CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Jumaat, 13 Januari 2017

TB BM PT 3 H


LATIHAN PENGUKUHAN

KATA MAJMUK

Lengkapkan ayat berikut dengan kata majmuk yang betul.

1.      Anim Suraya akan menghadiri _____________________ di syarikat kewangan itu pada pagi ini bagi jawatan akuantan.

2.      Faris dibawa oleh ibunya ke pusat penyiaran itu untuk menghadiri ____________________ pengacara bagi suatu rancangan kanak-kanak.

3.      Pertengkaran antara adik beradik itu kerana berebutkan _________________________ yang ditinggalkan oleh ibu bapa mereka.

4.      Orang ramai agak kurang ke __________________________  itu kerana harga di sana harga mati.

POLA AYAT.

Nyatakan pola ayat bagi setiap ayat berikut sama ada FN+FN, FN+FK, FN+FS, FN+FA.

1.      Amirul dan rakan-rakan sekelasnya bersenam di padang sekolah. ____________

2.      Anak-anak Pak Rahman rajin belaka. ___________________________________

3.      Ayah dan Pak Cik Adam berbual-bual di tepi pagar.________________________

4.      Bangunan baharu itu Institut Kanser Negara.____________________________

5.      Doktor Wan Suraya sedang merawat pesakitnya. _________________________

6.      Gulai daging kambing itu sangat masin. _____________________________

7.      Kain sutera ini untuk Mak Cik Bibah. ________________________________

8.      Kelima-lima orang murid itu ahli pengakap. ______________________________

9.      Kereta ini buatan negara Malaysia. ____________________________________

10.  Majlis perkahwinan kakak sangat meriah._______________________________

11.  Murid-murid itu dari Sekolah Menengah Dusun Nanding. ____________________

12.  Murid-murid Tingkatan 2 Amanah sedang beratur di luar kelas. ______________

13.  Nenek Timah amat suka akan bubur kacang ini. __________________________

14.  Pergerakan pesilat negara itu sangat tangkas. ____________________________

15.  Pokok rambutan in berbuah lebat. ___________________________________

16.  Profesor Dr. Nik Safiah Karim ahli bahasa yang terulung negara kita.__________

17.  Pusat peranginan ini sungguh cantik. ___________________________________

18.  Risalah itu tentang pulau-pulau di Malaysia. ______________________________

19.  Rumah Cikgu Hamiza rumah banglo satu tingkat. _________________________

20.  Sudah lima tahun, Cikgu Halim mengajar di sekolah ini. __________________


PERIBAHASA

LATIHAN 1
Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan peribahasa yang sesuai


*putus rezeki                   * mahal seperti berlian             * indah khabar daripada rupa                         

   * bagai melepas batuk di tangga        * kalau ada asap, tentu ada api      * seperti pinang dibelah dua

·         ke tengah boleh, ke tepi pun boleh    * gigi dengan lidah ada kalanya tergigit juga


1.      Harga  pakaian di butik ini ___________________________________________________

2.      “Kerja ini tidak akan siap sekiranya kamu bersikap  ________________________________”, kata ibu kepada abang.

3.      Persengketaan antara Murni dengan abangnya itu merupakan perkara biasa kerana  _______________________________________________________

4.      Kakak Munirah dan abang Haikal yang bersanding pada hari itu 
_____________________________________________________________

5.      Apabila kami tiba di pulau peranginan itu, barulah kami tahu bahawa apa-apa yang diperkatakan oleh Kamal hanyalah ______________________________________________________________

6.      Sejak medan selera itu ditutup, banyaklah pegerai yang ______________________________________________________________

7.      Pekerja baharu itu mudah bergaul dengan sesiapa sahaja. Bak kata orang, 

______________________________________________________________

8.      “Janganlah kita berburuk sangka. Tentu ada sebabnya maka Razak dan isterinya bermasam muka 

dengan iparnya. Kata orang ___________________________”, nasihat Pak Majid kepada isterinya.


LATIHAN 2

Nyatakan peribahasa yang paling sesuai bagi pernyataan yang berikut.

1.      Dania dan adiknya sudah berbaik semula selepas bergaduh selama beberapa minggu.

_________________________________________________________________


2.      Faraah dan Nancy memang berkawan baik dan sentiasa bersama-sama .

_________________________________________________________________


LATIHAN 3

Nyatakan peribahasa yang paling sesuai bagi pernyataan berikut.

1.      Kawan-kawannya tidak mahu menasihati Amran lagi kerana nasihat mereka itu tidak diendahkannya.

_________________________________________________________________

2.      Penduduk kampung itu sentiasa bekerjasama apabila menghadapi  sesuatu masalah.

_________________________________________________________________


LATIHAN 4

Bina satu ayat bagi setiap peribahasa di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.

1.     Alah bisa tegal biasa.

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

2.    Seperti anjing dengan kucing.
_________________________________________________________________

_________________________________________________________________



LATIHAN 5

Bina satu ayat bagi setiap peribahasa di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.

1.    Talam dua muka

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

2.    Kalah menjadi abu, menang menjadi arang.

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

LATIHAN 6

Bina satu ayat yang sesuai dengan menggunakan setiap peribahasa yang berikut

1.      Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
Maksudnya : Kita seharusnya mengikut adat dan peraturan di tempat kita tinggal.

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

2.      Bukit sama didaki, lurah sama dituruni.
Maksudnya : Sama-sama bersusah dan bersenang.

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________


LATIHAN 7

Bina satu ayat bagi setiap peribahasa di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.


1.       Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Maksudnya : Jika kita membuat sesuatu pekerjaan dengan tidak bersungguh-sungguh, pasti kita tidak akan mendapat hasilnya.

_________________________________________________________________

2.      Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit
Maksudnya : Sesuatu kejayaan berpunca daripada usaha secara kecil-kecilan yang akhirnya menjadi besar dan mencapai apa yang dihajati.

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________


LATIHAN 8

Nyatakan peribahasa yang paling sesuai bagi pernyataan yang berikut.

1.    Raju dan Kumar merupakan sahabat karib sejak kecil dan mereka sering bekerjasama dalam apa jua situasi.

_________________________________________________________________
.
2.    Jauhary menyiapkan tugasan yang diberikan oleh majikannya itu dengan bersungguh-sungguh dan dia sanggup tidak tidur semalaman.

_________________________________________________________________


LATIHAN 9

Nyatakan peribahasa yang paling sesuai bagi pernyataan yang berikut.

1.    Zairul tidak menghadapi sebarang masalah ketika menetap di luar negara kerana dia mudah menyesuaikan diri dengan adat resam dan budaya hidup masyarakat setempat ..

_________________________________________________________________

2.    Penduduk Kampung Jaya Setia sering berganding bahu dan menyelesaikan masalah mereka bersama-sama untuk mengekalkan keharmonian hidup yang mereka kecapi selama ini.




LATIHAN 10

Nyatakan peribahasa yang paling sesuai bagi pernyataan yang berikut.

1.    Kita tidak akan mencapai apa yang dihajati jika tidak berusaha bersungguh-sungguh.

_________________________________________________________________


2.    Pinjaman perniagaan Anis sudah diluluskan oleh pihak bank dan dia hanya menunggu masa sahaja untuk menjalankan perniagaannya sendiri.



_________________________________________________________________

Tiada ulasan:

Catat Ulasan