KATA NAMA
& FRASA NAMA
A) KATA
NAMA
1)
Kata yang menamakan manusia, benda, haiwan, tumbuhan,
tempat dan konsep / abstrak.
2)
Tiga jenis
kata nama, iaitu kata nama am, kata nama
khas dan kata ganti nama.
3)
Kata nama am ialah
kata yang menamakan sesuatu secara umum.
Lazimnya ditulis dengan huruf kecil.
Contohnya, pekedai, pakaian, buaya, cendawan, tasik dan gas.
4)
Kata nama khas ialah
kata yang menamakan sesuatu secara khas
/ khusus. Huruf awalnya ditulis dengan huruf
besar. Contohnya, Ah Keat, Orlando, Sang Buaya, Rafflesia, Taman Permai dan Proton Saga.
B) FRASA NAMA
1)
Frasa nama
yang terdiri daripada kata nama
sebagai kata inti dan boleh terbina daripada satu atau lebih perkataan.
2)
Dalam ayat,
frasa nama boleh terdiri daripada subjek,
predikat atau objek. Contohnya,
(i)
Ahmad menonton
televisyen
(subjek) (objek)
(ii)
Ahmad abang Azli
(predikat)
KESALAHAN UMUM KATA NAMA & FRASA NAMA
1)
Kata nama tidak perlu digandakan selepas kata
bilangan yang membawa maksud jamak /
kumpulan.
(a)
Banyak sayur-sayuran ada dijual di situ. (û)
(b)
Sayur-sayuran ada
dijual di situ. (ü)
(c)
Banyak sayur ada dijual di situ. (ü)
(d)
Kaum petani-petani itu sedang membajak sawah. (û)
(e)
Kaum petani itu sedang membajak sawah. (ü)
(f)
Petani-petani itu
sedang membajak sawah. (ü)
2)
Kata nama di
bahagian subjek tidak perlu diulangi
jika predikatnya terdiri daripada kata
adjektif yang digandakan.
(a)
Bunga-bunga itu cantik-cantik belaka. (û)
(b)
Bunga itu cantik-cantik belaka. (ü)
(c)
Bunga-bunga itu cantik belaka. (ü)
3)
Sesuatu frasa nama mestilah berhukum D – M, iaitu unsur diterangkan mesti
mendahului unsur menerangkan. Hanya nama-nama jawatan dikecualikan daripada
hukum ini. Contohnya:
(a)
Menteri
Perdana (û)
(b)
Perdana
Menteri (ü)
Contoh kesalahan frasa nama:
(a)
Cili sos Mawar
enak rasanya. (û)
(b)
Sos cili Mawar
enak rasanya. (ü)
C) KATA GANTI NAMA DIRI
(I)
KATA GANTI NAMA DIRI
1)
Kata yang
digunakan untuk menggantikan nama
manusia.
2)
Terdapat dalam
dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak.
3)
Terbahagi
kepada tiga jenis, iaitu:
(a)
Kata ganti nama diri pertama – aku, saya, patik, hamba, beta (tunggal),
kami, kita (jamak)
(b)
Kata ganti nama diri kedua – awak, engkau, tuan hamba, tuanku, kamu (tunggal), kalian, kamu semua (jamak)
(c)
Kata ganti nama diri ketiga – ia, dia, beliau, baginda (tunggal),
mereka (jamak).
(II)
KATA GANTI NAMA DIRI SINGKAT
1)
Terhasil
daripada singkatan bentuk penuh, iaitu aku (ku), kamu (mu), engkau (kau), ia
/dia (nya).
2)
Ditulis serangkai dengan kata lain yang
mendampinginya. Contohnya:
(a)
Adakah buku
itu kaupinjam semalam ?
(b)
Yang manakah
adikmu ?
KESALAHAN UMUM KATA GANTI NAMA DIRI
1)
Ketidaksesuaian
penggunaan mengikut status seseorang, suasana konteks, dan hubungan seseorang
dengan seseorang. Contohnya:
(a)
Beliau telah
dipenjarakan. (û)
(b)
Dia telah dipenjarakan. (ü)
2)
Kata ganti
nama diri bentuk jamak tidak boleh digandakan atau diawali dengan kata bilangan
yang menunjukkan banyak. Contohnya:
(a)
Mereka-mereka itu
telah pun makan nasi. (û)
(b)
Mereka itu telahpun
makan nasi. (ü)
(c)
Semua mereka sudah
tidur. (û)
(d)
Mereka sudah tidur. (ü)
3)
Kata ganti
nama diri ia dan mereka tidak boleh digunakanuntuk binatang, benda dan konsep.
4)
Kata ganti
nama diri ia tidak boleh berfungsi sebagai objek kepada kata sendi, kata kerja
transitif, atau pelaku kepada kata kerja pasif diri ketiga. Contohnya:
(a)
Surat ini
untuk ia. (û)
(b)
Surat ini
untuknya. (ü)
(c)
Beg ini dibeli
oleh ia. (û)
(d)
Beg ini dibeli
olehnya. (ü)
5)
Kata ganti
nama diri ia dan nya tidak boleh
diserangkaikan menjadi ianya dalam
ayat.
6)
Kata ganti
nama diri singkat tidak boleh dijarakkan dengan kata yang mendampinginya.
(III)
KATA GANTI TANYA
1)
Digunakan
untuk membentuk ayat-ayat tanya.
2)
Digunakan
untuk menanyakan manusia, binatang, benda, tempat, dan bilanga. Contohnya apa, berapa, bila, mana, dan siapa.
(IV)
KATA GANTI TEMPAT
1) Kata sana, sini,
dan situ merupakan kata ganti nama
tempat.
2) Kata sana digunakan untuk tempat jauh dan kata situ tidak sejauh sana. Manakala kata sini digunakan untuk tempat yang dekat.
(V)
KATA GANTI TUNJUK
1)
Kata itu dan ini merupakan kata ganti
tunjuk.
2)
Kata ganti
tunjuk boleh diletak di depan kata nama
atau di belakang kata nama.
Contohnya:
(a)
Ini kereta.
(depan)
(b)
Saya belajar
di sekolah itu. (belakang)
(VI)
KATA GANTI TAK TENTU
1) Kata
ganti tak tentu terrbentuk daripadapenggandaan kata ganti tanya apa, mana, dan siapa. Contohnya apa-apa,
mana-mana, dan siapa-siapa/sesiapa.
2) Kata ini
menunjukkan seseorang atau sesuatu secara tidak tentu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan