PERIHAL AYAT
AYAT TUNGGAL
1.
Ayat tunggal
dikenali juga sebagai ayat selapis
yang terdiri daripada satu subjek
dan satu predikat.
2.
Ayat tunggal
boleh dibina dalam bentuk ayat
bersusunan biasa dan bersusunan
songsang.
AYAT MAJMUK
1.
Ayat majmuk
terbina daripada beberapa ayat tunggal.
Oleh itu, dalam ayat majmuk terdapat dua
atau lebih subjek atau predikat.
2.
Ayat-ayat
tunggal tersebut dihubungkan dengan kata
hubung bagi membentuk ayat majmuk.
3.
Jenis-jenis
ayat amjmuk ialah:
(a)
Ayat Majmuk Gabungan
1.
Ayat-ayat
tunggalnya dihubungkan dengan menggunakan kata hubung gabungan seperti dan, atau, lalu, tetapi, kecuali dan
lain-lain.
2.
Ayat-ayat
tunggal yang digabungkan adalah bersifat setara.
Contohnya:
(a)
Ani ke dapur.
(b)
Liza ke dapur.
(c)
Ani dan Liza
ke dapur.
(ayat majmuk)
(b)
Ayat Majmuk Pancangan
Ayat-ayat tunggal dipancangkan pada satu ayat induk dengan menggunakan kata
hubung pancangan seperti yang, bahawa,
untuk, kerana, agar dan lain-lain. Contohnya:
(a)
Kereta itu
berwarna merah.
(b)
Kereta itu
milik Adam.
(c)
Kereta yang berwarna merah itu milik Adam. (ayat majmuk)
KESALAHAN STRUKTUR AYAT MAJMUK
PANCANGAN
1.
Kata hubung
pancangan tidak boleh ditiadakan jika hendak menghubungkan ayat induk dengan
ayat tunggal yang lain. Contohnya:
(a)
Mazni pulang
ibunya sakit tenat. (û)
(b)
Mazni pulang kerana ibunya sakit tenat. (ü)
2.
Menggunakan
kata hubung yang menyalahi konteks. Contohnya:
(a)
Dia tahu yang itu suatu kesalahan. (û)
(b)
Dia tahu bahawa itu suatu kesalahan. (ü)
3.
Ketidaktepatan
kedudukan kata hubung dalam ayat sehingga menjadikan strukturnya salah. contohnya:
(a)
Baju itu yang berwarna biru tergantung. (û)
(b)
Baju yang berwarna biru itu tergantung. (ü)
AYAT TERGANTUNG
Merupakan
binaan ayat yang tidak dapat ditentukan dengan jelas subjek dan predikatnya
atau tidak mempunyai subjek atau predikat. Contohnya:
(a)
Melukis yang
menjadi kegemaran saya. (û)
(b)
Melukislah yang menjadi kegemaran saya. (ü)
RAGAM AYAT
AYAT AKTIF
1.
Terbahagi
kepada dua jenis, iaitu:
(a)
Ayat aktif transitif:
·
Mengutamakan subjek sebagai pelaku dan objek sebagai
penderita.
·
Kata kerjanya
terdiri daripada kata kerja transitif berimbuhan
meN-, meN-…-kan, meN-…-i, mempeR-, mempeR-…-kan atau mempeR-…-i. Contohnya:
Taha membaling batu.
subjek KKT objek
(b)
Ayat aktif tak transitif:
·
Mengutamakan
subjek sebagai pelaku.
·
Terdiri
daripada kata kerja tak transitif yang berimbuhan meN-, beR- dan teR-.
Contohnya:
Taha bersukan
subjek KKT
AYAT PASIF
1.
Mementingkan objek sebagai penderita.
2.
Objek terletak
di bahagian hadapan ayat.
3.
Bagi ayat
pasif diri pertama dan kedua, kata kerjanya diakhiri imbuhan –kan dan –i, manakala bagi ayat pasif diri ketiga, kata kerjanya berimbuhan di-, di-…-kan atau di-…-i.
Contohnya:
(a)
Buku itu saya baluti.
(b)
Laporan itu
telah kami siapkan.
(c)
Baju itu dijahit oleh Puan Lee.
4.
Ayat pasif berimbuhan
pasif teR- dan beR- mengutamakan objek sebagai penderita, sementara bagi yang
berimbuhan ke-…-an, pelaku menjadi penderita. Contohnya:
(a)
Hidangan itu
telah terhidang.
(b)
Buah mangga
itu belum berjolok.
(c)
Kami
ketinggalan bas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan