KATA KERJA
TRANSITIF
1.
Kata kerja
transitif menerangkan perbuatan pelaku
terhadapsesuatu (objek)
2.
Kata kerja ini
mesti diikuti oleh unsur objek yang terdiri daripada kata/frasa nama. Contohnya:
Emak makan nasi
(KKT) (objek)
3.
Selain kata
kerja dasar makan, minum, dan minta, kata kerja transitif ditanda pengimbuhan meN-, meN-…-kan/i, mempeR-, atau mempeR-…-kan/i.
Kesalahan Umum
Kata Kerja Transitif
1.
Kata kerja
transitif makan atau minum yang menerima unsur objek nya mestilah mengimbuhkan awalan meN-. Contohnya:
(a)
Adik suka minumnya. (û)
(b)
Adik suka meminumnya. (ü)
2.
Imbuhan
pembentuk kata kerja transitif tidak boleh digugurkan dalam binaan ayat aktif. Contohnya:
(a)
Ayah sedang cat rumah. (û)
(b)
Ayah sedang mengecat rumah. (ü)
3.
Kata selain
kata/frasa nama tidak boleh hadir selepas kata kerja transitif. Contohnya:
(a)
Kami mencari akarnya tadi. (û)
(b)
Kami mencarinya tadi. (ü)
KATA KERJA
TRANSITIF (FKT)
1.
Frasa kerja
transitif terbina daripada kata kerja transitif sebagai kata intinya.
2.
Frasa kerja
transitif memerlukan objek selepasnya. Contohnya:
* Saya menggubah bunga.
(KKT) (objek)
(FKT)
Kesalahan Umum Frasa Kerja Transitif
1.
Hanya kata hubung bahawa boleh
hadir selepas frasa kerja transitif yang dalam binaan ayat majmuk aktif. Contohnya:
(a)
Dia mengatakan yang ibunya
sakit. (û)
(b)
Dia mengatakan bahawa ibunya
sakit. (ü)
2.
Kata nafi bukan tidak boleh bertindak sebagai unsur keterangan kepada frasa kerja
transitif kecuali dalam konteks pertentangan maklumat. Contohnya:
(a)
Kami bukan memancing ikan. (û)
(b)
Kami tidak memancing ikan. (ü)
(c)
Kami bukan memancing ikan atau berenang. (û)
(d)
Kami bukan memancing ikan, tetapi berenang. (ü)
KATA KERJA TAK TRANSITIF
1.
Kata yang
menerangkan perbuatan pelaku terhadap diri sendiri.
2.
Terbina
daripada pengimbuhan meN-, beR-, dan
teR-.
3.
Tidak diikuti
oleh objek tetapi boleh diikuti oleh unsur penerang
atau pelengkap. Contohnya:
(a)
Ali menyanyi.
(tanpa penerang)
(b)
Ali menyanyi dengan nyaring. (dengan penerang)
(c)
Ali
bermodalkan suaranya yang merdu.
(dengan pelengkap)
Kesalahan Umum Kata Kerja Tak Transitif
1.
Imbuhan awalan kata kerja tak
transitif tidak boleh digugurkan
atau ditiadakan. Contohnya:
(a)
Ah Huat sedang senam. (û)
(b)
Ah Huat sedang bersenam. (ü)
(c)
(
2.
Kata kerja tak
transitif berapitan beR-…-kan mesti
diikuti oleh kata nama selepasnya
sebagai unsur pelengkap. Contohnya:
(a)
Mereka berbekalkan dengan sebotol air sahaja. (û)
(b)
Mereka berbekalkan sebotol air sahaja. (ü)
3.
Sesetengah
kata kerja tak transitif seperti naik
dan masuk tidak perlu diikuti oleh kata sendi nama. Contohnya;
(a)
Mereka masuk
ke persatuan itu. (û)
(b)
Mereka masuk persatuan itu. (ü)
Frasa Kerja Tak Transitif
1.
Frasa kerja
tak transitif tidak memerlukan objek
selepasnya.
2.
Kata intinya
terdiri daripada kata kerja tak
transitif yang terdiri daripada kata
kerja dasar dan yang berimbuhan meN-,
beR-, dan teR-.
3.
Frasa kerja
tak transitif terbahagi kepada dua jenis, iaitu frasa kerja tak transitif dengan pelengkap dan frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap.
4.
Frasa kerja
tak transitif dengan pelengkap seperti menjadi,
berapitan beR-…-kan yang diikuti
oleh kata nama selepasnya.
Contohnya:
* Bermandikan embun.
(KKTT) (pelengkap)
5. Fasa
kerja tak transitif tanpa lengkap diikuti oleh unsur penerang selepasnya atau
tanpa unsur penerang selepasnya.
Contohnya:
* bersiul.
(tanpa penerang)
* bersiul dengan
riangnya. (dengan penerang)
Kesalahan Umum
rasa Kerja Tak Transitif
1. frasa
tak transitif yang selain daripada berimbuhan beR-…-kan dan kata kerja menjadi
mesti disisipkan dengan kata sendi
atau kata adjektif untuk tujuan
perluasan. Contohnya:
(a)
Kami berbelanja pakaian raya agak banyak. (û)
(b)
Kami berbelanja untuk pakaian raya agak
banyak. (ü)
2. frasa
kerja tak transitif tidak menerima kata nafi bukan sebagai unsur keterangan kecuali terdapat pertentangan
maklumat. Contohnya:
(a)
Mereka bukan menyanyi. (û)
(b)
Mereka bukan menyanyi sebaliknya menari. (ü)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan