CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 1 Jun 2010

MODUL KOMSAS 3- NOVEL

Soalan 11

Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, huraikan 3 nilai kemasyarakatan dalam novel kedua-dua novel tersebut.

[ 8 markah ]


Jawapan

Terdapat beberapa nilai kemasyarakatan dalam novel Putera Gunung Tahan. Antara nilai kemasyarakatnnya ialah bekerjasama. Contohnya, masyarakat orang Sakai di Perkampungan bekerjasama menjaga Tuan Robert semasa Tuan Robert ditawan supaya beliau tidak melepaskan diri. Contohnya, dalam novel Di Hadapan Pulau para penduduk bekerjasama semasa membina shelter iaitu Tuk Marzuki.

Nilai berpegang kuat kepada ajaran agama Islam. Contoh,dalam novel Putera Gunung Tahan Perempaun Tua mengajarkan agama Islam mengamalkan amalan agama Islam walaupun telah lama tinggal dengan orang Sakai. Contohnya, dalam novel Di Hadapan Pulau, Syed Fikri yang merupakan seorang yang tahu tentang agama mengajarkan Aziz dan rakan-rakannya sembahyang.

Nilai kegigihan. Contohnya , Tuan Robert dan Tuan William gigih dalam pengembaraan mereka untuk mencari sebuah kawasan peranginan untuk orang barat. Contohnya, dalam novel Di Hadapan Pulau nilai kegigihan dipaparkan melalui watak Aziz berusaha mencari makanan dengan mengambil upah menjual todi.


Soalan 12

Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, huraikan nilai hormat-menghormati dalam novel tersebut.
[8 markah]


Jawapan

Nilai hormat-menghormati sememangnya ditekankan oleh pengarang dalam sesebuah novel. Dalam novel Putera Gunung Tahan contohnya Perempauan Tua walaupun beragama Islam beliau menghormati kepercayaan dan adat istiadat masyarakat orang Sakai. Contohnya, dalam novel Di Hadapan Pulau, Aziz menghormati Syed Fikri dengan bersalam setiap kali berjumpa dengannya.

Nilai ini ditonjolkan melalui watak perempuan tua dalam novel Putera Gunung Tahan menghormati Tuan Robert dengan memanggilnya tuan walaupun beliau tahu tujuan tuan Robert adalah untuk menawan Puncak Gunung Tahan.Contohnya,dalam novel Di Hadapan Pulau Joyah menghormati suaminya Budin walaupun suaminya gagal menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Nilai kemanusiaan juga dibuktikan melalui watak Kusina. Beliau masih menghormati Tuan William dan sanggup membantu beliau bejumpa dengan Ratu Bongsu walaupun beliau niat Tuan Willian untuk menawan puncak Gunung Tahan. Contohnya, dalam novel Di Hadapan Pulau Syed Fikri sangat menghormati Tuk Marzuki sebagai orang yang tahu sejarah Feringgi.


Soalan 13

Berdasarkan dua novel yang anda pelajari,bandingkan nilai taat setia dalam kedua-dua novel tersebut.
[8 markah]


Jawapan

Nilai taat setia jelas dipaparkan dalam novel Putera Gunung Tahan dan novel Di Hadapan Pulau. Sebagai contoh, Tuan Robert dan Tuan William taat setia kepada tuannya di Eropah dan berikhtiar untuk mendapatkan puncak Gunung Tahan.Sementara itu, Joyah pula taat kepada suaminya,Budin walaupun Budin sentiasa mabuk dan berjudi.

Selain itu, nilai ini juga dibuktikan melalui watak Perempuan Tua yang taat kepada pemerintah.Beliau berusaha menghalang orang asing daripada menawan puncak Gunung Tahan. Manakala Syed Fikri taat kepada pegangan agama walaupun menghadapai saat-saat yang sukar. Beliau juga mempertikaikan bentuk kerja sepupunya Syed Zuhri yang tidak jujur iaitu menipu orang ramai dalam perniagaannya.

Seterusnya nilai ini dibuktikan oleh Ratu Bongsu yang taat kepada pemerintah pada ketika itu.Sebagai contoh,baginda sedaya upaya mempertahankan Gunung Tahan agar tidak terlepas ke tangan orang asing terutamanya Tuan William yang memujuk baginda agar Gunung Tahan itu dilepaskan ke tangan orang Barat. Manakala Aziz dan Afidah juga mempunyai taat setia dalam persahabatan. Buktinya mereka bersama-sama mencari makanan ke kawasan kubu lama.



Soalan 14

Berdasaran dua novel yang anda pelajari, huaraikan persamaan nilai bertanggungjawab dalam kedua-dua novel tersebut.
[8 markah]


Jawapan


Nilai bertanggungjawab pemimpin terhadap rakyat yang terdapat dalam novel Putera Gunung Tahan dan Di Hadapan Pulau. contohnya,Ratu Bongsu bertanggungjawab apabila beliau memerintahkan rakyatnya mencari tempat persembunyian apabila kapal terbang British menyerang puncak Gunung Tahan. Contohnya,dalam novel Di Hadapan Pulau dalam diri Tuk Marzuki yang telah membantu Aziz dan Afidah meneruskan hidup.

Tanggungjawab terhadap keluarga.Contohnya,dalam novel Putera Gunung Tahan Perempuan Tua masih mengambil berat tentang keselamatan Ratu Bongsu walaupun tidak tinggal bersama. Sementara itu,dalam novel Di Hadapan Pulau Tuk Marzuki bertanggungjawab menjaga Afidah setelah ibu bapanya berpisah.

Tanggungjawab dalam hubungan suami dan isteri.Contohnya,dalam novel Di Hadapan Pulau Joyah masih melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri walaupun suaminya seorang pemabuk dan pemalas.Contohnya, dalam novel Putera Gunung Tahan Tuan William berusaha melaksanakan tanggungjawabnya sebagai suami dengan berusaha mengambil tahu tentang keadaan isterinya di London melalui alat yang dipinjam daripada Ratu Bongsu.


Soalan 15


Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan perbezaan nilai kemanusiaan yang terdapat dalam novel tersebut.
[8 markah]

Jawapan


Nilai keberanian dalam novel Putera Gunung Tahan tetapi dalam novel Di Hadapan Pulau nilai berani tidak ditonjolkan. Contohnya,dalam novel Putera Gunung Tahan Mat Gajah, Bahaman dan Mat Kilau yang berani menentang penjajah Inggeris di Pahang walaupun terdapat ramai pahlawan lain yang belot tetapi dalam novel Di Hadapan Pulau Joyah tidak berani menegur sikap suaminya Budin yang sering mabuk dan berjudi.

Selain itu, nilai kesyukuran juga terdapat dalam novel Putera Gunung Tahan. Sebagai contoh, Tuan Robert bersyukur tidak diapa-apakan ketika ditangkap oleh orang Sakai malah beliau telah dilantik sebagai Batin Putih.Contohnya, dalam novel Di Hadapan Pulau Budin digambarkan sebagai seorang suami yang tidak bersyukur walaupun memiliki seorang isteri yang baik.

Nilai semangat cinta akan negara amat ditekankan dalam novel Putera Gunung Tahan tetapi dalam novel Di Hadapan Pulau nilai ini tidak digambarkan dengan jelas. Contohnya,dalam novel Di Hadapan Pulau Rosiah dan Taksiah sanggup bekerja untuk tentera Jepun. Contohnya, Ratu Bongsu tidak sanggup menggadaikan negaranya semata-mata untuk memenuhi kepentingan diri sendiri walaupun menerima kepentingan diri sendiri walaupun menerima pelbagai tawaran lumayan daripada pihak Inggeris. tetapi dalam novel Di Hadapan Pulau nilai ini tidak digambarkan dengan jelas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan