CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 1 Jun 2010

MODUL KOMSAS 5 - NOVEL

Soalan 21

Berdasarkan kedua- dua buah novel yang anda pelajari, nyatakan latar masa antara kedua novel tersebut.
[ 8 markah ]

Latar masa novel Di Hadapan Pulau ini berlaku sekitar tahun 1940-an.Secara jelas, keadaan ini berlaku semasa bibit awal bermulanya Perang Dunia Kedua pada tahun 1942. Pada bahagian awal, penulis memperlihatkan persediaan tentera Berikat menghadapi kedatangan tentera Jepun. Pada bahagian seterusnya berlaku sekitar tahun 1942 hingga 1945 iaitu selama tiga tahun lapan bulan Tanah Melayu berada di bawah jajahan Jepun. Sementara itu dalam Novel Putera Gunung Tahan pengarang tidak menjelaskan tarikh- tarikh sebenar berlaku sesuatu peristiwa. Bagaimanapun, berdasarkan peristiwa yang berkaitan dalam sejarah tanah air, latar eranya ialah zaman penjajahan British berdasarkan nama pejuang seperti Dato Bahaman, Mat Kilau dan juga Mat Gajah.

Pengarang menggunakan setiap waktu yang melibatkan pagi, tengah hari, petang dan malam bagi mengambarkan situasi masyarakat yang sukar. Sebagai contohnya, semasa mula- mula berhadapan dengan serangan udara tentera Jepun, para penduduk tidak dibenarkan memasang sebarang cahaya pada waktu malam. Pengarang memperlihatkan kesukaran hidup penduduk ketika itu. Manakala dalam novel Putera Tahan digambarkan bagaimana Tuan Robert dan Tuan William terpaksa berlindung di dalam gua selama tujuh hari tujuh malam ketika berlakunya hujan yang sangat lebat hingga menyebabkan air dari gunung turun bergulung-gulung dan menderam- deram bunyinya. Diceritakan juga pada hari yang kelapan Tuan Robert telah ditawan oleh orang Sakai dan dibawa ke kawasan Rimau Putih.

Soalan 22

Berdasarkan dua novel yang telah anda pelajari, huraikan sumbangan penulis kepada masyarakat dan negara.
[ 7 markah ]

Jawapan

Sumbangan penulis kepada masyarakat dan negara adalah menyampaikan idea atau buah fikiran untuk membentuk masyarakat yang berguna kepada negara.Contohnya,Pak Sako menyampaikan pandangan bahawa perlunya ada semangat yang kuat untuk mempertahankan negara daripada penjajahan .Sementara A.Samad Said pula menyampaikan pandangan bahawa peperangan membawa akibat buruk kepada manusia.

Usaha membetulkan masyarakat dengan mengkritik kepincangan yang berlaku dalam masyarakat. Contohnya pengarang mengkritik masyarakat yang sanggup mengkhianati perjuangan menentang penjajah.Manakala dalam novel Di Hadapan Pulau pula pengarang mengkritik masyarakat yang sanggup mencuri dan menipu orang lain untuk kepentingan diri sendiri.

Seterusnya pengarang dapat menerapkan nilai-nilai murni supaya dapat dicontohi oleh masyarakat. Buktinya, nilai berani ,patriotik dan bijaksana seperti yang terdapat dalam novel Putera Gunung Tahan.Manakala semangat kerjasama ,tabah, dan belas kasihan yag terdapat dalam novel Di Hadapan Pulau.

Soalan 23

Huraikan faedah-faedah membaca novel dengan merujuk kepada kedua-dua novel yang anda pelajari.
[ 7 markah ]

Jawapan

Masyarakat dapat mengambil pelbagai nilai murni dan pengajaran yang dapat dijadikan panduan hidup seperti, nilai cinta akan tanahair yang ditonjolkan melalui watak Ratu Bongsu yang patriotik wajar dicontohi oleh pembaca.Sementara nilai ketabahan menghadapi penderitaan hidup yang ditunjukkan oleh watak Aziz dan Afidah wajar dicontohi oleh para remaja.

Bacaan novel ini juga dapat meluaskan pengetahuan.Contohnya dalam novel Putera Gunung Tahan , pengarang mengutarakan perjuangan pahlawan Pahang menentag penjajah Inggeris.Manakala dalam novel Di Hadapan Pulau pembaca mendapat pengetahuan tentang perang dunia ke-2 di tanah air kita yang melibatkan tentera British dan Jepun.

Pembaca dapat mempelajari teknik mengarang.Contohnya, imbas kembali,teknik kejutan ,dialog dan penyususnan bahagian dalam novel yag jelas berbeza daripada karya kreatif yang lain.



Soalan 24

Bandingkan dan huraikan persamaan perwatakan watak utama dalam dua novel yang
anda pelajari.
[8 markah]


Jawapan

Kedua-dua novel ini memaparkan persamaan watak utama Aziz dan Ratu Bongsu. Sikap baik hati Aziz dengan membantu Afidah mendapatkan makanan ketika dalam keadaan yang sukar sedangkan dirinya sendiri berada dalam keadaan kelaparan dalam novel Di Hadapan Pulau. Contohnya, dalam novel Putera Gunung Tahan pula sikap baik hati ini ditonjolkan melalui watak Putera Bongsu menolong Mem William semasa Mem William cedera selepas jatuh dari kapal terbang.

Kedua-dua watak turut digambarkan sebagai orang yang pintar.Contohnya,dalam novel Putera Gunung Tahan Ratu Bongsu dilihat amat pintar mengelak sebarang tipu muslihat Tuan William sehingga Tuan William terperangkap dalam bilik khazanah dan terkena bom. Contohnya,dalam novel Di Hadapan Pulau kepintaran Aziz pula dilihat ketika beliau cuba mencari rezeki untuk menampung dengan membantu Syed fikri bercucuk tanam dan juga mengambil upah menjual todi.

Kedua-dua watak ini hidup sendirian tanpa perhatian daripada ibu dan bapa.Contohnya, dalam novel Putera Gunung Tahan Ratu Bongsu hidup sendirian tanpa ibu di Puncak Gunung Tahan begitu juga dengan watak Aziz.Contohnya, Aziz terpaksa meneruskan hidup tanpa perhatian daripada ibu dan ayah.


Soalan 25

Huraikan perbezaan watak utama dalam dua novel yang anda pelajari.

[8 markah]


Jawapan

Dalam kedua-dua novel ini dipaparkan dengan dua watak utama iaitu Aziz dalam novel Di Hadapan Pulau dan Ratu Bongsu dalam novel Putera Gunung Tahan.Dalam novel Di Hadapan Pulau watak Aziz digambarkan sebagai seorang kanak-kanak yang lebih matang pemikirannya berbanding dengan rakan-rakannya.Keadaan ini berlaku kerana Aziz sudah biasa berhadapan dengan kesukaran hidup kerana dia hidup sebagai anak yatim piatu yang memerlukannya untuk berdikari. Manakala watak Ratu Bongsu pula ditonjolkan sebagai seorang yang berpendirian tegas dalam mempertahankan Puncak Gunung Tahan daripada terlepas ke tangan orang barat walaupun ditawarkan dengan ganjaran yang lumayan.

Perbezaan yang kedua antara kedua watak ini ialah dalam novel Di Hadapan Pulau watak Aziz digambarkan sebagai seorang yang berperasaan sensitif. Contohnya, kegagalannya mendapat perhatian daripada Tuk Marzuki dan Joyah kadang-kadang menjadikan Aziz hilang ketabahan lalu menangis.Manakala,dalam novel Putera Gunung Tahan Ratu Bongsu digambarkan sebagai seorang yang mempunyai perasaan cinta akan tanah air yang sangat mendalam.Contohnya, Ratu Bongsu sanggup membelakangkan kepentingan peribadi demi memperjuangkan kedaulatan Puncak Gunung Tahan.

Perbezaan ketiga ialah dari kebijaksanaan. Contohnya dalam novel Putera Gunung Tahan Ratu Bongsu mempunyai strategi yang bijak untuk memperdayakan musuhnya iaitu Tuan William terbunuh akibat terperangkap di dalam bilik Khazanah. Sementara dalam novel Di Hadapan Pulau contohnya kebijaksanaan Aziz kurang ditonjolkan kerana sifatnya sebagai seorang kanak-kanak yang hanya mementingkan makanan dan minuman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan