CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 29 Jun 2010

soalan karangan

1. Sempena dengan kempen Cuti-cuti Malaysia , anda dan keluarga telah mengambil kesempatan untuk melancong ke salah sebuah destinasi pelancongan di Negara ini.
Ceritakan pengalaman dan perasaan anda itu.


2. Walaupun kerajaan telah mengambil pelbagai usaha untuk memajukan kawasan liuar Bandar, namun kawasan tanah terbiar masih wujud secara meluas.
Pada pendapat anda, mengapakah perkara ini masih terjadi?

3 Seorang sahabat anda telah menulis surat kepada anda untuk mengetahui langkanh-langkah yang dijalankan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah penyakit berjangkit.
Balas surat sahabat anda itu selengkapnya.

4. Mutu sukan negara kita belum mencapai tahap yang dapat dibanggakan walaupun banyak usaha yang telah dijalankan. Sebagai wartawan sebuah majalah sukan tempatan, anda dikehendaki menemuramah seorang tokoh sukan berkaitan dengan perkembangan sukan di negara ini.
Tulis wawaqncara itu selengkapnya.

5. Walaupun dunia hari ini mementingkan saian dan teknologi, namun pengetahuan ilmu sejarah tidak patut diabaikan.
Bincangkan kepentingan mempelajari mata pelajaran Sejarah di kalangan pelajar.


6. Sejak akhir-akhir ini, dunia sastera tanah air ketandusan penulis-penulis barisan pelapis yang berwibawa.
Bincangkan usaha-usaha yang patut dilakukan untuk melahirkan lebih banyak
penulis muda yang mampu melahirkan karya bermutu.

skema ringkas

1. Format: Surat tidak rasmi

Diharap calon dapat menulis:
Langkah-langkag mengatasi penyakit berjangkit
-kempen kesedaran kepada kepada orang ramai
-penguatkuasaan undang-undang tentang masalah penyakit berjangkit
-meningkatkan penggunaan teknologi moden di hospital
-memberi peruntukan yang tinggi untuk mencegah penyakit berjangkit
-kuaratin kepada pesakit yang dikenal pasti sebagai pembawa wabak

-melahirkan lebih ramai doctor pakar dalam bidang perubatan
2. Format : wawancara

Diharap calon dapat
a. menemuramah seorang tokoh sukan
b. perkembangan sukan
- kemudahan fizikal seperti stadium dan litar
- kejayaan atlet-atlet Negara
- pertumbuhan badan-badan sukan
- tajaan daripada pihak swasta
- sukan semakin mendspst tempat di kalangan golongan elit contoh golf, sukan berkuda
- pembinaan sekolah-sekolah sukan

pengenalan pengajian sains sukan di IPTA/PTS
1. Diharap calon dapat membincangkan kepentingan mempelajari ilmu sejarah.
-melahirkan warganegara yang mempunyai semangat cintakan tanah air
-melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan bertoleransi
-menghargai jasa dan sumbangan pemimpin
-memahami sejarah, budaya,dan adap resam masyarakat Malaysia

-menghargai kemerdekaan yang dikecap
2. Diharap calon dapat membincangkan usaha-usaha untuk melahirkan penulis muda yang mampu menghasilkan karya bermutu
-mengadakan pertandingan penulisan kreatif di semua peringkat
-penglibatan golongan korporat untuk menaja penghasilan karya
-mengadakan bengkel-bengkel penulisan yang dibimbimg oleh penulis berpengalaman
-mengiktiraf karya-karya remaja yang bermutu
-penglibatan GAPENA untuk menggalakkan aktiviti penghasilan karya sastera

-pengenalan mata pelajaran sastera dan komponen sastera dalam Bahasa Melayu di sekolah


set 2
1. Baru-baru ini anda dan rakan-rakan telah menyertai satu pertandingan kawat kaki di peringkat daerah.

Gambarkan keadaan dan suasana semasa pertandingan tersebut dijalankan.
2. Anda telah menyertai satu pertandingan menulis karangan. Tajuk karangan yang hendak anda tulis ialah “Kemiskinan menjadi punca gejala sosial”.

Tuliskan karangan tersebut selengkapnya.


3. Hubungan kekeluargaan yang erat selama ini mula renggang. Pada pendapat anda mengapakah hal ini sedemikian dan bagaimanakah cara-cara untuk mengatasinya.
4. Seorang sahabat anda yang berada di luar negara, kagum dengan keadaan negara Malaysia yang aman dan murni walaupun masyarakatnya berbilang kaum. Sahabat anda ingin tahu mengapa hal ini berlaku.

5. Anda ingin menulis sebuah rencana bertajuk ‘Dunia Tanpa Sempadan”. Tuliskan rencana tersebut sepenuhnya.

6. Untuk mementaskan sebuah drama, pengarah perlu meneliti semua aspek pementasan. Huraikan aspek-aspek yang perlu diteliti oleh pengarah sebelum mementaskan sesebuah drama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan