401. 1831 Tunku Abdulah memimpin tenteranya membebaskan Kedah
1836 Sultan Ahmad Tajuddin merancang menyerang Siam
1838 Tunku Muhammad menentang Siam
Ketiga-tiga usaha di atas gagal mencapai matlamatnya kerana
A Bantuan British kepada Siam
B Rakyat tidak memberi sokongan
C Persediaan yang tidak mencukupi
D Pejuang pembebasan tidak bersatu
402. • Tunku Abdulah
• Tunku Kudin
• Tunku Long
Apakah persamaan tokoh-tokoh di atas
A Terlibat dalam perang saudara
B Menuntut hak sultan dikembalikan
C Berjuang mengembalikan kedaulatan Kedah
D Wakil kerajaan Siam yang memerintah Kedah
403. Pada tahun 1831 Tunku Kudin berjaya menawan Kuala Kedah dari Melaka. Namum demikian Kedah telah kalah dan Tunku Kudin terkorban. Apakah punca utama kegagalan usaha ini?
A Tiada kelengkapan peperangan
B Bekalan makanan ke Kedah terputus
C Tiada perpaduan di kalangan pembesar
D Bilangan tentera yang tidak mencukupi
404. Sultan Kedah telah menghantar Tunku Daei ke Bangkok untuk berunding dengan Kerajaan Siam. Apakah kesan rundingan tersebut?
A Tunku Daei ditabal sebagai sultan
B Kedah menghantar bunga emas ke Siam
C Tahkta Kedah dikembalikan kepada Sultan Ahmad Tajuddin
D Mengembalikan semula semua wilayah kepada sultan Kedah
405. Apakah kesan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 ke atas Naning?
A Naning kehilangan wilayah
B Naning menjadi jajahan Belanda
C Naning menjadi sebahagian Melaka
D Naning menjadi wilayah Negeri Sembilan
406. Dol Said telah bangkit menentang British di Naning. Apakah faktor-faktor yang mencetuskan penentang tersebut?
I Mempertahankan kedaulatan
II Menentang bayaran cukai
III Menentang perlaksanaan undang-undang Barat
IV Dilucutkan jawatan
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
407. Serangan British yang diketuai oleh Kapten Wyllie pada tahun 1861 telah dikalahkan oleh Dol Said.Bagaimana Dol Said mematahkan serangan ini?
I Mempunyai tentera yang ramai
II Mempunyai senjata yang cukup
III Menggunakan taktik perang gerila
IV Mendapat bantuan dari luar
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV
408. Dol Said dan rakyat enggan membayar cukai satu per sepuluh hasil keluaran pertanian
Mengapakah tindakan tersebut dilakukan?
A Tidak mahu kehilangan hasil pendapatan
B Beranggapan bahawa Naning sebuah daerah merdeka
C Tidak mahu melepaskan hak memunggut cukai
D Beranggapan bahawa hasil pertanian adalah anugerah tuhan
409. Sungguhpun Orang Naning tewas kepada British peristiwa ini meninggalkan kesan penting kerana
A Mencari jalan untuk menghalau kuasa asing
B Meniupkan semangat juang yang berterusan
C Meningkatkan usaha menuntut kemerdekaan
D Meniupkan semangat perpaduan Orang Melayu
410. Agi Idup
Agi Ngelaban
Slogan di atas digunakan oleh masyarakat Iban untuk mempertahankan maruah negara. Apakah maksud slogan tersebut?
A Berjuang mati-matian
B Selagi hidup, selagi berjuang
C Mesti berjuang demi tanah air
D Perjuangan mestilah berterusan
411. Tokoh X
• Nama asalnya ialah Libau yang bermaksud penggoncang dunia
• Digelar Raja darat
• Pemimpin Orang Iban
Tokoh X ialah
A Rentap
B Antanum
C Mat Salleh
D Sharif Masahor
412. • Nanga Skrang
• Bukit Saduk
Apakah persamaan kedua-dua tempat yang disenaraikan di atas?
A Kubu pertahanan Rentap
B Pusat pentadbiran keluarga Brooke
C Kubu pertahanan pemerintahan Brooke
D Tempat berlakunya pertempuran antara Rentap dan keluarga Brooke
413. Apakah punca penentang Rentap terhadap pemerintahan keluarga Brooke?
I Menganggap Orang Iban sebagai lanun
II Mendirikan kubu di Nanga Skrang
III Memperkenalkan cukai kepala
IV Menghapuskan penempatan Orang Iban
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
414. Pengambilan wilayah Sungai Rajang oleh James Brooke
Apakah kesan terpenting peristiwa di atas?
A Kedudukan James Brooke semakin kukuh
B James Brooke berjaya menguasai seluruh Sarawak
C Menggugat serta mencabar kedudukan Sharif Masahor
D Rakyat Sarawak tidak berani mempersoalkan tindak tanduk kerajaan
415. Mengapakah Datu Patinggi Adbul Ghapur telah ditangkap dan dipenjarakan oleh Charles Brooke?
A Menuntut kemerdekaan Sarawak
B Bekerjasama dengan Sharif Masahor
C Enggan membayar cukai kepada kerajaan
D Menghasut penduduk tempatan menentang Brooke
416. Bagaimanakah Kerajaan Brooke di Sarawak menamatkan penentangan Sharif Masahor?
A Sharif Masahor dipenjarakan
B Sharif Masahor dilucutkan jawatan
C Sharif Masahor terbunuh dalam serangan
D Sharif Masahor telad dibuang negeri ke Singapura
417. J.W.W. Brich telah membakar rumah Raja Ngah Orang Besar Perak
Apakah punca utama tindakan tersebut?
A Menyimpan hamba
B Mengutip cukai tanah
C Enggan membayar cukai
D Menghakimi masalah penduduk
418. J.W.W. Brich telah mencabuli adat resam masyarakat Melayu di Perak
Apakah yang menbuktikan peristiwa di atas?
A Tidak menghormati sultan
B Merampas hak memungut cukai
C Mengharamkan amalan perhambaan
D Melaksanakan undang-undang Barat
419. Mesyuarat di Durian Sebatang
Apakah keputusan terpenting yang dicapai hasil mesyuarat di atas?
A Membunuh Residen British
B Menghalau British di Perak
C Menentang penjajahan barat
D Mengengkari Perjanjian Pangkor
420. Dijatuhi hukuman gantung Dato’ Maharajalela ,Dato’ Sagor
Pandak Indut,Sepuntum
Di buang negeri Sultan Abdullah , Ngah Ibrahim ,Raja Ismail
Apakah kesimpulan yang boleh dibuat tentang tindakan tegas British menghapuskan kebangkitan di Perak?
A British tidak dapat ditandingi
B Menunjukkan kewibawaan British
C Pejuang tempatan tidak bersedia
D Menunjukkan keangkuhan penjajah British
421. Bagaimanakah Syarikat Borneo Utara British menzalimi masyarakat Murut di Sabah?
I Suami isteri diasingkan tempat tinggal
II Seorang anak dijadikan buruh paksa
III Cukai kepala dan cukai tanaman pindah di perkenalkan
IV Membakar kediaman mereka
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
422. Apakah punca konflik antara Dato’ Kelana Said Abdul Rahman dengan Yamtuan Antah?
I Dato’ Kelana menandatangani perjanjian dengan British
II Dato’ Kelana mengisytiharkan Terachi sebagai wilayah
III Yamtuan Antah enggan mengiktiraf Dato’ Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujung
IV Dato’ Kelana ingin menguasai daerah Seri Menanti
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
423. Apakah peristiwa yang mencetuskan penentangan Dato’ Bahaman di Pahang?
I Kehilangan kuasa mengutip cukai
II Balai polis dibina di Lubuk Terua
III Dilucutkan gelaran
IV Dihalau dari Negeri Pahang
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
424. Pada 16 Disember 1891, tiga pengikut Dato’ Bahaman telah ditangkap oleh British kerana
A Mengutip cukai
B Mengeluarkan surat pajak
C Membunuh pegawai British
D Mengutip hasil hutan tanpa kebenaran
425. Kebangkitan rakyat Pahang telah gagal tetapi British terpaksa menanggung kesan. Apakah kesan tersebut?
A Kehilangan Negeri Pahang
B Kehilangan beberapa daerah
C Kehilangan hak memungut cukai
D Menanggung hutang yang banyak
426. Amalan buruh paksa
Cukai Beras
Lesen perahu
Senarai di atas berkaitan dengan
A Punca penentangan di Sarawak
B Faktor-faktor penentangan pembesar di Perak
C Perubahan yang diperkenalkan oleh British di Pahang
D Punca-punca penentangan terhadap Syarikat Borneo Utara British
427.
Pada April 1898 terdapat perjanjian antara Mat Salleh dengan
William Cowie
Apakah isi kandungan perjanjian di atas?
I Mat Salleh dan pengikutnya diberi pengampunan
II Mat Salleh di berikan kuasa mentadbir Tambunan
III Penduduk Inanam mesti melaporkan pergerakan mereka
IV Cukai kepala dikenakan bagi semua penduduk
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV
428. Syarikat Borneo Utara British telah mengambil alih pentadbiran Tambunan pada tahun 1899. Apakah kesan terpentingnya?
A Cukai pokok kelapa mula diperkenalkan
B Penduduk Tambunan menjadi buruh paksa
C Mat Salleh membina kubu di Kampung Teboh
D Penduduk Tambunan menamatkan pemberontakan
429. British telah menghantar Sarjan Che Wan untuk menangkap Tok Janggut pada tahun 1915 kerana
A Gagal membayar cukai
B Membunuh pegawai British
C Mengisytiharkan kebebasan Pasir Putih
D Melancarkan penentangan terhadap British
430. Tanah adalah hak Allah bukannya hak negeri
Pejuang tanah air yang boleh dikaitkan dengan pernyataan di atas ialah?
A Mat Kilau
B Tok Janggut
C Dato’ Bahaman
D Haji Adbul Rahman Limbong
431. Yang manakah merujuk kepada semangat kebangsaan atau nasionalisme?
I Perasaan cinta dan taat setia yang mendalam terhadap bangsa dan tanah air
II Keazaman untuk berjuang menebus maruah bangsa
III Perjuangan untuk membentuk negara yang bebas dan merdeka
IV Berusaha menuntut kemerdekaan dengan apa cara sekali pun
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
432 Gerakan Kebangsaan menerima pengaruh daripada Turki , Jepun , Mesir ,China dan India
Berdasarkan pernyataan di atas, apakah kesan peristiwa di atas terhadap Tanah Melayu?
A Pengaruh negara-negara tersebut dalam bidang sosial
B Rakyat tempatan telah melanjutkan pelajaran di negara tersebut
C Parti-parti politik yang dipengaruhi gerakan tersebut diharamkan
D Menjadi inspirasi semangat kebangsaan kepada penduduk Tanah Melayu
433. Perang Rusia Jepun berlaku pada 1905
Apakah pertalian peristiwa di atas dengan Tanah Melayu
A Kehebatan Jepun dikagumi
B Rakyat tempatan menyokong Jepun
C Menyemarakkan semangat negara-negara Asia
D Penduduk tempatan mengharapkan Jepun untuk mencapai kemerdekaan
434. Pada akhir kurun ke-19, gerakan kebangkitan Islam berlaku di Timur Tengah
Apakah peristiwa yang mencetuskan peristiwa di atas?
A Peranan alim ulam Islam semakin kuat
B Perpecahan yang dicetuskan oleh kuasa barat
C Perkembangan pendidikan di kalangan rakyat
D Empayar Islam Turki Uthmaniyah semakin kuat
435. • Dr Sun Yat Sen
• Mahatma Ghandi
• Jose Rizal
Apakah persamaan tokoh-tokoh yang disenaraikan di atas?
A Presiden terkenal di Asia
B Tokoh-tokoh politik radikal
C Pejuang gerakan kebangsaan
D Tokoh-tokoh politik sederhana
436. Peristiwa yang berlaku di negara-negara luar telah menyemarakkan semangat kebangsaan di kalangan penduduk Tanah Melayu kerana
I Kemajuan sistem perhubungan
II Kemajuan percetakan
III Dasar terbuka British
IV Peranan pembesar tempatan
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV
437. Apakah matlamat yang ingin dicapai oleh pejuang-pejuang gerakan Pan-Islam yang tercetus di Timur Tengah pada kurun ke-19?
I Menyatukan seluruh umat islam
II Meluaskan empayar Islam
III Menentang penjajahan Barat
IV Menyebarkan ajaran Islam ke seluruh dunia
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV
438. Gerakan Islah di Mesir turut mempengaruhi kebangkitan semangat kebangsaan di Tanah Melayu. Apakah faktor terpenting yang mencetuskan gerakan ini?
A Untuk menyatukan umat Islam
B Penjajahan British terhadap Mesir
C Kemunculan golongan terpelajar
D Ingin kembali kepada ajaran al-Quran
439. Dr. Sun Yat Sen adalah pemimpin Revolusi China. Apakah pencapaian beliau yang terpenting?
A Menubuhkan Republik China
B Memperjuangkan kedaulatan China
C Menghalau British daripada negara China
D Menyeru rakyat China menentang komunisme
440. Soekarno adalah pemimpin Indonesia yang memperjuangkan kebebasan Indonesia daripada penjajahan Belanda. Apakah parti yang dipimpin oleh beliau?
A Parti Nasional Indonesia
B Parti Komunis Indonesia
C Parti Kebangsaan Indonesia
D Liga Kemerdekaan Indonesia
441. Semangat kebangsaan dibangkitkan oleh golongan pelajar yang mendapat pendidikan di Timur Tengah, khususnya di Mesir.Setelah kembali mereka telah memulakan gerakan Islah di Tanah Melayu.
Golongan yang disebut dalam pernyataan di atas dikenali sebagai
A Kaum Tua
B Kaum Muda
C Islah Melayu
D Reformis Melayu
442. • Al-Iman
• Neracha
• Al Ikhwan
Apakah persamaan terpenting akhbar-akhbar yang disenaraikan di atas?
A Menyarankan perjuangan radikal
B Diharamkan oleh kerajaan British
C Menyebarkan idea perjuangan Kaum Muda
D Menyebarkan ideologi golongan reformis Melayu
443. Antara berikut yang manakah merujuk kepada idea-idea yang diperjuangkan oleh Kaum Muda
I Menekankan kepentingan ilmu pengetahuan
II Menyeru Orang Melayu supaya berpegang kepada al-Quran dan Hadis
III Menasihati Orang Melayu agar jangan melupakan adat resam
IV Menitikberatkan pengetahuan sejarah
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
444. Idea pembaharuan Kaum Muda ditentang oleh Kaum Tua yang terdiri daripada golongan ulama dan pegawai agama. Apakah akhbar yang diterbitkan oleh Kaum Tua untuk menyampaikan penentangan mereka?
I Pengasuh
II Saudara
III Suara Benar
IV Lidah Benar
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV
445. The Cradle of Malay Nationalisme
Penyataan di atas merujuk kepada
A UMNO
B Maktab Perguruan Sultan Idris
C Maktab Melayu Kuala Kangsar
D Persatuan Kebangsaan Melayu Muda
446. • Raja Chulan
• Mohammad Eunos Abdullah
• Dato’ Onn Ja’afar
Apakah ciri-ciri persamaan tokoh-tokoh yang disenaraikan di atas?
A Tokoh-tokoh gerakan Islah
B Tokoh-tokoh nasionalis berpendidikan Inggeris
C Tokoh-tokoh yang menubuhkan kesatuan Melayu
D Tokoh-tokoh yang merupakan lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris
447. Akhbar X
• Diterbitkan di Singapura
• Menyiarkan tentang keadaan sosio ekonomi Orang Melayu
• Mendesak supaya orang Melayu diberikan lebih banyak jawatan penting
Akbar X ialah?
A Majlis
B Al-Ikhwan
C Warta Melayu
D Utusan Melayu
448. Selain akhbar Melayu, akhbar Cina dan Tamil juga diterbitkan. Apakah berita yang dimuatkan dalam akhbar-akhbar tersebut?
I Kegiatan sosial dan ekonomi orang Cina dan India
II Menyiarkan berita tentang peristiwa yang berlaku di negara China dan India
III Menyeru supaya kebajikan orang India dan Cina dilindungi
IV Menyarankan penubuhan pertubuhan sosial
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV
449. Akhbar X
• Dikendalikan oleh orang Cina Peranakan
• Diterbitkan pada tahun 1894
• Menyiarkan tentang keadaan sosio ekonomi Orang Melayu
• Satu-satunya akhbar berbahasa Melayu yang berani melaporkan berita pemberontakan Dato’ Bahaman
Akbar X ialah?
A Seloka Melayu
B Jawi Peranakan
C Bintang Timor
D Cina Peranakan
450. Apakah tema utama puisi-puisi yang dihasilkan sebelum Perang Dunia Kedua?
A Kemajuan ekonomi
B Semangat Kebangsaan
C Kepentingan pendidikan
D Kemajuan orang Melayu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan