CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Jumaat, 13 Januari 2017

BM SPM K1 E

SOALAN RAMALAN 5

 (KBAT)

Kenaikan harga barang dalam pasaran merupakan masalah utama yang dihadapi oleh
masyarakat. Huraikan peranan ibu bapa untuk mengawal perbelanjaan keluarga.

[100 markah]

PENDAHULUAN

Ekonomi – semakin gawat – harga barangan dalam pasaran semakin
tinggi – perbelanjaan dalam keluarga turut meningkat – ibu bapa harus
memainkan peranan mereka dari segi ekonomi – mengawal
perbelanjaan keluarga

ISI PENTING

1. Ibu bapa harus menjadi suri teladan kepada anak – merancang
perbelanjaan keluarga – menulis senarai barangan keperluan –
membeli di pasar raya setelah membuat perbandingan harga – tidak
membazirkan wang – mengawal perbelanjaan keluarga bersama anak



2. ibu bapa perlu mendidik anak supaya berjimat cermat – bersiap
sedia menghadapi segala kemungkinan – tidak membeli barangan
yang berjenama – mengutamakan barangan buatan tempatan –
mengawal perbelanjaan – lebih murah dan berkualiti – patriotik



3. ibu bapa perlu menyediakan makanan di rumah – mengurangkan
perbelanjaan makan di luar yang mahal – dimasak oleh ibu dengan
kasih sayang – anak-anak mendapat menikmati makanan yang sihat –
menjalin hubungan kekeluargaan yang erat dan kukuh



4. ibu bapa bolehlah menanam sayur-sayuran dan buah-buahan sendiri
– mengajak anak-anak mengerjakan kebun – berbudi kepada tanah –
mendapat hasil tanaman – berasa puas hati dan bersyukur – tidak perlu
membeli sayur – boleh dijual untuk menambah pendapatan di samping
menjimatkan perbelanjaan keluarga



5. ibu bapa haruslah mendidik anak mengawal perbelanjaan melalui
didikan agama – Nabi Muhammed SAW seorang yang berhati-hati
dalam perkara yang dilakukan – sikap hati-hati dan bersabar harus
diamalkan demi mengurangkan nafsu untuk memiliki barangan yang
mahal – berbelanja dengan berlandaskan keperluan, bukan kemahuan



PENUTUP

Ibu bapa – nakhoda utama dalam keluarga – mesti berbelanja dengan
bijaksana – mengawal perbelanjaan keluarga demi mengekalkan iklim
ekonomi yang sihat – memastikan keluarga bebas daripada masalah

kewangan – ekonomi keluarga menjadi lebih kukuh demi masa depan 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan