, kita mesti menggunakan bahasa yang betul pada setiap masa dan keadaan, kerana_____(i)_____.
Sofea: Media massa perlulah memainkan peranan yang bersungguh-sungguh dalam mendaulatkan bahasa Melayu tanpa perlu berdolak-dalik. Bak kata  pepatah_____(ii)_____.
Amir: Saya bersetuju dengan pendapat kamu, Media massa dapat menyalurkan idea dan  kritikan dengan lebih berkesan kerana___(iii)______.

SET 4

Soalan 3: Pengetahuan dan Kefahaman tetang Tatabahasa Bahasa Melayu  [30 markah]  Jawab semua soalan.

(a) Tulis dua ayat bagi tiap-tiap pasangan perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.

(i) muka  
(ii) terkemuka   
(iii) bersemuka    
(iv) permukaan    
(v) mengemukakan    
(vi) bermuka-muka

(b) Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Saya telah menghasilkan beberapa buah buku masakan tradisional antara tahun  2000 hingga 2006.
(ii) Setiap petang kamu mesti menyiram sayur-sayuran di belakang rumah.
(iii) Pelatih Program latihan Khidmat Negara menjalani latihan intensif selama tiga  bulan.

(c) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat dua penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula  tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Gerakan Cintailah Bahasa kita telah dilancarkan untuk mendokong usaha kemasyarakatan bahasa Melayu.
(ii) Setiap pusat melupuskan sampah hendaklah sentiasa dipantau supaya mesra alam dan tidak memudaratkan penduduk disekitarnya.
(iii) Pengurusan syarikat itu memasarkan peningkatan jualan prodaknya sebanyak  tujuh puluh peratus dalam jangka masa setahun.

(d) Dalam setiap ayat terdapat dua kesalahan penggunaaan kata atau istilah dan kesalahan b ahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut, betulkan dengan menulis  ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Atur susun perabot di dalam bilik pameran itu dilakukan oleh sebahagian dari  pekerja syarikat tersebut.
(ii) Keseluruhan penduduk-penduduk kampung itu akan bergotong royong apabila tiba musim membajak padi.
(iii) Selepas pilihan raya umum, biasanya terdapat setengah pihak yang membuat  spekulasi tentang pindaan kabinet yang akan dibuat oleh Perdana Menteri.

(e) Beri maksud peribahasa di bawah.

(i) Bahasa Jiwa Bangsa       
(ii) Bagai dakwat dengan kertas     
 (iv) Seperti air dalam kolam

LATIHAN TB BM SPM

LATIHAN INTENSIF SLOT  TATABAHASA SPM

SET 1
Soalan 3: Pengetahuan dan Kefahaman tetang Tatabahasa Bahasa Melayu [30 markah] Jawab semua soalan.

(a) Tulis dua ayat bagi tiap-tiap pasangan perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan maksudnya. Anda tidak boleh  menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.

(i) mengisahkan – mengesahkan 
(ii) meluluskan – meluruskan    
(iii)melebarkan – menebarkan     [6 markah]

(b) Tulis semula laporan di bawah ini dalam bentuk cakap ajuk tanpa mengubah maksudnya
.

Samsul mengeluh sambil mengatakan bahawa ada sahaja bencana yang berlaku di negara kita. Salim mengakui hakikat itu sambil mengatakan bahawa ada bencana alam yang berpunca daripada manusia sendiri, Samdul bersetuju dengan pandangan Salim sambil mengatakan bahawa kes yang terkni ialah rumah runtuh di Hulu Klang. Salim mengatakan bahwa kes itu telah meragut anyak nyawa. Oleh itu, Samsul mengatakan bahawa semua pihak perlulah prihatin terhadap masalah tersebut. [6 m]

(c) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat dua penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah. Kenalpasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpamengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Oleh sebab menuntun tayang larut malam, Mustafa terlewat bangun dan terpaksa pergi ke sekolah agak lewat.
(ii) Abang Stephen menghadiahi basikal baharu kepadanya sempene hari ulang tahunnyayang kelima belas.
(iii)Agen syarikat jualan langsung itu sedang usaha untuk menaja ahli-ahli baharu bagimencapai sasaran syarikatnya     [6 m]

(d) Dalam setiap ayat  terdapat dua kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpat mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Pelajar yang membawa motosikal ke sekolah itu terlibat ke dalam kemalanganjalan raya pagi semalam.
(ii) Anjung peliharaan Encik Lim San Tau mengaum bila pencuri itu memanjat pagar rumahnya.
(iii) Kapal yang sedang berhenti di pelabuhan itu membawa muatan berpuluh tan kayu lapis.  [6 markah]

(e) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.

Penduduk di kawasan perumahan itu hidup dalam keadaan aman dan harmoni, Hal ini demikian kerana semuanya mengamalkan nilai hormat-menghormati antara satu sama lain. Jika ada masalah, mereka akan berbincang bersama-sama dan mencari kata sepakat untuk menyelesaikannya. Selain itu, semua perkara yang hendak dilakukan menjadi mudah kerana semua orang melibatkan diri dan bekerjasama untuk menjayakannya. Namun begitu, ada seorang dua penduduk yang cuba memecahbelahkan keadaan tersebut dengan menyebarkan berita yang palsu. [6 markah]

SET 2

(a) Tulis dua ayat bagi tiap-tiap pasangan perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.

(i) Tatasusila  (ii) Tatacara   (iii) Prasyarat   (iv) prasejarah   (v) Dwibahasa   (vi) Dwitahunan

(b) Tukar ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Tugas mengisi kemerdekaan Negara akan kita pikul bersama-sama
(ii) Semenjak program kitar semula dilancarkan oleh kerajaan, tahap kebersihan di kawasan kediaman semakin meningkat.
(iii) Sebuah gelanggang badminton telah dibina oleh mereka secara gotong royong pada minggu lepas.


(c) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat dua penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.


(i) Malaysia mampu memajukan bidang eko-pelancongan kerana mengayakan sumber alam semula jadinya.
(ii) Guru bimbingan itu telah memberikan keterangan yang jelas tentang profesyen sebagai pakar bedah.
(iii) Persatuan belia yang baru ditubuhkan itu mengenengahkan moto yang berteraskan perpaduan belia semalaysia.

(d) Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat dua kesalahan penggunaaan kata atau istilah dan kesalahan b ahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Saya mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian tuan mengisytiharkan kempen Cintai Sungai Kita peringkat daerah ini.
(ii) “Wahai generasi muda, berbaktilah kepada Negara yang tercinta ini,” wasiat pemimpin itu ketika berucap dalam perhimpunan belia.
(iii) Kelawar-kelawar yang bergayutan di dinding Gua Niah menarik perhatian pelancong.

(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.


(i) Walaupun kita berasa kasihan atas nasib malang yang menimpa Amira, tetapi dia yang menanggungnya tentulah berasa lebih perit lagi.
(ii) Jamal menikmati segala kemewahan yang disediakan oleh bapanya tetapi dia tidak gembira kerana tidak dibenarkan bergaul bebas sesuka hati seperti remaja lain.
(iii) Perbelanjaan kita biarlah bersesuaian dengan pendapatan dan janganlah kita berbelanja berlebih-lebihan.

PANDUAN MESYUARAT PERTAMA PANITIA


PANDUAN  MESYUARAT PANITIA KALI PERTAMA

1. AGIHAN TUGASAN AHLI PANITIA
·         Penetapan tugasan setiap ahli panitia dari segi kurikulum termasuk setiausaha panitia, penyelaras mata pelajaran setiap tingkatan/tahun dan aktiviti koakademik.

2. AGIHAN BELANJA MENGURUS/KEWANGAN PANITIA
·         Perancangan belanjawan perlu dibuat semasa mesyuarat yang pertama. Panitia perlu membincangkan barangan yang ingin dibeli untuk kegunaan tahun sama di samping pemakluman tempat penyimpanan peralatan/buku yang telah dibeli tahun sebelumnya untuk pengetahuan dan kegunaan semua ahli panitia.
·         Ambil kira juga jumlah keseluruhan yang panitia dapat secara kasar
·         Tentukan jumlah mengikut peratusan yang sesuai bagi setiap bahagian yang dirancang termasuk untuk pembelian bahan pdpc, abm, pendaftaran pertandingan , bengkel menjawab soalan, cetakan soalan  / jika ada  dan aktiviti / pertandingan peringkat sekolah

3. PASCANILAI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN/PT3/UPSR
·         Analisis peperiksaan akhir tahun, PT3 perlu dibincangkan dalam mesyuarat pertama untuk makluman dan tindakan semua ahli.
·         Lihat kelemahan dan kekuatan pelajar dengan memberikan focus setiap kelas bagi satu-satu mata pelajaran
·         Lihat juga peratus kelulusan dan GP mata pelajaran dalam usaha menentukan ETR yang sesuai untuk dibincangkan semasa mesyuarat/ audit dalam penentuan ETR sekolah
·         Fikirkan juga masalah dalam proses pdpc pada tahun lepas bagi mendapatkan gambaran awal persiapan kepada guru baru yang akan mengajar mata pelajaran tersebut

4. PERANCANGAN STRATEGIK PANITIA
·         Fokus kepada perancangan peningkatan prestasi tahun semasa berdasarkan TOV dan ETR yang dibuat berdasarkan analisis peperiksaan akhir tahun yang telah dibuat. Setiap program perlu ada perancangan untuk dilaksanakan, orang yang menjadi penyelaras, fokus sasaran dan skop latihan/program.
·         Pastikan program rutin tidak dimasukkan dalam perancangan strategic kita seperti kelas tambahan, pembinaan modul, latih tubi, bengkel menjawab dsb
·         Contoh program yang sesuai – kumpulan guru muda, kumpulan intan ( gred A )  , bengkel pelajar cemerlang dll

5. PENGGUBALAN RPT
·         Mengikut keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum, tarikh akhir sukatan pelajaran perlu dihabiskan dan susunan berdasarkan takwim persekolahan yang telah digubal oleh pihak sekolah.
·         Pastikan semua RPT tingkatan dibuat sama setiap guru yang mengajar tingkatan yang sama
·         Rujuk JKD jika ada masalah dengan penulisan RPT/RPH
·         Tarikh semakan dan tarikh penyerahan kepada semua guru yang mengajarkan subjek.
·          
6. BUKU REKOD MENGAJAR
·         Penetapan bahagian yang perlu dilengkapkan dan tarikh untuk penghantaran perlu dibincangkan dalam Panitia.

7. PENULISAN RPH
·         Panitia perlu memberi atau membincangkan format penulisan RPH yang telah diputuskan dalam mesyuarat kurikulum yang pertama pada tahun semasa.

8. PENETAPAN JUMLAH BUKU LATIHAN/ BUKU NOTA
·         Jumlah buku  perlu ditetapkan dalam mesyuarat bagi memastikan setiap kelas bagi tingkatan/tahun yang sama mempunyai jumlah dan menggunakan buku yang sama.

9. AGIHAN LATIHAN
·         Agihan latihan mesti mengikut tahap kebolehan murid. Setiap panitia perlu menetapkan jumlah latihan minimum untuk tempoh tertentu. Sebagai contoh, tiga bulan pertama, murid perlu mempunyai 12 latihan penulisan.

10. SEMAKAN LATIHAN DAN BUKU LATIHAN
·         Semakan untuk penandaan latihan juga perlu dibincangkan untuk menyelaraskan semakan latihan murid. Contohnya, indeks yang perlu disediakan oleh setiap murid pada muka surat pertama dan kedua setiap buku latihan. Simbol penandaan dan sebagainya.
·         Tarikh semakan buku latihan oleh pentadbir yang telah diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa kurikulum yang pertama juga perlu dimaklumkan dalam mesyuarat panitia.

11. PENGGUBALAN SOALAN PEPERIKSAAN
·         Mengikut takwim persekolahan. Perbincangan mesti meliputi tarikh serahan JSU, soalan dan skop soalan serta nama penggubal bagi setiap peperiksaan atau ujian yang telah diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa kurikulum yang pertama.
·         Biasanya Penilaian kurikulum 1 – Mac , Peperiksaan Pertengahan Tahun – JUN, peperiksaan percubaan ( disediakan oleh JKD ) dan peperiksaan akhir tahun

12. PENCERAPAN
·         Bulan pencerapan berserta senarai nama pencerap dibincangkan untuk makluman semua ahli panitia.
·         Biasanya boleh dirujuk dalam buku pengurusan sekolah bagi setiap mata pelajaran

13. ULBS/PBS
·         Gerak kerja (prosedur) untuk ULBS dan PBS mesti dibincangkan untuk makluman semua ahli. Borang yang digunakan perlu dibincangkan untuk makluman semua.
·         Lihat juga pekeliling terkini jika ada sebarang perubahan format semasa mengikut tahun tersebut

14. PLC/PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU DALAM PANITIA
·         Perancangan pelaksanaan PLC/LADAP perlu dibincangkan berdasarkan keperluan setiap ahli panitia.
·         Contoh – pengajaran TB/ bengkel menulis karangan/  mentor mantee guru baru dan lama


Khamis, 30 April 2020

LATIHAN BM TB TING 3



SET 5
Soalan 1-7
Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1 Abang terpaksa_______basikal kerana tayar basikalnya bocor.
A menonton             B menolak            C menuntun          D mengheret

2 Ibu bapa hendaklah sentiasa mengambil berat_____________ anak-anak mereka baik dari segi tingkah laku mahupun pergaulan
A tentang               B kepada                  C terhadap               D pada

3 Ubi yang direbus oleh Najwa masih belum ________ kerana apinya terlalu perlahan.
A rangup                      B empuk                C rapuh                     D lembik

4 Habis pakaiannya _______ akibat digigit oleh anjing yang garang itu.
A compang – camping                                  B comot-momot
C koyak-rabak                                              D serbah-serbih

5 Ibnu Sina merupakan _________ Islam yang banyak menyumbangkan idea dalam bidang perubatan.
A ilmuwan                            B karyawan
C budayawan                        D hartawan

6 Kerana sering kali _______ dirinya sebagai anak orang berada, dia kini dipulaukan oleh
beberapa orang rakan sekelasnya.
A membesar                         B memperbesarkan
C memperbesar                   D membesar-besarkan

7 Penglihatan Pak Abu semakin ________ sejak dia disahkan mengidap diabetes
setahun yang lalu.
A berkunang-kunang                        B bersuram-suram
C berbalam-balam                            D berkabur-kabur

Soalan 8-14
Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.

8 Pertandingan akhir bola sepak di antara sekolah akan bermula dari pukul 8.00
pagi hingga pukul 3.00 petang ini. Tiada kesalahan.


9 Salah satu daripada tanggungjawab guru ialah untuk memastikan bahawa para
 Pelajar menjadi orang yang berguna. Tiada kesalahan.


10 Sambil membebel Puan Zaharah menunjukkan cara-cara mengukus pudding
karamel  kepada para penonton Rancangan Saji. Tiada kesalahan.


11 Cikgu Suhaimi membawa tiga batang joran, dua butir mata kail dan beberapa
ekor katak untuk dijadikan umpan semasa pertandingan memancing nanti. Tiada kesalahan.


12 “Oh, rupa-rupanya Faiz yang menyembunyikan kasut saya semalam!” kata Wafiq.
Tiada kesalahan.


13 Tariannya yang lemah longlai itu telah mendapat tepukan gemuruh
 daripada para penonton yang begitu minat akan tarian tradisional. Tiada kesalahan.


14 Oleh kerana Hakimi sering tidak membuat kerja sekolah, dia dibawa berjumpa
 dengan guru disiplin. Tiada kesalahan.

15 hingga 17
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

15 I Dia menjelaskan bil elektrik yang sudah tertangguh selama tiga bulan.
II Najah cuba menjelaskan kedudukan yang sebenar kepada Hasliza agar tiada
lagi persengketaan antara mereka.
III Perbuatannya yang suka mengampu majikannya amat menjelaskan .
IV Azri cuba menjelaskan suasana yang keruh itu kepada rakan-rakan kelasnya.
A I dan II                          B III dan IV
C I, II dan III                    D II, III dan IV

16 I Tanah di kawasan itu lembut dan tidak sesuai untuk bercucuk tanam.
II Gadis yang berwajah lembut itu sudah lama memikat hati Aaron Azli.
III Baju yang dipakai oleh Puan Fatimah sungguh lembut bak sutera.
IV Gadis itu bukan sahaja cantik malahan tutur katanya juga sungguh lembut
dan sopan.
A I dan II                          B III dan IV
C I, II dan III                    D II, III dan IV

17 I Tugu Peringatan Negara menjadi lambang berkorban  perajurit kita yang
terdahulu.
II Kerajaan merayu kepada rakyat agar mereka sanggup berkorban bagi
mengatasi masalah kegawatan ekonomi negara.
III Guru itu telah banyak berkorban masa dan tenaga untuk mendidik anak
muridnya.
IV Orang yang sanggup berkorban prinsip hidupnya selalunya akan menemui
kebahagiaan.
A I dan II                             B III dan IV
C I, II dan III                       D II, III dan IV

Soalan 18 hingga 21

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa dan mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

18. Datuk Nicol Ann David telah menjadi pemain skuasy yang handal sejak dari
bangku sekolah lagi.
A sejak di bangku sekolah lagi              B sejak bangku sekolah lagi
C sejak daripada bangku sekolah lagi   D sejak dari bangku sekolah lagi

19. Ayah membeli ibu seutas rantai yang teramat cantik sekali sempena ulang
tahun perkahwinan mereka.
A membeli ibu seutas rantai yang amat cantik sekali
B membelikan ibu seutas rantai yang teramat cantik sekali
C membelikan ibu seutas rantai yang amat cantik sekali
D membeli ibu seutas rantai yang teramat cantik sekali

20. Adik akhirnya bersetuju untuk ke Annur Klinik setelah lima setengah jam menahan sakit gigi.
A Annur Klinik setelah lima jam setengah
B Klinik Annur setelah lima setengah jam
C Klinik Annur setelah lima jam setengah
D Annur Klinik setelah lima setengah jam

21.Kekalahan Rumah Hang Lekir dalam temasya sukan sekolah tahun ini memaksa mereka membuat perancangan yang lebih rapi sebagai persediaan untuk tahun depan.
A merancang lebih rapi
B merancang dengan lebih rapi
C membuat lebih rapi perancangan
D membuat perancangan yang lebih rapi

Soalan 22 hingga 24
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.

22. Perkhemahan di Hutan Belum selama tiga hari itu telah membentuk ikatan persaudaraan yang kuat antara murid Kelas 3 Asuh yang selama ini sering
 bertengkar.

A. Murid Kelas 3 Asuh sering bergaduh ketika perkhemahan di Hutan Belum
selama tiga hari.
 B  Murid Kelas 3 Asuh telah membentuk hubungan yang erat sewaktu mereka
berkhemah selama tiga hari di Hutan Belum.
 C  Ikatan persaudaraan yang utuh telah dibentuk antara pelajar Kelas 3 Asuh
yang selalu bergaduh ketika perkhemahan di Hutan Belum selama tiga hari.
 D  Hubungan yang erat antara murid Kelas 3 Asuh yang telah sering bergaduh telah dibentuk ketika perkhemahan mereka selama tiga hari di Hutan Belum.




