PEMBELAJARAN
KOPERATIF
Pembelajaran koperatif membawa maksud belajar
bersama-sama dalam kumpulan kecil untuk mencapai sesuatu matlamat. Setiap
kumpulan terdiri daripada 2 – 4 orang ahli. Kumpulan yang mengandungi 4 orang
ahli adalah yang paling sesuai. Ciri yang paling penting dalam pembelajaran ini
adalah kejayaan ahli-ahli kumpulan bergantung antara satu sama lain. Ahli-ahli
kumpulan bekerjasama untuk mencapai tahap pembelajaran yang maksimum bukan
sahaja bagi diri sendiri malahan bagi setiap ahli dalam kumpulannya.
TUJUH PRINSIP ASAS DALAM PEMBELAJARAN KOPERATIF
Pembelajaran
koperatif berbeza daripada kerja kumpulan kerana ia mempunyai beberapa prinsip
asas. Prinsip-prinsip itu adalah:
a) Saling bergantungan positif
(Positive Interdependence)
Setiap
pelajar mesti merasa nasib mereka adalah serupa dan saling bergantung antara
satu sama lain untuk mencapai sesuatu matlamat kumpulan. Setiap orang mesti
mengambil berat tentang diri sendiri dan juga rakan lain dalam kumpulan dalam
mencapai kejayaan. Terdapat beberapa cara untuk menstruktur saling bergantungan
positif.
Antaranya
ialah:
- tetapkan matlamat kumpulan yang jelas.
- Berikan ganjaran kepada ahli-ahli kumpulan.
- Bahagikan bahan sumber di antara ahli-ahli kumpulan.
- Berikan peranan sampingan kepada ahli-ahli kumpulan
b. Interaksi Bersemuka (Face To Face Interaction )
Ahli-ahli
kumpulan perlu duduk berdekatan dan berinteraksi di antara satu sama lain.
Corak interaksi di antara ahli-ahli kumpulan akibat daripada saling
pergantungan positif yang telah distrukturkan akan menggalakkan pembelajaran
setiap ahli. Ini bermakna sebanyak mungkin peluang dan masa perlu diberikan
kepada pelajar-pelajar untuk berinteraksi dalam kumpulan supaya mereka
membantu, menggalak, dan seterusnya meningkatkan usaha di antara satu sama lain
bagi mencapai tahap pembelajaran yang maksimum.
c) Akauntibiliti
Individu ( Individual Accountability)
Setiap ahli
kumpulan mempunyai tanggungjawab untuk belajar. Kumpulan koperatif bukanlah
hanya digunakan untuk mencapai matlamat kumpulan sahaja, tetapi juga bertujuan
memastikan bahawa setiap ahli kumpulan akan menjadi individu yang berkebolehan.
Ini bermakna setelah menyiapkan sesuatu tugasan kumpulan secara koperatif,
setiap ahli kumpulan mesti berjaya menyiapkan tugasan yang berserupa secara
bersendirian. Cara menstruktur akauntibiliti individu ialah:
- Memberi
ujian individu kepada semua pelajar.
- Memilih
secara rawak salah seorang daripada ahli untuk menerangkan jawapan kumpulan.
- Memilih
secara rawak satu salinan laporan daripada ahli-ahli kumpulan untuk digredkan.
d) Penglibatan saksama
Kemahiran-kemahiran
koperatif untuk bergaul secara berkesan dengan individu lain tidak wujud secara
automatik apabila ia diperlukan. Ahli-ahli setiap kumpulan mesti diajar dan
juga didorong untuk menggunakan kemahiran-kemahiran koperatif yang perlu untuk
mewujudkan kumpulan yang produktif.
Contoh-contoh
kemahiran koperatif ialah:
- Mengikut
giliran untuk membuat kerja.
- Memberi
galakan kepada kumpulan.
- Mendengar
dengan teliti.
- Menerangkan
pendapat sendiri dengan jelas.
- Mengkritik
idea tanpa mengkritik orang yang memberi idea.
e) Pemprosesan
Kumpulan ( Group Processing )
Ia juga
dikenali sebagai membuat refleksi. Proses interaksi dalam kumpulan membolehkan
pergantungan dan penyelesaian masalah antara ahli kumpulan dijalankan dengan
berkesan. Ini dapat dilihat di akhir perbincangan atau aktiviti pengajaran.
Perlakuan yang baik harus diamalkan manakala kelemahan dalam kumpulan harus
diperbaiki pada pengajaran yang akan datang. Proses ini memadai jika dilakukan
sekali-sekala.
f)Kemahiran sosial
Setiap ahli
kumpulan peulu mempunyai kemahiran sosialuntuk membolehkan kumpulan koperatif
berjalan dengan jayanya. Kagan 91992) menghujahkan kepentingan kemahiran sosial
sebagai yang berikut:
·
Lebih ramai pelajar lepasan sekolah yang gagal
memperolehi kerja pertama kerana kekurangan kemahiran sosial daripada pelajar
yang kekurangan kemahiran teknikal.
·
Pemerolehan kemahiran sosial adalah penting dalam
kejayaanhidup hari ini.
·
Pelajar bukan sahaja perlu boleh menyelesaikan
masalah, mereka juga perlu kemahiran sosial untuk pergi bekerja di tempat di
mana saling kebergantungan dan kerja bersukan adalah amalan biasa.
g)Interaksi
serentak (IS)
IS berlaku
bila mana bekerja atau terlibat secara serentak dalam kumpulan koperatif
mereka. Dalam kelas tradisional, interaksi seperti perbincangan atau persembahan
berlaku secara tersusun manakala dalam kelas koperatif, perbincangan boleh
berlaku dalam setiap kumpulan pada masa yang sama. IS juga mempertingkatkan
penglibatan aktif setiap murid dan mempertingkatkan potensi belajar setiap
pelajar.
JENIS-JENIS
MODEL PEMBELAJARAN KOPERATIF DAN STRATEGI-STRATEGIYANG DIGUNAKAN DALAM
PEMBELAJARAN KOPERATIF
i. Penyiasatan
Berkelompok (Group Investigation)
Menurut
Sharan & Hertz – Lazarowitz 1980; Sharan & Sharan, 1990, Group
Investigation – GI / penyiasatan berkelompok ialah kaedah koperatif yang
membolehkan murid merancang melakukan satu kursus pembelajaran. Ini termasuk
mengenalpasti satu topik yang disiasat, merancang dan membolehkan penyiasatan
serta menyediakan pesembahan terakhir. Ini bermakna penyiasatan berkelompok ialah
satu kaedah pengajaran di dalam bilik darjah di mana para pelajar bekerja
secara kolaboratif dalam kumpulan kecil untuk memeriksa, mengalami dan memahami
topik kajian mereka.
ii) Team –
Accelerated Instruction- Mathematics (TAI)
TAI ialah
pendekatan menyeluruh kepada pembelajaran koperatif dalammatematik. TAI
menyatukan pembelajaran koperatif dengan kebebasan bertindak secara individu
iaitu membolehkan guru membentuk kelas matematik heterogenius untuk memberikan
murid yang pencapaiannya rendah meningkatkan tahapnya dan mempercepatkan
kurikulum biasa sama seperti murid yang tinggi pencapaiannya. Bahan-bahan TAI
dapat menggantikan sepenuhnya buku teks dengan bahan yang direka istimewa
spesifik untuk program. Dalam TAI, murid ditentukan kepada kumpulan heterogenius
iaitu mereka yang mempunyai latar belakang yang berbeza.
iii)Student Team Achievement Division (STAD)
STAD ialah
satu kaedah pembelajaran koperatif yang berasal dari Hopkins. Ianya adalah satu
kaedah yang mudah dan praktikal. Dalam STAD, guru mengikut satu pusingan
mengajar, kumpulan pembelajaran dan penilaian individu. Kumpulan akan
memperolehi sijil atau apa-apa penghargaan kejayaan apabila melakukan perubahan
berbanding masa lepas sebagai pengiktirafan.
iv)Learning Together (LT)- Belajar Bersama
Menurut
Johnson & Johnson (1991), LT bermaksud gambaran oleh ahli kumpulan di dalam
kumpul kecil heterogenius secara koperatif untuk saling menyempurnakan matlamat
pembelajaran. Bersama-sama ahli kumpulan bekerja keras atas tugasan akademik
yang sering melibatkan perancangan serta perpaduan hasil kumpulan. Kemahiran
sosial, latihan dan cara memproses diperlukan. Kumpulan yang mencapai kriteria
untuk kejayaan sempurna akan berkongsi ganjaran.
v)Jigsaw
Jigsaw telah
diperkenalkan oleh Elliot Aronson (1978) dan rakan-rakan. Ia ialah satu
daripada model koperatif yang menjadikan pelajar pakar dengan aras yang mereka
pelajari. Model ini hampir sama dengan Jigsaw Puzzle. Setiap ahli kumpulan menyumbangkan
sekeping puzzle dengan berkongsi sebahagian maklumat yang mereka pelajari.
Kunci idea dalam jigsaw ialah setiap pelajar dalam satu pasukan akan menjadi
dalam bab tertentu dan bertanggungjawab mengajar apa yang telah mereka pelajari
kepada rakan di dalam kumpulan.
vi)Team – Games Tournament (TGT)
TGT telah
dicipta oleh Robert Slavin. TGT mengandungi putaran biasa aktiviti pengajaran
seperti berikut:
a.Pengajaran
Guru perlu
memberitahu pelajaran yang berkaitan. Ini boleh jadi dalam bentuk syarahan,
demonstrasi dan pertunjukkan visual. Murid berbincang mengenai bahan yang
disampaikan oleh guru. Kemudian mereka akan bekerja mengikut lembaran kerja
yang disediakan oleh guru untuk menguasai konsep.
b.Pertandingan
Murid-murid
bermain permainan dalam pertandingan di atas meja. Setiap pertandingan, meja
akan diwakili 3 atau 4 orang ahli dari setiap pasukan yang sama kebolehan
akademik.
KESIMPULAN
Sememangnya
pembelajaran koperatif ini memberi kesan yang baik dalam pembelajaran
matematik. Ini kerana ia mendedahkan murid-murid berkomunikasi dan berkongsi
segala apa yang diperolehi bersama.