23. “Marilah semua rakyat Malaysia mendoakan kejayaan para atlet kita yang akan berjuang dalam Sukan Olimpik di London nanti,” seru Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

A Menteri Belia dan Sukan Malaysia mengajak semua rakyat Malaysia berjuang bersama-sama para atlet dalam Sukan Olimpik nanti.
B Rakyat Malaysia diminta oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia supaya berdoa untuk kejayaan semua atlet dalam Sukan Olimpik di London nanti.
C Para atlet Malaysia di London diseru oleh Menteri Belia dan Sukan supaya berdoa untuk kejayaan dalam Sukan Olimpik di London nanti.
D Menteri Belia dan Sukan Malaysia menyeru warganegara Malaysia berdoa agar semua atlet Malaysia berjaya dalam Sukan Olimpik di London nanti.

24. Penggubalan Dasar MBMMBI diharapkan dapat mengekalkan kedaulatan bahasa Melayu di negara kita tanpa meminggirkan bahasa Inggeris.

A Dasar MBMMBI dibentuk dengan harapan martabat bahasa Melayu dikekalkan tanpa mengabaikan bahasa Inggeris di negara kita.
B Bahasa Inggeris akan dikekalkan tanpa meminggirkan kedaulatan bahasa Melayu melalui penggubalan dasar MBMMBI di negara kita.
C Dasar MBMMBI digubal bagi mengekalkan kedaulatan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris di negara kita.
D Dasar MBMMBI digubal agar kedudukan bahasa Melayu dikekalkan tanpa mengabaikan bahasa Inggeris di negara kita.

Soalan 25-27

Pilih ayat-ayat yang betul.

25. I Ibu membuat air kopi sambil menggoreng nasi untuk sarapan pada pagi itu.
II Zikri bukan sombong malah belum memiliki kawan kerana baru berpindah ke sekolah itu.
III Fauzana belum membuat keputusan untuk tinggal di asrama atau di rumah nenek.
IV Dila akur kegagalannya dalam peperiksaan itu oleh kecuaiannya ketika menjawab soalan.
A I dan II                        B III dan IV
C I, II dan III                   D II, III dan IV

26. I “Ketangkasan pemain itu tidak terlawan oleh saya,” kata Amir kepada pengurus badmintonnya.
II “Kamu perlu contohi usaha pelajar cemerlang itu untuk meraih kejayaan,” nasihat Cikgu Julia kepada Linda.
III “Kami mendoakan awak berjaya dalam pertandingan pidato itu,” kata Adif dan Zul kepada Iman.
IV “Kami berhasrat mengahwini Suriati dengan kamu sebelum ayah dan ibu ke Mekah,” ujar ayah kepada Hafizuddin.

A I dan II                     B III dan IV
C I, II dan III               D II, III dan IV

27. I Pusat beli-belah itu sungguh hingar-bingar dengan suara para pengunjung.
II Menjadi pelajar terbaik sekolah merupakan hasrat hati Faizatun setelah sekian lama.
III Usaha untuk mencapai kejayaan dalam PMR akan dilakukan oleh Aizat sebaik-baik mungkin.
IV Hajatnya yang setinggi gunung itu diluahkan abang kepada ayah pada malam itu.

A I dan II                    B III dan IV
C I, II dan III               D II, III dan IV

Soalan 28-30
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai

28. Buat kerja biarlah sampai selesai

Manakah antara peribahasa berikut yang bertepatan dengan maksud di atas?
A Alang berjawab, tepuk berbalas
B Alang-alang berminyak biarlah licin
C Biar berputih tulang jangan berputih mata
D Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

29. Haikal yang selama ini hidup dalam serba kekurangan tiba-tiba menjadi orang yang dihormati di kampung itu setelah berkahwin dengan anak penghulu.

Situasi di atas sesuai dengan peribahasa
A cacing hendak menjadi naga
B kaduk naik junjung
C kera mendapat bunga
D anak kucing menjadi harimau

30.  Peribahasa bagai ada nasi di balik kerak bermaksud 
 A  mempunyai maksud yang tersembunyi 
 B  memiliki kelembutan di sebalik ketegasan  
C  menyembunyikan sesuatu daripada orang lain  
D  masih ada perkara yang belum selesai